Salam.
Menulis dalam keadaan yang tidak dirancang. All of a sudden! Hehe.
Sedang melayan kerenah sistem pre-registration subjek untuk sem 1 nanti yang meloyakan. Sangat meloyakan. dan..menyakitkan jiwa raga!
Asyik x boleh log in ja. Apa cerita? Broadband kot, bukannya guna wireless uia pun. Sistem sangat berkura-kura, tidak berarnab mahupun beratlit lumba lari. [ rosak bahasa! ]
Okeh. Sekarang sangat busy di tambah pulak sedang berjinak-jinak dengan dunia terjemahan. Alhamdulillah, rezeki! Di tawarkan menjadi part-time translator di salah sebuah institut, sangat memeranjatkan & mengujakan! Pasti!
Tidak mengejar upah, yang penting dapat belajar banyak benda baru. Bukan sekadar skill menterjemah malah dapat vocab & pengalaman! Alhamdulillah, bahagia untuk ini ;)
Setakat ni, dah translate 2 kali. Susah tapi best. Doakan ana ya! Mak bapak yang x bagi ana kerja sambil study pun ok dengan job ni. Sebab duduk kat bilik je, translate & send balik via emel. Lagipun penting untuk belajar cara menterjemah, kan?
Ok2. Nak stop dulu. Maaf membebel pulak kat sini. Ini dulu untuk sekarang, insyaAllah jumpa lagi..;)
Mar 6, 2011
Posted by Nony Imtiyaz at Sunday, March 06, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment