Sebenarnya, ana tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan ketika ini.
Amat lega, apabila sesekali memikirkan ana tidak lagi berada dalam medan politik kampus memegang taklifan, kerana telah meletakkan jawatan secara rasmi 12hb Januari, setamatnya ucapan President, Bro Mohd Sofiyussalam ketika Annual General Meeting Students' Representative Council 2008/2009.
Pada malam itu, sungguh sebenarnya panik untuk membentangkan laporan kewangan SRC. Namun, lebih panik apabila merenungkan keadaaan ana ketika berjawab soalan nanti di hadapan Allah.
Ya, memang ana telah cuba menjalankan amanah yang tersandar di bahu dengan sebaik-baiknya.
Benar, ana telah berusaha menunaikan segala kewajipan sedaya termampu yang ana ada.
Cuma, ana tidak tahu, apakah segala yang telah ana lakukan di terima Allah, juga di terima baik oleh mad'u @ massa ana di UIA umumnya serta di kuliyyah IRKHS / INSTED khususnya.
Malam AGM itu, ana perlu berdiri di hadapan, membentangkan segala perjalanan kewangan sepanjang 1 tenure selepas Bro Ahmad Mukhlis, Secretary General 'memandu' audiens yang datang melihat laporan program juga segala gerak kerja yang telah kami lakukan.
Sungguh, ana panik untuk melakukannya. Namun, ana harus melakukannya!
Perasaan lega, usah di tanya, tentu dirasa apabila hari ini, secara rasminya, kami telah menyerahkan kunci ofis SRC kembali kepada pihak universiti.
Namun, disebalik kelegaan, ada kesedihan yang bertandang, ada ketakutan yang mendatang.
Moga ketika dihisab, ana tidak menghadapi masalah untuk menjawab bahawa ana telah berusaha sebaik mungkin untuk menjaga biah agar terjaga disamping berkhidmat untuk seluruh komuniti UIA demi kebajikan mereka.
Ya Allah, saksikanlah bahawa hamba-Mu ini telah melakukan sesuatu, dengan percubaan sedaya yang ada, demi agama-Mu, demi kelansungan dakwah Rasul-Mu! ameen. Alhamdulillah.
Sedih juga mengingatkan kenangan serta segala memori bersama barisan exco yang banyak membantu dan mengajar ana bekerja dengan riang dan dedikasi.
Begitu juga seluruh tenaga kerja sub-committees dari setiap sekretariat terutamanya di bawah kendalian ana, sangat bersyukur, kerna kalian bersama ana menolong menguruskan kerja-kerja ummah! Terima kasih, moga Allah ganjari kalian dengan Firdaus.
Sedih juga apabila mengenangkan, ana sudah kehilangan satu training ground - SRC. Sepanjang kehidupan ana bergelar Treasurer SRC IIUM, sangat banyak yang ana pelajari. Sebagai seorang calon yang pernah memenangi hati pengundi, ana beroleh pengalaman yang amat berharga dan ilmu yang sangat berguna.
SRC - akan ana kenang kerana selama berada dalam keluarga besar ini, ana beroleh segalanya ~ ilmu, adik beradik, sahabat, pengalaman.
Kini, ana kehilangan sebuah keluarga besar juga sebuah 'institusi' yang membantu ana mengenali potensi dan kemahiran diri.
Sungguh, amat sedih namun bersyukur, Allah memilih ana untuk merasai segala suka duka ini, Alhamdulillah.
SRC 2008/2009 dalam kenangan. dan jauh di sudut hati ana, ana doakan kami berjaya meninggalkan satu legasi tarbiyah di bumi UIA, dan segala gerak kerja kami diterima Allah juga diganjari pahala, dijanjikan syurga, dihalalkan seluruh mahasiswa mahasiswi UIA, ameen Ya Rahman!
Hari ini, ana harus belajar..
SRC tidak membebankan ana semata-mata, namun SRC memberi ana segala yang tak pernah diberi lain-lain..
Buktinya? Ana menangisi perpisahan kami, juga ketika mengemas ofis, memandang poster..
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ana tahu, kita akan menyayangi sesuatu apabila ia sudah tiada, sudah tidak menjadi milik kita.
Allahu Ta'ala a'lam!
Jan 22, 2010
SRC 2008/2009 dalam kenangan..
Posted by Nony Imtiyaz at Friday, January 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment