CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

May 31, 2012

.J.O.D.O.H.


Bismillah.

Hari ini, hati ini terjentik untuk menulis sesuatu yang berkenaan dengan hati. Perasaan. Kehidupan 'beramai-ramai' untuk jangka masa yang panjang. Kehidupan yang tidak boleh lagi bersikap penting diri.

Kehidupan bersama, yang dengan 'dia' ana akan berpimpin tangan ke syurga, atau menghitung langkah ke neraka.
Kehidupan yang segalanya menjawab tentang jodoh.


Sesungguhnya, ana tidak suka berbicara tentang ini secara terbuka.
Ia terlalu rahsia.
Malah ia sangat sulit.
Malu juga ada.
Maka sebenarnya ana mengharapkan, tiada yang membaca tulisan ana kali ini!

Ana cuba menulis dengan penuh kesedaran, kewarasan, tanpa imaginasi yang haram, tanpa khayalan yang menambah dosa. Ana cuma mahu menulis, berkongsi sesuatu, bercerita dan mungkin jika ada yang membaca, ana berlapang dada untuk menerima sebarang teguran dan kritikan. Ana cuba berdiri secara matang dan realistik.

Kerana, ana menulis dari kaca mata & pengalaman. Manusia, sana sini penuh cacat cela. Buruk jahat merata-rata.

Telah ada teman yang sedikit sinis berkata, " u ni mesti nak cari yang famous kan? Yang glamour. Yang di kenali ramai "

Dan ada juga teman yang melemparkan soalan, " u ni nak cari calon yang dah ada title 'Dr.' ka? Ka nak yang tengah sambung PhD? "

Tak kurang juga yang terus menghentam, " nt ni nak cari husband yang perform akademik ja. Nt ingat semua yang perform akademik tu, akan perform jugak ke dalam kehidupan? Mentang-mentang nt perform, nak pun yang perform. "

Dan ada juga yang tidak segan silu menghantar mesej di kotak facebook mahupun terus ke henfon, bertanya tentang 'status' dan sebagainya. Bagaimana ciri lelaki idaman dan bagai.

Ohh. Kenapa wujudnya manusia yang sebegini rupa?

Rupanya, apabila kita mula menolak yang itu, yang ini, yang di sana dan di sini, bukannya mereka datang, menepuk bahu dan berkata, " Tidak mengapa. Jodoh adalah rahsia ALLAH. Makhluq yang misteri dan ajaib. Semoga ini keputusan yang terbaik. "

Bukan juga mahu datang sambil berkata, " Tidak mengapa. Saya yakin kamu menolak dengan baik, dengan alasan yang baik. Saya yakin dengan istikharah kamu. Semoga kamu dalam kasih sayang ALLAH "

atau mungkin, pujukan, kata semangat dan sokongan yang beginilah sepatutnya.

Tetapi apabila ana mula membuat keputusan yang negatif, menuju mana-mana muslimin yang ada kaitan dengan mana-mana teman, kata nista, sinis malah ada yang emosinya lebih over dari ana.

KENAPA?

Tidak kurang juga, apabila yang di tolak tidak dapat menerima keputusan dengan matang. Tidak mampu menjadi seimbang. ALLAH. Bunga dalam taman bukan sekuntum. Malah kuntuman di luar sana lebih banyak yang lebih segar dan menyerlah cantiknya !

Ana sejujurnya, tidak banyak membaca penulisan berkenaan jodoh, bayt muslim dan seumpamanya. Ana rasa, selagi belum dekat 'masanya', selagi itu ana tidak perlu membaca. Masih banyak benda yang harus ana baca, berikan perhatian dan fokus, fikirkan & letakkan prioriti. Kerana ana tidak pernah meletakkan target dalam soal ini, berbanding target khusus dalam akademik.

Tetapi kebelakangan ini ana mula menitikberatkan soal ini.
Ia adalah kerana, nyanyian abang kakak mula berkumandang, " setamat MASter, MASkahwin dahulu ! baru sambung PhD ! "
Dan ana sebenarnya agak stress memikirkan soal ini.

Bak kata seorang teman ana, " marriage is only a part from sooo many parts of life. " Ana sedang cuba menterjemahkan dalam bahasa ibunda kerana bait asal adalah dalam bahasa arab. Hentamla kalau salah pun.

Kembali kepada sinisan sahabat handai yang pernah menghujani ana dan masih, sebenarnya, beginilah ana katakan.

Kadang-kadang orang di luar lebih 'pandai' menilai kita, dari kita yang sebenar.
Ana tidak pernah meletakkan kriteria yang segila itu untuk mencari 'dia'.

Tidak perlulah yang di kenali ramai.
Tidak semestinya juga yang sudah ada 'Dr.'.
Tidak semestinya juga yang sedang berPhD.
Tidak seharusnya juga yang superb punya score sampai 3.8 dalam akademik.

Sebab berapa ramai yang glemer dengan baik, macho tetapi sebenarnya hipokrit.
Ramai jugak yang sudah ada Dr., tetapi timbul di dada akhbar, punya masalah akhlak dan etika.
Juga yang sedang berPhD, tetapi punya masalah & krisis yang berjuta.
Ada juga yang score tinggi menggunung tetapi hanya fokus akademik tetapi melupakan ummah.

Dan jangan cuba menilai, yang memilih itu sedang menanti orang kaya datang.
Atau mungkin menunggu orang hensem datang.

Kaya, hensem itu semuanya BONUS hanya jika benda asas kepada seorang muslim soleh ( juga boleh di aplikasi kepada muslimah solehah ) sudah lengkap.

Dan benda asas itu banyak.
Dan ia well known.
Tidak perlu di gariskan.

Jodoh, bukan hanya mencari seorang muslim untuk di jadikan seorang zauj.
Tetapi skop yang ana kira, membuatkan pertimbangan seorang muslimah lebih lama, memerlukan lebih masa,
adalah,
ia juga melibatkan proses mencari seorang baba kepada banin banat yang bakal di corakkan bersama-sama :)


Ia tanggungjawab. Ia adalah amanah.

Tanggungjawab dan amanah untuk MENJADI seorang muslimah yang solehah.
dan,
Tanggungjawab dan amanah untuk MENCARI seorang muslim yang soleh.
terus,
Tanggungjawab dan amanah untuk mematangkan sebuah institusi MEMBENTUK solehah soleh yang bakal lahir.

Ana cuba memudahkan & mengecilkan kriteria yang sangat ramai tolong buatkan ianya jadi susah & nampak besar.

Simple.

Yang mahu tolong pakaikan stokin apabila zaujah rasa malas nak pakai.
Yang remind zaujah, tak bagus marah-marah bila dia naik angin.
Yang mahu pujuk zaujah solat berjemaah bila rasa berat.
Yang tolong lipat baju bila zaujah dah basuh dan sidai.
Yang mahu sama-sama buat tazkirah subuh.
Yang sama-sama nak berpuasa sunat.
Yang macam-macam la lagi.

Simple.
Simple.
Simple.

Banyak benda simple. Yang ini, tak pulak nak nampak.
Yang tolong letakkan kriteria entah apa-apa untuk ana, terlalu over la ana rasa.
Haha

Kadang-kadang, percayalah bahawa, kita tidak perlu meletakkan apa-apa kriteria pun !


When the right person comes, he will come with his full package, in his outlook. Dia datang dalam keadaan yang cukup. Just nice. Tak lebih dan tak kurang. Itu yang mahalnya.

Mana ada manusia yang perfect, kan. Tapi, dia cuba membuat kita rasa perfect. Dan kita mampu cuba untuk memperfectkan keadaan juga. Ana rasa begitulah.



So, ana tak rasa dengan meletakkan kita sooo demanding, so high taste, so and so, akan memudahkan kehidupan ke hadapan. But then, it will brings us to so many chaos. Itu pandangan. Sebab demand banyak, so akan expect banyak. Sakit kalau jatuh dari tempat tinggi ! :(

Dan yang penting, bagaimana ana harus menyantuni segala cabaran & kedatangan semua ini dengan layanan Istikharah.

Saat ana getir berhadapan dengan segala macam ujian ini, seorang sahabat baik ana menghadiahkan ana sebuah buku berkenaan Istikharah.


Dan ana mula membacanya dengan fokus dan teratur.

[ Istikharah bukan hanya untuk urusan berkaitan jodoh. Itu semua harus tahu ! ]

Istikharah, semampu yang ana katakan, adalah pasakan kita dengan ALLAH. Solat, berdoa, mohon ALLAH tunjukan 'dia' yang tepat. Siapa yang baik untuk di terima. Tetapi tidak bermakna yang di tolak, tidak baik. Tetapi mungkin, tidak sesuai.

Warna hijau, contonhnya, cantik dan menarik. Cuma sangat tidak sesuai untuk di padankan dengan warna ungu. Analogi, sekadar.
Ia tidak bermakna ungu tidak cantik, tetapi kerana apabila digandingkan dengan hijau, ia nampak kelat. Nampak pahit. Rosak. Tidak sesuai ! Maka, hijau lebih sesuai dengan kuning, dan ungu akan nampak lebih menarik apabila digabungkan dengan warna pink ( wallahua'lam ) !

Dan, begitulah. ALLAH is the ALL-KNOWLEDGEABLE. ALL-WISE. Pemilik segala kebijaksanaan. Segala Kepandaian. Mana mungkin ALLAH mengatur sesuatu untuk kerosakan, bukan kah begitu?


Maka, jika ALLAH Maha Tahu, dan kita realize benda tu, jadi, ana harus bertanya ALLAH :)

Dan, sebagai yang masih kurang makan garam dalam dunia ni, ana juga harus ada usaha Istisyarah, iaitu ber'mesyuarat' dengan keluarga dan mereka yang 'patut'. Ini ana klasifikasikan sebagai pasakan ana kepada orang sekeliling.

Berbincang. Berdiskusi. Bertanya.
Kerana tidak rugi langsung kalau menghimpunkan idea dari banyak minda ! :)
Ramai penunjuk jalan adalah bagus, kerana tersesat adalah lebih berisiko!

Begitulah sedikit sebanyak yang mahu ana sisipkan hari ini.

Ana tidak mahu membuat konklusi dari apa yang telah ana nukilkan.
Cuma, ana rasa,

THE RIGHT PERSON WILL COMES
WITH THE RIGHT PURPOSE
AT THE RIGHT TIME
IN THE RIGHT WAY

to

THE RIGHT ONE (^_^)


Ana harap ana tak jiwang karat.
Ana harap ana tak berimaginasi melampaui batas.
Ana juga harap ana tak berkhayal yang bukan-bukan.

Ana cuma menulis, kerana ana suka menulis.

Lastly, ini ..... ! Jom strive to be a good muslimah :) and finally, insyaALLAH we deserve to be with a good muslim. Dari dunia, SAMPAI SYURGA, itu matlamat penting. Itu matlamat paling penting !


Ketemu lagi, salam jumaat !
1 Jun 2012 / 4.45 am
MAHALLAH RUQAYYAH


2 comments:

Packy @ Mawar Merah said...

Salam....
Terpanggil untuk baca N3 ni sebab tajuknya. A very well said N3. I've been there, done that and still alone with so many Q to answer and so many gossip to hear...

Doakan adik jumpa yang terbaik bukan hanya di mata kita, tapi di mata Allah. Insyallah!

Mynor said...

Good luck with your journey... InsyaAllah you'll find the right one.. most importantly just do the right thing, as right path will leads you to the right end.. caiyok2!! ;)