CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jun 13, 2009

AHLAIN LIZZUWAR WAQRAUU YA QURRO

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh n Salam Sejahtera. Allahummarzuqna hubbak, wa hubba man yuhibbuk, wa hubba kulli ‘amalin yuqarribuna ilaik, waj’al hubbaka ahabba ilaina.

Moga IMAN ana n sahabat2 pembaca ketika menelaah blog ini dalam keadaan SIHAT. Ameen.

Bagi ana, masih terlalu awal untuk ana juga mempunyai blog seperti orang lain. Tapi bagi orang lain, ana sudah jauh ketinggalan. Ooo. Memang sudah lama punya niat untuk turut menulis seperti mereka yang hebat. Bukan kerana mahu menjadi hebat n mantap, tetapi sekadar mahu mencabar zon selesa diri sendiri.

Takut sebenarnya untuk punya nonyimtiyaz.blogspot.com ni. Takut tidak pandai menulis seperti mereka. Takut idea ditertawakan. Takut tiada masa untuk update n membuat percambahan fikroh. Takut dikritik teruk lantas menangis. Tambahan, ana memang buta IT. Takut blog x cantik. Susah laa.

Tapi, sampai bila perasaan takut ini harus dibiarkan sehingga memakan diri?

Tolonglah noni..CABAR ZON SELESA nt!

Sahabat2 disekeliling sentiasa bertanya. Bila lagi mahu menulis dalam blog? Hm. InsyaAllah. Itu jawapan seorang muslimah yang yakin dengan KEIZINAN Rabbul Jalil. Tapi hari ini, blog ana telah selamat direkacipta. Allahumma lakal hamdu, walakal musytaka wa bikal musta’aan. Terima kasih where, terbaiklah! N terima kasih pada yang menyokong n mencabar.

Justeru, sahabat2 pembaca..

Apa jua ‘juadah’ yang ana hidangkan dalam medium ini, mohon ditatap n ditegur. Doa ana, usaha ini dinilai sebagai ibadah yang akan memberatkan timbangan amalan baik ana di akhirat kelak. Juga, medium ini berjaya dimanfaatkan sebagai medan dakwah. Medan thaqofah. Medan tarbiah juga siyasah. Ameen.

Harapan besar ana, segala2nya dipandu arah dengan kasih sayang-Nya. Harapan yang penuh impian. Capai n gapai syurga ganjaran termahal yang dijanjikan.

Selamat datang. Selamat membaca. Selamat berfikir. Ziarah antum ana alukan dengan pembawaan 1001 pandangan berbeza segi.

Terima kasih kerana menemani ana mencari dewasa!

Rubba lailin zhofirtu bilbadri # Wa nujumussama’iee lam tadri

Hafizollah lailana wa ra’a

Ayya syamlu minal hawa jama’a

Ghofillad dahru war raqiibu ma’a

~ LISANUDDIN AL-KHATIB ~

0 comments: