CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Nov 2, 2009

AKU, BUKU DAN CINTA

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Alhamdulillah, atas nikmat Islam & Iman yang masih bersama ana, dan antum pastinya. Nikmat sihat, mewah dan lain sebenarnya nikmat yang datang selepas nikmat Islam. Kerana Islam itu sendiri suatu kenikmatan. Dan dengannya, datang pula nikmat-nikmat lain. BERBANGGALAH MENJADI SEORANG MUSLIM!

Ketika menulis, tepat jam 4 pagi. Peritnya mahu menyambut final exam. Terpaksa bersengkang mata demi memastikan segala yang di pelajari sekitar 4 bulan mampu dimuntahkan dengan bergayanya selama 2 jam. Kertas jawapan tentu sekali mahu terisi dengan panjang, lengkap dan menarik. Hm..

Masih terbayang omongan ana bersama sahabat-sahabat ana. Ketika itu boleh ana katakan sebagai 'sharing moment' antara kami. Meluah sedih. Berkongsi duka.

Exam - sangat memenatkan. Menakutkan. Membunuh! Kena pula ada maddah @ subjek yang menggunakan 2-3 kitab setiap satu, mahu direbus buku lantas diminum airnya demi nuqoth muhimmah agar tidak tercicir satu pun!

Namun kami memandang dari positive side. Bukankah dengan ketakutan itu, juga banyaknya halaman yang harus dilawati membuatkan kita tidak mampu tidur dengan nyenyak?

Maka selamatla kita - dari tidur yang panjang, mengulas gosip & kontroversi juga perkara-perkara ringan lain yang menjadi faktor kepada kehilangan masa.

Juga..ana suka untuk menyebut di sini, apabila tidur tidak lama, bangunnya awal, selamatlah seorang da'ie dari kerugian tahajjudnya!

Maka - ayuh kita berdoa - agar setiap hari kita ada exam - setiap hari ada assignment - semoga dengan segala benda yang menyibukkan dalam hari-hari kita membantu untuk menyelamatkan tahajjud kita! :-) Alhamdulillah.

Tidak berniat menulis panjang. Sekadar memberitahu beberapa perkara kepada sidang pembaca yang budiman..

1-Ana akan bertarung bermula tarikh :
10hb November - Takhrij Al-Hadith @ Retrieval of Hadith.
11hb - Nahu 4 @ Arabic Syntax 4
15hb - Sorf 3 @ Arabic Morphology 3
16hb - Ma'ayir Naqd Al-Hadith @ Criteria of Hadith Criticism
17hb - Manahij Al-Mufassirin @ Methodology of Exegetes
18hb - Al-Khitab Al-Qur'ani @ Qur'anic Discourse
Decentralized exam - Tahfiz Class 5 ( Juzu' 9 & 10 )

Sesak nafas kan? Uhuu. Mohon kalian semua doakan ana.

2-Ana sedang bercinta sebenarnya. Hairan juga, bagaimana sekarang, dalam keadaan yang amat sesak - final exam - ana masih sempat memikirkan soal ini.

Dia bukanlah sesiapa. Yang penting, dia berwarna hijau kegilaan ana!

AKU, BUKU DAN CINTA. Dia kecintaan ana, sekarang, setakat ini. Karangan Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, buku terbaru yang ana genggam dan peluk. Yang ana selang seli dengan kitab maddah, bila ana hilang fokus.

Sungguh, ia banyak memotivasikan ana. Seolah-olah ana sedang berbual dengan penulis. Seolah-olah kami sama-sama berbincang. Buku yang amat berharga ana kira - kerana berjaya membuat ana benar-benar cinta.

Secara kasar - ia berbual tentang kecintaan penulis juga ulama' lain dengan buku. bagaimana mereka merasainya. kenapa merasai sebegitu..

Di sini, ana tahu, Ibn 'Aqil ketika bercinta dengan buku dahulu, beliau tidak rela makan roti, hanya makan manisan dan secawan air kerana takut masanya banyak terbuang.

Kita bagaimana??

Kerana bagi mereka - buku adalah kebun yang nyaman. Teman setia. Sumber ilmu.

Apabila disebutkan dengan ilmu, tentunya berkaitan dengan amal.

Ilmu juga merupakan nikmat. Kerana,ilmu itu sendiri mulia. Dan memuliakan. Bacalah buku ini, antum akan rasa apa yang ana rasa.

Ana lebih menghargai masa ana, menghargai kitab-kitab ana, segalanya!

Kebetulan ana membaca teori bagaimana bercinta dengan buku dalam buku terhebat itu - ana juga sedang belajar mempraktikkan bagaimana BERCINTA DENGAN BUKU. Moga2 ana tidak bersikap retorik - percintaan bermusim.

3-1 November lepas - genaplah setahun ana meninggalkan Mesir. Setahun ana kembali ke Malaysia. Sedih? Tentu sekali. Namun ana berharap, moga akan mendapat rezeki membuat kunjungan lagi ke sana. Talaqqi. Ziarah maqam yang masih belum tertunai. Dan macam-macam lagi. Mungkin menetap di sana? Hm...

Mungkin 30 minit menulis secara spontan belum cukup membuatkan blog ana di update secara sempurna, dan sepatutnya. Dan sebenarnya ana lebih gemar menulis secara spontan! Namun, ana hitung, ia telah memakan banyak masa ana..so,ana mohon diri dahulu, ya! Moga kita boleh berjumpa lagi dalam lembaran kalam ana yang akan datang.

HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL..

Alhamdulillah. Allahummaj'alha ni'matan masykurotan tasilu biha ni'matal jannah! Ameen.

Salam dari ana, di Mahallah Asiah ~