CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jun 16, 2009

CINTA 3 SEGI

Pelbagai topik yang ana pertimbangkan sebelum mula menulis. Mahu saja mengulas gerak kerja SRC sekarang. Mahu juga menyentuh soal semasa. Teringin mengutarakan isu politik. Rasa mahu juga mendedahkan keindahan bahasa syurga kepada semua. Akhirnya, untuk kali ini, biar dulu ia nampak seperti sebuah diariJ

Bertunjangkan ayat 23-24 suroh Al-Isra’ yang sentiasa dilagukan bapak tika mengimami solat jemaah kami di rumah, ana mahu berkongsi sesuatu.

23. Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).

24. Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Itulah uslub da’wah bil haal yang bapak gunakan.

Mungkin kerana bapak tidak pandai baca kitab. Bapak tidak mahir berbahasa arab. Bapak bukan pelajar Maktab Mahmud sekadar bijak dalam kira-kira ( matematik di zaman bapak ) Dalam bahasa mudah, bukan orang terpelajar.

Tapi bapak boleh mengaji. Membaca Quran. Bapak cuba menghafal ayat2 suci dari kitab terulung itu. Alhamdulillah, bapak ke masjid dan ke tapak ceramah. Mendengar kuliah agama. Mungkin dari situ bapak tahu, bapak tidak boleh melawan kata arwah tok dan wan dan tentu sekali bapak berharap agar ana juga patuh kata2 bapak. Adil.

Maka, apabila bapak hanya seorang pesara Risda, apa lagi yang mampu bapak buat? Bapak pesan taat mak bapak dalam solat. Bapak yakin ana faham tuntutan ayat itu. Dan apa yang ana sedar – bapak selalu ulang ayat itu jika ana antara ma’mum bapak. Ringkas. Bapak mahu ana jadi anak mithali.

Kerana bapak yang menjadi ketua keluarga, maka ana dahulukan bapak. Tetapi hakikatnya, Nabi menuntut ibu harus diawlakan dalam sebuah hadith. Tentu ana mengutamakan mak malah ana lebih rapat dengan mak berbanding bapak. Cuma, politik ana mudah. Ada urusan yang sesuai dibawa kepada mak, maka mak menjadi orang pertama yang akan dirujuk. Kadangkala, ana hubungi handphone Motorola bapak dulu. Demokrasi tu.

Mak pula, beza. Mak sangat rajin melayan ana. Hatta di depan tv, mak kupaskan buah. Mak buatkan air. Bukan soal manja tapi soal mak mahu hati ana tersentuh. Mak mahu ana lihat betapa mak memberi kasih sayang dalam setiap nafas mak pada si bongsu ini. Mak pendengar yang baik. Mak ameenkan setiap kali kami berbual tentang cita-cita ana. Setiap gurauan mak, mak akan selitkan doa. “ yala anak solehah mak..” “ baiklah anak mithali mak..”

Izan, noni..tidak cukupkah segala yang diperolehi?

Susah sangatkah untuk menjadi anak solehah idaman mak dan bapak?

Terima kasih mak, atas titisan susu yang membesarkan anak ini. Terima kasih bapak, setiap peluh bapak dari dulu sehingga sekarang mengerjakan sawah pasti dihisab Malaikat Raqib.

Cuma, khuatir. Sungguhpun selalunya yang dihajati, dipenuhi namun adakalanya ada peraturan yang mengganggu keremajaan. Na’uzubillah. Janganlah noni, janganlah melawan. Hatta dengan perkataan “ uh “

Risau. Kerana anggota badan kelak melaporkan penderhakaan anak ini pada hari hisab.

Kerana derhaka ibu bapa, antara 4 dosa besar.

Kerana menangisnya ibu bapa adalah sebahagian daripada derhaka.

Kerana murka Allah bergantung pada murka kedua ibu bapa.

Segalanya derhaka, jika mak dan bapak terasa….

Sememangnya mak dan bapak menjadi keutamaan. Sungguhpun cita-cita mahu terus sambung belajar setamatnya ijazah nanti, tapi bapak seolah2 mahu lihat perkembangan hidup ana sebelum menutup mata. Sungguhpun sedih tapi ana mengerti. Mungkin bapak mahu ana bersamanya. Mak mahu ana belajar bekerja sambil diawasi mereka. Mak dan bapak mahu ana belajar bersedia menghadapi kehilangan mereka kerana kini mereka menjalani sisa-sisa kehidupan sebagai warga tua. Mereka tentunya mahu ana membelanjakan juga usia yang masih berbaki bersama-sama.

Yang pasti, Allah sudah tunaikan hajat ana yang kepingin benar mahu jejak kaki ke ardhul kinanah. 6 bulan 4 hari di sana, tentu sekali satu penyeksaan bagi mak dan bapak yang tidak dapat menjalani ibadah puasa dan menyambut Syawal bersama anak yang selalu ditatang.

Kalau bukan dengan izin-Nya yang melembutkan hati mak bapak tentu ana masih menyimpan dan terus menyubur cemburu pada teman-teman di bumi Nabi Musa.

Ana sentiasa doakan agar Allah memberi peluang untuk ana memimpin tangan mak dan bapak bercuti di Indonesia. Ana akan pastikan selagi ana mampu berusaha, ana sendiri akan bawa mak bapak ke sana. Sebagaimana Allah telah menghadiahkan ruang pada mereka menunaikan haji 2 kali, ana mohon ada jua ruang sebegitu tertunai.

Cepat noni! Lawan pahala yang dah berguni-guni dihimpun abang-abang dan kakak-kakak!

Alhamdulillah, mak bapak, abang dan kakak pernah membawa ana menunaikan umrah dan ziarah negara Iran sebagai hadiah atas kecemerlangan UPSR..

Mak bapak abang kakak juga pernah menghadiahkan kehidupan sebagai Misriyah pada tahun lepas..

Mak bapak hadiahkan motosikal sebagai pemudah cara untuk bergerak dalam bulatan sistem satu hala di kampus Gombak.

Justeru tidak bolehkah ana hadiahkan sekurang-kurangnya 5 kali doa dalam solat fardhu? Bagaimana antum?

Mak bapak, tunggu hadiah berbentuk material dari ceq ~ kita terbang ke Indonesia ~ seperti impian mak bapak.

Rasulullah dalam sebuah hadith menyebut, “ Siapa cium kedua-dua mata ibunya akan terhindar dari seksa api neraka ”

Dan dalam hadith lain, baginda bersabda, “ Seorang anak yang memandang muka ibu bapa pun satu ibadat ”

Nak cium, nak peluk, nak tengok tentu susah. Fokus kalam bagi mereka yang jauh. Justeru, cuba bawa gambar mak bapak ke mana-mana. Mungkin juga tampal gambar mereka di meja study.

Semangat baru. Harapan baru. Azam baru. Setiap hari.

Ana telah, sedang dan akan buat..SENTIASA. antum, jika belum, bila lagi?

“ Ayah dan ibu..ayah dan ibu..itulah permulaan kami..dapat melihat bulan dan matahari..”

Inilah cinta tiga segi ana. Mak, bapak dan ana..KAMI SALING MENCINTAI..itu, ana pasti.

2 comments:

qudwaH_Humaira' said...

kagumnya ana dengan akak...
ok..IKON MASISNA..hehe

Anonymous said...

~Sama2 kita berusaha menjadi penyejuk mata ayah bonda~ahlan ya shohabati ila Indonesi ;)dari sahabatmu di Surabaya