CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Apr 12, 2010

PENSIL


Salam sejahtera. Semoga setiap jiwa yang bersama ana ketika ini berada dalam kebahagiaan. Bahagia bersama si DIA, juga bersama keluarga dan sahabat-sahabat :-)

Ketika menulis, ana baru tamat menonton sebuah cerita melayu. Dan purposely ana bersegera mengupdate blog, demi perkongsian yang ana kira amat penting.

Memandangkan ana dalam tempoh cuti semester sekitar 2 minggu sebelum pulang menjenguk UIA di akhir semester [ insyaAllah ], ana mula melayan beberapa cerita yang sempat sahabat ana, Shahidat, copykan dalam external hardisk ana.

Sebuah filem arahan M.Subash, produksi Genius Parade, mempersembahkan sebuah karya berjudul PENSIL. Hairan ana, tak pernah dengar lansung nama produksi tersebut malah ana kira pengarah itu pun jarang dikenali. Tambahan ana tidak pernah terbaca sebarang promosi mengiklankan filem ini.

Rupa-rupanya, filem ini ditayangkan pada 12 Jun 2008. Owh, ana di Mesir ketika itu. Namun ana yakin, mereka yang berada di Malaysia juga tidak ramai yang menyedari kedatangan filem ini dalam industri seni.

Ana tidak di bayar sebarang upah oleh M.Subash demi promosi ini. Malah ana tidak pernah mengenali hati budinya, namun ana yakin, dia punya budi yang mulia, kerana hasil tangan dia sudah cukup menggambarkan keperibadiannya.

Filem yang simple. Idea menarik, dan ana jamin, antum tidak rugi menonton filem ini.

Air mata ana tidak sempat kering malah bercucuran dan terus mengalir. Menceritakan kehidupan Badrul, seorang yang dibenci dek berkulit hitam dan cacat.

Bukan sekadar dikeji sesetengah orang kampung, malah ibu tirinya juga merasakan dia sebagai beban dan pembawa sial.

Namun, Badrul yakin dan percaya kepada Allah. Solat ditunai, hati ibu dijaga. Malah, tidak duduk sahaja mengharap ibunya malah berusaha dengan kecacatan itu untuk menghadiahkan ibunya sepasang baju sempena Hari Ulangtahun Kelahiran serta perbelanjaan rumah.

Tetiba ana rasa malu pada Badrul, kerana ana ini insan yang sempurna fizikal. Diberikan ibu yang menyanyangi ana, kehidupan yang selesa. Berhalangan namun tidak sehebat Badrul, si cacat yang berkulit hitam manis itu.

Kenapa PENSIL?

Kerana Badrul dihadiahkan kemahiran melukis. Dan gemar membeli pensil berharga 30 sen.

Subhanallah, filem unik yang berbeza dari kebanyakan filem. Sungguh!

Ternyata filem yang sarat dengan mesej ini datang tepat untuk memuhasabah masyarakat sekarang yang memandang serong kepada mereka yang tidak sempurna sifatnya.

Ana yakin, antum juga tidak mampu menyeka air mata. ALHAMDULILLAH. amat bersyukur atas segala nikmat yang telah diberi Allah selama ini.

0 comments: