Salam. Semoga Allah mengampuni dosa ana, dosa ibu bapa ana, dosa ahli keluarga ana, seluruh guru & sahabat2 ana.
Ya, semoga pagi jumaat ini membersihkan segalanya. Ameen.
Tidak berkesempatan juga menulis panjang kali ini. Namun semangat ini ada apabila kerap saja ada yang menyindir2 ana dengan sinis betapa berdebunya blog ini! Tidaak!
Bahagianya ~ itu tandanya mereka selalu menziarah blog ana. Upss, TERIMA KASIH ya ;)
Ya, pasti kali ini ana hanya akan memberitahu kalian jadual final exam ana. Untuk apa? Untuk memohon jasa baik kalian mendoakan kecemerlangan ana.
Malah JAUH dari itu ~ semoga doa kalian terhadap ana : SEMOGA DIA MAMPU BERAMAL DENGAN ILMUNYA & MEMANFAATKAN UMMAH. Ameen! Bukan gred @ pointer ye Noni untuk dikejar!
Ok. Before schedule, nak tunjuk ni dulu :
Bah ~ ana ~ Tie
Gambar terbaru kami, selepas 6 bulan x bersama. Betapa SAHABAT itu ibarat penjual minyak wangi!
Sahabat ana, Nurul Izzatie baru saja menjejak kaki dari bumi indah Syria. [ oh rindu Mesir jugak! ] Jadi kedatangannya ke UIA benar2 mengujakan dan, yup, it was a memorable moment when we juz slept at 4am after getting some chats and updating the stories! Hehe.
Aribah ~ special dedication utk jiran ana yang baik hati & penyayang ini. " I LOVE U ". hehe
Rindu mereka ini jugak! :-(
Farahani ~ Baya ~ ana [ celebration of my 23rd birthday at Burger King, hehe ]
How I MISS U BOTH, tau x! :-(
Okeh. Memang emo sikit bila keja banyak ni. Tambah2 dah nak exam. Mula la nak down, tension, demotivated, mcam2 la. Huhu
28 MAC : QADHAYA FI AL-IJTIHAD WA AL-IFTA' / STUDIES OF PERSONAL REASONING AND FATWA
6 APRIL : TEXTUAL STUDIES FROM THE BOOKS OF TAFSER
8 APRIL : ISLAMIC CRITICAL THINKING
12 APRIL : MUSLIMS SCHOLARSHIP IN COMPARATIVE RELIGION
Semua exam pagi, jam 9. Minta tolong boleh? Tolong DOAKAN noni!
Sangat banyak benda nak share tapi x sempatla. Menulis untuk menghilangkan kemengantukan yang maha dasyat. Huhu.
Sedang membaca buku Izhar Al-Haq [ Truth Revealed ] karangan Sheikh Rahmatullah Al-Hindi, preparing for my last presentation in Comparative Religion's subject. Akan present tajuk Trinity. I love but its too hard. Positif noni!
Okeh. Tata dulu eh. Maafkan semuanya, hope to see u again, guys! ;)
Salam.
Mar 24, 2011
Update!
Posted by Nony Imtiyaz at Thursday, March 24, 2011 2 comments
Mar 6, 2011
Salam.
Menulis dalam keadaan yang tidak dirancang. All of a sudden! Hehe.
Sedang melayan kerenah sistem pre-registration subjek untuk sem 1 nanti yang meloyakan. Sangat meloyakan. dan..menyakitkan jiwa raga!
Asyik x boleh log in ja. Apa cerita? Broadband kot, bukannya guna wireless uia pun. Sistem sangat berkura-kura, tidak berarnab mahupun beratlit lumba lari. [ rosak bahasa! ]
Okeh. Sekarang sangat busy di tambah pulak sedang berjinak-jinak dengan dunia terjemahan. Alhamdulillah, rezeki! Di tawarkan menjadi part-time translator di salah sebuah institut, sangat memeranjatkan & mengujakan! Pasti!
Tidak mengejar upah, yang penting dapat belajar banyak benda baru. Bukan sekadar skill menterjemah malah dapat vocab & pengalaman! Alhamdulillah, bahagia untuk ini ;)
Setakat ni, dah translate 2 kali. Susah tapi best. Doakan ana ya! Mak bapak yang x bagi ana kerja sambil study pun ok dengan job ni. Sebab duduk kat bilik je, translate & send balik via emel. Lagipun penting untuk belajar cara menterjemah, kan?
Ok2. Nak stop dulu. Maaf membebel pulak kat sini. Ini dulu untuk sekarang, insyaAllah jumpa lagi..;)
Posted by Nony Imtiyaz at Sunday, March 06, 2011 0 comments