CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jul 21, 2010

Diari Terbaru

Kembali ke Pokok Sena beberapa hari lepas, setelah beberapa hari merantau ke merata tempat. Ehem..

Hampir seminggu di KL, melawat sanak saudara bersama keluarga dari kampung. Apabila keluarga pulang, ana memanjangkan 'percutian' ke bumi yang menjadi pusat 'tumbesaran' ana di hari remaja, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Berjumpa teman-teman dan kebanyakkannya mereka adalah adik-adik, serta Adik Beradik Sepuluh ana [ AB 10 ] merupakan antara perkara teristimewa dalam diari hidup.

Kami punya gelaran berkeluarga, sebenarnya. Kami mula rapat setelah mengenali satu sama lain ketika sama-sama menjalankan tugas sebagai exco Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008 / 2009.

Along Sofiy, K.Long Mashitah, Angah Azwan @ Where, K.Ngah Zatil, Alang Kamarul, K.Lang Ummu Kulthum, Teh Mukhlis, Njang Zaim, Cu Firwan dan ana sendiri sebagai Cik Noni.

CUKUP UNTUK ANA KATAKAN BAHAWA MEREKA ISTIMEWA =)

Pun begitu, kami sudah punya 2 AB ipar, dengan kedatangan Husna yang telah mendapat gelaran K.Ling setelah menerima Along kami sebagai 'soulmate'nya serta Fatimah yang telah diakadkan dengan Njang kami. Kami bahagia dengan kebahagiaan mereka.

Bertemu mereka di UIA, makan-makan bersama, berkongsi ceritera serta beberapa aktiviti lain sekitarnya membuatkan kami semakin rapat. Itu sememangnya hakikat.

Setelah lelap ana tersinggah beberapa malam di bilik K.ngah Zatil kononnya atas urusan clearance namun tidak juga berjaya menyelesaikannya, ana kembali ke negeri kelahiran stelah didesak entah berapa kali dengan panggilan telefon mak bapak bertanyakan tarikh kepulangan. Menemani Zatil menghadiri Suara Siswa, memenuhi jemputan sebagai panel sedangkan ana sekadar teman di sisi sudah cukup untuk dirakam kemas dalam ingatan. Ada gambar kenangan, jom tengok =)


Antara teman-teman yang hadir memberi sokongan dan semangat untuk Zatil

Ana turut dijemput ke rumah sewa teman-teman haraki ana, di Sungai Cincin. Bersama mereka menggerakkan diri ke Usroh Nisa' Gombak, makan beramai-ramai serta berdiskusi ilmiah, ana hanya mampu sujud syukur kerana tiada lagi perkataan yang mampu menggambarkan keterujaan ana terhadap apa yang telah Allah hadiahkan! Hamdan Lillah.

Berat hati mahu melangkah pulang, namun apakan daya, sementara menjejakkan kaki semula ke Garden of Knowledge and Virtue November ini, negeri kelahiran tempat berbudi dan berbakti. Harus pulang segera.

Jumaat pagi itu, buat pertama kali ana ke Hentian Duta menaiki teksi dek tak mahu menyusahkan junior yang kerapkali menghantar dan menjemput ana di sana. Dalam teksi, pak cik yang ramah itu bercerita itu dan ini.

Pun begitu, ana ter'sangkut' pada beberapa peringatan yang diberi. Pak Cik berbicara soal jodoh, menceritakan pengalamannya yang pernah berjanji dengan seorang graduan Universiti Al-Azhar.

Namun, janji tak kesampaian. Cantiknya, pak cik membuat satu perumpamaan yang begitu menarik, " buah rambutan yang dah dalam mulut pun boleh jatuh ke tanah, apatah lagi buah rambutan yang belum dikupas. Orang yang dah berkahwin pun boleh bercerai.."

Terima kasih pak cik. Jodoh itu di tangan Tuhan, itu antara bait yang sentiasa dilontarkan awam. Mungkin belajar dari pengalaman pak cik mahu menasihati ana.

Isu ini sememangnya menjadi topik perbualan akhir-akhir ini. Kerana usia 24 tahun kah? Ha3. Tapi syarat yang harus dipatuhi, selagi mahu belajar, ana tidak boleh memberi komitmen terhadap baitul muslim, mungkin bapak mahu ana menumpukan kepada pengajian lantas bapak tidak mahu hati ana terusik, mak jugak tahu bahawa tidak elok untuk terus membiarkan hati dibuai perasan yang entah apa-apa selagi belum diakadkan, oleh sebab itu tiada siapa yang mahu menyebut bahawa sudah tiba masanya untuk ana ke gerbang walimah. Alhamdulillah, keep moving forward!

Semua nasihat ini disusun Allah secara berperingkat. Maka kesimpulannya belum tiba masanya untuk melibatkan diri dalam medan ini. Berundurlah dari terjatuh ke lubang bahaya.

Memohon 'cuti' dari mak untuk singgah di rumah abang di Padang Serai, Kulim, kedatangan disambut ceria oleh abang seisi keluarga. Bermalam selama 3 malam di Taman Serai Setia, ana juga belajar dari keadaan sekeliling.

Paling terkesima apabila mendengar Nabil meminta izin kak ipar ana untuk menggunakan blender. Dia mahu mencuba resipi ice blended. Berusia 11 tahun, Nabil matang memainkan peranannya sebagai anak sulung. Ana admire dengan kesopanannya serta adab yang ditunjukkan. Begitu juga tatkala Nabil, Najmi dan Nawal mahu beransur ke bilik tidur, disalamnya umi dan abah mereka dan memohon maaf.

Sempat juga meluangkan masa berjumpa kekasih hati yang telah sekian lama tidak ketemu, Nor Farahani Saad yang kini telah berkhidmat di KOMTAR sebagai Pegawai Tadbir Diplomat. Dibawanya melintasi ke seberang laut, menaiki feri. Teruja! Sebaik Myvi metaliknya dibenarkan turun dari feri gergasi itu, kami terus ke Medan Padang Kota, makan tengahari di sana terus...bercerita segala cerita!

Bukan sedikit wanita berkerjaya itu membelanjakan wang ringgitnya setelah hampir seharian bersama ana! Thanx dear =) Siti Nurbaya Ramli, jangan cemburu ya!

Isnin pagi, bergerak ke Sungai Petani, di jemput kakak terus di bawa ke Tanjung Dawai. Makan di sana dan..menaiki bot ke Pantai Merdeka! Hanya pergi dan balik di atas bot, namun itu sudah cukup buat ana merasakan ini kejutan terhebat yang pernah kakak ana hadiahkan! Sungguh gembira dan tidak terfikir kakak akan melayan keinginan ana. Sememangnya menyelusuri air yang membiru pada petang itu benar-benar mencarik perasaan ana mengingatkan kembali kenangan jalan-jalan ana di waktu senja 2 tahun lepas bersama beberapa teman.

Senja yang ana maksudkan berbumbungkan langit dan berlantaikan bumi di tanah Nabi Musa! Ketika itu teman-teman membawa ana menaiki bot menghirup udara segar di sekitar Sungai Nil! Merindui Mesir sesungguhnya!

Bermalam di Maktab Mahmud Merbok, menemani kakak di tempat kerjanya, ana berkesempatan menjejaki Ustazah Latifah, ustazah subjek Sorf ana ketika berada di tingkatan 4. Menjawab beberapa persoalan juga mengutarakan beberapa pertanyaan, ana rasa lengkap apabila ustazah yang pernah menghadiahi ana sepasang telekung memeluk dan mengucapkan kata-kata semangat untuk terus belajar!

Lengkap dengan kasih sayang dan doa ustazah. Terima kasih ustazah.

Lebih memeranjatkan, ustazah bertanya, " noni bila nak menulis buku? tulislah buku motivasi ka, apa-apa la, kamu kan pandai menulis.. "

Terdetik dalam hati, " bila pulak ustazah kenai dengan menulis ni? " namun, demi menghormati harapan serta DOA ustazah, soalan ustazah tadi dijawab dengan jawapan standard seorang MUSLIM, " insyaAllah ustazah, nanti noni tulis, kalau ada bakat dan rezeki. sekarang buat blog dulu. ustazah doakan noni.."

Ustazah membalas : " ok takpa. lani bagi talk dulu. nanti ustazah panggil bagi motivasi sikit kat adik2 sini na.. "

Haruskan ana menolak? Kepercayaan tidak harus dipersiakan. Suatu hari pasti doa dan harapan ustazah akan cuba noni buktikan. Ameen.

Beberapa hari 'keluar' kampung, ana tahu bahawa Allah sedang membahagiakan ana sebagai galang ganti atas kesedihan dan kemalangan. Ana juga sedar Allah sedang mentarbiyah ana dengan pelbagai metod bersama kepelbagaian situasi.

Bertapak kembali ke rumah ayahbonda, ana pasti gembira melayan keletah anak-anak saudara yang sentiasa mencemaskan keadaan!

Menghitung hari menanti Ramadhan menjengah, ana kini mengisi masa menelaah kitab Tafseer Al-Muneer karangan Dr.Wahbah Az-Zuhaili sebagai persediaan awal melanjutkan pengajian dalam bidang Al-Quran November nanti!

Sungguh tidak sabar!

Juga buku-buku lain sebagai bahan bacaan kerana amat merindui diri yang dulunya sibuk memburu pahala di majlis perhimpunan malaikat!

Doakan ana istiqamah sebagai penuntut ilmu ya, sehingga bertemu lagi, salam kasih buat kalian teman pembaca =)

Diari Terbaru Noni Si Ceria,
Pokok Sena.

0 comments: