Salamullahu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, masih dalam tarbiyah penghulu segala bulan, Ramadhan. Bulan yang menjadi padang untuk menyumbat sebanyak mana gol, demi sebuah kemenangan.
Anggap sahaja kita sebagai penyerang. Dan goal keeper pihak lawan sebagai hawa nafsu. Perlu taktik dan strategi. Perlu berpolitik sehingga bergelar juara. Ehem2.
Tinggalkan padang bola Stadium Darulaman. Ana mencuri masa untuk mengupdate blog pada hari ini, demi sebuah apresiasi. Kerana 8 September, adalah tarikh ulangtahun kelahiran satu-satunya kakak mithali ana. Kakak ini bersusah senang, berkongsi suka duka dengan ana. Kakak dari darah daging yang sama, hanya dia. Normala Mat Din, anak ketiga dari 5. Genap usianya 42 tahun, ketika ifthor semalam.
Azan maghrib berkumandang, usai berbuka, ana menghantar 1 sms ringkas. “ kakak mithali, kalo ikut Islam, tarikh baru bermula selepas maghrib. So, adik solehah nak wish epi besday, semoga panjang umuq, murah rezeki, bertambah amal ibadat, dan pengakhirannya syurga Allah..ameen..”
Puas. Sungguhpun sms tu very simple, but 4 me..VERY MEANINGFUL. I luv her very much!
Beberapa minit selepas tu, ana dapat respon. “ tima kasih ingat kakak mithali, untung ada adik mithali yang sentiasa ingat kakak mithali..doakan kakak mithali naa..”
Percaya? Kami sentiasa menggunakan term ‘adik mithali’ dan ‘kakak mithali’. Bukan sekadar dalam sms malah jika kami berbual, kami kerap menggunakan term itu. Bukanlah kami ini terlalu baik, lemah lembut dan bersopan santun. Tetapi antara kami ada kasih sayang. Mesra.
Kakak ana tidak berpendidikan tinggi. Bukan hanya dia, malah abang2 ana yang 3 orang itu pun, hanya bersekolah sekadarnya. 3 kakak ipar dan seorang abang ipar pun hanya biasa-biasa. Hanyasanya ana yang berdiri di menara gading.
Justeru bila kakak hanya bekerja sebagai seorang ‘chef’ di salah sebuah pusat matrikulasi, Kedah juga mengambil tempahan dengan mengurusnya bersendirian, berbekalkan pengalaman berniaga di Langkawi dulu, kakak sering berpesan agar ana belajar bersungguh-sungguh.
Kakak tak mahu ana menerima nasib yang sama. Kakak malah semua abang selalu meletakkan ana sebagai qudwah di hadapan anak-anak buah. Tertekan juga tetapi ana tahu, harapan menggunung dari keluarga dek hanya seorang ini memula langkah di university.
Jadi ana harus faham. Kakak mahu ana jadi terbaik kerana di belakang ana banyak mata yang menilai!
Antum tahu, kakak ana sangat tabah. Ana masih ingat, bagaimana dia bangun pada jam 3.30 pagi untuk bersiap sedia kerana harus bergegas ke tempat kerja.
Bagaimana dia juga harus menyediakan kelengkapan anak-anak yang masih bersekolah. Mujur mak sudi membantu, kerana kami hanya tinggal bersebelahan.
Bagaimana juga dia harus bersabar ketika satu-satunya abang ipar kesayangan ana diserang strok. Sehingga sekarang, abang masih belum pulih sepenuhnya namun sudah banyak improvement. Ketika abang sakit, dia menangis mengadu pada ana. Kerana abang amat memanjakan kakak. Abang melayan kakak dengan layanan yang sangat baik.
Kebetulan ketika itu, dia sudah lama tidak memandu kerana trauma kesan kemalangan ketika ana di tingkatan 5. Namun bila abang sakit, kakak tidak berniat melarikan diri. Kakak kuat demi anak-anak yang 4 orang itu. Kakak masih kasihkan abang. Sungguhpun kini abang semakin pulih dan sudah mampu menguruskan kembali kedai sukan di stadium, namun kakak masih di sisi abang.
Ana juga ingat, bagaimana kasihnya kakak pada ana tika kami makan bersama. Kakak ambilkan lauk untuk ana. Kakak layan ana dahulu. Kemudian mengisi lauk di pinggan abang terus ke pinggan anak-anaknya. Kakak mengutamakan ana.
Ana masih ingat apabila kakak menghadiahkan sahabat ana, Izzatie dan Baya sepasang kain kurung setiap seorang. Ana bising. Ana persoalkan kenapa mereka, bukan ana. Kakak jawab, kerana ana adiknya. Harus dibawa ana untuk memilih sendiri. Ana diam.
Juga apabila kakak pujuk setiap kali ana berdegil dengan keputusan bapak. Kakak akan berusaha untuk mempositifkan ana bahawa setiap yang diputuskan bapak sungguhpun ana tidak suka, adalah tanda bapak sayang. Tentu sekali sebelum ana terpaksa redha, kakak akan cuba membantu ana, akan cuba backing sedaya mampu.
Dulu, sebelum abang ipar ana sakit, abang itulah yang akan menghantar ana ke mana-mana. Kerana abang-abang lain sangat sibuk. Itupun jika bapak juga ada urusan. Tetapi selepas abang sakit, kakak kembali memandu dan dia yang akan menghantar ana.
Dan antara benda yang terpahat di ingatan ialah ~ kakak membelikan 2 pasang jubah moden. Satunya untuk ana, satu lagi untuk dia, dengan pattern yang sama hanya beza warnanya! Cantik? Tentu sekali.
Dek kerana kakak yang tidak bersekolah agama dan mempunyai kehidupan yang agak sosial, maka analah penasihat utamanya. Sweet, kan..
Then, kakak always give me authority 2 advice even 2 scold her children. She always ask them 2 b like me, in term of my diligence. Bagi kakak, me is everything 4 her. She believe dat I’ll help her fis sarro’ wad dhorro’. Susah senang. Through thick and thin.
Ni buka part syirik ye.. u need 2 understand.
Well, sekarang kakak semakin berumur. Ana harap agar sempat berbudi pada kakak dan keluarganya. Sekarang pun, ana amat gembira bila ana mampu menjadi drivernya ke mana-mana. Ana seronok bila balik kampung, dapat tolong kakak uruskan anak-anaknya yang bersekolah. Seronok bila dapat minum kopi dan makan maggie sama-sama sambil berbual, berkongsi cerita.
Seronok sangat!
Cuma, kalau diingat kembali, macam x percaya juga. Masa ana kecil, kakak selalu mengusik. Kami selalu bergaduh. Mungkin kerana cemburu, lama benar dia menjadi satu-satunya anak perempuan mak bapak. Lantas kadangkala ana berkecil hati, merasakan dia membenci ana. Kebetulan, rupa kakak yang lebih cantik dari ana, ana kira.
Tapi bila dia meningkat dewasa, dia sudah pandai memujuk. Mengambil hati. Memimpin tangan ana. Dan ketika dia sudah mahu dikahwinkan, dia menangis, mungkin kerana kami terpaksa berpisah kerana abang akan membawanya melangkah ke fasa baru kehidupan.
Ana? Tentunya merasakan kehilangan. Marah juga kerana merasakan abang mencuri..merampas kakak dari ana. Dan…apabila dia sudah berpindah ke Langkawi, setiap hari minggu, bapak akan bawa ana melintasi laut. Rindu sehingga menangis.
Hakikat la kan. Yang benci, tak selamanya. Yang suka pun susah nak bertahan.
Terbukti chemistry antara kami, ketika ana menulis entry ini secara spontan, kakak menelefon ana. Bertanya khabar dan memberitahu..rakaman suara siswa ketika ana dijemput menjadi panelnya di UPSI kendalian RTM sedang ditayangkan. Dengan tajuk PENDIDIKAN NEGARA : KEBELAKANG @ KEHADAPAN.
Masih terfikir, hadiah apa mahu didedikasikan pada kakak untuk tahun ini. Kebetulan 3 hari lepas bertarikh 5 september, genap anak kedua kakak berusia 13 tahun. Satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya, yang mahu dilatih dengan harapan turut menjadi pemain bola sepak seperti bapa saudaranya yang juga abang ana, suatu masa dahulu.
Kakak mithali,
“Andainya alam ini mampu berkata-kata..pastilah pujian buat dirimu..sewaktu itu akulah yang bertuah..
Punya kekanda sepertimu..”
Dah panjang ni. Bukan nak jaja kisah bahawa kakak ana terbaik di dunia. Bukan nak riak. Tapi nak kongsi kebanggaan punya kakak yang bersikap begini.
Juga untuk sahabat kesayangan ana, Farahani yang genap usianya 25 tahun..upss, 23 tahun 3 hari lepas, ingatlah bahawa, “ Usia bukanlah bilangan waktu tetapi bilangan kesedaran ”. Kalam yang ana pegang, wasiat dari Asy-Syahid Sayyid Qutb. Terkejut farah dengan sebiji kek teddy bear di atas meja dan cantuman glow in d dark yang membentuk symbol ‘luv u ’ di dinding bilik. Sanah helwa, sadiqati al-mahbubah.
“Awan berarak ceria..tiada titis hujan..pohon melambai..tanda sokongan..
Di susuri perjalanan bertemankan senyuman..di hari lahirmu..sahabatku..
Dedaun berguguran..membuktikan kedewasaan..walau tanpa madah dan hadiah..
Namun cukup bagiku..sekadar ucapan..
SELAMAT HARI LAHIR..iringan doa ku utus..bersyukur kepada-Nya..atas nikmat usia..”
Dengan usia, kita kenal dunia. Dengan dunia, kita kecapi segala keinginan malah melebihi keperluan. Usia ni, nikmat kan. Namun sangat sedikit yang bersyukur.
Dan tentunya kita mahu memanfaatkan usia yang dihadiahkan ini sebaiknya demi menggali bekalan ke alam sana. .cepat berusaha untuk bersedia. Kita tidak mahu menjadi golongan seperti di ayat akhir suroh Al-Munafiqun yang minta dilambatkan kematian..kerana usia yang diberi tidak digunakan dengan terancang. Maka bila ajal mendatang, mulala minta penangguhan lantas memberi alasan yang berganda. Na’uzubillah.
Nantikan kematian series 2, kena sangat dengan tajuk berbicara mengenai usia.
Buat mereka yang menyayangi ana, ketahuilah bahawa ana juga menyayangi mereka. malah, ana sentiasa bersyukur dengan rezeki usia mereka yang dipanjangkan serta masih dianugerahi peluang bernafas dan ruang beramal..
kerana dengan mereka, ana rasa terhormat. kerana dengan mereka, ana rasa dihargai. kerana mereka, bagi ana..SESUATU YANG TERISTIMEWA..buat ana, dan hidup ana. ALLAHUMMA LAKA SAJADTU WA BIKA AAMANTU!
1 comments:
terharunya bila ada yg sudi memahatkan nama di entry blognya..huhu,terjiwang sebentar..;)
sahabat, thanks 4 everything!!!:)
Post a Comment