CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

May 24, 2010

الزيارة الميدانية ke Muzium Telekom :-)



Tidak mahu menulis panjang. Sekadar berkongsi perasaan yang sangat gembira dan teruja, maklumat serta sedikit gambar kenangan ketika meluangkan masa bersama-sama grupmate ke Muzium Telekom, pada hari Jumaat lepas, 21 Mei 2010.

Ziarah Maidaniyyah, it is like an educational trip, salah satu tuntutan subjek Arabic 4 Occupational Purposes selain projek WORKING PAPER atas idea setiap kumpulan yang berasaskan keuntungan dan berkaitan dengan pendidikan @ ilmiah.

Trip ni, kena initiate sendiri2, i mean by group. Berbeza sem sebelum ni, mereka pergi beramai-ramai,1 klas. So dat tempat x leh la nk pilih sesuka hati. Tapi kali ni, ustaz bagi setiap kumpulan, decide sendiri tempat yang nak di ziarah tu. Setiap kumpulan ade la dalam 5-6 orang.

So, pagi Jumaat tu, jam 9 pagi, kami berlima [ Maha Dahayee ~ sahabat muwallad ana, Thailand, dilahirkan di Saudi Arabia, Amie, Azizah, Azizan dan ana ] bergerak meninggalkan UIA menuju ke KL..nun Muzium Telekom tempat yang telah disepakati. Hihi

Sesampai kat sana, kami di sambut mesra oleh 2 kakak-kakak comel, ditugaskan untuk memudahkan kami mengumpul maklumat. So, jom tengok gambar la :-)


Ni ketika kami sampai..Ana yang jadi photographer nya..Hihi


Kakak tu cakap, Batu Bersurat adalah antara alat komunikasi zaman dulu..yela, kan ada tulisan kat situ..lagi..jom tengok!


Kain songket jugak merupakan alat komunikasi zaman dahulukala..Kak tu cakap, antara cara orang zaman dulu nak meluahkan rasa 'cinta' melalui kain songket la. Kain yang ditenun halus tu dapat menyampaikan maklumat. Waa, hebat2!


Amie curik tangkap gambaq masa kami khusyu' membaca. Tak silap masa ni kami membaca tentang Orang Kaya Leman ~ pada zaman 1960-an [ kalo x silap lah ] hanya beliau yang ade tv di kampung tu. Maka setiap petang, orang kampung berkumpul kat umah beliau nak tumpang tengok tv..


Maha mencuba Ketok-ketok, sebuah alat yang digunakan dalam masyarakat tradisi sewaktu kecemasan atau mahu mengumpulkan orang ramai untuk mengumumkan sesuatu.


Adik kembar ana, Azizah dan Azizan sedang mencuba koleksi telefon, mengikut peredaran zaman. Kelakar la cik!


Amie bersama encik maritim. Ehe. Kami juga diceritakan perihal komunikasi tentera laut, darat dan sekitarnya. Bagaimana mereka menyampaikan isyarat? Macam-macam la..


Ni hadiah dari Muzium Telekom. Hihi. Bestla! Colourful!!!


Ha, ni satelit..contoh la. Kat luar, bukan dalam galeri yang sama..

Ok la. Nak study dah. Hm..saja nak berkongsi dengan sahabat-sahabat yang jauh di mata, tapi dekat di hati :-)

Kredit untuk kakak-kakak yang rajin melayan kerenah kami, dan..kesudian kakak yang menfotostatkan bil telefon zaman dulu untuk kami berlima. Kak tu cakap, " mana la tau, ada copy ni, markah korang bertambah.." .اللهم آمين Thanx sangat kak!

So kat sana, dapat la kami melihat medium orang terdahulu berkomunikasi. Mungkin pada fasa awal kehidupan manusia, mereka hanya mampu melukis di batu-batu, untuk menceritakan apa yang mereka lihat, sebelum berubah ke fasa percetakan dan penulisan secara rasmi. Gajah, perahu, keretapi dan lain-lain juga selepas itu dijadikan sasaran untuk berkomunikasi dan bergerak dari destinasi ke destinasi lain.

Sebelum tiba zaman globalisasi kita neh, sms, frenster, facebook etc.

Berminat nak tau lebih banyak? silakanlah pergi sendiri ;-) ataupun..silalah lawati www.muziumtelekom.com.my.

Terima kasih kepada Ustaz Ibrahim Ahmad Farisi Muhammad, Egyptian ~ yang sentiasa membantu kami. Terima kasih untuk grupmate ana yang melayan keletah ana yang penuh keterujaan [ memandangkan sedari kecil, hanya 3 lawatan yang pernah diikuti, ke Perak masa darjah 2, itupun bapak suruh mak ikut,huhu, ke Penang bersama Badan Pengawas Dan Tatatertib ketika tingkatan 3 dan ke Langkawi ketika tingkatan 6, hadiah dari Badan Kebudayaan Dan Kesenian ].

Suka betul ana bila bebas berjalan dengan sahabat-sahabat neh! Hihi. Akhirnya..kami pulang dengan rasa puas hati namun kerisauan yang bertandang..TAQRIR @ REPORT. kena submit satu hari sebelum final exam. Uh..apa-apa pun, doakan ana dan sahabat-sahabat ya! Salam :-)

0 comments: