CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jun 19, 2010

Jip Tua Bapak

Terkesima ana beberapa hari lepas, apabila melihat iklan di tv, tentatif rancangan tv sepanjang minggu ini, bersempena hari bapa. Ouch, father's day?! Bila? Terlupa dek kesibukan berpencak di medan jihad ilmu.

Aah, ana x suka LUPA! tapi, dikatakan kalimah " manusia " itu berasal dari perkataan " nasia " yang bermakna " lupa " so sifat ini akan melazimi makhluk yang bernama " manusia ". Redha? Hm, perlu!

Tapi, adakah ianya benar2 bertarikh khusus? Jika ya, memang ana kecewa. Kerana kelambatan ana untuk mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada dia, yang selayaknya menyambut ucapan itu.

Namun jika tidak bertarikh tepat, maka ana masih punya peluang untuk menceriakan bapak dengan ucapan itu! Bahagianya! Yeay!

Ucap atau tidak, ingat atau tidak, d fact is everyday is father's day. Ya, mother's day as well. Teacher's day too! So, jangan berlagak taat dan baik cuma pada hari itu.

Soleh itu perlu, pada setiap ketika. Kasih, hormat dan mendoakan mereka yang terhebat dalam sejarah hidup, tentunya harus dilakukan setiap hari malah WAJIB!

Hm. ana tidak punya 2, 3 mahupun 4 bapak, dalam kehidupan ini. Kerana hanya dia, yang satu, Hj Mat Din bin Hussain merupakan bapak yang terpaksa mengerah tenaga membesarkan ana. Ya, bapak tiada pilihan. Bapak harus berbuat demikian apabila sudah mengikat janji dengan mak, perlu malah wajib mendidik 'anugerah' dan 'tanggunjawab' ini dari Allah!

Bapak, tegas dalam mendidik ana. Kata abang sulung, bapak sudah hilang 'taring'nya sejak kelahiran ana, 16 tahun selepas abang keempat mem'bongsu'. Namun, bagi ana yang baru 24 tahun mengenali bapak, berbanding abang-abang dan kakak yang telah mengenali insan ini sekitar 40 tahun, bapak masih 'berbisa!'

Masih ana ingat bagaimana bapak membuat kehidupan ana seperti dalam 'diarinya'. Menulis dengan mudah, maka men'decide' dengan lebih mudah untuk ana. Ya, kekadang ana memprotes namun ana ingat, bapak telah berbuat banyak jasa, ana hanya diam dan ikut.

Bapak tidak berharta, namun bapak mencukupkan segala keperluan mak, ana dan adik-beradik lain. Alhamdulillah, terima kasih bapak. Dan, bapak punya kecintaan yang luar biasa pada jip hijau tua yang menjadi kenderaan ana ke sekolah!

Ketika darjah 2, ana sangat berminat mengikuti rombongan sekolah ke Perak. Bapak pada asalnya membantah. Namun, lelehan air mata serta keterujaan ana berjaya melembutkan hati bapak. Esoknya ana tahu, bahawa bapak berjumpa guru kelas, membayar duit tiket mak. Maknanya mak terlibat dalam rombongan itu. Ah!!!

Masih ana ingat, bagaimana bapak menghalang ana berpidato gara-gara ana mendapat no 14 dalam peperiksaan penggal pertama ketika berusia 10 tahun. Sungguhpun ana harus mewakili sekolah ke peringkat seterusnya.

Cikgu datang memujuk bapak di rumah lantas menjamin, ana akan kembali ke track asal ~ top 10 dalam setiap exam. Bapak tidak cerewet jika dibandingkan dengan mak untuk ana melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum. Ana boleh join seberapa banyak pertandingan, kelab n aktiviti yang ana suka selagi mana prestasi akademik cemerlang.

Ana pernah ingat, bahawa duit kupang tidak pernah menjadi masalah dalam kehidupan ana masa lalu, khususnya sebelum bapak bersara dari kerja rasminya sebagai Penyelia Risda ketika ana darjah 5.

Apa sahaja yang ana mahu, ana minta, ana minat, cuma sebut dan bapak akan bagi duit dengan mudah.

Ana juga ingat bagaimana mewahnya ana ketika hari-hari 'nakal' ana di sekolah rendah. Dibekalkan ana nasi lemak lauk ayam serta sebotol air coca-cola kegemaran ana setiap hari sebelum ke sekolah. Bapak sudah menempahnya, cuma ambil dan masuk sekolah.

Mewahnya ana apabila duit poket ana yang dibawa berjumlah RM1.50 ke kelas pagi, dan RM1.50 ke kelas KAFA. Mewahnya ana apabila bapak juga membekalkan duit 'spare', RM1.50 di poket kanan beg sekolah dan RM1.50 dalam poket kiri.

Masih terngiang-ngiang hingga ke hari ini, dialog bapak bersama kakaknya [ ibu saudara ana ] : " kasut sekolah cik? bukan baru beli ka? ni beli lagi? " bapak lantas menjawab : " kasut dia koyak. beli baru la. boleh gilir dengan satu lagi, takut basah. dia ja sorang, bongsu, xdak sapa dah.."

Ana diam. Air mata? Pasti bergenang!

Juga masih teringat bagaimana ana tidak sebebas rakan-rakan mengikuti rombongan-rombongan anjuran sekolah, rendah mahupun menengah dek kerisauan terhadap keselamatan si bongsu ini. Natijahnya? Ana menangis dan bapak memujuk : " nanti kita p ramai-ramai dengan abang kak.."

Sebenarnya ana punya minat yang sama dengan bapak ~ menonton perlawanan bola sepak, di stadium mahupun di rumah, juga..menonton cerita P.Ramlee! Dan bapak memenuhi permintaan ana untuk merakamkan setiap cerita P.Ramlee yang ditayangkan di tv.

Terkenangkan juga kemarahan bapak ketika ana di Maktab Mahmud apabila prestasi akademik ana menurun dalam subjek KBSM terutamanya subjek matematik [ kerana bapak pernah mengajar matematik satu ketika dahulu! ] Namun kerana peningkatan ana yang mendadak dalam subjek silibus azhar membuatkan ana bertukar kelas dari 1 Itqan ( kelas terakhir ) ke 2 Ikhlas ( kelas pertama ) dan kekal di kelas pertama sehingga akhirnya, maka bapak sedikit reda dan gembira.

Bapak pernah bertikam lidah dengan seorang pegawai bank ketika ana di tingkatan 1. Alasan? Bapak berkeras mahu juga membuat kad giro Bank Simpanan Nasional untuk ana sungguhpun pegawai itu menyarankan untuk tidak berbuat demikian kerana ana cuma 13 tahun.

Kenapa ya? Bapak risau jika ana kekurangan duit, memerlukannya dengan kadar segera ketika di asrama Maktab Mahmid Alor Star, sedangkan bapak tidak sempat memandu kenderaan dari Pokok Sena! Jadi, mudahla untuk ana mengeluarkan duit, jika ana terdesak. Akur pegawai bank itu. Dun mess up with my father! Haha

Ketika di tingkatan 6, emak tidak mahu menempah baju sekolah baru, dengan sebab yakin ana akan menerima tawaran ke universiti tempatan lantas berpindah institusi, maka cadangan mak agar hanya menyarungkan baju lama tingkatan 5 untuk sementara. Namun ana yang berkeras mahu menduduki STAM dan terbang ke Mesir, memujuk bapak untuk membelikan baju baru. Konon-kononya nak semangat baru. Hihi

Antum tahu apa yang ana buat? Beli kain dengan duit yang bapak bagi secara senyap-senyap dan bagi pada mak. Apalagi yang hendak dileterkan mak, kain sudah dibeli, jadi mak harus menghantar kain itu untuk dibuat bajunya. (^_~)

Masih ingat jugak, bagaimana bapak menyusun kehidupan ana ketika berusia 18 tahun! Ketika itu, ana tiada pilihan, antara berulang dari rumah mahupun menetap di rumah sewa. Sungguhpun ana memegang lesen memandu motosikal pada awal usia 16 tahun namun bapak membantah permintaan ana untuk berulang dengan motosikal.

Senangnya, bapak memanjat pejabat syarikat bas, membayar sejumlah duit memenuhi total sebulan, n ana hanya naik bas itu tanpa perlu menyediakan syiling! Dan bapak akan renew kad bulanan itu seperti biasa. Bapak juga memaksa ana membawa handphone ke sekolah kerana mahu membuat panggilan demi memastikan turun naik bas dengan selamat :-) Ana yang ketika itu baru 'bersara' sebagai exco pengawas pastinya berkeras tidak mahu kerana bimbang ditangkap namun harus akur :-(

Namun, mak memahami keletihan ana yang harus keluar rumah jam 6.30 pagi dan sampai kembali sekitar jam 7 malam, kerana menghadiri kelas komputer di Alor Star, mak setuju jika ana tinggal di rumah sewa bersama teman-teman. Bapak yang pada asalnya membantah keras dengan alasan tiada warden dan perlu bersusah payah memasak sendiri, sejuk hati dan bersetuju apabila dipujuk mak, abang-abang dan kakak. Yess! Ana gembira.

Pun begitu, ana harus berhati-hati kerana bapak selalu datang mengejut untuk memastikan ana ada di rumah sewa tersebut. Masakan tidak, bapak risau jika ana sosial dan hidup tidak bersistem. Haha! Pernah satu malam, bapak hanya datang melawat ana, sekitar 15 minit dan pulang ke Pokok Sena. Huh, seram! Dan bagi memastikan ana benar-benar di rumah sewa, juga makanan terjaga, boleh dikatakan abang kakak kerap membawa ana keluar makan di luar. X de la merasa sangat dok umah sewa, sebenarnya..

Dan setiap hari khamis, jam 2 petang, bapak akan telefon dan cakap : " arini balik umah. satgi petang sapa-sapa p amik. " point penting : setiap minggu kena balik. Hihi. Dan bapak akan membekalkan barang mentah dapur untuk dimasak di rumah sewa. Bapak jugak minta kakak ipar ana buatkan karipap frozen ~ segera goreng jika lapar. Ok x? Kurangla kutipan tabung duit rumah sewa ketika itu.

Dan, hari ini, sungguhpun bagi sesetengah mereka yang seusia bapak, ana sudah dewasa namun bagi bapak ~ noni si bongsu tetap kecil.

Masih perlukan perhatian, kawalan dan pengawasan.

Tertekan? Ya, kadang-kadang namun apa yang lebih penting adalah, bapak buat semua ini untuk ana kerana kasih sayang, tanggungjawab, amanah, maka kenapa harus ana rajuk dan terus merajuk, kan?

Bapak membeli sebuah motosikal baru, ketika tahun pertama pengajian ana di UIA. Kesian, nak berjalan. Kesian nak bersesak-sesak dengan orang lain naik bas. Terima kasih bapak. Sungguhpun ketika itu abang melarang keras kerana sahabat-sahabat terdekat ana tidak berkenderaan peribadi, namun bapak mak nekad memudahkan perjalanan ana ke kelas.

Bapak tidak pernah mengizinkan ana untuk join konvoi kereta bersama sahabat-sahabat jika mahu pulang ke Kedah atau mahu kembali ke KL. Bapak hanya memberi pilihan ~ flight, keretapi @ bas. Tiada musafir dengan kereta, ke destinasi jauh melainkan dengan bapak @ abang-abang. Bapak akan membuat panggilan telefon setiap 30-45 minit jika ana dalam perjalanan dari KL ke Kedah. Betapa ana dilayan begitu.

Bapak hingga kini mengisi kredit telefon ana. Bapak hingga kini memegang tangan ana ketika melintas. Bapak hingga kini bercerita seperti ana kecil-kecil dahulu. Bapak hingga kini memandu jip hijau tuanya yang sudah tua itu.

Jip hijau tua yang sudah tua itu benar-benar berjasa membantu bapak menjalankan tanggungjawabnya terhadap ana, khususnya. Jip tua itu menghantar dan menjemput ana pulang dari sekolah. Jip tua itu masih sihat, di parking di hadapan rumah ana sekarang. Jip tua itu tidak mahu di jual sampai bila-bila!

Cuma, ana terkedu apabila abang ipar ana membuka cerita : " bapak nak juai jip bapak, nak beli keta kat cik.." beberapa bulan lepas.

Bapak, cukuplah..Ceq x mampu balas semua yang bapak buat untuk ceq.

Bapak, sudahlah..Ceq x mampu bayar balik semua kerugian yang bapak tanggung untuk menguntungkan ceq.

Bapak, ceq dah cukup selesa dengan apa yang ceq ada. ALHAMDULILLAH.

Bapak sayang, tapi jarang nak tunjuk. Mungkin ini cara seorang bapak yang penuh tegas mendidik.

Janganlah protes duhai si bongsu, bapak tahu apa yang dibuatnya. Bapak lebih awal makan garam. Bapak tahu anak perempuan susah hendak dijaga!

Hj. Mat Din bin Hussain,

anak ini mengkagumi caramu mendidik
anak ini mencintai caramu mencintai
anak ini merindui caramu menyayangi
anak ini menghargai segala yang diberi
anak ini mohon sangat usiamu dipanjangkan
anak ini mendoakan semoga semua yang didoakan dimaqbulkan
anak ini memohon agar Allah mengganjari syurga atas keikhlasan

anak ini..
anak ini..
anak ini..
benar-benar mengasihimu..BAPAK. I luv u!

Bapak akan menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke-68, pada tarikh 29 Jun ini. Apa ya hadiah yang paling ideal untuk diberi? Perlu difikirkan lagi.

Kehidupan ana, bolehlah diibaratkan seperti Miasara lakonan Liyana Jasmay dalam filem PAPADOM arahan Afdhlin Shauki.

Tapi, tidaklah seketat itu kawalan dan pengawasannya. Namun, ana bersyukur kerana punya bapak yang mengambil berat dan merancang kehidupan ana. Dan harapan ana, semoga rezeki ana murah sehingga berjaya mengekalkan jip hijau tua itu, tetap menjadi milik bapak.

Inilah bapak ana, yang terlalu istimewa..



Selamat Hari Bapa, bapak.

Juga buat abang-abang ana yang mengetuai keluarga mereka ~ alhamdulillah.

Mohd Noor, bapak yang tegas kepada 3 anaknya,
Mohd Radhi, abah yang penyayang kepada 4 amanahnya
Mohd Nazar, abah yang mendisiplinkan 3 jundinya

dan, Anuar Abd Rahman yang memenuhi semua permintaan 4 permata hatinya,

kalian d best fathers in da world!

4 comments:

Cik Cumi said...

Salam..

Sungguh menyentuh perasaan..

kalau bapak bca ni, mesti sedih dan terharu!!

Selamat Hari Bapa...

'atiqah said...

Salam.Rasa nak teriak je baca ni..teringat sangat2 kat abah..Hanya ALLAH saja yang dapat membalas jasa mereka

waniez said...

so sweet noni! ;) may Allah bless upon our daddies and grant them happiness, a blessed life here and hereafter.amiin.

me said...

tersentuh...kata2 yg indah utk seorg ayah....hargailah mereka selagi masih ada...:)

...juga nak minta izin nak copy entri `Ilmu yg bermanafaat'....tq...