Salamullahi 'alaikum jami'an..
Ketika menulis, ana kembali menemui semangat baru bagi memulakan kehidupan di semester pengajian yang menyaksikan hakikat bahawa sahabat-sahabat ana, ramai yang telah selamat memulakan langkah baru di luar sana.
Dengan ketiadaan mereka - dedikasi buat teman2 tercinta ~ Farahani, Chot, Baya, Bb, Bibot dan ramai lg..~ ana seolah-olah patah sayap. Benar, seperti kata mak ketika ana meluahkan kesedihan, masih ramai yang bersama ana. Benar kata junior ana,
Mashitah, masih ramai yang menyayangi ana di sekeliling ni, namun susah benar menelan kenyataan..ana kian ditinggalkan.
Ya,akur dengan hakikat alam - bertemu dan berpisah - ana mengumpul semangat. Dan bertambah tekad jiwa ini, apabila menerima sms dari junior ana di Mesir memaklumkan bahawa Sheikh Musa, tok guru Quran ana ketika berada di sana tahun lalu menyebut-nyebut nama ana. Subhanallah, moga dengan ingatan dan doa sheikh, cita-cita ana untuk menjadi ulama' termaqbul, ameen.
Bermula isnin, 7 Disember, UIA yang lengang telah kembali sesak. Dan antara yang telah menyesakkan itu tentunya ana. Berbaki 6 bulan pengajian ( insyaAllah ), ana mahu menghabiskan tempoh ini dengan pencapaian yang terbaik. doakan ana ya, dan usah dipinta tentunya ana juga sentiasa mendoakan kalian - teman2 pembaca yang sentiasa bersama ana!
Kosong. kosong sebenarnya untuk menulis. Kerana terlalu banyak impian untuk mengarang. Namun mungkin tidak rugi jika ana kongsikan sesuatu, hasil perbincangan ana dan sahabat-sahabat dalam usroh bersama naqib kami, beberapa minggu sebelum final exam bermula.
Melihat keadaan semasa, ramai yang sibuk berbual isu politik seolah2 mereka adalah golongan pakar dalam bidang itu. Juga ramai yang sibuk menjadi juri dalam bidang lain contohnya ekonomi sungguhpun mereka bukan terdiri dari 'ahli'nya.
Ini masalah dunia sekarang. Selalu berpidato atas tiket jahil.
Namun apa yang lebih merisaukan, apabila lebih ramai rakyat Malaysia - dan mungkin juga mereka yang bukan di bumi ini - sangat expert soal lain berbanding sendi-sendi agama.
Apabila diminta tampil membincangkan isu pilihanraya, misalnya, lantas mahir menyebut segala jenis buku politik, juga berjaya mendatangkan ayat Al-Quran serta hadith sebagai dalil.
Malangnya hadith yang didatangkan sebagai bukti adalah hadith maudhu' yang tidak boleh diterima pakai.
Contoh mudah - ramai yang khatam kitab-kitab haraki melebihi kita-kitab turoth @ ad-diniah.
Sanggup bersengkang mata menelaah buku-buku biasa dari cuba berta'aruf dengan kitab tafsir, hadith, fiqh dan sebagainya. Sedangkan semua tahu, sungguhpun politik, ekonomi, kehakiman sebagai contoh tidak dapat lari dari pen'thabit'an hukum dari kutub diniah.
Kenapa pengetahuan agama dibelakangkan?
Kenapa kitab-kitab yang lebih lengkap membicarakan tentang kehidupan kontemporari mudah-mudah dilupakan?
Beralasankan bukan mahasiswa jurusan agama @ tidak cukup baik menguasai bahasa arab sebenarnya 'memakan diri'.
Purposely ana menulis untuk menyedarkan diri sendiri dan mereka yang bersama ana - 'hadhom'kan 'percintaan' kita dengan kitab sepatutnya.
Amat memalukan apabila kita lebih mahir berpencak dalam soal 'fadhlah' sedangkan kita amat gagal dalam tuntutan mahupun soal 'umdah'.
Terima kasih kepada naqib serta ahli usroh pimpinan anak kedah yang sama-sama berkongsi manfaat bersama ana.
Ayuh, kenali Quran & Hadith, sebaik-baik pengenalan. Moga mudah beramal hingga ke penghujung jalan.
Jumpa lagi, moga lembaran akan datang dapat ana update sesegera mungkin. Ameen.
Dec 6, 2009
PERJUANGAN YANG BERBAKI
Posted by Nony Imtiyaz at Sunday, December 06, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
jgn bersedih sahabat..wlaupun berpisah tp ingatlah perpisahan ini hanya zahiriah,nmun x pernah terpisah dlm bisikan doa km..mge shabat2 km sentiasa cemerlang dan terbilang.hehe..i luv u all.
Post a Comment