CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jun 24, 2009

ANA YANG MERINDUI SAINA'

Salamullahu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Usai dari imtihan nihaie yang menuntut daya juang yang tinggi. ALHAMDULILLAH. Apabila jari jemari sudah damai dari lenguhnya menulis menggunakan dakwat, maka kini sibuk pula jari-jemari ini mahu menaip entry terbaru demi mengisi ruang maya ini. Ooo.

Terima kasih bagi yang sentiasa mengingatkan ana bahawa kini ana sudah memiliki blog tersendiri.

Rasanya masih belum bersedia untuk cuba masuk ke gelanggang politik. Mungkin nanti tapi bukan sekarang. Mungkin lebih berminat untuk bersifat ‘tarbawi’. Cewah! Cantik dan menarik. Tunggu..kita akan bincangkan kemudian. Entry terdahulu telah menyelongkar kehidupan sepasang warga emas, bagaimana kedua permata itu menyusun hidup si bongsu. CINTA 3 SEGI. Selamat hari ibu, mak. Selamat hari bapa, bapak. Hanya Allah tahu imbalan selayaknya. AMEEN.

Ramai yang berkata, " ayat2 cinta kat blog? Jiwangnya.." Bila ana katakan, " Lagu ini mengingatkan ana pada Mesir. " Ada pulak yang membalas, " Mesir ka orang Mesir? " Terus bagaimana mampu ana buktikan?

Ayat2 cinta meruntun hati ana. Benar2 meruntun. Sedih dan kecewa apabila terpaksa pulang segera ke Malaysia demi menghabiskan baki pengajian di UIA. Mesir terlalu indah. Bumi yang terlalu banyak khazanah. Allah merakamkan dalam suroh Al-Baqarah ayat 61 : “ Pergilah kamu ke suatu kota, pastilah kamu memperoleh apa yang kamu minta
( Kota : tafsiran makna bagi lafaz MISRON )

Bila menyebut nama Negara Nabi Musa ini, jiwa ana terus terpaut pada Perlembahan Nil. Terbayang kenangan naik bot menyusuri sungai Nil di waktu senja dengan 4 sahabat ana yang lain. Cantik.

Bila mengenangkan nikmat yang di beri Allah sepanjang April – November 2008, nafas2 yang disedut sepanjang kehidupan bergelar ‘ Misriyah ‘ sungguhpun seketika, terus mahu sujud syukur dek terlalu teruja dan amat berterima kasih. ALLAHUMMA LAKA SAJADTU. Haza min fadhli Robbi.

Kenapa Mesir? Mungkin kerana Al-Azhar yang sentiasa terlafaz dibibir. Mahu capai degree di sana. Tapi tak kesampaian. Mak bapak tidak mahu ana jauh dari mereka. Mungkin juga kerana terkesan dengan buku " Hari-hariku " karangan Asy-Syahidah Zainab Al-Ghazali. Tidak mustahil juga kerana ana tergolong dikalangan mereka yang menelaah kitab-kitab Asy-Syahid Hassan Al-Banna serta pimpinan Ikhwan yang lain. SUBHANALLAH.

Namun apa yang lebih menyumbang ialah sebahagian besar tenaga2 pengajar Maktab Mahmud merupakan graduan Universiti Al-Azhar. Maka dari cerita dan lisan mereka jadi impian ana. Dari khibroh mereka menjadi raja’ ana. Tulus. Ana menyintai ardhul kinanah sejak tingkatan dua.

Pada hemat ana, Mesir bukanlah negara mewah seperti Malaysia. Sederhana. Masih perlukan pembangunan. Masih dambakan kemajuan. Mesir amat biasa jika dibandingkan dengan Malaysia. Tapi, banyak perkara yang luarbiasa yang buat ana jatuh cinta padanya. Ilmu Allah yang ‘bersepah-sepah’ di mana-mana. Sifirnya mudah, rajin atau malas 2 gain it. Simple thing dat we need to realize, is..ilmu tak datang bergolek. Kita kena kejar.

Malizia helwa walakinna Misro ahla! Tak segan pun ana ungkapkan statement ni. Malah ana bangga menyatakannya berdasarkan pengamatan ana. Kenapa ya? Bagi ana, Mesir mengamalkan konsep negara kebajikan. Mungkin PAS boleh jadikan Mesir sebagai kajian nanti. One thing yang yusyawwiquni / mulfit linnazor ( attractive ) bila di kiri kanan jalan tersedianya ‘ water cooler’. Go n see! Semoga Mesir menjadi negara “ baldatun thoyyibatun wa rabbun ghofur

Percaya atau tidak jika ana katakan, biah menguasai jiwa dan minda ana untuk terus kekal di sana. Antum boleh lihat muslim / ah membaca Al-Quran di mana-mana. Berzikir beserta tasbih di tangan. Tidak hanya si tua malah muda remaja terlatih begitu. Apa lagi yang membahagiakan sebuah negara melainkan punya ahli yang berakhlak begitu? Islam terzahir sebaik2 zahir. Islam terpelihara sebaik-baik peliharaan. Ini bicara tentang rakyat. Penduduk.

Jangan bangkitkan isu kerajaan Mesir yang kejam terhadap Filasthin. Itu pimpinan. Itu kerajaan. Mereka yang zalim. Mereka yang mencemar ‘ izzah ‘ Mesir.

Selain itu, perhatikan sekeliling antum jika berpeluang ke sana. Bangunan kiri kanan terhias dengan ukiran ayat-ayat suci Al-Quran, hadith mahupun bait doa. Sejuk mata memandang. Itu belum kira sticker-sticker beragenda dakwah tertampal di bahu bas, teksi juga kenderaan awam lain. ‘Ajeeb! Bergenang air mata ketika suatu hari dari hari-hari ana di sana, melihat cleaners @ workers pasaraya menyelesaikan tugasan mereka sambil bibir laju mengalunkan kalam-kalam Allah selari dengan kaset yang terpasang. Siapa mereka? Mereka cleaners yang juga huffaz. Mereka workers yang juga hamlatul Quran. Kita? Kami? Ana?

Beginilah ana simpulkan secara mudah. Kehidupan dunia mereka adalah kehidupan akhirat mereka. Ada sendi-sendi zuhud. Ada norma-norma cinta agama. Apatah lagi kehidupan untuk akhirat mereka. Beza, ana rasa. Beza dengan sejumlah manusia yang mengasingkan antara dunia dan akhirat. Kerana ada di antara kita yang berkata, “ dunia..dunia laa..”

Satu benda yang ana istiqomah, DOA. Ana x pernah ketepikan niat dan doa ana untuk jejak Mesir. Even ana tahu susah tapi tidak mustahil. Dan hari ini, ana telah pun menang dari kawalan keluarga. Ana jumpa Fahri ana, Mesir. Ana rasa cinta ana berbalas. Selama 6 bulan 4 hari di sana, kehidupan ana aman. Tenang. Jarang rasa susah. Ahli bayt dan sahabat handai yang mengambil berat. Study ok. Ekonomi kukuh. Kesihatan baik. Pemakanan bagus. Everything runs smoothly!

Ana beruntung kerana telah berjaya mempraktiskan teori tawassul yang pernah dipelajari. Tawassul di Maqam Imam Syafi’e. Maqam wali-wali selainnya. Di beri ruang menziarah qal’ah ( kubu ) Salahuddin Al-Ayyubi. I tell you, kagum dengan percaturan siyasah panglima Islam itu!

Sempat juga merasai perit jerih Nabi Musa ketika naik turun Thur Saina’ demi memenuhi tuntutan munajat seorang hamba. Gambaran lembu Samiriyy. Melawat perkampungan Nabi Yusuf dan kincir air yang mengairi pertanian ketika itu. Tidak rugi juga membelanjakan sedikit duit ke Iskandariah. Biru airnya memukau!

Itu belum kira apabila ana memaksa sahabat2 ana memberhentikan kereta di tepi jalan, mahu bergambar dalam kebun bunga matahari yang segar dan mekar! Ana berkesempatan juga berposing dan naik unta depan Spinx dan pyramid.

Penting dan terpenting – apabila ana dibawa sahabat ana, Zatil ke Masjid Azhar, talaqqi setiap kali ada kelapangan. Yana juga tidak kedekut masa melayan karenah ana yang kepingin benar ke institusi pengajian terulung di dunia ~ Al-Azhar. Terima kasih sahabat.

Di sana, ana dapat sahabat yang banyaknya tak terkira. Keluarga yang menceriakan. Budi dan pertolongan yang tak terbalas dengan wang ringgit sungguhpun jika ana berharta suatu hari nanti. Sambutan Ramadhan dan Syawal yang membahagiakan.

Bersama ahli bayt.. di rumah Perlis, Rumah Kedah. The best caterer in d world, Ittihad Group. Mursyid ana dalam Al-Muttaqin serta sahabat sokongan. Murabbi juga teman sekuliah ana di Madrasah Wasotiah. Juga kepada setiap jiwa yang menerima kehadiran ana untuk tempoh yang tidak dirancang itu.

Terima kasih asatizati di Nile Centre. Jika ana cemerlang nanti, kalian antara guru-guru yang mem’polish’ potensi ana. Terima kasih shaikhi al-‘aziz, Sheikh Musa. Ana diberi sanad Quran dengan pengawasan yang terbaik.

ASYKURUKUM SYUKRON JAZILAN. Dedikasi buat mereka yang menemani kedewasaan ana di sana – Kalian dalam doa dan ingatan ana.

Apresiasi buatmu, Mesir ~ TERIMA KASIH kerana melayan ana dengan baik.

ALLAHUMMA LAKAL HAMDU ~ ALLAHUMMAJ ‘ALNI SYAKURO.

Mekah sudah, Madinah sudah, Iran sudah, Mesir sudah. Alhamdulillah. Jeddah seketika, lain-lain belum lagi. Jika dengan perjalanan ini membolehkan kita menguasai bahasa syurga dengan baik, kenapa tidak saja ana malah antum berdoa moga dimurahkan rezeki dan berpeluang mengembara begitu, kan?

Ayuh. Kita hamba yang amat beruntung. Berdoa tidak perlukan tiket. Tidak perlukan bayaran. Sekadar ikhlas dan istiqomah. AMEEN.

Dahulu, ana cuma pendengar yang baik tentang Mesir. Ana hanya pembaca novel ayat-ayat cinta. Ana sekadar teruja dan cemburu pada mereka yang boleh ke sana.
Tapi sekarang, ana boleh berkongsi ceritera. Masih sedih kerana tidak dapat tinggal lama di sana namun kurang kecewanya dari dulu.

Biarpun tidak bergelar Azhariah, namun badge “ Al-Azhar” yang tersangkut di beg sudah cukup mengingatkan ana. Segala material yang ana dapat dari sana akan tetap tersimpan rapi dan terjaga dengan teliti.

Mak, bapak, abang-abang dan kakak-kakak..TERIMA KASIH yang tidak terhingga.

Kadang-kadang, ana meratapi perpisahan ana dengan ardhul fitan ini ibarat ratapan Abu Thoyyib Ar-Rindi atas kejatuhan Andalus di tangan Asbania selepas peperangan.

فتبكي الحنيفية البيضاء من آسف * كما بكاء لفراق الإلف هيمان


Dalam syair ini, penyair mengumpamakan Islam sebagai seorang individu yang menangisi nasib kerana terpaksa berpisah dengan kekasih hati. Begitulah Islam menangisi kejatuhan Andalus kerana dengan kejatuhan itu maka terkorbanlah kepimpinan kerajaan Islam.

Sebelum memasuki pintu pesawat Egypt Air pada 1 November lepas, ana tenang melempar pandangan ke belakang..melihat bumi dan langit yang terbentang luas lantas berbisik dengan tekad : " Mesir, ana akan datang kembali..PASTI !" Ameen.

Kerana kepulangan mahu berbakti pada ibu bapa yang asyik menanti, moga syurga ganjaran Ilahi..

ANA YANG MERINDUI SAINA’..

2 comments:

mesir said...

لكل شيء إذا ما تم نقصان#فلا يغر بطيب العيش إنسان

.
.
.
لمثل هذا يذوب القلب من كمد#إن كان في القلب إسلام وإيمان

ب

azizan said...

salam...
gembira rasa hati bila baca entry akak ni..sayu pun ada..sbb masih blum diizinkan Allah utk ke sana..mmg teringin sgt menjejakkan kaki ke sana- bumi para anbiya' bumi barokah ,menadah ilmu di sana,talaqqi Al-Quran..
teringat perbualan dgn kakak & mak tempoh hari di hospital.sementara menunggu giliran utk kakak berjumpa dgn doktor,azizah khusyuk membaca buku,"Rindu bau pohon tin" karya ustaz abusaif..jawapan yg terlontar dari mulut ketika kakak tanya tentang buku yg dibaca, "tak dpt pergi, dapat baca buku je pun jadi lah..rs mcm dh pergi sana"..semcm putus asa je kan jawapan tu..astaghfirullahal'azim..
insyaAllah sy akn ingt kata2 kak noni tu.DOA DOA...dan terus berdoa,istiqomah..smg Allah luruskan jalan kami ke sana...doakan kitorng eh kak..