CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jul 17, 2012

Dan hari ini, ana sujud yang berganda..


بسم الله الرحمن الرحيم

Menulis saat kesejukan.
Kedinginan.
Cuaca mendamaikan.
Hasil curahan air hujan tatkala petang yang memperkayakan bumi Tuhan.

Alhamdulillah.

Teringin sekali menulis.
Mahu sangat berkongsi.

Ana meyakini bahawa setiap musibah bakal dibontoti hikmah.
Dan ana sangat beriman, ia bakal melebatkan pokok pahala, dengan syarat sabar dan redha.

Pernah ana mendengar bahawa redha itu menerima dengan ikhlas.
Tetapi pasrah itu menerima dengan terpaksa.
Maka ada bezanya. Wallahua'lam.

Ana bising bercerita musibah yang menimpa sekitar sebulan lepas.
Ke'ghaib'an RM800 dari akaun Bank Islam ana.

Ana tidak mampu membayangkan perasaan tatkala melihat balance.
ALLAH.
Nadi seperti mahu berhenti.
Dan ana rasa macam nak mati.

Ceritanya begini.
Ana memasukkan RM800 tunai di cash deposit BIMB UIAM pada 14 Jun.
Ia sehari selepas ana datang dari kampung.
Kebetulan tidak keluar resit.
Dan ana tak check semula.

Oleh kerana ana ada program di Hotel Seri Pacific seminggu, ana terus bergegas menginap di sana dan tidak mengeluarkan sebarang tunai dari bank tersebut.

Khamis berikutnya, 21 Jun, ana pulang ke UIAM. Ana diminta oleh seorang sahabat untuk memasukkan duit tunainya ke akaun. Ana membantu dan kebetulan melebihkan kudrat menziarah akaun ana.

Sesungguhnya amat sesuai dan bersebablah ana menjenguknya.
RM800 tiada.
TIADA.
Ke mana hilangnya?
Ana kaget. Mencari tenang seminit dua, terus ke mesin atm lain. Mengeluarkan semua kad atm bank-bank lain, dan melihat satu persatu.
Ternyata, RM800 yang ana masukkan bukan ke akaun lain.
Tetapi BIMB. Ana pasti, ana masih ingat. Waras. Belum nyanyuk. Dan tidak tersilap.

Bersama seorang sahabat ana, ana lantas masuk ke kaunter dan membuat aduan.
Ana tidak mampu mengingat semua maklumat berkenaan tarikh, masa, dan apa yang berkaitan.

Mujur, sahabat di sebelah mampu mengawal emosi dan bijak memujuk.
ALLAH. Ana hanya membayangkan muka mak bapak ana.
Rasa dada berkocak.
Emosi menggelegak.
Mata berpinau.
Jiwa kacau.

Ana terus berfikir.
Ini lah natijahnya.
Mak memang tak percaya mesin ciptaan manusia tu.
Tapi ana sangat tidak sempat memasukkan cara manual. Dan itu kali pertama sebenarnya.
Terus meletakkan kepercayaan kepada mesin yang tercipta dari otak bijak manusia.

Hampir sebulan, ana berulang ke kaunter bank. Ana yakin, semua staff BIMB mengenali ana dan ada yang melahirkan rasa simpati.

Jumaat lepas, ana sekali lagi ke kaunter.
Kata saudari bank, " Transaction not found "
Transaksi ana tidak ada dalam rekod. Ertinya tidak ada kemasukan RM800 itu.
Maka tidak bolehlah di refund.

Keluar bank dan menuju ke library.
Ana seorang dan tidak berteman.
Terus ke carrel room yang dipinjamkan library kepada ana untuk tempoh sebulan,
ana menangis semahunya.

Kerana telah sebulan ana bertahan.
Melawan.
Cuba kuat dan berusaha menyeka air mata.
Ana berjaya.
Tetapi hari ini, apabila diberitakan ana kemungkinan tidak dapat menebus semula duit itu, ana rasa ana 'sedang mati!'

Betapa hinanya ana yang cintakan wang tunai dunia. ALLAH.

Ana menangis untuk sebulan.
Ana menangis untuk nilai itu.

Kebetulan bapak call dan katakan, bapak masukkan duit dalam BSN.
Jangan tahan perut. Makan. Makan. Jangan banyak fikir.
Dan ana lebih kuat menangis.

Selepas itu, mak yang tidak berada bersama bapak ketika itu, menghubungi ana.
Mak suruh sabar dan banyak berdoa.

Ana menangis lagi.
Kerana rasa sangat menyusahkan mak bapak dan tak henti-henti berbuat demikian.
Kenapalah ana ni?!

Dan hari ana berjalan tanpa henti.
Tetapi ana semakin lambat berjalan mengharungi hari.

Ya, pastilah musibah besar ini memberi kesan yang pelbagai.
Ia tidak tercerita.
Ia benar-benar membuatkan ana kesal.
Menyesal !

Khamis malam, 12 Julai, ana bernazar. Jika dapat semula duit ana tu, insyaALLAH ana akan memberi zakat kepada seorang anak yatim piatu. Tidak berayah dan tidak beribu.
Ana hanya bernazar tetapi tidak pula mengenali sesiapa yang tidak berayah ibu itu.

Sabtu malam, ana mendapat satu panggilan.
Memperkenalkan diri, terus bercerita itu dan ini.
Rupanya kami mengenali walaupun ana kurang pasti. Masih recall di mana ana berjumpa dan berkenalan.

Bagusnya adik ini, dia menelefon untuk meminta izin untuk berkawan dengan ana secara rasmi. Aneh.
Tidak berniat jahat, ana yakin. Cuma dia sangat sopan dan beradab.
Bercerita ramah, ana dapati dia merupakan anak yatim piatu yang sudah kehilangan ayah dan ibu.

Ana tersentak.

Sepertinya ada sedikit perkaitan dengan nazar ana 2 hari lepas. Tetapi ana diam dan tidak bercerita.
Ana berdoa.
Semoga doa ana bukan hanya untuk 800.
Tetapi ana berusaha berdoa melebihinya.
1800.
18000.
180000.
Infiniti !

Semoga ALLAH mengasihani ana.

Ana terus menyusuri hari. Sedaya upaya menyelitkan redha.
Sedaya upaya mensyukuri apa yang terjadi.
Bersabar terhadap musibah.
Dan percaya dengan strategi ALLAH !

Dan hari ini, ana sedikit rajin. Bangun pagi, ke Al-Ghazali room.
Buat yang tidak tahu, ia adalah bilik thesis untuk Kuliyyah Islamic Revealed Knowledge.
Sampai dan mencari kad matrik sebagai syarat masuk.

Gelabah. Kad hilang.
Spoil mood. Mata berair. Dan rasa letih !

ALLAH.......
Dosa apakah yang telah ana buat.
Sehingga satu persatu ALLAH menghukum ana.

Tetapi, serius.
Ana sentiasa merasakan, dalam hukuman-hukuman ini, ana masih mendapat kasih sayang yang hangat dari-Nya.
Ana dapat merasakan, ALLAH suka melihat ana begini.
Musibah ini sedang memperbaiki hubungan hamba dengan Pencipta, antara ana dan DIA.
Ana rasa, istimewa :)

ALLAH ada di sana dan di sini, mengajar ana menangis. Mengejutkan ana bangun menangis. Melatih ana merayu dan menangis !
Biar ana tahu. ANA INI LEMAH.
ADA ALLAH YANG MAHA GAGAH.
TEMPAT PALING SESUAI MENGADU KELUH KESAH.

Ana pulang. Mood hilang untuk membaca.
Mencari kad matrik dan jumpa.
Alhamdulillah.

Lepas Zohor, ana mahu kembali ke centre.
Jiran ana minta tolong lagi. Masukkan duit dalam akaun sahabatnya, di Bank Islam.
Ana tidak menolak.
Kerana ana nampak, jiran ana sedang 'menawarkan' pahala :)

Ana berbuat seperti yang diminta.
Dan kebetulan melewati mesin atm, ana cuba check akaun ana.

[ ..RM_800.__.. ]

Sudah ada RM800 !
Ana masih berwudhu', ketika itu.
Tapi terkejut pulak yang lalu lalang kalau ana sujud syukur di situ.
Ana terus telefon mak dan bapak.

Syukur. ALHAMDULILLAH.
Selepas menangis sehingga mata bengkak.
Kepala sakit.
Bertanya sahabat-sahabat ana berkenaan langkah-langkah yang harus diambil.
Persediaan untuk membuat permohonan melihat rakaman cctv. Emel ke Bank Negara dan aduan ke PENGGUNA.
Terima kasih sahabat-sahabat yang memberi nasihat dan menyokong.

Ada juga sahabat-sahabat yang sukarela mahu meminjamkan duit. Khuatir ana tak makan.
Alhamdulillah. Rezeqi masih ada :) ALLAH sayang ana, kerana ana dapat ramai yang sayang ana. SubhanALLAH !

Walaupun ana tak berhutang duit dengan mereka yang menawarkan pinjaman dan simpati,
ana tetap rasa terhutang budi.
Kerana mereka tetap mengenali ana ketika ana ditimpa musibah.
Ketika menangis susah.
Ketika rebah.

Ana terharu.
Alhamdulillah. Sungguh ramai yang berhati mulia :) Syukur, ALLAH menghantar orang-orang yang baik ke dalam hidup ana !

Sungguh.
RM 800 ini, membuahkan pahala.
Jika kena caranya.
Semoga ana melayan musibah ini dengan cara yang benar.
Sabar.

Bukanlah penulisan ini untuk menunjuk-nunjuk.
ASTAGHFIRULLAH.

Ana sekadar berkongsi.
Ana doakan,
ana doakan mereka yang sentiasa mendoakan ana,
Menyokong ana,
Menyayangi ana,
Mengambil berat tentang ana,

agar,
ALLAH menyayangi mereka,
memelihara mereka dari kejahatan dan fitnah dunia,
semoga budi baik dan kasih sayang yang mereka berikan kepada ana,
menjadi antara penimbang berat mereka mendapat keahlian syurga,
Ameen !

ALLAH.
Ampunkan saya.
Atas segala dosa.
Jika saya tidak mencintai-Mu sepenuh hati.
Jika dalam hidup saya, suruhan-Mu banyak yang saya ingkari.

Malu hari-hari memikirkan dunia.
Hinanya.
Nabi SAW asyik memikirkan ummah dan hari esok di sana.

Inilah manusia.
Duit hilang, nampak.
Pahala hilang, tak nampak.

ASTAGHFIRULLAH.

Terima kasih antum, ana sayang antum semua !

Semoga ana tidak beriman dengan RM800.
Doakan ana beriman dengan ALLAH Yang tidak hilang, tidak pergi dan datang.

Kerana ALLAH di sini, di sana,
di mana-mana,
untuk sesiapa sahaja :)

Dan hari ini, ana sujud yang berganda. ALHAMDULILLAH.

11.40pm
PG B Mahallah Ruqayyah