CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

May 12, 2010

Apresiasi buat : Hjh Rahmah Hj Hamid

Salam. Lama benar tidak menukilkan sesuatu. Kelas 4 jam sehari sebenarnya tidakla memenatkan. Namun kelas-kelas tambahan, ganti juga beberapa aktiviti lain yang turut mengisi jadual harian ana benar-benar mencuri masa untuk ana menulis.

Tidak mahu mengeluh. Hanya bercerita. 4 jam sehari itu adalah untuk 2 subjek wajib yang berbaki, namun kelas-kelas lain yang dihadiri adalah atas pilihan dan kemahuan diri. Maka perlu berjiwa besar dan tabah!

Bagus juga..sekurang-kurangnya dengan menyibukkan diri yang sudah kehilangan sahabat-sahabat ini merupakan ruang dan peluang terbaik untuk tidak lagi sering murung dan beralasan!

Life must go on. I can’t just sit and get bored. Work and work!

Mungkin terlambat. Tapi tidak mengapa. Bak pepatah inggeris : BETTER LATE THAN NEVER. Ye kan? Ups, sebelum terus membaca, ana mahu memberitahu antum lebih awal. Bahawa ini adalah entri terpanjang yang pernah ana tulis ~ ana kira. Maka jika takut kehilangan masa, antum tidak perlu membaca:-)

Minggu ini merupakan minggu ketiga ana di semester 3, UIA. Hari minggu baru ini, ana pulang ke kampung. Takla homesick sangat, tapi ana rindukan mereka yang sentiasa menjerit-jerit memanggil : “ Cikkkkkkkkk!!! ” Kanak-kanak riang seramai 14 orang itu benar-benar mencarik perasaan ini. Uffff! Ana harus pulang!

Pulang ke kampung, seperti biasa, bapak menjemput di stesen bas Alor Star. Bezanya pagi jumaat itu, mak tak datang bersama. Ya, kerana ana sudah pesan malam sebelumnya, “ mak x yah mai pun x pa, mak p la baca yaasin di masjid ”. Patutla, pagi itu, bapak tidak berteman. Biasanya mak bagai aur dengan tebing dengan bapak. Hihi. Mak termakan pujukan ana.

Kebiasaan, kami akan makan-makan dahulu sebelum pulang ke rumah. Kebetulan pulang bersama anak saudara sulung ana, yang sudah lama benar terpenjara di Kolej Tentera Darat Ulu Tiram, bapak yang teruja menyambut anak dan cucunya, memberhentikan Saga merah menyala itu di depan sebuah kedai. Waa..roti canai yang sedap dan nescafe ais yang pekat! Terima kasih bapak.

Dalam perjalanan, mak telefon. Di mana? Dah makan? “ Ya mak..dah nak sampai..dah makan..mak? ” “ Mak tak makan pun di masjid tadi. Lepas baca yaasin terus balik. Nak makan dengan anak dan cucu laa.. ” Owh, mak, ampunkan ceq! Kami kenyang, mak lapar..Itulah mak ana. Istimewa benar Hjh Rahmah Hj Hamid di hati kami berlima ~ Mohd Noor, Mohd Radhi, Normala, Mohd Nazar dan Noraini. Benar-benar istimewa.

Seistimewa yang bapak rasai, ana kira..Hj Mat Din bin Hussain ketika memilih mak menjadi suri hidupnya.

Dan ana juga dengan yakin, tentu kakak-kakak dan abang ipar turut merasai keistimewaan mak mertua mereka, serta keyakinan ana bertambah dengan merasai perasaan anak-anak saudara ana seramai 14 orang itu dengan keistimewaan nenek yang mulutnya kuat membebel tetapi punya hati yang penyayang!

Mak sebenarnya tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Ya, mak orang biasa. Cuma bapanya merangkap datuk ana dulu pernah dipertanggungjawabkan sebagai Penghulu. Mak anak bongsu dari 4 beradik, yang kesemuanya perempuan. Namun dikurniakan 3 adik tiri lelaki selepas itu, mak lansung menjadi kakak yang baik.

Mak melahirkan ana ketika mak berusia 42 tahun dan bapak berusia 44 tahun. Ketika itu, abang ke-4 berumur 16 tahun. Dan 8 hb Mei lepas, abang ke-4 ini menyambut hari lahirnya yang ke 40 tahun. Epi Besday My Abg Bai :-)

Ana masih ingat bagaimana mak dan bapak menangis ketika mahu meninggalkan ana ketika berusia 3 tahun, demi menyahut seruan Ilahi di Tanah Suci Mekah. Malam berlepas, mak berbuih mulut meninggalkan pesanan kepada abang-abang dan kakak agar keperluan dan kemahuan ana dituruti.

Sekembalinya mak dari Tanah Suci, mak mengalungkan ana seutas rantai di lapangan terbang. Dan sejak itu, mak menghias anggota badan si bongsu ini dengan emas ; subang, gelang, cincin dan rantai.

Sepanjang pengajian ana di Sekolah Wan Abdul Samad, mak menyediakan segelas susu setiap pagi, dalam sebuah gelas khas untuk sarapan ana ~ kartun mickey mouse berwarna putih. Dan disebabkan ana yang hyperaktif ini [ dikatakan bahawa bayi yang dilahirkan ketika ibunya berusia sekitar 40-an berisiko menghidap sindrom down @ menjadi hyperaktif ] sentiasa terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum ~ english solo singing, english group singing, bercerita, pidato, nasyid dan koir, maka mak akan memastikan setiap pertandingan baru malah peringkat baru akan dihadiri ana dengan pakaian dan aksesori baru!

Mak juga setakat termampu akan bertandang ke lokasi pertandingan ana terutamanya pertandingan pidato. Mak mahu melihat potensi ana sendiri malah bak kata abang ana : “ Makla tok bomoh yang paling mujarab ubatnya ” [ baca : doa ]

Dan mak sekali lagi menempah seutas rantai khas buat ana, dengan ukiran “ NONI ”..

Ketika memasuki alam menengah di Maktab Mahmud, ketika ana di tingkatan 1, mak bapak datang setiap hari ke asrama. Bawa lauk ayam dan ambil baju untuk di basuh:-) Mak bapak menghadiahkan telefon bimbit ketika berada di tingkatan 5, sungguhpun abang membantah keras.

Mak pernah jumpa warden asrama untuk meminta izin membelikan mesin basuh dan peti ais untuk diletakkan di asrama, demi kemudahan semua [ sebenarnya mak tentunya hanya menumpukan kemudahan itu untuk ana! ] Namun, warden menolak dengan alasan : BERDIKARI.

Cuma, di tingkatan 6, mak amat berkeras melarang ana melanjutkan pelajaran di Timur Tengah. Sakit demam, sape nk jaga. Jauh, susah nak balik. Yaa..itulah mak ana..sungguhpun mak sentiasa mengikut kemahuan ana namun pada ketika itu, tentangan bukan sekadar dari mak malah abang-abang, maka kemahuan ana pada kali itu, dihalang.

Kini di Gombak, sungguhpun 24 tahun sudah cukup dewasa namun bagi mak ~ ana tetap si bongsu. Kecil.

Mak hanya akan meminta ana memotong sayur jika mahu menolong mak memasak ~ dan mak akan pilihkan pisau yang bersesuaian agar tidak memakan jari.

Mak akan sentiasa memuji ~ “ anak mak yang mithali ” “ anak mak yang solehah ” “ anak mak yag cantik ” “ anak mak yang pandai ”. Mak sangat lawak! Ameen, mak..semoga dikabulkan.

Jika ana memandu berseorangan, mak mahu menjadi teman. Hatta di bekalkan makanan. Walaupun hanya Pokok Sena ke Alor Star.

Mak akan membela ana setiap kali bapak marah. Setiap kali abang membantah.

Mak yang istimewa itu, sentiasa mahu yang terbaik untuk ana. Tak mahu ana kesempitan. Kegentingan. Kesusahan.

Masih ingat lagi, bagaimana pernah satu ketika, bapak memberi RM100 sebagai duit poket, berbeza dengan mak yang terus memasukkan ke bank dengan jumlah RM1000.

Mak bapak bukanla berharta. Kami tak kaya.Namun mungkin kondisi sebagai bongsu membuatkan perhatian dan harapan melebihi yang lain.

Mak akan buat apa sahaja, dan ana tahu semua yang di buat itu tiada lain melainkan kerana sayangkan ana.

Setiap kali balik kampung, mahu sakit perut nak menjamah semua makanan yang mak sediakan. Antaranya ~ Pulut durian, tomyam ayam, ayam masak merah, smbal udang + petai, ikan sweet sour, buah manggis, cucuq tepung, kopi o panas..erkk..

Yang bermusim, ok la. Kalau yang tak bermusim ni, bila-bila balik pun, mak akan ulang buat makanan kegemaran ana ni sampai hari terakhir balik UIA. Mak, sangat terima kasih!

Mak akan baca yaasin sepanjang tempoh ana di dalam dewan peperiksaan! Dan mak akan ulang bacaan baru bagi setiap paper.

20 Oktober setiap tahun menyaksikan peningkatan usia mak. Tahun ini mak sudah berumur 66 tahun. Mak, semoga Allah memanjangkan usia mak. Semoga Allah memberkati usia mak, setiap hari.

Kata kakak ipar ana, hari ibu jatuh pada hari ahad minggu kedua pada bulan Mei. Ada juga pendapat yang mengatakan hari ibu bertarikh khusus iaitu 10 Mei. Pun begitu, bagi ana, Hari Ibu adalah setiap hari dalam kehidupan ana, kerana tanpa mak, ana tidak akan menjadi seseorang, begini.

Maka, nukilan panjang ini adalah sebuah apresiasi khas buat bonda tercinta : Hjh Rahmah Hj Hamid.



Yang sentiasa melayan keletah ana sedari kecil tanpa jemu..

Yang menyayangi ana tanpa pernah membenci..

Yang sentiasa memenuhi kehidupannya dengan doa-doa untuk kecemerlangan ana..

Yang melimpahkan segala kemewahan untuk kesenangan ana..

Yang sentiasa memujuk setiap kali ana merajuk dan menangis..

Mak, sesungguhnya CEQ SANGAT SAYANG MAK !

Buat mak, Selamat Hari Ibu! Ceq doakan mak sentiasa dalam kasih sayang dan pemeliharaan Allah.

Semoga dimurahkan rezeki. Semoga mendapat syurga, sebagai ganjaran segala amalan mak. Ameen.

Juga buat kakak ana ~ Normala yang membesarkan 4 orang anaknya ; Nur Izzati Syaimaa’, Mohd Ghazali Iqbal, Nur Izzah Syamimi dan Nur Izzatul Husna

Dan kakak ipar yang lain :

~ Noorasmah ibu kepada Mohd Syafiq Farhan, Mohd Nasrul Farhan dan Atiqah Farhana

~ Adabiah yang melahirkan Majdah Fakhriah, Nu’man Basyir, Mu’adzah Fakhriah dan Mawaddah Fakhriah

~ Nafizah yang mendidik Mohd Nabil, Mohd Najmi dan Nawal

Selamat Hari Ibu buat kakak-kakak ana yang terbest! Juga selamat hari ibu buat semua yang sudah bergelar ibu. .Kalian manusia termulia.




Semoga ana juga menjadi ibu terbaik, suatu hari nanti, ameen :-)

Apr 12, 2010

PENSIL


Salam sejahtera. Semoga setiap jiwa yang bersama ana ketika ini berada dalam kebahagiaan. Bahagia bersama si DIA, juga bersama keluarga dan sahabat-sahabat :-)

Ketika menulis, ana baru tamat menonton sebuah cerita melayu. Dan purposely ana bersegera mengupdate blog, demi perkongsian yang ana kira amat penting.

Memandangkan ana dalam tempoh cuti semester sekitar 2 minggu sebelum pulang menjenguk UIA di akhir semester [ insyaAllah ], ana mula melayan beberapa cerita yang sempat sahabat ana, Shahidat, copykan dalam external hardisk ana.

Sebuah filem arahan M.Subash, produksi Genius Parade, mempersembahkan sebuah karya berjudul PENSIL. Hairan ana, tak pernah dengar lansung nama produksi tersebut malah ana kira pengarah itu pun jarang dikenali. Tambahan ana tidak pernah terbaca sebarang promosi mengiklankan filem ini.

Rupa-rupanya, filem ini ditayangkan pada 12 Jun 2008. Owh, ana di Mesir ketika itu. Namun ana yakin, mereka yang berada di Malaysia juga tidak ramai yang menyedari kedatangan filem ini dalam industri seni.

Ana tidak di bayar sebarang upah oleh M.Subash demi promosi ini. Malah ana tidak pernah mengenali hati budinya, namun ana yakin, dia punya budi yang mulia, kerana hasil tangan dia sudah cukup menggambarkan keperibadiannya.

Filem yang simple. Idea menarik, dan ana jamin, antum tidak rugi menonton filem ini.

Air mata ana tidak sempat kering malah bercucuran dan terus mengalir. Menceritakan kehidupan Badrul, seorang yang dibenci dek berkulit hitam dan cacat.

Bukan sekadar dikeji sesetengah orang kampung, malah ibu tirinya juga merasakan dia sebagai beban dan pembawa sial.

Namun, Badrul yakin dan percaya kepada Allah. Solat ditunai, hati ibu dijaga. Malah, tidak duduk sahaja mengharap ibunya malah berusaha dengan kecacatan itu untuk menghadiahkan ibunya sepasang baju sempena Hari Ulangtahun Kelahiran serta perbelanjaan rumah.

Tetiba ana rasa malu pada Badrul, kerana ana ini insan yang sempurna fizikal. Diberikan ibu yang menyanyangi ana, kehidupan yang selesa. Berhalangan namun tidak sehebat Badrul, si cacat yang berkulit hitam manis itu.

Kenapa PENSIL?

Kerana Badrul dihadiahkan kemahiran melukis. Dan gemar membeli pensil berharga 30 sen.

Subhanallah, filem unik yang berbeza dari kebanyakan filem. Sungguh!

Ternyata filem yang sarat dengan mesej ini datang tepat untuk memuhasabah masyarakat sekarang yang memandang serong kepada mereka yang tidak sempurna sifatnya.

Ana yakin, antum juga tidak mampu menyeka air mata. ALHAMDULILLAH. amat bersyukur atas segala nikmat yang telah diberi Allah selama ini.

Apr 2, 2010

keMERDEKAan hari ini..

Salam. Rasa janggal pulak untuk menaip. Rasa pelik. Seolah-olah blog ini bukan kepunyaan ana, huhu. Mungkin kerana sudah lama tidak terjenguk, layu tak tersiram. Kesian.

Maaf, kerana ana benar-benar sibuk. 8 subjek yang amat memenatkan. Meletihkan. Namun alhamdulillah, subjek yang amat memanfaatkan. Di tambah komitmen lain yang menuntut ana membahagikan fokus, maka blog terbengkalai seketika. Mungkin salah ana yang tidak bijak menilai prioriti, moga dalam pengampunan Allah. Ameen.

Rindu benar pada insan-insan yang berperanan dalam mewarnai kehidupan ana. Farah, yang bergelar cik PTD di Penang, Bb @ Husna yang baru tamat menyumbang budi di Maahad tercinta, serta Baya yang kini sibuk benar berkursus di Sungai Petani ~ miss all of u BADLY :-(

Tak dapat membayangkan juga, Bah n Tie yang akan meninggalkan ana sem ni. i dun know how to stand. I'll stay lonely. Sungguhpun Sem 3 hanya sekitar 2 bulan, tetapi ana memerlukan mereka dalam perjuangan ana!

Ekin..Chot..Nor? Samala..oo, sensitif, STOP!

Now, i'm going to tell u bout my final papers. Hm. ada yang ok, ada yang quite good. Start 18hb, its too early! Arabic 4 Specific Purposes, kendalian ustaz yang sangatla baik. Serius! Sangat best n beruntung. Tapi exam, susah jugakla, even midterm ok. Nak perkenalkan ust kesayangan ana dan my classmate pada antum, jom ~



21hb, exam الاتجاهات الحديثة في التفسير . Ok jugakla. Cuma agak 'tension' sebab keluar soalan yang tumpu pada madrasah 'aqliyah. Keluar exam hall, solat, makan terus ke library. Study.

22hb, subjek yang mencipta sejarah. الجرح والتعديل. Markah midterm yang amat sedikit berbeza subjek lain. Kenapa? Ntah. Tapi yang bestnya, masa final soalan macam ok ja. So far, boleh la jawab, alhamdulillah. Natijah? Doakan ya, sangat takut, sebab carry mark paling teruk subjek ni, sem ni.

Esok tu, 23hb, subjek yang amat ana minat sem ni, dalam takhassus Hadith, مبادئ التعامل مع السنة. And i scored masa midterm, presentation n also assignment. CAM ok, tapi..i can't answer during final. I dun know why. Diz paper made me cry.

Maaf Dr. Saad Eldin Mansour Muhammad, ana hancurkan harapan. Ust ni mengajar ana subjek الجرح dan مبادئ, ustaz yang paling sopan, bak kata Dr. Mogtaba. Murah markah dan amatla baik.

Next paper, 25hb, الاعجاز القرآني. Hm. Ni subjek yang x kurang hebatnya [ of course ]. Banyak2 jenis i'jaz Quran yang dipelajari, hanya 2 yang ditanya, dan fokus ust pada Qaul bis sorfah..Tension lagi..:-(

Isnin tu, submit projek Arabic 4 Specific Purposes. 65 helai, ana usahakan demi 10 markah yang ustaz peruntukan. Serius, penat! Tapi alhamdulillah, ustaz yag kareem n raheem tu bagi 9 / 10. Laka asy-syukr!

Selasa, 30hb, turn Practical Translation. Dr. Majdi Ibrahim, dalam IKIM tu, itula my lecturer 4 diz subject! Sangat best. Cuma, 2 jam tidak cukup untuk kami menjawab 6 soalan. 3 untuk janib nazhori [ teori ] n 3 baki dari janib tathbiqi [ praktis ]. Manakan nak mengarang jawapan, nak semak kamus lagi untuk some words. Lenguh tangan! Menterjemah tidak susah tetapi tidak juga mudah :-(

Come to my last paper. Islamic Ethics. Rasa nak menjerit pun ada masa tengok soalan. 1st question : " الغيرية " و " الأنانية ". ooo, Amie..! we already discussed bout it before enter Foyer 1. Rezeki, jawab sambil senyum jugakla. Other question so far so good. Thanx Allah, thanx Dr.Ismail Mamat. Sujud syukur.

On hp, got a message from ustaz tahfiz skill.

Exam tahfiz on 2nd April. 6-8pm. Really, i shouted! Oh my God. Ingatkan lambat lagi. Nakla mengulang selancar-lancarnya. 4 me, 2 days isn't enough. Tapi..i've to face. So, jumaat lepas p la ngadap ust. With 5 questions, sambung ayat ust, n i exit d room. Alhamdulillah. MERDEKA!

Hm. Yup. Merdeka is nice. Tapi nak dapat result tu yang scary. Rabbi Yassir Wa La Tu'assir. Ana sangat mengharapkan, antum mendoakan kecemerlangan ana. Sehingga suatu hari..ana dapat memanfaatkan ilmu ana untuk kepentingan ummah. Ameen.

Need to pen off dulu la. Takut berjanji pada kalian yang sudi menjadi follower blog ini bahawa ana akan mengupdate sentiasa, namun d word yang selayaknya ana beri ~ I'LL TRY MY BEST TO GIVE YOU BETTER. biiznillah.

Terakhir dari ana, rasa ingin sekali memberitahu kalian sesuatu, sungguhpun ianya masih di peringkat cadangan. Jika dimurahkan rezeki, maka Allah akan memakbulkan doa ana untuk meneruskan pengajian di peringkat Master.

Ana hanya memerlukan doa kalian. Ana mahu memperbaiki diri. Bercita-cita membentuk generasi yang lebih baik. Membimbing masyarakat. Doakan ana ya.

Pentingnya ~ ana mahu menggapai kebahagiaan hakiki ~ REDHA ALLAH N SYURGA.

Sehingga berjumpa lagi. Kalian dalam doa ana, insyaAllah. Semoga bersama kasih sayang Allah, sentiasa :-)

Feb 6, 2010

SURAT SEORANG ANAK..

Sangat tidak sempat untuk mengupdate blog..namun ana amat berhajat untuk berkongsi isi surat anak saudara ana, Nur Izzatul Husna binti Anuar, anak bongsu kakak ana yang berusia lapan tahun.

Surat ini di tulis, dan ditinggalkan di atas beg tangan kakak ana. Kakak berkongsi isi surat dengan ana sekitar jam 330 pagi.

Menangis. Terharu. Terkesima. Kelu.

Ana tidak mengubah struktur mahupun ejaan ayat. Tentunya ada salah namun antum masih boleh faham dengan maksud yang ingin disampaikan. Perhatikan, kebijaksanaan seorang kanak-kanak. Apakah kita yang dewasa masih tiada usaha?

" Mak una sayang mak una tak mahu tinggalkan mak una mahu mak di hati una una akan belajar besuguh-suguh supaya mak bagia. dan una nak maafkan mak una dah bayak salah una dah kata mak jahat sepatutnya una yang jahat mak mak balikla mak una sedih una takut mak ada masaalah una akan doa semoga mak selamat una tak kan lupa solat una tak kan ponting sekolah una akan bersunguh-sunguh mak supaya una bolih dapat nombor 1 ya mak una sayang mak una tak kan lupa kan mak i love u mak "

Sekitar lapan tahun mungkin hanya sekadar itu yang mampu ditulis, sementelahan belum benar-benar pandai mengeja. Namun una berjaya melembutkan hati, memohon maaf, mengaku salah, memikirkan apakah ibunya mengalami masalah, berjanji untuk memenuhi beberapa tuntutan.

apa salah dia? dia nakal? dia buat apa sampai tulis surat? tanya ana pada kakak. tapi kakak ana menafikan dia telah melukakan hati mahupun mengguris perasaan kakak. tiba-tiba ja tinggalkan surat atas beg tangan..hm..SUBHANALLAH..

mohon sahabat-sahabat doakan una, menjadi anak solehah, anak mithali. ameen!

Jan 22, 2010

SRC 2008/2009 dalam kenangan..

Sebenarnya, ana tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan ketika ini.

Amat lega, apabila sesekali memikirkan ana tidak lagi berada dalam medan politik kampus memegang taklifan, kerana telah meletakkan jawatan secara rasmi 12hb Januari, setamatnya ucapan President, Bro Mohd Sofiyussalam ketika Annual General Meeting Students' Representative Council 2008/2009.

Pada malam itu, sungguh sebenarnya panik untuk membentangkan laporan kewangan SRC. Namun, lebih panik apabila merenungkan keadaaan ana ketika berjawab soalan nanti di hadapan Allah.

Ya, memang ana telah cuba menjalankan amanah yang tersandar di bahu dengan sebaik-baiknya.

Benar, ana telah berusaha menunaikan segala kewajipan sedaya termampu yang ana ada.

Cuma, ana tidak tahu, apakah segala yang telah ana lakukan di terima Allah, juga di terima baik oleh mad'u @ massa ana di UIA umumnya serta di kuliyyah IRKHS / INSTED khususnya.

Malam AGM itu, ana perlu berdiri di hadapan, membentangkan segala perjalanan kewangan sepanjang 1 tenure selepas Bro Ahmad Mukhlis, Secretary General 'memandu' audiens yang datang melihat laporan program juga segala gerak kerja yang telah kami lakukan.

Sungguh, ana panik untuk melakukannya. Namun, ana harus melakukannya!

Perasaan lega, usah di tanya, tentu dirasa apabila hari ini, secara rasminya, kami telah menyerahkan kunci ofis SRC kembali kepada pihak universiti.

Namun, disebalik kelegaan, ada kesedihan yang bertandang, ada ketakutan yang mendatang.

Moga ketika dihisab, ana tidak menghadapi masalah untuk menjawab bahawa ana telah berusaha sebaik mungkin untuk menjaga biah agar terjaga disamping berkhidmat untuk seluruh komuniti UIA demi kebajikan mereka.

Ya Allah, saksikanlah bahawa hamba-Mu ini telah melakukan sesuatu, dengan percubaan sedaya yang ada, demi agama-Mu, demi kelansungan dakwah Rasul-Mu! ameen. Alhamdulillah.

Sedih juga mengingatkan kenangan serta segala memori bersama barisan exco yang banyak membantu dan mengajar ana bekerja dengan riang dan dedikasi.

Begitu juga seluruh tenaga kerja sub-committees dari setiap sekretariat terutamanya di bawah kendalian ana, sangat bersyukur, kerna kalian bersama ana menolong menguruskan kerja-kerja ummah! Terima kasih, moga Allah ganjari kalian dengan Firdaus.

Sedih juga apabila mengenangkan, ana sudah kehilangan satu training ground - SRC. Sepanjang kehidupan ana bergelar Treasurer SRC IIUM, sangat banyak yang ana pelajari. Sebagai seorang calon yang pernah memenangi hati pengundi, ana beroleh pengalaman yang amat berharga dan ilmu yang sangat berguna.

SRC - akan ana kenang kerana selama berada dalam keluarga besar ini, ana beroleh segalanya ~ ilmu, adik beradik, sahabat, pengalaman.

Kini, ana kehilangan sebuah keluarga besar juga sebuah 'institusi' yang membantu ana mengenali potensi dan kemahiran diri.

Sungguh, amat sedih namun bersyukur, Allah memilih ana untuk merasai segala suka duka ini, Alhamdulillah.

SRC 2008/2009 dalam kenangan. dan jauh di sudut hati ana, ana doakan kami berjaya meninggalkan satu legasi tarbiyah di bumi UIA, dan segala gerak kerja kami diterima Allah juga diganjari pahala, dijanjikan syurga, dihalalkan seluruh mahasiswa mahasiswi UIA, ameen Ya Rahman!

Hari ini, ana harus belajar..

SRC tidak membebankan ana semata-mata, namun SRC memberi ana segala yang tak pernah diberi lain-lain..

Buktinya? Ana menangisi perpisahan kami, juga ketika mengemas ofis, memandang poster..

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ana tahu, kita akan menyayangi sesuatu apabila ia sudah tiada, sudah tidak menjadi milik kita.

Allahu Ta'ala a'lam!

Jan 14, 2010

Hari-hari dewasa ini..

3 Januari lepas, ana genap 24 tahun, alhamdulillah. Dan ketika itu, ana berada di rumah. Bahagia ulangtahun kelahiran kali ini, kerana dapat bersama keluarga dan paling penting ~ benar-benar rasa gembira.

Kerana ketika 3 Januari 2009, ana menyambut ulangtahun kelahiran dalam pelbagai perasaan. Sedih. Marah. Muram. Takut. Geram. dan..segalanya. ada juga gembiranya, tika keluar ber'party' di Burger King bersama 2 teman sehidup semati. Sebenarnya ketika itu ana dalam fatrah 'di proses' dan 'memproses diri' menjadi calon pilihanraya kampus. Biasalah, emosi kurang stabil.

Maka tahun ini ana kembali merasa gembira. Pagi 3 Januari, anak sedara ana bernama Mu'adzah Fakhriah bertanya, " cik nak adiah apa? " seusia enam tahun, dia bijak dan petah bercakap. Malah ketika kami minum pagi beramai-ramai, dia minta abang ana ~ abah kesayangannya membelikan gelang kaki sebagai hadiah!

Dan tengahari itu, ketika ana mengemas buku kakaknya yang mahu ke sekolah, dia datang disertai anak-anak sedara yang lain.

Membawa sebiji kek coklat + blueberry bertulis di atasnya, sambil beratur dan menyanyikan lagu 'selamat hari jadi', ana sangat terkesima.

Tima kasih kanak-kanak wonderpetku, anak-anak sedara upin & ipinku, permata jiwa ragaku, CIK AMAT HARGAI KASIH SAYANG KALIAN.

Malamnya, ana bersama seorang sahabat pulang ke kampus. Ya, esoknya kami harus meneruskan pengajian. Sekadar pulang untuk 3 hari tentunya tidak puas namun terubat.

Hm..teringat kenangan ketika bergelar kanak-kanak. Dulu, setiap kali 3 Januari, mak bapak akan mengadakan majlis ~ kenduri meraikan ulangtahun kelahiran ana. Ala-ala majlis walimah gitu, dek disembelihnya lembu dan kambing. Namun tatkala ana meningkat dewasa menjejak kaki ke alam remaja, tiada lagi sambutan seperti itu. Ala kadar saja.

Dan yang paling mengharukan ~ mak bapak abang kak menggantikan laptop baru kerana uzurnya ASUS yang berusia 5 tahun itu. Ana kira ini hadiah hari jadi ana yang amat istimewa.

Pulang ke kampus ~ kehidupan ana diceriakan dengan hadiah-hadiah berwarna hijau! Seriously, i luv them much!

Dan..sebenarnya ana musykil. Kenapa, mostly mesej yang diterima selepas ucapan 'hepi besday' must b followed by ucapan berkaitan jodoh? haha. sangat melucukan. Sehingga ana menyoal sahabat ana apakah pada usia ini, memang ucapan itu yang dikhususkan? semoga beroleh jodoh yang baik..semoga cepat walimahnya..semoga..semoga..ameen, moga doa kalian dimaqbulkan Allah!

Dan..semalam, ana di 'prank' oleh 6 sahabat dunia akhirat ana di kediaman fellow UIA! huh. sungguhpun ana berjaya 'mencaca merbakan' plan mereka yang tersusun rapi, namun ana akui, ana amat terkejut dan menjerit sepuas hati!

Beberapa jam tertangguh dek ana sibuk dengan beberapa meeting yang amat penting untuk dihadiri. Namun mereka tabah menanti. Haha! Sehinggalah prank yang benar-benar terjadi sekitar jam 1 pagi setamatnya ana dari beberapa siri meeting.

Kek Secret Recipe, KFC dan makanan ringan lain.Sedap dan teruja! Tahniah2 :-)Sebenarnya mereka menyimpan dendam yang amat besar terhadap ana kerana biasanya ana menjadi 'ketua'. Ok la..prank ampa berjaya!

Special dedication to : ARIBAH, IZZATI, FARAHANI, EKIN, BB DAN BAYA..

antum, SAHABAT SE'AQIDAH yang amat ana kasihi..priceless!

" aku lemah tanpa kamu..ku ingin mu dampingiku..aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu..sampai syurga ku menunggu..sampai syurga ku cintamu.."

Sangat berterima kasih.

Juga buat mereka yang 'mengganggu' malam ana, selepas 12 am bertarikh 3 Januari, juga ucapan selepas tarikh itu sehingga ke hari ini, setiap panggilan dan mesej yang disampaikan, moga kalian mendoakan ana dengan ikhlas.

Doakan, mahu jadi yang lebih baik..solehah..ameen!

Takut dihisab atas nikmat usia yang diberikan Allah ini tidak digunakan dengan sebaik-baiknya untuk beramal. Moga teori ~ muhasabah dapat digerakkan bersama praktikal ~ amal.

Antum doakan ana ya, dikala usia meningkat dewasa, bertambah zuhudnya, wara'nya, tawaddhu'nya, ikhlas beribadat, tazkiyah nafsi. Ana memerlukan kalian sebagai advisor akhlak dan setiap part kehidupan ana.

Ana menghitung hari melayari hari-hari terakhir bersama sahabat-sahabat bergelar mahasiswi ijazah. dan..doakan kami, dikabulkan hajat menyambung pengajian.

Mahu bercerita lagi namun mengejar masa memenuhi tuntutan seorang pelajar. Ana mahu memperbaiki potensi diri! Doakan ana ya.

"Allahumma ahyini miskinan..wa amitni miskinan..wahsyurni fi zumrotil masakin.."

Doa ini memohon Allah menghidupkan kita dalam keadaan 'miskin', dimatikan juga dalam keadaan sedemikian, juga mohon dikumpulkan bersama golongan 'miskin'..

Indah bukan? kerana 'miskin' yang dimaksudkan bukanlah miskin harta, tidak beraset sehingga terpaksa berhajat kepada orang lain namun 'miskin' itu adalah tawaddhu', wara' dan zuhud.

Semoga kita kaya amal, kaya pahala. Jumpa lagi! :-)

Dec 6, 2009

PERJUANGAN YANG BERBAKI

Salamullahi 'alaikum jami'an..

Ketika menulis, ana kembali menemui semangat baru bagi memulakan kehidupan di semester pengajian yang menyaksikan hakikat bahawa sahabat-sahabat ana, ramai yang telah selamat memulakan langkah baru di luar sana.

Dengan ketiadaan mereka - dedikasi buat teman2 tercinta ~ Farahani, Chot, Baya, Bb, Bibot dan ramai lg..~ ana seolah-olah patah sayap. Benar, seperti kata mak ketika ana meluahkan kesedihan, masih ramai yang bersama ana. Benar kata junior ana,
Mashitah, masih ramai yang menyayangi ana di sekeliling ni, namun susah benar menelan kenyataan..ana kian ditinggalkan.

Ya,akur dengan hakikat alam - bertemu dan berpisah - ana mengumpul semangat. Dan bertambah tekad jiwa ini, apabila menerima sms dari junior ana di Mesir memaklumkan bahawa Sheikh Musa, tok guru Quran ana ketika berada di sana tahun lalu menyebut-nyebut nama ana. Subhanallah, moga dengan ingatan dan doa sheikh, cita-cita ana untuk menjadi ulama' termaqbul, ameen.

Bermula isnin, 7 Disember, UIA yang lengang telah kembali sesak. Dan antara yang telah menyesakkan itu tentunya ana. Berbaki 6 bulan pengajian ( insyaAllah ), ana mahu menghabiskan tempoh ini dengan pencapaian yang terbaik. doakan ana ya, dan usah dipinta tentunya ana juga sentiasa mendoakan kalian - teman2 pembaca yang sentiasa bersama ana!

Kosong. kosong sebenarnya untuk menulis. Kerana terlalu banyak impian untuk mengarang. Namun mungkin tidak rugi jika ana kongsikan sesuatu, hasil perbincangan ana dan sahabat-sahabat dalam usroh bersama naqib kami, beberapa minggu sebelum final exam bermula.

Melihat keadaan semasa, ramai yang sibuk berbual isu politik seolah2 mereka adalah golongan pakar dalam bidang itu. Juga ramai yang sibuk menjadi juri dalam bidang lain contohnya ekonomi sungguhpun mereka bukan terdiri dari 'ahli'nya.

Ini masalah dunia sekarang. Selalu berpidato atas tiket jahil.

Namun apa yang lebih merisaukan, apabila lebih ramai rakyat Malaysia - dan mungkin juga mereka yang bukan di bumi ini - sangat expert soal lain berbanding sendi-sendi agama.

Apabila diminta tampil membincangkan isu pilihanraya, misalnya, lantas mahir menyebut segala jenis buku politik, juga berjaya mendatangkan ayat Al-Quran serta hadith sebagai dalil.

Malangnya hadith yang didatangkan sebagai bukti adalah hadith maudhu' yang tidak boleh diterima pakai.

Contoh mudah - ramai yang khatam kitab-kitab haraki melebihi kita-kitab turoth @ ad-diniah.

Sanggup bersengkang mata menelaah buku-buku biasa dari cuba berta'aruf dengan kitab tafsir, hadith, fiqh dan sebagainya. Sedangkan semua tahu, sungguhpun politik, ekonomi, kehakiman sebagai contoh tidak dapat lari dari pen'thabit'an hukum dari kutub diniah.

Kenapa pengetahuan agama dibelakangkan?

Kenapa kitab-kitab yang lebih lengkap membicarakan tentang kehidupan kontemporari mudah-mudah dilupakan?

Beralasankan bukan mahasiswa jurusan agama @ tidak cukup baik menguasai bahasa arab sebenarnya 'memakan diri'.

Purposely ana menulis untuk menyedarkan diri sendiri dan mereka yang bersama ana - 'hadhom'kan 'percintaan' kita dengan kitab sepatutnya.

Amat memalukan apabila kita lebih mahir berpencak dalam soal 'fadhlah' sedangkan kita amat gagal dalam tuntutan mahupun soal 'umdah'.

Terima kasih kepada naqib serta ahli usroh pimpinan anak kedah yang sama-sama berkongsi manfaat bersama ana.

Ayuh, kenali Quran & Hadith, sebaik-baik pengenalan. Moga mudah beramal hingga ke penghujung jalan.

Jumpa lagi, moga lembaran akan datang dapat ana update sesegera mungkin. Ameen.