Menulis di pagi hari 9 Ramadhan sememangnya merasai kedinginan udara. Bagaimanapun rasanya lebih dingin perasaan ana untuk menukilkan sesuatu yang tepat dengan tajuk di atas.
Mengenalinya sebagai seorang teman biasa dalam Badan Pengawas Dan Tatatertib Maktab Mahmud Puteri ketika berada di tingkatan 3, 9 tahun lepas merupakan satu titik tolak menukar status kami sebagai sahabat malah mungkin lebih dari itu.
Ketika sama-sama di lantik, ana tidak berminat mengenalinya dengan lebih dekat. Maklumlah, kami berasingan kelas dan masing-masing ada 'geng' tersendiri.
Kebetulan ana tidak berminat menyertai Badan Dakwah dan Kebajikan di mana ketika itu dia antara orang kuat BDK sungguhpun ana diletakkan di bawah 'usroh unit' [ usroh yang dikira sebagai persediaan untuk menjadi naqibah usroh adik-adik ]. Ana lebih selesa menjadi ahli BDK disamping menjawat beberapa jawatan penting dalam kelab-kelab lain.
Kerana, minat dan kecenderungan kami berbeza. Karakter berbeza. Lantas ana tidak pernah punya cita-cita untuk mendampingi seseorang yang sedemikian rupa.
Ya, benar. Allah lebih tahu apa yang kita perlu dari apa yang kita hendak. Setahun kemudian, kami sama-sama diberikan taklifan yang memerlukan kerjasama yang erat antara kami selain diletakkan sekelas, kami mula mencari titik pertemuan untuk mewujudkan persefahaman.
Ana seorang yang tegas dan keras tidak mungkin mengalah. Dia yang lembut dan penuh berhemah menggunakan pelbagai cara untuk mendekati ana. Dan yang paling mengingatkan ana, pasti ada saja surat yang dilayangkan dengan pengisian tazkirah dan gelaran.." dari Motty untuk Monny.." hampir setiap hari. Aneh bukan?
Terima kasih Nurul Izzatie Aziz, kental sungguh jiwamu sebagai seorang da'ie.
Ketika di tingkatan 5, ana sekali lagi ditaklifkan memegang antara jawatan tertinggi selain dia sebagai ketua. Dalam masa yang sama, ana sebagai Pengerusi Badan Kebudayaan dan Kesenian Puteri berminat untuk mewujudkan kerjasama dengan BPTMM demi menjayakan konsert amal. Saban hari, kami harus bersama demi menjalankan taklifan yang ana kira, bukan calang-calang.
Dan mungkin dengan segala pahit manis bekerja dalam satu lapangan membuatkan ukhwah kami benar-benar terikat.
Siapa dia sebenarnya?
I juz feeling like uploading d pictures...
Gambar ini diambil ketika menghadiri usroh anak negeri [ kebetulan kami berdua berbaju ungu =) ]
Ketika kami bertiga sama-sama meluangkan masa ke PWTC, Pesta Buku Antarabangsa
Bersama beberapa lagi sahabat dalam Majlis Wada' KAMI [ dianjur khas buat sahabat-sahabat yang bakal grad pada November 2009 ]
Masih ingat ketika dia tetap meniupkan kata semangat, serta memberi sepenuh kepercayaan ketika ana menghadapi beberapa kegetiran semasa menjalankan taklifan dalam masa yang sama terlibat dengan pertandingan - pertandingan untuk mewakili sekolah.
Ya, dia bersama ketika ana dalam kegentingan. Kesusahan. Tangisan apatah lagi kegembiraan.
Ditaqdirkan, Allah memberi lorong yang sama untuk ke menara gading. Bakal menyarungkan jubah hijau di majlis konvokesyen UIAM 3 Oktober ini, insyaAllah, kami ditawarkan jurusan yang sama 6 tahun lalu.
Alhamdulillah, dalam episod Kisah Kasih kami, sebenarnya kami tidak berdua malah bertiga.
Rabi'atul Aribah Mohd Isa, kami berdua mencintai kamu juga!
Gambar ketika sama-sama bekerja untuk Alumni SPM 03 MM [ aribah, izzatie n ana ]
Ini plak gambar ketika mereka bertandang ke rumah ana, raya 2007.
Bukan sekadar kami bertiga mengenali sesama sendiri malah keluarga kami turut mencintai kami masing-masing seperti ahli keluarga sendiri.
Untung benar ya punya kekasih hati begini!
Jika mahu bercerita segalanya tentula kisah kasih kami ini tidak mampu ditulis hanya dalam sehari. Pun begitu suka untuk ana kongsikan betapa Izzatie dan Aribah sememangnya menjadi kekasih yang benar-benar membantu.
Kami tidak mampu duduk diam jika tidak berhubung daam sehari bahkan dalam sehari tidak mampu diingati berapa kali kami berbalas sms!
Namun, ramai juga yang mengutarakan soalan, bagaimana kami mampu bertahan sebagai sahabat kerana kebiasaannya kami tidak sekepala dalam gerak kerja! Kami sukar mencari titik persefahaman dalam idea dan cadangan. Kami tidak sebulu dalam kebanyakan perkara.
Terutamanya ana dengan Izzatie! Antara isu terbesar yang pernah membuatkan kami dicabang perdebatan adalah isu Pilihanraya Kampus UIAM 2010. Sebagai mantan, ana merasai sedikit sebanyak kesusahan serta putus asa dengan janji manusia. Oleh itu ana enggan untuk mempertaruhkan adik-adik ana demi memenangi peperangan politik kampus itu.
Ana tidak tampil berhujah atas kepentingan diri malah ana turut disokong oleh ramai teman yang mahu 'kami' berundur seketika demi merancang strategi untuk tahun seterusnya.
Namun ternyata gagasan idea kami tidak cukup matang untuk disokong oleh keseluruhan teman. Antara yang tidak bersetuju ialah..Izzatie.
Itu hanya contoh. Banyak lagi yang buat ana selalu berdebat dengannya! Tetapi, siapa pun pemenangnya, kami tetap akan pastikan sekurang-kurangnya makan malam kami bertiga semeja setiap hari! =)
Istimewa bukan?
Dan, setiap keperluan akan kami perolehi sama rata sungguhpun bukan dalam masa yang sama. Sebagai contoh, di awal pengajian ana di UIA Gombak, bapak terus menghadiahi ana sebuah motosikal bagi memudahkan perjalanan ana ke kelas.
Bukanlah ana ini berketurunan berada, namun sebagai anak bongsu, keperluan ana dicukupkan alhamdulillah. Tidak lama kemudian, Aribah yang mesranya disapa Bah pula mendapat sebuah motosikal.
Hampir setahun kemudian pula Izzatie dihadiahkan ayahnya sebuah motosikal baru.
Juga komputer riba yang telah ana dapat ketika di tahun kedua pusat matrikulasi UIA. Ketika laptop itu telah meningkat usianya, Bah pula dibelikan laptop oleh abangnya, dan selepas beberapa lama menanti dengan penuh sabar, Tie juga diberikan sebuah laptop oleh ayahnya!
Dari sini, Bah cuba menulis sebuah sifir mudah. Formula setiap perkiraan, adalah : ANA AKAN MENGETUAI SETIAP PERKARA. [ baca : mendapat setiap benda ]. Ibaratnya, ana memegang turn no 1, Bah mengikuti seterusnya dengan no 2 dan Tie akan menjadi penutup kepada setiap benda yang diperolehi kami berdua.
Lantas dari sifir ini, Bah n Tie turut membuat teori bahawa ana akan ke jinjang pelamin dahulu. Tentunya ana mahu mengalah dan ana katakan, dalam soal ini, turn itu mesti di baca dari no belakang!
Tie, Bah n Noni ~ Kita nak sambut di Dewan Besar Maktab Mahmud kan?
Dan..dari sifir ini juga, permusafiran ana ke Mesir 2 tahun lepas diikuti ibadah umrah Bah di Haramain dan kini..sungguhpun telah lama menanti..
kekasih kami pula telah bermusafir ke Syria sebagai khadimul 'ilm!
Rabbi, sememangnya Jannah-Mu itu benar, setiap janji-Mu benar dan kami yakin dengan segala perancangan-Mu!
14 Ogos 2010, berangkatlah sahabat kami ke bumi anbiya' itu. Sungguh, sedih itu ada. Rindu itu ada. Risau, gembira semuanya ada, namun apa yang lebih penting, SAHABAT KAMI BERBANGGA DENGANMU!
Merantau mencari ilmu. Belajar berdikari. Terus kenangan 6 bulan ana hidup sebagai seorang pendatang baru di Mesir dahulu mengimbau kembali.
Di sini juga, mahu ana coretkan sesuatu. Tie minta ana berikan satu wasiat bertulis sebelum bergerak meninggalkan bumi Malaysia, namun sengaja ana melambatkan permintaan itu.
Tie, hari ini ana memenuhi permintaan nt. Walaupun bukan sebagai bacaan peribadi nt, namun ana mahu nt terus berdiri dengan wasiat yang nt pinta. Ana pasti ini bukanlah wasiat seperti yang nt harapkan. Tapi sedayanya ana menulis dengan sebuah harapan, ianya bemanfaat untuk nt, ana dan Bah.
Tie,
Cukuplah dengan segala cerita dari pengalaman ana sebagai sebuah peringatan untuk nt. Bertunjangkan keikhlasan untuk menimba ilmu demi pengislahan kepada amalan, ana yakin semua hadaf kita boleh tercapai. Biiznillah.
Jangan malu bercakap dalam Bahasa Syurga ~ kebanggaan kita. Malu dalam belajar itu salah, bukan? Bonus besar jika mempraktikkan muhadathah dalam bi'ahnya.
Manfaatkan masa untuk belajar dan terus belajar. Jika dengan berjalan seorang diri [ selagi aman dari bahaya ] lebih memberi peluang untuk menggilap potensi, kenapa tidak, bukan?
Jangan menangis kerana jauh dari keluarga kerana..ALLAH menemani kita di mana-mana!
Teruskan perjuangan nt. Ana n Bah nantikan kepulangan nt dengan harapan : KITA AKAN TERUS BERLUMBA UNTUK MENGUASAI BAHASA SYURGA DAN MEMAHAMI AL-QURAN.
Semoga musafirmu, kekasih hati kami berdua, dalam perlindungan dan keberkatan Allah. Janji kita ~ BERCINTA SAMPAI KE SYURGA.
Aug 11, 2010
MUSAFIR SEORANG KEKASIH
Posted by Nony Imtiyaz at Wednesday, August 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Allahu Akbar..
Ukhwah hingga ke syurga insyaAllah..
sangat teringin punya sahabat sejati..
Slm'alaiki,
Nony sihat? lm x tny khabar. subhanallah, sgt terharu ats cerita Nony, kisah cinta 3 shbt, smg terus berkekalan dan mendpt rahmat Allah.
Antunna mmg istimewa, km semua dpt merasainya, Nony dgn cr Nony, Tie n Bah dgn cr tersendiri dan ana akui semua shbt kita mmg selesa bershbt dgn antunna :)
Wpun semua maklum dgn keakraban 3 org shbt baik ni, antunna tetap melayan km dgn baik skali, seolah2 km juga shbt baik antunna, syukran kathir..
smg permusafiran Tie diberkati n dipermudahkan-Nya..
Nony, jika tiada aral, bakal ikut jejak langkah Nony Nov ni..tmn ilmu&budi menjd pilihan utk pengajian Sarjana ana, doakan ;)
xtau pn zatie g sn smbg blj...huhu...korg mmg cam belangkas...hehe...
shbt baik x smstnya punya 1 fikrah yg sama..yg berbeza itulah merapatkan lagi ukhuwwah persahabatan...korg mmg superb!=)
sangat terharu! Ukhwah itu amat indah jika pertemuan dan perpisahan keranaNya
like!!!
Post a Comment