CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jan 22, 2010

SRC 2008/2009 dalam kenangan..

Sebenarnya, ana tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan ketika ini.

Amat lega, apabila sesekali memikirkan ana tidak lagi berada dalam medan politik kampus memegang taklifan, kerana telah meletakkan jawatan secara rasmi 12hb Januari, setamatnya ucapan President, Bro Mohd Sofiyussalam ketika Annual General Meeting Students' Representative Council 2008/2009.

Pada malam itu, sungguh sebenarnya panik untuk membentangkan laporan kewangan SRC. Namun, lebih panik apabila merenungkan keadaaan ana ketika berjawab soalan nanti di hadapan Allah.

Ya, memang ana telah cuba menjalankan amanah yang tersandar di bahu dengan sebaik-baiknya.

Benar, ana telah berusaha menunaikan segala kewajipan sedaya termampu yang ana ada.

Cuma, ana tidak tahu, apakah segala yang telah ana lakukan di terima Allah, juga di terima baik oleh mad'u @ massa ana di UIA umumnya serta di kuliyyah IRKHS / INSTED khususnya.

Malam AGM itu, ana perlu berdiri di hadapan, membentangkan segala perjalanan kewangan sepanjang 1 tenure selepas Bro Ahmad Mukhlis, Secretary General 'memandu' audiens yang datang melihat laporan program juga segala gerak kerja yang telah kami lakukan.

Sungguh, ana panik untuk melakukannya. Namun, ana harus melakukannya!

Perasaan lega, usah di tanya, tentu dirasa apabila hari ini, secara rasminya, kami telah menyerahkan kunci ofis SRC kembali kepada pihak universiti.

Namun, disebalik kelegaan, ada kesedihan yang bertandang, ada ketakutan yang mendatang.

Moga ketika dihisab, ana tidak menghadapi masalah untuk menjawab bahawa ana telah berusaha sebaik mungkin untuk menjaga biah agar terjaga disamping berkhidmat untuk seluruh komuniti UIA demi kebajikan mereka.

Ya Allah, saksikanlah bahawa hamba-Mu ini telah melakukan sesuatu, dengan percubaan sedaya yang ada, demi agama-Mu, demi kelansungan dakwah Rasul-Mu! ameen. Alhamdulillah.

Sedih juga mengingatkan kenangan serta segala memori bersama barisan exco yang banyak membantu dan mengajar ana bekerja dengan riang dan dedikasi.

Begitu juga seluruh tenaga kerja sub-committees dari setiap sekretariat terutamanya di bawah kendalian ana, sangat bersyukur, kerna kalian bersama ana menolong menguruskan kerja-kerja ummah! Terima kasih, moga Allah ganjari kalian dengan Firdaus.

Sedih juga apabila mengenangkan, ana sudah kehilangan satu training ground - SRC. Sepanjang kehidupan ana bergelar Treasurer SRC IIUM, sangat banyak yang ana pelajari. Sebagai seorang calon yang pernah memenangi hati pengundi, ana beroleh pengalaman yang amat berharga dan ilmu yang sangat berguna.

SRC - akan ana kenang kerana selama berada dalam keluarga besar ini, ana beroleh segalanya ~ ilmu, adik beradik, sahabat, pengalaman.

Kini, ana kehilangan sebuah keluarga besar juga sebuah 'institusi' yang membantu ana mengenali potensi dan kemahiran diri.

Sungguh, amat sedih namun bersyukur, Allah memilih ana untuk merasai segala suka duka ini, Alhamdulillah.

SRC 2008/2009 dalam kenangan. dan jauh di sudut hati ana, ana doakan kami berjaya meninggalkan satu legasi tarbiyah di bumi UIA, dan segala gerak kerja kami diterima Allah juga diganjari pahala, dijanjikan syurga, dihalalkan seluruh mahasiswa mahasiswi UIA, ameen Ya Rahman!

Hari ini, ana harus belajar..

SRC tidak membebankan ana semata-mata, namun SRC memberi ana segala yang tak pernah diberi lain-lain..

Buktinya? Ana menangisi perpisahan kami, juga ketika mengemas ofis, memandang poster..

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ana tahu, kita akan menyayangi sesuatu apabila ia sudah tiada, sudah tidak menjadi milik kita.

Allahu Ta'ala a'lam!

Jan 14, 2010

Hari-hari dewasa ini..

3 Januari lepas, ana genap 24 tahun, alhamdulillah. Dan ketika itu, ana berada di rumah. Bahagia ulangtahun kelahiran kali ini, kerana dapat bersama keluarga dan paling penting ~ benar-benar rasa gembira.

Kerana ketika 3 Januari 2009, ana menyambut ulangtahun kelahiran dalam pelbagai perasaan. Sedih. Marah. Muram. Takut. Geram. dan..segalanya. ada juga gembiranya, tika keluar ber'party' di Burger King bersama 2 teman sehidup semati. Sebenarnya ketika itu ana dalam fatrah 'di proses' dan 'memproses diri' menjadi calon pilihanraya kampus. Biasalah, emosi kurang stabil.

Maka tahun ini ana kembali merasa gembira. Pagi 3 Januari, anak sedara ana bernama Mu'adzah Fakhriah bertanya, " cik nak adiah apa? " seusia enam tahun, dia bijak dan petah bercakap. Malah ketika kami minum pagi beramai-ramai, dia minta abang ana ~ abah kesayangannya membelikan gelang kaki sebagai hadiah!

Dan tengahari itu, ketika ana mengemas buku kakaknya yang mahu ke sekolah, dia datang disertai anak-anak sedara yang lain.

Membawa sebiji kek coklat + blueberry bertulis di atasnya, sambil beratur dan menyanyikan lagu 'selamat hari jadi', ana sangat terkesima.

Tima kasih kanak-kanak wonderpetku, anak-anak sedara upin & ipinku, permata jiwa ragaku, CIK AMAT HARGAI KASIH SAYANG KALIAN.

Malamnya, ana bersama seorang sahabat pulang ke kampus. Ya, esoknya kami harus meneruskan pengajian. Sekadar pulang untuk 3 hari tentunya tidak puas namun terubat.

Hm..teringat kenangan ketika bergelar kanak-kanak. Dulu, setiap kali 3 Januari, mak bapak akan mengadakan majlis ~ kenduri meraikan ulangtahun kelahiran ana. Ala-ala majlis walimah gitu, dek disembelihnya lembu dan kambing. Namun tatkala ana meningkat dewasa menjejak kaki ke alam remaja, tiada lagi sambutan seperti itu. Ala kadar saja.

Dan yang paling mengharukan ~ mak bapak abang kak menggantikan laptop baru kerana uzurnya ASUS yang berusia 5 tahun itu. Ana kira ini hadiah hari jadi ana yang amat istimewa.

Pulang ke kampus ~ kehidupan ana diceriakan dengan hadiah-hadiah berwarna hijau! Seriously, i luv them much!

Dan..sebenarnya ana musykil. Kenapa, mostly mesej yang diterima selepas ucapan 'hepi besday' must b followed by ucapan berkaitan jodoh? haha. sangat melucukan. Sehingga ana menyoal sahabat ana apakah pada usia ini, memang ucapan itu yang dikhususkan? semoga beroleh jodoh yang baik..semoga cepat walimahnya..semoga..semoga..ameen, moga doa kalian dimaqbulkan Allah!

Dan..semalam, ana di 'prank' oleh 6 sahabat dunia akhirat ana di kediaman fellow UIA! huh. sungguhpun ana berjaya 'mencaca merbakan' plan mereka yang tersusun rapi, namun ana akui, ana amat terkejut dan menjerit sepuas hati!

Beberapa jam tertangguh dek ana sibuk dengan beberapa meeting yang amat penting untuk dihadiri. Namun mereka tabah menanti. Haha! Sehinggalah prank yang benar-benar terjadi sekitar jam 1 pagi setamatnya ana dari beberapa siri meeting.

Kek Secret Recipe, KFC dan makanan ringan lain.Sedap dan teruja! Tahniah2 :-)Sebenarnya mereka menyimpan dendam yang amat besar terhadap ana kerana biasanya ana menjadi 'ketua'. Ok la..prank ampa berjaya!

Special dedication to : ARIBAH, IZZATI, FARAHANI, EKIN, BB DAN BAYA..

antum, SAHABAT SE'AQIDAH yang amat ana kasihi..priceless!

" aku lemah tanpa kamu..ku ingin mu dampingiku..aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu..sampai syurga ku menunggu..sampai syurga ku cintamu.."

Sangat berterima kasih.

Juga buat mereka yang 'mengganggu' malam ana, selepas 12 am bertarikh 3 Januari, juga ucapan selepas tarikh itu sehingga ke hari ini, setiap panggilan dan mesej yang disampaikan, moga kalian mendoakan ana dengan ikhlas.

Doakan, mahu jadi yang lebih baik..solehah..ameen!

Takut dihisab atas nikmat usia yang diberikan Allah ini tidak digunakan dengan sebaik-baiknya untuk beramal. Moga teori ~ muhasabah dapat digerakkan bersama praktikal ~ amal.

Antum doakan ana ya, dikala usia meningkat dewasa, bertambah zuhudnya, wara'nya, tawaddhu'nya, ikhlas beribadat, tazkiyah nafsi. Ana memerlukan kalian sebagai advisor akhlak dan setiap part kehidupan ana.

Ana menghitung hari melayari hari-hari terakhir bersama sahabat-sahabat bergelar mahasiswi ijazah. dan..doakan kami, dikabulkan hajat menyambung pengajian.

Mahu bercerita lagi namun mengejar masa memenuhi tuntutan seorang pelajar. Ana mahu memperbaiki potensi diri! Doakan ana ya.

"Allahumma ahyini miskinan..wa amitni miskinan..wahsyurni fi zumrotil masakin.."

Doa ini memohon Allah menghidupkan kita dalam keadaan 'miskin', dimatikan juga dalam keadaan sedemikian, juga mohon dikumpulkan bersama golongan 'miskin'..

Indah bukan? kerana 'miskin' yang dimaksudkan bukanlah miskin harta, tidak beraset sehingga terpaksa berhajat kepada orang lain namun 'miskin' itu adalah tawaddhu', wara' dan zuhud.

Semoga kita kaya amal, kaya pahala. Jumpa lagi! :-)