CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Dec 6, 2009

PERJUANGAN YANG BERBAKI

Salamullahi 'alaikum jami'an..

Ketika menulis, ana kembali menemui semangat baru bagi memulakan kehidupan di semester pengajian yang menyaksikan hakikat bahawa sahabat-sahabat ana, ramai yang telah selamat memulakan langkah baru di luar sana.

Dengan ketiadaan mereka - dedikasi buat teman2 tercinta ~ Farahani, Chot, Baya, Bb, Bibot dan ramai lg..~ ana seolah-olah patah sayap. Benar, seperti kata mak ketika ana meluahkan kesedihan, masih ramai yang bersama ana. Benar kata junior ana,
Mashitah, masih ramai yang menyayangi ana di sekeliling ni, namun susah benar menelan kenyataan..ana kian ditinggalkan.

Ya,akur dengan hakikat alam - bertemu dan berpisah - ana mengumpul semangat. Dan bertambah tekad jiwa ini, apabila menerima sms dari junior ana di Mesir memaklumkan bahawa Sheikh Musa, tok guru Quran ana ketika berada di sana tahun lalu menyebut-nyebut nama ana. Subhanallah, moga dengan ingatan dan doa sheikh, cita-cita ana untuk menjadi ulama' termaqbul, ameen.

Bermula isnin, 7 Disember, UIA yang lengang telah kembali sesak. Dan antara yang telah menyesakkan itu tentunya ana. Berbaki 6 bulan pengajian ( insyaAllah ), ana mahu menghabiskan tempoh ini dengan pencapaian yang terbaik. doakan ana ya, dan usah dipinta tentunya ana juga sentiasa mendoakan kalian - teman2 pembaca yang sentiasa bersama ana!

Kosong. kosong sebenarnya untuk menulis. Kerana terlalu banyak impian untuk mengarang. Namun mungkin tidak rugi jika ana kongsikan sesuatu, hasil perbincangan ana dan sahabat-sahabat dalam usroh bersama naqib kami, beberapa minggu sebelum final exam bermula.

Melihat keadaan semasa, ramai yang sibuk berbual isu politik seolah2 mereka adalah golongan pakar dalam bidang itu. Juga ramai yang sibuk menjadi juri dalam bidang lain contohnya ekonomi sungguhpun mereka bukan terdiri dari 'ahli'nya.

Ini masalah dunia sekarang. Selalu berpidato atas tiket jahil.

Namun apa yang lebih merisaukan, apabila lebih ramai rakyat Malaysia - dan mungkin juga mereka yang bukan di bumi ini - sangat expert soal lain berbanding sendi-sendi agama.

Apabila diminta tampil membincangkan isu pilihanraya, misalnya, lantas mahir menyebut segala jenis buku politik, juga berjaya mendatangkan ayat Al-Quran serta hadith sebagai dalil.

Malangnya hadith yang didatangkan sebagai bukti adalah hadith maudhu' yang tidak boleh diterima pakai.

Contoh mudah - ramai yang khatam kitab-kitab haraki melebihi kita-kitab turoth @ ad-diniah.

Sanggup bersengkang mata menelaah buku-buku biasa dari cuba berta'aruf dengan kitab tafsir, hadith, fiqh dan sebagainya. Sedangkan semua tahu, sungguhpun politik, ekonomi, kehakiman sebagai contoh tidak dapat lari dari pen'thabit'an hukum dari kutub diniah.

Kenapa pengetahuan agama dibelakangkan?

Kenapa kitab-kitab yang lebih lengkap membicarakan tentang kehidupan kontemporari mudah-mudah dilupakan?

Beralasankan bukan mahasiswa jurusan agama @ tidak cukup baik menguasai bahasa arab sebenarnya 'memakan diri'.

Purposely ana menulis untuk menyedarkan diri sendiri dan mereka yang bersama ana - 'hadhom'kan 'percintaan' kita dengan kitab sepatutnya.

Amat memalukan apabila kita lebih mahir berpencak dalam soal 'fadhlah' sedangkan kita amat gagal dalam tuntutan mahupun soal 'umdah'.

Terima kasih kepada naqib serta ahli usroh pimpinan anak kedah yang sama-sama berkongsi manfaat bersama ana.

Ayuh, kenali Quran & Hadith, sebaik-baik pengenalan. Moga mudah beramal hingga ke penghujung jalan.

Jumpa lagi, moga lembaran akan datang dapat ana update sesegera mungkin. Ameen.

Nov 2, 2009

AKU, BUKU DAN CINTA

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Alhamdulillah, atas nikmat Islam & Iman yang masih bersama ana, dan antum pastinya. Nikmat sihat, mewah dan lain sebenarnya nikmat yang datang selepas nikmat Islam. Kerana Islam itu sendiri suatu kenikmatan. Dan dengannya, datang pula nikmat-nikmat lain. BERBANGGALAH MENJADI SEORANG MUSLIM!

Ketika menulis, tepat jam 4 pagi. Peritnya mahu menyambut final exam. Terpaksa bersengkang mata demi memastikan segala yang di pelajari sekitar 4 bulan mampu dimuntahkan dengan bergayanya selama 2 jam. Kertas jawapan tentu sekali mahu terisi dengan panjang, lengkap dan menarik. Hm..

Masih terbayang omongan ana bersama sahabat-sahabat ana. Ketika itu boleh ana katakan sebagai 'sharing moment' antara kami. Meluah sedih. Berkongsi duka.

Exam - sangat memenatkan. Menakutkan. Membunuh! Kena pula ada maddah @ subjek yang menggunakan 2-3 kitab setiap satu, mahu direbus buku lantas diminum airnya demi nuqoth muhimmah agar tidak tercicir satu pun!

Namun kami memandang dari positive side. Bukankah dengan ketakutan itu, juga banyaknya halaman yang harus dilawati membuatkan kita tidak mampu tidur dengan nyenyak?

Maka selamatla kita - dari tidur yang panjang, mengulas gosip & kontroversi juga perkara-perkara ringan lain yang menjadi faktor kepada kehilangan masa.

Juga..ana suka untuk menyebut di sini, apabila tidur tidak lama, bangunnya awal, selamatlah seorang da'ie dari kerugian tahajjudnya!

Maka - ayuh kita berdoa - agar setiap hari kita ada exam - setiap hari ada assignment - semoga dengan segala benda yang menyibukkan dalam hari-hari kita membantu untuk menyelamatkan tahajjud kita! :-) Alhamdulillah.

Tidak berniat menulis panjang. Sekadar memberitahu beberapa perkara kepada sidang pembaca yang budiman..

1-Ana akan bertarung bermula tarikh :
10hb November - Takhrij Al-Hadith @ Retrieval of Hadith.
11hb - Nahu 4 @ Arabic Syntax 4
15hb - Sorf 3 @ Arabic Morphology 3
16hb - Ma'ayir Naqd Al-Hadith @ Criteria of Hadith Criticism
17hb - Manahij Al-Mufassirin @ Methodology of Exegetes
18hb - Al-Khitab Al-Qur'ani @ Qur'anic Discourse
Decentralized exam - Tahfiz Class 5 ( Juzu' 9 & 10 )

Sesak nafas kan? Uhuu. Mohon kalian semua doakan ana.

2-Ana sedang bercinta sebenarnya. Hairan juga, bagaimana sekarang, dalam keadaan yang amat sesak - final exam - ana masih sempat memikirkan soal ini.

Dia bukanlah sesiapa. Yang penting, dia berwarna hijau kegilaan ana!

AKU, BUKU DAN CINTA. Dia kecintaan ana, sekarang, setakat ini. Karangan Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, buku terbaru yang ana genggam dan peluk. Yang ana selang seli dengan kitab maddah, bila ana hilang fokus.

Sungguh, ia banyak memotivasikan ana. Seolah-olah ana sedang berbual dengan penulis. Seolah-olah kami sama-sama berbincang. Buku yang amat berharga ana kira - kerana berjaya membuat ana benar-benar cinta.

Secara kasar - ia berbual tentang kecintaan penulis juga ulama' lain dengan buku. bagaimana mereka merasainya. kenapa merasai sebegitu..

Di sini, ana tahu, Ibn 'Aqil ketika bercinta dengan buku dahulu, beliau tidak rela makan roti, hanya makan manisan dan secawan air kerana takut masanya banyak terbuang.

Kita bagaimana??

Kerana bagi mereka - buku adalah kebun yang nyaman. Teman setia. Sumber ilmu.

Apabila disebutkan dengan ilmu, tentunya berkaitan dengan amal.

Ilmu juga merupakan nikmat. Kerana,ilmu itu sendiri mulia. Dan memuliakan. Bacalah buku ini, antum akan rasa apa yang ana rasa.

Ana lebih menghargai masa ana, menghargai kitab-kitab ana, segalanya!

Kebetulan ana membaca teori bagaimana bercinta dengan buku dalam buku terhebat itu - ana juga sedang belajar mempraktikkan bagaimana BERCINTA DENGAN BUKU. Moga2 ana tidak bersikap retorik - percintaan bermusim.

3-1 November lepas - genaplah setahun ana meninggalkan Mesir. Setahun ana kembali ke Malaysia. Sedih? Tentu sekali. Namun ana berharap, moga akan mendapat rezeki membuat kunjungan lagi ke sana. Talaqqi. Ziarah maqam yang masih belum tertunai. Dan macam-macam lagi. Mungkin menetap di sana? Hm...

Mungkin 30 minit menulis secara spontan belum cukup membuatkan blog ana di update secara sempurna, dan sepatutnya. Dan sebenarnya ana lebih gemar menulis secara spontan! Namun, ana hitung, ia telah memakan banyak masa ana..so,ana mohon diri dahulu, ya! Moga kita boleh berjumpa lagi dalam lembaran kalam ana yang akan datang.

HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL..

Alhamdulillah. Allahummaj'alha ni'matan masykurotan tasilu biha ni'matal jannah! Ameen.

Salam dari ana, di Mahallah Asiah ~

Oct 9, 2009

ZAMAN KEKALUTAN YANG AMAT DASYAT!

Salam..semoga semua sahabat yang tengah meluangkan masa bersama ana di alam maya ni, sihat2 belaka. Ameen.

Allahumma inna nasaluka khoiro haza yaum wa khoiro ma ba'dah..wa na'uzubika min syarrihi wa syarrima ba'dah..Allahumma ameen!

Bersawang lagi blog ana. Tentu antum juga bosan menghadap diari kehidupan ana yang telah lama tidak berupdate. Sungguh, ana melalui zaman kekalutan yang terlalu memenatkan! Justeru ana mahu meluahkan apa yang ana rasa, kabelakangan ini.

2-3 hari ni, ana diketuk 2-3 mesej yang katanya kerapkali bertandang ke blog ana. Pengikut setia, beritahu mereka. Terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi. Terasa malu dek tidak menulis entry terbaru tapi ana berazam hari ini ana mahu bersua muka bersama antum. Alhamdulillah.

Usai midterm sorf pagi tadi, sungguhpun tidak berjawab dengan sempurna, berbekalkan hati yang sedih cuba juga tersenyum masuk grup discussion untuk presentation isnin ni, subjek ma'ayir naqd al-hadith. Apabila seorang mahasiswa bahasa arab cuba menjadi juara dalam subjek minornya, terpaksa sakit dan perit! Mahu menjerit setiap kali masuk 4 kelas maddah minor.

Ana masih ingat - i need 2 bear d risks bila i dun have friends pada awal jejaknya kaki ana ke kelas ma'ayir dan khitob qurani. Yela, ana je student Bar dalam tu. Kawan Bar yang lain x berminat dengan maddah yang ana pilih. Lonely...

Maddatani yang berbaki dalam minor - manahij mufassirin dan takhrij hadith ada kawan Bar tapi bukan sahabat2 yang sekitarnya. Jadi agak kaget jugak. Tapi mulut ramah ini cepat saja mendapat teman - si kembar terbaik di dunia - Azizah & Azizan tidak lokek membantu. Salwa tidak bosan menjawab soalan ana. Sajidah adik ana yang cemerlang tak pernah kedekut meminjamkan nota buat si kakak yang busy. Faizah kerap menenangkan hati dengan kata2 semangat. Mukminah yang membekukan diri bersama ana di maktabah..

Subhanallah - my loyal sisters - they are always be by my side. Thanx Allah 4 the valuable gift!

Kelas Nahu n Sorf bukannya senang..tapi mungkin ayat yang tepat adalah - kerana ana selesa - ana bersama teman2 yang sama2 membesar dari matrik!

Ramadhan - agak sibuk namun jika dibandingkan dengan Syawal ini, ana menangis hampir setiap hari. Takut. Letih. Tertekan. Penat. Alhamdulillah.

Sibuk sangat sekarang bila midterm + test yang berderet2. Assignments yang berlambak2 mahu di taip. Juzu' 9 & 10 yang mesti di tasmi' untuk kelas tahfiz ko-kurikulum. Surah Al-Baqarah untuk task kelas ma'ayir. Juga 20 bait syair sebagai task lain kelas Nahu. Hoho.

Itu belum kira discussion yang berjam-jam untuk 2nd assignment maddah khitob dan takhrij. Adoii. 10 November ana akan mula bertempur. Susah hati betul kerana imtihan nihaie kian menjelang namun jika bicara soal persediaan, ianya terlalu biasa.

Dan tentunya benda yang paling merisaukan apabila masih ada financial report SRC yang masih belum diserahkan. Terlalu banyak resit yang harus ana langsaikan. Cek yang masih bersisa di S-Dev, dan paling penting..welfare student yang menjadi taruhan utama SRC. Semoga terlaksana dengan baik. Mohon sahabat2 pembaca doakan kami.

Let we talk about CONVEST '09 ( convocation fiesta ) roughly. Sungguhpun ana bukan committee convest tapi sebagai salah seorang SRC, ana terlibat indirectly. Opening Ceremony semalam yang diadakan di Convest Hill, UIAM ana hitung sebagai majlis yang meriah. Ana xtaula orang lain. Haha.

Niat asal tak mau p dah - nak fokus study Sorf untuk exam pagi tadi. Tapi bila Mr President - Bro Sofiyussalam mohon ana pergi sungguhpun untuk beberapa ketika, juga memandangkan Programme Manager CONVEST kali ini adalah sahabat ana - Bro Mukhlis - Secretary General SRC - terpaksalah berbaju batik ke tapak Convest.

Berat hati tetapi cuba tenang.

Sepintas lalu - ana pernah katakan pada kakak mithali ana, " ceq baru tau macam mana jadi YB. ni baru Yang Bekerja @ Yang Berkhidmat di peringkat kampus, kalau Yang Berhormat dalam politik luaq, lagilaaa.." kak bertanya, " busy sangat ka?" hmm..

Soal menjadi SRC @ MPP - ana belajar segala-galanya. Dressing, public relation, self + time management, self confidence and many more. 2 tak masuk lagi nak bermusafir menghadiri program kementerian, meeting serta jamuan berbuka puasa di sana sini hampir setiap hari! Alamak, sharing moment la plak.

Nanti bila da turun takhta, sambung cita ni..Back 2 my track.

So, bila ingat diri ni SRC, kenala p. Memenuhi kerusi vip, di belakang kerusi Rektor UIAM serta vvip lain, best jugak OC semalam. Relief sikitla ana. Tengok bunga api, grup gamelan + cak lempong memainkan alat muzik mereka. Multimedia presentation jugak pesilat-pesilat beradu tenaga diiringi Mentera Semerah Padi karangan M.Nasir. Huhu..Bolehla layan..

Jam 10, ana tutup buku SRC, Ninja KBX 7562 bawa ana pulang. Bemulalah tarkiz ana terhadap kitab Sorf yang harus di khatam nisfuhu. Ana selalu berdoa - moga setiap amal dan lisan ana dikira ibadah. Membantu timbangan khair ana. Menyuburkan pahala ana. Ameen.

Rasanya, sawang di sekeliling blog ana dah xda dengan cerita picisan ana ni. Kan? Esok malam, ana harus memenuhi jemputan sebagai wakil SRC - VIP untuk salah satu program convest - SEMINAR & FORUM ON WOMEN ISSUES - siangnya mungkin ana harus ber'muqim' di maktabah.

Ahad - mungkin ana terpaksa ke UM - rehearsal forum atas jemputan menjadi moderator. Huhu. Juga harus di maktabah. Juga mesti di bilik, study. Mungkin juga melayan kenalan yang datang meraikan convest. Awlawiyat?

Isnin - ana bersama seorang lagi wakil SRC harus berada di Cultural Activity Centre ( CAC ) untuk menyaksikan majlis konvokesyen. Nasib baik petangnya, kami berganti. Ana harus membentangkan tajuk naqd al-matan bersama teman2 di hadapan kelas. Risau.

Rabu malamnya, ana ada 2nd test maddah ma'ayir naqd al-hadith. Esoknya, dijadualkan rehearsal rasmi forum FEMINA di UM. Jumaat, serabut juga. 3-5pm 2nd test maddah khitob. Juga kelas ganti Nahu pada masa yang sama. 8pm, forum yang harus ana kendalikan di UM sepatutnya bermula. Buntu.

Kasihan Ayuni, adik ana di UM. Setiap hari dia doakan ana dipermudahkan urusan agar ana tetap menunaikan harapannya bertandang ke UM memenuhi jemputan. Ameen. Tak rugi orang yang beristikhoroh, kan..

Cousin ana yang sakit pun masih belum sempat ana ziarah. Doakan ana ya sahabat-sahabat - BERTABAH DAN TERBAIK!

Sakit di kaki dek terkena ekzos beberapa minggu lepas masih terasa. Jumpa abang di hotel Olmpic, KL sebelum Kedah vs ATM di Stadium Selayang. Mak asyik call setiap hari untuk mengingatkan ana 2 benda - makan dan tidur kena cukup walau sesibuk manapun ana.

Suka duka, gembira sedih, tertekan cool, semua ana rasa dan hadapi. Ana pasti antum juga begitu. Doa antum sebagai sokongan terhadap ana melalui ZAMAN KEKALUTAN YANG AMAT DASYAT diperlukan..kewajipan yang ditaklifkan melebihi waktu yang dikurniakan amat memberi tekanan, kadangkalanya..tapi kena thiqah dengan Allah!

Sungguhpun zaman kekalutan yang amat dasyat ini menghambat ana - ana mahu juga merakamkan ucapan TAHNIAH & SYABAS kepada seluruh committee CONVEST '09 serta yang terlibat directly juga indirectly menjayakan CONVEST '09. Terima kasih sudi bekerja bersama SRC.

Dah penat kot menulis. Dah abes time rehat ana. So kena mula study balik laa..Doakan ana, maafkan ana, terima kasih.

Kasih ana untuk antum ~ sebagaimana kasih antum terhadap ana. Biiznillah.

Sep 9, 2009

Sesuatu yang teristimewa..

Salamullahu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, masih dalam tarbiyah penghulu segala bulan, Ramadhan. Bulan yang menjadi padang untuk menyumbat sebanyak mana gol, demi sebuah kemenangan.

Anggap sahaja kita sebagai penyerang. Dan goal keeper pihak lawan sebagai hawa nafsu. Perlu taktik dan strategi. Perlu berpolitik sehingga bergelar juara. Ehem2.

Tinggalkan padang bola Stadium Darulaman. Ana mencuri masa untuk mengupdate blog pada hari ini, demi sebuah apresiasi. Kerana 8 September, adalah tarikh ulangtahun kelahiran satu-satunya kakak mithali ana. Kakak ini bersusah senang, berkongsi suka duka dengan ana. Kakak dari darah daging yang sama, hanya dia. Normala Mat Din, anak ketiga dari 5. Genap usianya 42 tahun, ketika ifthor semalam.

Azan maghrib berkumandang, usai berbuka, ana menghantar 1 sms ringkas. “ kakak mithali, kalo ikut Islam, tarikh baru bermula selepas maghrib. So, adik solehah nak wish epi besday, semoga panjang umuq, murah rezeki, bertambah amal ibadat, dan pengakhirannya syurga Allah..ameen..”

Puas. Sungguhpun sms tu very simple, but 4 me..VERY MEANINGFUL. I luv her very much!

Beberapa minit selepas tu, ana dapat respon. “ tima kasih ingat kakak mithali, untung ada adik mithali yang sentiasa ingat kakak mithali..doakan kakak mithali naa..”

Percaya? Kami sentiasa menggunakan term ‘adik mithali’ dan ‘kakak mithali’. Bukan sekadar dalam sms malah jika kami berbual, kami kerap menggunakan term itu. Bukanlah kami ini terlalu baik, lemah lembut dan bersopan santun. Tetapi antara kami ada kasih sayang. Mesra.

Kakak ana tidak berpendidikan tinggi. Bukan hanya dia, malah abang2 ana yang 3 orang itu pun, hanya bersekolah sekadarnya. 3 kakak ipar dan seorang abang ipar pun hanya biasa-biasa. Hanyasanya ana yang berdiri di menara gading.

Justeru bila kakak hanya bekerja sebagai seorang ‘chef’ di salah sebuah pusat matrikulasi, Kedah juga mengambil tempahan dengan mengurusnya bersendirian, berbekalkan pengalaman berniaga di Langkawi dulu, kakak sering berpesan agar ana belajar bersungguh-sungguh.

Kakak tak mahu ana menerima nasib yang sama. Kakak malah semua abang selalu meletakkan ana sebagai qudwah di hadapan anak-anak buah. Tertekan juga tetapi ana tahu, harapan menggunung dari keluarga dek hanya seorang ini memula langkah di university.

Jadi ana harus faham. Kakak mahu ana jadi terbaik kerana di belakang ana banyak mata yang menilai!

Antum tahu, kakak ana sangat tabah. Ana masih ingat, bagaimana dia bangun pada jam 3.30 pagi untuk bersiap sedia kerana harus bergegas ke tempat kerja.

Bagaimana dia juga harus menyediakan kelengkapan anak-anak yang masih bersekolah. Mujur mak sudi membantu, kerana kami hanya tinggal bersebelahan.

Bagaimana juga dia harus bersabar ketika satu-satunya abang ipar kesayangan ana diserang strok. Sehingga sekarang, abang masih belum pulih sepenuhnya namun sudah banyak improvement. Ketika abang sakit, dia menangis mengadu pada ana. Kerana abang amat memanjakan kakak. Abang melayan kakak dengan layanan yang sangat baik.

Kebetulan ketika itu, dia sudah lama tidak memandu kerana trauma kesan kemalangan ketika ana di tingkatan 5. Namun bila abang sakit, kakak tidak berniat melarikan diri. Kakak kuat demi anak-anak yang 4 orang itu. Kakak masih kasihkan abang. Sungguhpun kini abang semakin pulih dan sudah mampu menguruskan kembali kedai sukan di stadium, namun kakak masih di sisi abang.

Ana juga ingat, bagaimana kasihnya kakak pada ana tika kami makan bersama. Kakak ambilkan lauk untuk ana. Kakak layan ana dahulu. Kemudian mengisi lauk di pinggan abang terus ke pinggan anak-anaknya. Kakak mengutamakan ana.

Ana masih ingat apabila kakak menghadiahkan sahabat ana, Izzatie dan Baya sepasang kain kurung setiap seorang. Ana bising. Ana persoalkan kenapa mereka, bukan ana. Kakak jawab, kerana ana adiknya. Harus dibawa ana untuk memilih sendiri. Ana diam.

Juga apabila kakak pujuk setiap kali ana berdegil dengan keputusan bapak. Kakak akan berusaha untuk mempositifkan ana bahawa setiap yang diputuskan bapak sungguhpun ana tidak suka, adalah tanda bapak sayang. Tentu sekali sebelum ana terpaksa redha, kakak akan cuba membantu ana, akan cuba backing sedaya mampu.

Dulu, sebelum abang ipar ana sakit, abang itulah yang akan menghantar ana ke mana-mana. Kerana abang-abang lain sangat sibuk. Itupun jika bapak juga ada urusan. Tetapi selepas abang sakit, kakak kembali memandu dan dia yang akan menghantar ana.

Dan antara benda yang terpahat di ingatan ialah ~ kakak membelikan 2 pasang jubah moden. Satunya untuk ana, satu lagi untuk dia, dengan pattern yang sama hanya beza warnanya! Cantik? Tentu sekali.

Dek kerana kakak yang tidak bersekolah agama dan mempunyai kehidupan yang agak sosial, maka analah penasihat utamanya. Sweet, kan..

Then, kakak always give me authority 2 advice even 2 scold her children. She always ask them 2 b like me, in term of my diligence. Bagi kakak, me is everything 4 her. She believe dat I’ll help her fis sarro’ wad dhorro’. Susah senang. Through thick and thin.

Ni buka part syirik ye.. u need 2 understand.

Well, sekarang kakak semakin berumur. Ana harap agar sempat berbudi pada kakak dan keluarganya. Sekarang pun, ana amat gembira bila ana mampu menjadi drivernya ke mana-mana. Ana seronok bila balik kampung, dapat tolong kakak uruskan anak-anaknya yang bersekolah. Seronok bila dapat minum kopi dan makan maggie sama-sama sambil berbual, berkongsi cerita.

Seronok sangat!

Cuma, kalau diingat kembali, macam x percaya juga. Masa ana kecil, kakak selalu mengusik. Kami selalu bergaduh. Mungkin kerana cemburu, lama benar dia menjadi satu-satunya anak perempuan mak bapak. Lantas kadangkala ana berkecil hati, merasakan dia membenci ana. Kebetulan, rupa kakak yang lebih cantik dari ana, ana kira.

Tapi bila dia meningkat dewasa, dia sudah pandai memujuk. Mengambil hati. Memimpin tangan ana. Dan ketika dia sudah mahu dikahwinkan, dia menangis, mungkin kerana kami terpaksa berpisah kerana abang akan membawanya melangkah ke fasa baru kehidupan.

Ana? Tentunya merasakan kehilangan. Marah juga kerana merasakan abang mencuri..merampas kakak dari ana. Dan…apabila dia sudah berpindah ke Langkawi, setiap hari minggu, bapak akan bawa ana melintasi laut. Rindu sehingga menangis.

Hakikat la kan. Yang benci, tak selamanya. Yang suka pun susah nak bertahan.

Terbukti chemistry antara kami, ketika ana menulis entry ini secara spontan, kakak menelefon ana. Bertanya khabar dan memberitahu..rakaman suara siswa ketika ana dijemput menjadi panelnya di UPSI kendalian RTM sedang ditayangkan. Dengan tajuk PENDIDIKAN NEGARA : KEBELAKANG @ KEHADAPAN.

Masih terfikir, hadiah apa mahu didedikasikan pada kakak untuk tahun ini. Kebetulan 3 hari lepas bertarikh 5 september, genap anak kedua kakak berusia 13 tahun. Satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya, yang mahu dilatih dengan harapan turut menjadi pemain bola sepak seperti bapa saudaranya yang juga abang ana, suatu masa dahulu.

Kakak mithali,

“Andainya alam ini mampu berkata-kata..pastilah pujian buat dirimu..sewaktu itu akulah yang bertuah..

Punya kekanda sepertimu..”

Dah panjang ni. Bukan nak jaja kisah bahawa kakak ana terbaik di dunia. Bukan nak riak. Tapi nak kongsi kebanggaan punya kakak yang bersikap begini.

Juga untuk sahabat kesayangan ana, Farahani yang genap usianya 25 tahun..upss, 23 tahun 3 hari lepas, ingatlah bahawa, “ Usia bukanlah bilangan waktu tetapi bilangan kesedaran ”. Kalam yang ana pegang, wasiat dari Asy-Syahid Sayyid Qutb. Terkejut farah dengan sebiji kek teddy bear di atas meja dan cantuman glow in d dark yang membentuk symbol ‘luv u ’ di dinding bilik. Sanah helwa, sadiqati al-mahbubah.

“Awan berarak ceria..tiada titis hujan..pohon melambai..tanda sokongan..

Di susuri perjalanan bertemankan senyuman..di hari lahirmu..sahabatku..

Dedaun berguguran..membuktikan kedewasaan..walau tanpa madah dan hadiah..

Namun cukup bagiku..sekadar ucapan..

SELAMAT HARI LAHIR..iringan doa ku utus..bersyukur kepada-Nya..atas nikmat usia..”

Dengan usia, kita kenal dunia. Dengan dunia, kita kecapi segala keinginan malah melebihi keperluan. Usia ni, nikmat kan. Namun sangat sedikit yang bersyukur.

Dan tentunya kita mahu memanfaatkan usia yang dihadiahkan ini sebaiknya demi menggali bekalan ke alam sana. .cepat berusaha untuk bersedia. Kita tidak mahu menjadi golongan seperti di ayat akhir suroh Al-Munafiqun yang minta dilambatkan kematian..kerana usia yang diberi tidak digunakan dengan terancang. Maka bila ajal mendatang, mulala minta penangguhan lantas memberi alasan yang berganda. Na’uzubillah.

Nantikan kematian series 2, kena sangat dengan tajuk berbicara mengenai usia.

Buat mereka yang menyayangi ana, ketahuilah bahawa ana juga menyayangi mereka. malah, ana sentiasa bersyukur dengan rezeki usia mereka yang dipanjangkan serta masih dianugerahi peluang bernafas dan ruang beramal..

kerana dengan mereka, ana rasa terhormat. kerana dengan mereka, ana rasa dihargai. kerana mereka, bagi ana..SESUATU YANG TERISTIMEWA..buat ana, dan hidup ana. ALLAHUMMA LAKA SAJADTU WA BIKA AAMANTU!

Sep 5, 2009

رمضان

Salam romadhon kareem. Allahu akrom!

Adoii..berdebu lagi blog ana, teruk2! Baru ana tahu, kenapa ana perlukan 30 jam sehari malah mungkin lebih! Sungguhpun 24 jam itu bagi sesetengah insan sangat banyak hinggakan sempat tidur sepanjang hari. Ah!

Tertawa besar ana, bila abang kak masing-masing menceritakan tentang fi’il anak-anak buah yang 14 jumlahnya tu, ada yang puasanya lengkap sehari, ada yang muntah-muntah setelah hari pertama berpuasa. Ada yang liat bangun sahur, ada yang bising minta dibuatkan susu bila jarum jam tepat 12 tengahari.

Itu belum kira hampir setiap hari bapak telefon untuk kejutkan ana demi sahur yang didalamnya barokah. Bukannya tak da jam, tapi biasala, takut si bongsu ini pengsan melepaskan penat. Ha!

Dan..sekitar usai solat subuh, tentu sekali 2-3 sms dari kak abang malah anak-anak buah menghujani inbox, " cik sahur apa arini? "

Juga bila hari sudah petang, mak bapak abang kak sibuk pula berpesan dan bertanya, apa juadah berbuka, di mana malah bersama siapa! Puasa punya pasal…

So, mari bercerita tentang رمضان !!!

Saat menulis entry ini, ana berada dalam keindahan 15 Romadhon. Pejam celik pejam celik, رمضان semakin meninggalkan kita. Sedihnya. Ana khuatir jika ini رمضان terakhir ana.

Ana takut jika ana tidak lagi di beri nafas untuk menjejaki madrasah tarbiyah terulung di dunia tahun depan.

Tapi..ana lebih takut jika رمضان kali ini pun tak dapat ana manfaatkan sepenuhnya untuk beramal ibadat.

Dan tentunya ana lebih khuatir jika ana gagal menjadi sepertimana ana di bulan ini pada bulan akan datang. Ana dan antum juga pasti, mahu menjadi graduasi madrasah رمضان dengan pointer tertinggi!

Ana terfikir kenapa dalam-dalam banyak amalan, hanya puasa yang akan menjadi milik Allah? Seperti dalam sebuah hadith qudsi. Kerana semua amalan lain dari setiap anak adam akan menjadi miliknya sendiri.

Begitu juga dengan ganjaran diampunkan dosa-dosa yang telah lalu buat mereka yang ‘menghidupkan’ رمضان dengan keimanan dan keikhlasan.

Kenapa juga bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah berbanding misk – kasturi?

Tentunya رمضان terlalu istimewa bukan?! Sehinggakan di janjikan jaza’ yang bukan biasa-biasa malah ada Ar-rayyan – pintu di syurga yang didedikasikan khas buat orang yang berpuasa!

Musykil. Hm..

Tapi teringat perbualan ana dengan seorang junior, kenapa dinamakan bulan kesembilan hijrah ini dengan رمضان ye? Bak kata orang, x kenal maka x cinta. Jom study about رمضان !

Berasal dari perkataan رمض, bermakna intensely hot, excessive heat @ 2 be burning. Terlampau, bersangatan, teramat panas. Terik. Kepanasan membakar. Kenapa di ambil dari ro – mim – dhod?

Bila ana baca صفوة التفاسير , diceritakan bahawa dinamakan رمضان kerana bulan ini mem’bakar’, meng’hangus’kan, me’makan’ dosa-dosa.

Antum boleh ‘cipta’ kefahaman sendiri dengan menggunakan word yang antum suka selagi ianya bertunjangkan root word tu.

So, رمضان menjadi medan @ medium yang terhebat untuk kita mendestruksi dosa-dosa lalu. Caranya? Komitmen dengan amalan di bulan ini, yang wajib mahupun sunat. Di siang hari mahupun malamnya.

Untungnya kita, menjadi seorang muslim. Kerana banyak cara untuk mengubah status menjadi mu’min!

Kerana رمضان juga menjanjikan sesuatu buat kita – awwaluhu rohmah, wa awsathuhu maghfiroh, wa aakhiruhu ‘itqun min an-naar.

Meaning, ro – rohmah, mim- maghfirah dan dhod – dhimnu ila al-jannah selari dengan makna ‘itqun min an-naar..

Dr. Wahab, muhadhir nahu ana bermunaqasyah minggu lepas, ramai muslim yang semakin keliru. Puasa yang memakan masa hampir sehari dan memenatkan, mampu dilaksanakan namun solat yang hanya mengambil masa sekitar 5-10 minit sukar didirikan. Puasa dititikberatkan namun aurat dipandang sepi.

Susah ya bila ‘keliru’ membarah.

Back to our track. Puasa – xkirala yang wajib di bulan رمضان mahupun puasa sebagai amalan ‘ top-up’, ia sebenarnya datang dengan faedah.

Nilai bagi kita yang biasa hidup senang untuk merasai bagaimana sakitnya perut mereka yang hidup ‘cukup makan’. Dan tentunya nilai sabar dalam kehidupan yang mencabar.

Nilai rehat untuk anggota dalam badan setelah kita sibuk menelan segala benda ketika tidak berpuasa.

Paling penting, nilai ‘amanah’ ketika menjalankan ibadah ini. Kerana tiada yang tahu samada kita berpuasa atau x melainkan Allah.

Ibn Mas’ud berkata, Rasulullah SAW bersabda, : “romadhon penghulu segala bulan”.

Juga dalam sebuah hadith nabawi menceritakan bahawa sekiranya umat manusia tahu betapa istimewanya رمضان , maka tentunya kita mengharapkan setiap bulan dalam setahun adalah رمضان.

Mustahil tapi itulah..so, jom hidupkan رمضان pastu..try untuk hidupkan bulan lain seperti kita hidupkan رمضان juga.

االلهم بارك لنا في رمضان

Selamat beramal. Selamat ber’uzlah. Selamat berpesta ibadah.

Aug 16, 2009

Kematian Series : 1

Salam sejahtera.

Rasa gembira dek mahu menjejak madrasah tarbiyah terulung dunia, Ramadhan. tapi sedih juga bila kali ini ramadhan bukan di Mesir seperti dulu, tapi di Malaysia.

Auranya lain. Perasaan berbeza.

Namun ini hakikat yang harus ana terima, kini diriku Maliziah. 'ala kulli haal, lillahilhamd!

Sebelum menaip entry terbaru ini, adik SRC ana di sebelah, Ummu berpesan agar ana berkongsi kisah kasih kami. Hihi. ana menjeling tapi dia tahu benar sikap ana, kasih ana jarang terlihat. Ana katakan, dia selalu di hati walaupun ana belum pernah mengapresiasikan sesuatu untuknya.

Terbaru, Ustaz Asri Ibrahim, vokalis kumpulan nasyid Rabbani menghembus nafas terakhir ketika menghadiri rakaman untuk program ramadhan beberapa hari lepas.

Ana pasti, peminat setia Rabbani umumnya malah peminat da'ie 40-an itu khususnya begitu terasa dengan pemergian arwah. Ana tidak fanatik dengan Rabbani tetapi turut merasai kesedihan apabila terpandang mahupun terbaca tribut untuk allahyarham.

Amie, junior ana di Maahad seolah-olah tidak percaya dengan berita ini. Manakan tidak, minggu lepas dia menghadiri meeting bersama arwah. Inilah yang dikatakan ajal maut di tangan Allah.

Ok, tutup buku dulu bab tu.

Jumaat lepas, SRC @ MPP UIA sibuk menyebarkan risalah info berkenaan H1N1. Kempen pakai mask dan lain-lain.Selepas solat jumaat, exco turun padang berjumpa massa, prihatin tentang kesihatan. Mahu sama-sama sedar dan ambil cakna.

Sungguhpun pihak admin telah memberi circulation @ pekeliling bahawa UIA undercontrol, tapi agak merisaukan sebenarnya. Ramai sahabat ana yang demam dan batuk selain mempunyai simptom-simptom lain. Ada yang pulang dek diberi doktor 7 hari MC. Ada yang dapat 5 hari. Pendek kata, siapa yang mendapat rawatan di health centre UIA, boleh dapat cuti.

Paling teruk setakat ini apabila seorang sahabat ana terpaksa dikuarantinkan. Baru tadi ana bersama 2-3 orang sahabat lain melawatnya dan terpaksa memakai mask!

Runsing betul.

Dah dikejarkan ambulan ke HKL 2 kali, kerana suhu badan yang panasnya melampau. Syafahallah.

Al-waqi', H1N1 membunuh ramai rakyat Malaysia. Pernah satu malam, kami berbual mengenainya, lantas mengupdate info. Ketika itu, melebihi 30 orang mangsa yang terkorban kerana virus itu. Sedangkan pada paginya, jumlah kematian sekitar 20 orang.

Lagi isu maut.

H1N1 - ada orang kata Hishamuddin satu Najib satu. Ana dengar tapi tidak faham. Apa maksudnya ye? Ntah. Abaikan.

Ada juga dengar sembang kedai kopi bahawa H1N1 sekadar rekaan. Mahu melariskan produk-produk tertentu kononnya sebagai alternatif ataupun rawatan. Mahu membuncitkan perut-perut segolongan mereka. Oooo. H1N1 bukan sekadar di Malaysia soalnya..

H1N1 dipolitikkan? No komen.

Mihwar asasi ataupun tajuk utama yang ana mahu sampaikan di sini - kematian. Ajal. Pemergian ke alam berzakh.

Nak pen off dulula. Tata. Jumpa lagi ya semua! Bersedia untuk kita bincang lebih lanjut soal kematian. Kerana? Kita sedang menuju mati. Sentiasa menunggu mati. Pagi dan malam. Sepanjang hari, tapi selalu lalai dan terlupa..

'Aib bagi makhluk yang tahu datangnya tapi tidak tahu ke mana langkah tujunya.

Wasi'a rabbuna kulla syaiin 'ilma..

Jul 29, 2009

Ana yang mencintai mereka!

Salam penuh kasih sayang.

Penat betul tangan menyapu sampah di sekeliling ruang maya yang usang ini. Itu belum kira debu serta sarang labah-labah yang mesti dibersihkan dengan teliti. Kasihan blog ni. Penulisnya masih belum mati tapi ia ditinggalkan seolah-olah penulis sudah dikapankan.

Sangat bersimpati.

Terima kasih yang tidak terkira. Ramai yang sudah penat mengingatkan ana agar dijenguk blog ini. Namun masa yang ada, 24 jam bagai 24 minit. Kenapa ya? Ini baru minggu ketiga kuliah bermula. Masih belum sarat ana kira.

Sudah ada banyak kerja. Sudah bertimbun kitab yang mahu dibelek. Sudah jadi panel jemputan ( haha ). Juga..sudah masuk meeting di kementerian bersama pihak SENADA. Itu yang sudah. Mahu dihitung yang masih belum, sukar.

Idea datang. Pelbagai topik mahu dikongsi. Namun apabila penat bertandang, idea itu kadangnya hilang. Cuma kali ini mahu bercerita. Perasaan ana yang amat menghargai sebuah persahabatan. Menyayangi sahabat-sahabat disekeliling. Sekadar sebuah diari.

Sedari usia 7 tahun, ana dihadiahkan Nadzirah & Ramiza. Sungguhpun kami berlainan kampus namun hubungan kami sehingga kini masih akrab. Sekelas sehingga darjah 6. Sebumbung di Asdahana sehingga tingkatan 5. Bohonglah kalau tiada genting antara kami namun paling penting, kami mengasihi. Janji kami, sehidup semati.

Apabila ana diberi Aribah & Izzatie, jiwa ana amat tenteram. Mereka penyejuk hati. Mereka pemberi inspirasi. Mereka peniup semangat. Mereka segalanya bagi ana. Kami sangat rapat. Mahu kembali ke Dewan Maktab Mahmud bersama-sama. Kami merasai kekurangan apabila dalam sehari tidak berjumpa. Jika sekarang, kebebasan ana bergantung kepada mereka. Bapak hanya mengizinkan ana ke mana-mana jika mereka bersama.

Kami bahagia apabila dapat makan bersama-sama. Peluk dan berbual. Bercerita suka dan duka. Sms akan berakhir dengan “ ana cayang nt ”. Perjuangan kami indah sungguhpun susah. Kami mahu sentiasa bersama.

Kenapa bukan Azhar? Selalu ana fikir. Akhirnya ana tahu hikmahnya. Ana kenal Farahani di bumi matrikulasi. Seorang yang sangat baik hati. Seorang sahabat yang tidak pernah berkira. Tidak lokek. Suka membantu. Farahani terlalu istimewa, tiada tandingan, tiada tolok bandingan. Dan kami berdua tidak sunyi dengan tawa ceria Baya. Kami bertiga jika bertemu, rasa dunia kami yang punya. Ana mampu ketawa, sungguhpun di saat getir. Baya pendorong ana, dulu, kini dan selamanya. Kasih kami bukan dibuat-buat, kasih kami mahu di bawa ke negeri abadi.

Hidup ana juga, ada Ekin. Yang akan membantu study ana jika ketinggalan. Ekin bising jika Ninja ana ( KBX 7562 ) tidak dipedulikan. Ekin prihatin. Pulang lewat dari meeting dalam keadaan lapar, Chot setia menemani ana. Sungguhpun sekadar roti bakar dan air teh, namun masa & tenaga yang Chot infaqkan ana doakan moga ianya dinilai sebagai ibadah. Ameen.

Ana ada Ain, yang sentiasa mengingatkan ana bahawa kami sama-sama pelajar kelas tahfiz. Mahu jadi hamlatul Quran. Ameen. Ana ada Bb, yang sangat sayangkan ana. Bibot yang suka membantu kerja-kerja SRC. Juga ana punyai Nurul, srikandi harakah yang amat ana hormati. Ana menangis apabila dia khabarkan dia akan bernikah!

Hakikatnya, ana ada ramai sahabat. Yang tidak minta sesen pun apabila mereka ringan tulang membantu. Yang tidak mahu di gelar Personal Assistant kerana mereka adalah SAHABAT. Mereka ‘nyawa’ dalam perjuangan ana. Mereka bersama ana dikala susah dan senang.

“ Teman-teman karib pada hari itu ( Qiamat ) saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa ” 43 : 67

Ana sentiasa berdoa..semoga kami digolongkan dalam golongan yang beriman, beramal soleh & bertaqwa..agar kami menjadi keluarga di dunia dan di syurga.
Kerana..
Kami saling mencintai dan menyayangi.
Sungguhpun yang ternukil hari ini..di sini..hanyalah sedikit..
Namun..ana berdoa dan berharap agar, ana berjaya membukukan sebuah apresiasi buat sahabat-sahabat terpenting dalam kehidupan ana ini sebelum ana menutup mata, kembali dalam hisab-Nya..

“ Andainya alam ini mampu berkata-kata..pastila pujian buat dirimu..di waktu itu akulah yang bertuah punya sahabat sepertimu…”

Pembaca budiman,
Ayuh kita amati bicara EM Forster, seorang novelis Inggeris, “ Jika saya dipaksa untuk memilih di antara belot kepada negara dan sahabat, saya berharap saya mempunyai kekuatan untuk belot kepada negara ”

Duhai teman, Terima Kasih kerana menemani noni mencari dewasa!

Jun 24, 2009

ANA YANG MERINDUI SAINA'

Salamullahu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Usai dari imtihan nihaie yang menuntut daya juang yang tinggi. ALHAMDULILLAH. Apabila jari jemari sudah damai dari lenguhnya menulis menggunakan dakwat, maka kini sibuk pula jari-jemari ini mahu menaip entry terbaru demi mengisi ruang maya ini. Ooo.

Terima kasih bagi yang sentiasa mengingatkan ana bahawa kini ana sudah memiliki blog tersendiri.

Rasanya masih belum bersedia untuk cuba masuk ke gelanggang politik. Mungkin nanti tapi bukan sekarang. Mungkin lebih berminat untuk bersifat ‘tarbawi’. Cewah! Cantik dan menarik. Tunggu..kita akan bincangkan kemudian. Entry terdahulu telah menyelongkar kehidupan sepasang warga emas, bagaimana kedua permata itu menyusun hidup si bongsu. CINTA 3 SEGI. Selamat hari ibu, mak. Selamat hari bapa, bapak. Hanya Allah tahu imbalan selayaknya. AMEEN.

Ramai yang berkata, " ayat2 cinta kat blog? Jiwangnya.." Bila ana katakan, " Lagu ini mengingatkan ana pada Mesir. " Ada pulak yang membalas, " Mesir ka orang Mesir? " Terus bagaimana mampu ana buktikan?

Ayat2 cinta meruntun hati ana. Benar2 meruntun. Sedih dan kecewa apabila terpaksa pulang segera ke Malaysia demi menghabiskan baki pengajian di UIA. Mesir terlalu indah. Bumi yang terlalu banyak khazanah. Allah merakamkan dalam suroh Al-Baqarah ayat 61 : “ Pergilah kamu ke suatu kota, pastilah kamu memperoleh apa yang kamu minta
( Kota : tafsiran makna bagi lafaz MISRON )

Bila menyebut nama Negara Nabi Musa ini, jiwa ana terus terpaut pada Perlembahan Nil. Terbayang kenangan naik bot menyusuri sungai Nil di waktu senja dengan 4 sahabat ana yang lain. Cantik.

Bila mengenangkan nikmat yang di beri Allah sepanjang April – November 2008, nafas2 yang disedut sepanjang kehidupan bergelar ‘ Misriyah ‘ sungguhpun seketika, terus mahu sujud syukur dek terlalu teruja dan amat berterima kasih. ALLAHUMMA LAKA SAJADTU. Haza min fadhli Robbi.

Kenapa Mesir? Mungkin kerana Al-Azhar yang sentiasa terlafaz dibibir. Mahu capai degree di sana. Tapi tak kesampaian. Mak bapak tidak mahu ana jauh dari mereka. Mungkin juga kerana terkesan dengan buku " Hari-hariku " karangan Asy-Syahidah Zainab Al-Ghazali. Tidak mustahil juga kerana ana tergolong dikalangan mereka yang menelaah kitab-kitab Asy-Syahid Hassan Al-Banna serta pimpinan Ikhwan yang lain. SUBHANALLAH.

Namun apa yang lebih menyumbang ialah sebahagian besar tenaga2 pengajar Maktab Mahmud merupakan graduan Universiti Al-Azhar. Maka dari cerita dan lisan mereka jadi impian ana. Dari khibroh mereka menjadi raja’ ana. Tulus. Ana menyintai ardhul kinanah sejak tingkatan dua.

Pada hemat ana, Mesir bukanlah negara mewah seperti Malaysia. Sederhana. Masih perlukan pembangunan. Masih dambakan kemajuan. Mesir amat biasa jika dibandingkan dengan Malaysia. Tapi, banyak perkara yang luarbiasa yang buat ana jatuh cinta padanya. Ilmu Allah yang ‘bersepah-sepah’ di mana-mana. Sifirnya mudah, rajin atau malas 2 gain it. Simple thing dat we need to realize, is..ilmu tak datang bergolek. Kita kena kejar.

Malizia helwa walakinna Misro ahla! Tak segan pun ana ungkapkan statement ni. Malah ana bangga menyatakannya berdasarkan pengamatan ana. Kenapa ya? Bagi ana, Mesir mengamalkan konsep negara kebajikan. Mungkin PAS boleh jadikan Mesir sebagai kajian nanti. One thing yang yusyawwiquni / mulfit linnazor ( attractive ) bila di kiri kanan jalan tersedianya ‘ water cooler’. Go n see! Semoga Mesir menjadi negara “ baldatun thoyyibatun wa rabbun ghofur

Percaya atau tidak jika ana katakan, biah menguasai jiwa dan minda ana untuk terus kekal di sana. Antum boleh lihat muslim / ah membaca Al-Quran di mana-mana. Berzikir beserta tasbih di tangan. Tidak hanya si tua malah muda remaja terlatih begitu. Apa lagi yang membahagiakan sebuah negara melainkan punya ahli yang berakhlak begitu? Islam terzahir sebaik2 zahir. Islam terpelihara sebaik-baik peliharaan. Ini bicara tentang rakyat. Penduduk.

Jangan bangkitkan isu kerajaan Mesir yang kejam terhadap Filasthin. Itu pimpinan. Itu kerajaan. Mereka yang zalim. Mereka yang mencemar ‘ izzah ‘ Mesir.

Selain itu, perhatikan sekeliling antum jika berpeluang ke sana. Bangunan kiri kanan terhias dengan ukiran ayat-ayat suci Al-Quran, hadith mahupun bait doa. Sejuk mata memandang. Itu belum kira sticker-sticker beragenda dakwah tertampal di bahu bas, teksi juga kenderaan awam lain. ‘Ajeeb! Bergenang air mata ketika suatu hari dari hari-hari ana di sana, melihat cleaners @ workers pasaraya menyelesaikan tugasan mereka sambil bibir laju mengalunkan kalam-kalam Allah selari dengan kaset yang terpasang. Siapa mereka? Mereka cleaners yang juga huffaz. Mereka workers yang juga hamlatul Quran. Kita? Kami? Ana?

Beginilah ana simpulkan secara mudah. Kehidupan dunia mereka adalah kehidupan akhirat mereka. Ada sendi-sendi zuhud. Ada norma-norma cinta agama. Apatah lagi kehidupan untuk akhirat mereka. Beza, ana rasa. Beza dengan sejumlah manusia yang mengasingkan antara dunia dan akhirat. Kerana ada di antara kita yang berkata, “ dunia..dunia laa..”

Satu benda yang ana istiqomah, DOA. Ana x pernah ketepikan niat dan doa ana untuk jejak Mesir. Even ana tahu susah tapi tidak mustahil. Dan hari ini, ana telah pun menang dari kawalan keluarga. Ana jumpa Fahri ana, Mesir. Ana rasa cinta ana berbalas. Selama 6 bulan 4 hari di sana, kehidupan ana aman. Tenang. Jarang rasa susah. Ahli bayt dan sahabat handai yang mengambil berat. Study ok. Ekonomi kukuh. Kesihatan baik. Pemakanan bagus. Everything runs smoothly!

Ana beruntung kerana telah berjaya mempraktiskan teori tawassul yang pernah dipelajari. Tawassul di Maqam Imam Syafi’e. Maqam wali-wali selainnya. Di beri ruang menziarah qal’ah ( kubu ) Salahuddin Al-Ayyubi. I tell you, kagum dengan percaturan siyasah panglima Islam itu!

Sempat juga merasai perit jerih Nabi Musa ketika naik turun Thur Saina’ demi memenuhi tuntutan munajat seorang hamba. Gambaran lembu Samiriyy. Melawat perkampungan Nabi Yusuf dan kincir air yang mengairi pertanian ketika itu. Tidak rugi juga membelanjakan sedikit duit ke Iskandariah. Biru airnya memukau!

Itu belum kira apabila ana memaksa sahabat2 ana memberhentikan kereta di tepi jalan, mahu bergambar dalam kebun bunga matahari yang segar dan mekar! Ana berkesempatan juga berposing dan naik unta depan Spinx dan pyramid.

Penting dan terpenting – apabila ana dibawa sahabat ana, Zatil ke Masjid Azhar, talaqqi setiap kali ada kelapangan. Yana juga tidak kedekut masa melayan karenah ana yang kepingin benar ke institusi pengajian terulung di dunia ~ Al-Azhar. Terima kasih sahabat.

Di sana, ana dapat sahabat yang banyaknya tak terkira. Keluarga yang menceriakan. Budi dan pertolongan yang tak terbalas dengan wang ringgit sungguhpun jika ana berharta suatu hari nanti. Sambutan Ramadhan dan Syawal yang membahagiakan.

Bersama ahli bayt.. di rumah Perlis, Rumah Kedah. The best caterer in d world, Ittihad Group. Mursyid ana dalam Al-Muttaqin serta sahabat sokongan. Murabbi juga teman sekuliah ana di Madrasah Wasotiah. Juga kepada setiap jiwa yang menerima kehadiran ana untuk tempoh yang tidak dirancang itu.

Terima kasih asatizati di Nile Centre. Jika ana cemerlang nanti, kalian antara guru-guru yang mem’polish’ potensi ana. Terima kasih shaikhi al-‘aziz, Sheikh Musa. Ana diberi sanad Quran dengan pengawasan yang terbaik.

ASYKURUKUM SYUKRON JAZILAN. Dedikasi buat mereka yang menemani kedewasaan ana di sana – Kalian dalam doa dan ingatan ana.

Apresiasi buatmu, Mesir ~ TERIMA KASIH kerana melayan ana dengan baik.

ALLAHUMMA LAKAL HAMDU ~ ALLAHUMMAJ ‘ALNI SYAKURO.

Mekah sudah, Madinah sudah, Iran sudah, Mesir sudah. Alhamdulillah. Jeddah seketika, lain-lain belum lagi. Jika dengan perjalanan ini membolehkan kita menguasai bahasa syurga dengan baik, kenapa tidak saja ana malah antum berdoa moga dimurahkan rezeki dan berpeluang mengembara begitu, kan?

Ayuh. Kita hamba yang amat beruntung. Berdoa tidak perlukan tiket. Tidak perlukan bayaran. Sekadar ikhlas dan istiqomah. AMEEN.

Dahulu, ana cuma pendengar yang baik tentang Mesir. Ana hanya pembaca novel ayat-ayat cinta. Ana sekadar teruja dan cemburu pada mereka yang boleh ke sana.
Tapi sekarang, ana boleh berkongsi ceritera. Masih sedih kerana tidak dapat tinggal lama di sana namun kurang kecewanya dari dulu.

Biarpun tidak bergelar Azhariah, namun badge “ Al-Azhar” yang tersangkut di beg sudah cukup mengingatkan ana. Segala material yang ana dapat dari sana akan tetap tersimpan rapi dan terjaga dengan teliti.

Mak, bapak, abang-abang dan kakak-kakak..TERIMA KASIH yang tidak terhingga.

Kadang-kadang, ana meratapi perpisahan ana dengan ardhul fitan ini ibarat ratapan Abu Thoyyib Ar-Rindi atas kejatuhan Andalus di tangan Asbania selepas peperangan.

فتبكي الحنيفية البيضاء من آسف * كما بكاء لفراق الإلف هيمان


Dalam syair ini, penyair mengumpamakan Islam sebagai seorang individu yang menangisi nasib kerana terpaksa berpisah dengan kekasih hati. Begitulah Islam menangisi kejatuhan Andalus kerana dengan kejatuhan itu maka terkorbanlah kepimpinan kerajaan Islam.

Sebelum memasuki pintu pesawat Egypt Air pada 1 November lepas, ana tenang melempar pandangan ke belakang..melihat bumi dan langit yang terbentang luas lantas berbisik dengan tekad : " Mesir, ana akan datang kembali..PASTI !" Ameen.

Kerana kepulangan mahu berbakti pada ibu bapa yang asyik menanti, moga syurga ganjaran Ilahi..

ANA YANG MERINDUI SAINA’..

Jun 19, 2009

Di ambang imtihan nihaie ~ final exam SEM 3

Salam imtihan.

Ana yakin dan pasti, mahasiswa UIA sudah tidak sempat memandang kiri dan kanan. Hoho. Medan UIA akan menyaksikan pertumpahan idea di Cultural Activity Centre ( CAC ) dan sekitarnya, seperti mengalirnya Sungai Nil di Mesir.. Laju. dan mungkin ada traffic jam dalam otak ketika mengulang hafalan. Wal'iyazubillah!

Ana sendiri ketika menulis entry ini sebenarnya tengah berehat. Bersama ana, empat sahabat yang kononnya mahu release tension. Berhenti seketika sebelum muka surat seterusnya diselak. Ya turo, so many pages 2 b discussed!

Esok ( 20 hb 6 ), jam 2 pm ana akan kembali ke CAC bersama yang lain untuk menduduki paper Arabic 4 Academic Purposes ( AAP ). AAP adalah subjek umum, yang harus diambil, tidak hanya bagi pelajar kuliyyah Bahasa Arab. Pagi tadi dah exam TQ 3000, subjek Tahfiz. Alhamdulillah 'ala kulli haal.

Lizalik, xda masa sangat nak update blog in dis short time. Inipun sekadar notis. Asifah. InsyaAllah, apabila segala-galanya selesai, ana akan bawa angin perubahan. Ehem2..

Anyway, thanx to where, org yg initiate blog ana. sahabat2 SRC, sahabat2 sekeliling, farah n baya yg tlong jaga my blog, terharu! 4 those who always support perjalanan gerak kerja dlm SRC, concern my study, help me 4 some matters, everything la..tlong ajar, tlong kritik, tlong mnolong..SYUKRON.

Kepada semua sahabat2 yang akan berperang, ingat balik sirah as-sabiqin. Bagaimana bersikap 'demand'nya Sultan Muhammad Al-Fateh ketika mahu memilih seorang jundi di antara jund yang bersama beliau untuk mengimami solat. Bukan calang-calang miqyas / measurement yang dipacakkan.

Apabila disoal, siapa yang pernah meninggalkan solat fardhu? Tiada yang duduk, bermakna tiada diantara mereka yang mengabaikan kewajipan tersebut.

Apabila ditanya, siapa antara mereka yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib, maka ada yang duduk.

Kemudian, apabila dilontarkan persoalan berkenaan siapa yang pernah meninggalkan solat sunat tahajjud, kuantiti jentera Islam yang duduk bertambah, kecuali beliau sendiri yang masih berdiri- Sultan Muhammad Al-Fateh..SUBHANALLAH.

Justeru, bagaimana keputusannya?

Tiada lagi yang layak menjadi imam pada hari pembukaan Kota Konstantinopel ( Istanbul )melainkan beliau sendiri.

Amalan ruhiyyah sebagai tulang belakang kehidupan. Perjalanan ke hadapan. Kecemerlangan. Keizzahan. Keamanan dunia akhirat.

Apabila kita 'menjaga' Allah, tentu sekali Allah menjaga kita. THIQAHLAH!

Ayuh, bangunkan malam kita. di sepertiga lail. Bina pagi kita dengan dhuha.
" Allahumma inna nasaluka khairo haza yaum, wa khairo ma ba'dahu, wa na'uzubika min syarrihi wa syarrima ba'dahu ". AMEEN.

Pembaca sekalian, mohon doakan ana dan sahabat2 yang bakal mencorakkan ketamadunan! AMEEN. berjumpa lagi, biiznillah.

Hazzun Sa'iid / Good Luck kepada yang ada exam :-)

Jun 16, 2009

CINTA 3 SEGI

Pelbagai topik yang ana pertimbangkan sebelum mula menulis. Mahu saja mengulas gerak kerja SRC sekarang. Mahu juga menyentuh soal semasa. Teringin mengutarakan isu politik. Rasa mahu juga mendedahkan keindahan bahasa syurga kepada semua. Akhirnya, untuk kali ini, biar dulu ia nampak seperti sebuah diariJ

Bertunjangkan ayat 23-24 suroh Al-Isra’ yang sentiasa dilagukan bapak tika mengimami solat jemaah kami di rumah, ana mahu berkongsi sesuatu.

23. Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).

24. Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Itulah uslub da’wah bil haal yang bapak gunakan.

Mungkin kerana bapak tidak pandai baca kitab. Bapak tidak mahir berbahasa arab. Bapak bukan pelajar Maktab Mahmud sekadar bijak dalam kira-kira ( matematik di zaman bapak ) Dalam bahasa mudah, bukan orang terpelajar.

Tapi bapak boleh mengaji. Membaca Quran. Bapak cuba menghafal ayat2 suci dari kitab terulung itu. Alhamdulillah, bapak ke masjid dan ke tapak ceramah. Mendengar kuliah agama. Mungkin dari situ bapak tahu, bapak tidak boleh melawan kata arwah tok dan wan dan tentu sekali bapak berharap agar ana juga patuh kata2 bapak. Adil.

Maka, apabila bapak hanya seorang pesara Risda, apa lagi yang mampu bapak buat? Bapak pesan taat mak bapak dalam solat. Bapak yakin ana faham tuntutan ayat itu. Dan apa yang ana sedar – bapak selalu ulang ayat itu jika ana antara ma’mum bapak. Ringkas. Bapak mahu ana jadi anak mithali.

Kerana bapak yang menjadi ketua keluarga, maka ana dahulukan bapak. Tetapi hakikatnya, Nabi menuntut ibu harus diawlakan dalam sebuah hadith. Tentu ana mengutamakan mak malah ana lebih rapat dengan mak berbanding bapak. Cuma, politik ana mudah. Ada urusan yang sesuai dibawa kepada mak, maka mak menjadi orang pertama yang akan dirujuk. Kadangkala, ana hubungi handphone Motorola bapak dulu. Demokrasi tu.

Mak pula, beza. Mak sangat rajin melayan ana. Hatta di depan tv, mak kupaskan buah. Mak buatkan air. Bukan soal manja tapi soal mak mahu hati ana tersentuh. Mak mahu ana lihat betapa mak memberi kasih sayang dalam setiap nafas mak pada si bongsu ini. Mak pendengar yang baik. Mak ameenkan setiap kali kami berbual tentang cita-cita ana. Setiap gurauan mak, mak akan selitkan doa. “ yala anak solehah mak..” “ baiklah anak mithali mak..”

Izan, noni..tidak cukupkah segala yang diperolehi?

Susah sangatkah untuk menjadi anak solehah idaman mak dan bapak?

Terima kasih mak, atas titisan susu yang membesarkan anak ini. Terima kasih bapak, setiap peluh bapak dari dulu sehingga sekarang mengerjakan sawah pasti dihisab Malaikat Raqib.

Cuma, khuatir. Sungguhpun selalunya yang dihajati, dipenuhi namun adakalanya ada peraturan yang mengganggu keremajaan. Na’uzubillah. Janganlah noni, janganlah melawan. Hatta dengan perkataan “ uh “

Risau. Kerana anggota badan kelak melaporkan penderhakaan anak ini pada hari hisab.

Kerana derhaka ibu bapa, antara 4 dosa besar.

Kerana menangisnya ibu bapa adalah sebahagian daripada derhaka.

Kerana murka Allah bergantung pada murka kedua ibu bapa.

Segalanya derhaka, jika mak dan bapak terasa….

Sememangnya mak dan bapak menjadi keutamaan. Sungguhpun cita-cita mahu terus sambung belajar setamatnya ijazah nanti, tapi bapak seolah2 mahu lihat perkembangan hidup ana sebelum menutup mata. Sungguhpun sedih tapi ana mengerti. Mungkin bapak mahu ana bersamanya. Mak mahu ana belajar bekerja sambil diawasi mereka. Mak dan bapak mahu ana belajar bersedia menghadapi kehilangan mereka kerana kini mereka menjalani sisa-sisa kehidupan sebagai warga tua. Mereka tentunya mahu ana membelanjakan juga usia yang masih berbaki bersama-sama.

Yang pasti, Allah sudah tunaikan hajat ana yang kepingin benar mahu jejak kaki ke ardhul kinanah. 6 bulan 4 hari di sana, tentu sekali satu penyeksaan bagi mak dan bapak yang tidak dapat menjalani ibadah puasa dan menyambut Syawal bersama anak yang selalu ditatang.

Kalau bukan dengan izin-Nya yang melembutkan hati mak bapak tentu ana masih menyimpan dan terus menyubur cemburu pada teman-teman di bumi Nabi Musa.

Ana sentiasa doakan agar Allah memberi peluang untuk ana memimpin tangan mak dan bapak bercuti di Indonesia. Ana akan pastikan selagi ana mampu berusaha, ana sendiri akan bawa mak bapak ke sana. Sebagaimana Allah telah menghadiahkan ruang pada mereka menunaikan haji 2 kali, ana mohon ada jua ruang sebegitu tertunai.

Cepat noni! Lawan pahala yang dah berguni-guni dihimpun abang-abang dan kakak-kakak!

Alhamdulillah, mak bapak, abang dan kakak pernah membawa ana menunaikan umrah dan ziarah negara Iran sebagai hadiah atas kecemerlangan UPSR..

Mak bapak abang kakak juga pernah menghadiahkan kehidupan sebagai Misriyah pada tahun lepas..

Mak bapak hadiahkan motosikal sebagai pemudah cara untuk bergerak dalam bulatan sistem satu hala di kampus Gombak.

Justeru tidak bolehkah ana hadiahkan sekurang-kurangnya 5 kali doa dalam solat fardhu? Bagaimana antum?

Mak bapak, tunggu hadiah berbentuk material dari ceq ~ kita terbang ke Indonesia ~ seperti impian mak bapak.

Rasulullah dalam sebuah hadith menyebut, “ Siapa cium kedua-dua mata ibunya akan terhindar dari seksa api neraka ”

Dan dalam hadith lain, baginda bersabda, “ Seorang anak yang memandang muka ibu bapa pun satu ibadat ”

Nak cium, nak peluk, nak tengok tentu susah. Fokus kalam bagi mereka yang jauh. Justeru, cuba bawa gambar mak bapak ke mana-mana. Mungkin juga tampal gambar mereka di meja study.

Semangat baru. Harapan baru. Azam baru. Setiap hari.

Ana telah, sedang dan akan buat..SENTIASA. antum, jika belum, bila lagi?

“ Ayah dan ibu..ayah dan ibu..itulah permulaan kami..dapat melihat bulan dan matahari..”

Inilah cinta tiga segi ana. Mak, bapak dan ana..KAMI SALING MENCINTAI..itu, ana pasti.