CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jan 13, 2013

Terima Kasih ALLAH kerana selalu, dan terlalu PEMURAH !


سلام الله عليكم

Sungguh, sangat lama tidak mengarang di sini.
Kasihan blog.

Ana teringat sebuah kisah yang ana pernah dengar di radio IKIM.fm.
Dan ana pernah menulisnya di akaun facebook.

Sekitar begini ceritanya,

Seorang lelaki miskin baru pulang dari memancing.
Di tangannya seekor ikan yang baru dipancing, bersama 4-5 orang anaknya yang membontoti.
Dia melepasi sebuah restoran, dan kebetulan sebuah kereta mewah berhenti.
Turun dari kereta tersebut seorang lelaki kaya yang segak bergaya bersama isterinya yang cantik menawan.

Hati si lelaki miskin terdetik, " Bahagianya lelaki itu. Berkereta mewah. Beristeri cantik. Makan di restoran mahal. Berpakaian kemas. Sedangkan aku harus memancing untuk mencari makan. Bersusah payah. Dengan isteri yang tidak terurus tambahan anak ramai yang kusut masai. Tidak berkereta dan tidak mampu makan di restoran mahal. "

Kebetulan si lelaki kaya yang melihat lelaki miskin tadi bermonolog, " Untungnya lelaki itu, boleh pergi memancing. Wah, mesti isterinya boleh memasak ikan asam pedas. Sedangkan isteriku tidak mahu memasak, khuatir tangannya tidak cantik. Harus makan di sini. Dia punya anak yang ramai, sedangkan aku tidak punya anak. Untung, untung.. "

Dan kisah ini terus-terusan membayangi setiap hari ana.

Beginilah jiwa hamba yang tidak pernah puas mengecapi keselesaan.
Yang tidak pernah bersyukur dan berterima kasih.
Yang tidak pernah rasa cukup.

Dan, ana diantara mereka.
Dan, kita selalu berada diantara mereka.

Duhai jiwa, jangan tamak !
Jangan salah menilai erti nikmat dan rezeqi !

Alhamdulillah untuk mata kita yang tidak bulat, atau terlebih bulat bentuknya.
Sekurang-kurangnya kita punya mata dan mampu melihat dari mereka yang diberi mata tetapi buta.

Alhamdulillah untuk telinga kita yang kecil mahupun besar, sesungguhnya ada lagi manusia yang diberi ALLAH telinga tetapi tidak punya nikmat untuk mendengar.

Alhamdulillah kerana kita punya mulut yang mampu berkata-kata,
kerana ada insan yang kurang bernasib baik memiliki mulut tetapi tidak punya suara.
Dan mereka tidak mampu berkomunikasi kecuali dengan gaya tangan yang tidak semua manusia mampu memahami mereka.

Alhamdulillah kerana kita punya tangan yang mampu menyelesaikan urusan harian, kerana ada diantara kita yang tangannya tidak sempurna.

Alhamdulillah kita punya kaki walaupun keupayaan kita tidak sama.
Ketahuilah bahawa ada manusia yang tidak punya kaki bahkan ada yang memiliki kaki tetapi tidak boleh berfungsi.

Duhai jiwa, belajarlah bersyukur. Sesungguhnya setiap nikmat yang ALLAH beri punya nilai dan kualiti.

Sesungguhnya mereka yang tidak tahu bersyukur atas perkara yang kecil, tidak akan pernah tahu bersyukur untuk perkara yang besar.

Ibu bapa dan keluarga yang menyayangi itu rezeqi.
Peluang berbuat amal adalah rezeqi.
Kehidupan yang baik adalah rezeqi.
Ketenangan hati adalah rezeqi.
Khusyu' juga rezeqi.

Maka kenapa kita suka menyempitkan definisi rezeqi?


Sahabat-sahabat yang baik dan soleh itu nikmat.
Kemudahan dalam berurusan adalah nikmat.
Nikmat dan rezeqi merata-rata.
Tidak terkira. Bahkan tidak akan pernah mampu dikira.

Tetapi kenapa kita ini masih mahu mengira yang tiada?
Menanti yang tiada?

اللهم إنا نعوذبك من قلب لا يخشع
ومن دعاء لا يسمع
ومن نفس لا تشبع
ومن علم لا ينفع
ونعوذبك من هرلاء الأربع


Ya Allah, kami berlindung dengan-Mu dari hati yang tidak khusyu' ( tunduk & menyerah )
dari doa yang tidak didengari
dari jiwa yang tidak pernah berasa cukup
dari ilmu yang tidak bermanfaat
kami berlindung dengan-Mu Ya Allah dari keempat-empat perkara ini

Ya ALLAH, semoga Engkau mengampunkan kami di atas setiap keluhan,
setiap kesedihan,
setiap tangisan,
setiap kekecewaan,
setiap ketamakan,
setiap kejahatan hati dan jiwa, sesungguhnya kami hamba, yang penuh kekurangan, keaiban dan keburukan,
sedangkan Engkau duhai Tuhan yang Maha Kaya dengan kesempurnaan.

Patutlah ALLAH mengulang soalan sebanyak 31 kali di dalam surah ke 55 di dalam kitab-Nya yang mulia.
Supaya manusia yang berakal menggunakan akalnya untuk berfikir dan mengambil i'tibar.

" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? " ( Ar-Rahman )

اللهم أعنا على ذكرك
وشكرك وحسن عبادتك


Ya ALLAH, bantulah kami dalam usaha kami mengingati-Mu
dan bersyukur kepada-Mu dan dalam usaha kami untuk beribadah dengan baik kepada-Mu.

Perkenanlah duhai ALLAH yang Maha Penyantun !
Ameen !

Mari bersyukur atas ke semua nikmat dan rezeqi yang ALLAH beri !
الحمدلله على كل نعمة

Terima Kasih ALLAH kerana selalu, dan terlalu PEMURAH!


Al-Faqeerah Nony Imtiyaz,
2.15 am @ 14 Januari 2013
Mahallah Ruqayyah, UIAM
Kuala Lumpur.



Jul 17, 2012

Dan hari ini, ana sujud yang berganda..


بسم الله الرحمن الرحيم

Menulis saat kesejukan.
Kedinginan.
Cuaca mendamaikan.
Hasil curahan air hujan tatkala petang yang memperkayakan bumi Tuhan.

Alhamdulillah.

Teringin sekali menulis.
Mahu sangat berkongsi.

Ana meyakini bahawa setiap musibah bakal dibontoti hikmah.
Dan ana sangat beriman, ia bakal melebatkan pokok pahala, dengan syarat sabar dan redha.

Pernah ana mendengar bahawa redha itu menerima dengan ikhlas.
Tetapi pasrah itu menerima dengan terpaksa.
Maka ada bezanya. Wallahua'lam.

Ana bising bercerita musibah yang menimpa sekitar sebulan lepas.
Ke'ghaib'an RM800 dari akaun Bank Islam ana.

Ana tidak mampu membayangkan perasaan tatkala melihat balance.
ALLAH.
Nadi seperti mahu berhenti.
Dan ana rasa macam nak mati.

Ceritanya begini.
Ana memasukkan RM800 tunai di cash deposit BIMB UIAM pada 14 Jun.
Ia sehari selepas ana datang dari kampung.
Kebetulan tidak keluar resit.
Dan ana tak check semula.

Oleh kerana ana ada program di Hotel Seri Pacific seminggu, ana terus bergegas menginap di sana dan tidak mengeluarkan sebarang tunai dari bank tersebut.

Khamis berikutnya, 21 Jun, ana pulang ke UIAM. Ana diminta oleh seorang sahabat untuk memasukkan duit tunainya ke akaun. Ana membantu dan kebetulan melebihkan kudrat menziarah akaun ana.

Sesungguhnya amat sesuai dan bersebablah ana menjenguknya.
RM800 tiada.
TIADA.
Ke mana hilangnya?
Ana kaget. Mencari tenang seminit dua, terus ke mesin atm lain. Mengeluarkan semua kad atm bank-bank lain, dan melihat satu persatu.
Ternyata, RM800 yang ana masukkan bukan ke akaun lain.
Tetapi BIMB. Ana pasti, ana masih ingat. Waras. Belum nyanyuk. Dan tidak tersilap.

Bersama seorang sahabat ana, ana lantas masuk ke kaunter dan membuat aduan.
Ana tidak mampu mengingat semua maklumat berkenaan tarikh, masa, dan apa yang berkaitan.

Mujur, sahabat di sebelah mampu mengawal emosi dan bijak memujuk.
ALLAH. Ana hanya membayangkan muka mak bapak ana.
Rasa dada berkocak.
Emosi menggelegak.
Mata berpinau.
Jiwa kacau.

Ana terus berfikir.
Ini lah natijahnya.
Mak memang tak percaya mesin ciptaan manusia tu.
Tapi ana sangat tidak sempat memasukkan cara manual. Dan itu kali pertama sebenarnya.
Terus meletakkan kepercayaan kepada mesin yang tercipta dari otak bijak manusia.

Hampir sebulan, ana berulang ke kaunter bank. Ana yakin, semua staff BIMB mengenali ana dan ada yang melahirkan rasa simpati.

Jumaat lepas, ana sekali lagi ke kaunter.
Kata saudari bank, " Transaction not found "
Transaksi ana tidak ada dalam rekod. Ertinya tidak ada kemasukan RM800 itu.
Maka tidak bolehlah di refund.

Keluar bank dan menuju ke library.
Ana seorang dan tidak berteman.
Terus ke carrel room yang dipinjamkan library kepada ana untuk tempoh sebulan,
ana menangis semahunya.

Kerana telah sebulan ana bertahan.
Melawan.
Cuba kuat dan berusaha menyeka air mata.
Ana berjaya.
Tetapi hari ini, apabila diberitakan ana kemungkinan tidak dapat menebus semula duit itu, ana rasa ana 'sedang mati!'

Betapa hinanya ana yang cintakan wang tunai dunia. ALLAH.

Ana menangis untuk sebulan.
Ana menangis untuk nilai itu.

Kebetulan bapak call dan katakan, bapak masukkan duit dalam BSN.
Jangan tahan perut. Makan. Makan. Jangan banyak fikir.
Dan ana lebih kuat menangis.

Selepas itu, mak yang tidak berada bersama bapak ketika itu, menghubungi ana.
Mak suruh sabar dan banyak berdoa.

Ana menangis lagi.
Kerana rasa sangat menyusahkan mak bapak dan tak henti-henti berbuat demikian.
Kenapalah ana ni?!

Dan hari ana berjalan tanpa henti.
Tetapi ana semakin lambat berjalan mengharungi hari.

Ya, pastilah musibah besar ini memberi kesan yang pelbagai.
Ia tidak tercerita.
Ia benar-benar membuatkan ana kesal.
Menyesal !

Khamis malam, 12 Julai, ana bernazar. Jika dapat semula duit ana tu, insyaALLAH ana akan memberi zakat kepada seorang anak yatim piatu. Tidak berayah dan tidak beribu.
Ana hanya bernazar tetapi tidak pula mengenali sesiapa yang tidak berayah ibu itu.

Sabtu malam, ana mendapat satu panggilan.
Memperkenalkan diri, terus bercerita itu dan ini.
Rupanya kami mengenali walaupun ana kurang pasti. Masih recall di mana ana berjumpa dan berkenalan.

Bagusnya adik ini, dia menelefon untuk meminta izin untuk berkawan dengan ana secara rasmi. Aneh.
Tidak berniat jahat, ana yakin. Cuma dia sangat sopan dan beradab.
Bercerita ramah, ana dapati dia merupakan anak yatim piatu yang sudah kehilangan ayah dan ibu.

Ana tersentak.

Sepertinya ada sedikit perkaitan dengan nazar ana 2 hari lepas. Tetapi ana diam dan tidak bercerita.
Ana berdoa.
Semoga doa ana bukan hanya untuk 800.
Tetapi ana berusaha berdoa melebihinya.
1800.
18000.
180000.
Infiniti !

Semoga ALLAH mengasihani ana.

Ana terus menyusuri hari. Sedaya upaya menyelitkan redha.
Sedaya upaya mensyukuri apa yang terjadi.
Bersabar terhadap musibah.
Dan percaya dengan strategi ALLAH !

Dan hari ini, ana sedikit rajin. Bangun pagi, ke Al-Ghazali room.
Buat yang tidak tahu, ia adalah bilik thesis untuk Kuliyyah Islamic Revealed Knowledge.
Sampai dan mencari kad matrik sebagai syarat masuk.

Gelabah. Kad hilang.
Spoil mood. Mata berair. Dan rasa letih !

ALLAH.......
Dosa apakah yang telah ana buat.
Sehingga satu persatu ALLAH menghukum ana.

Tetapi, serius.
Ana sentiasa merasakan, dalam hukuman-hukuman ini, ana masih mendapat kasih sayang yang hangat dari-Nya.
Ana dapat merasakan, ALLAH suka melihat ana begini.
Musibah ini sedang memperbaiki hubungan hamba dengan Pencipta, antara ana dan DIA.
Ana rasa, istimewa :)

ALLAH ada di sana dan di sini, mengajar ana menangis. Mengejutkan ana bangun menangis. Melatih ana merayu dan menangis !
Biar ana tahu. ANA INI LEMAH.
ADA ALLAH YANG MAHA GAGAH.
TEMPAT PALING SESUAI MENGADU KELUH KESAH.

Ana pulang. Mood hilang untuk membaca.
Mencari kad matrik dan jumpa.
Alhamdulillah.

Lepas Zohor, ana mahu kembali ke centre.
Jiran ana minta tolong lagi. Masukkan duit dalam akaun sahabatnya, di Bank Islam.
Ana tidak menolak.
Kerana ana nampak, jiran ana sedang 'menawarkan' pahala :)

Ana berbuat seperti yang diminta.
Dan kebetulan melewati mesin atm, ana cuba check akaun ana.

[ ..RM_800.__.. ]

Sudah ada RM800 !
Ana masih berwudhu', ketika itu.
Tapi terkejut pulak yang lalu lalang kalau ana sujud syukur di situ.
Ana terus telefon mak dan bapak.

Syukur. ALHAMDULILLAH.
Selepas menangis sehingga mata bengkak.
Kepala sakit.
Bertanya sahabat-sahabat ana berkenaan langkah-langkah yang harus diambil.
Persediaan untuk membuat permohonan melihat rakaman cctv. Emel ke Bank Negara dan aduan ke PENGGUNA.
Terima kasih sahabat-sahabat yang memberi nasihat dan menyokong.

Ada juga sahabat-sahabat yang sukarela mahu meminjamkan duit. Khuatir ana tak makan.
Alhamdulillah. Rezeqi masih ada :) ALLAH sayang ana, kerana ana dapat ramai yang sayang ana. SubhanALLAH !

Walaupun ana tak berhutang duit dengan mereka yang menawarkan pinjaman dan simpati,
ana tetap rasa terhutang budi.
Kerana mereka tetap mengenali ana ketika ana ditimpa musibah.
Ketika menangis susah.
Ketika rebah.

Ana terharu.
Alhamdulillah. Sungguh ramai yang berhati mulia :) Syukur, ALLAH menghantar orang-orang yang baik ke dalam hidup ana !

Sungguh.
RM 800 ini, membuahkan pahala.
Jika kena caranya.
Semoga ana melayan musibah ini dengan cara yang benar.
Sabar.

Bukanlah penulisan ini untuk menunjuk-nunjuk.
ASTAGHFIRULLAH.

Ana sekadar berkongsi.
Ana doakan,
ana doakan mereka yang sentiasa mendoakan ana,
Menyokong ana,
Menyayangi ana,
Mengambil berat tentang ana,

agar,
ALLAH menyayangi mereka,
memelihara mereka dari kejahatan dan fitnah dunia,
semoga budi baik dan kasih sayang yang mereka berikan kepada ana,
menjadi antara penimbang berat mereka mendapat keahlian syurga,
Ameen !

ALLAH.
Ampunkan saya.
Atas segala dosa.
Jika saya tidak mencintai-Mu sepenuh hati.
Jika dalam hidup saya, suruhan-Mu banyak yang saya ingkari.

Malu hari-hari memikirkan dunia.
Hinanya.
Nabi SAW asyik memikirkan ummah dan hari esok di sana.

Inilah manusia.
Duit hilang, nampak.
Pahala hilang, tak nampak.

ASTAGHFIRULLAH.

Terima kasih antum, ana sayang antum semua !

Semoga ana tidak beriman dengan RM800.
Doakan ana beriman dengan ALLAH Yang tidak hilang, tidak pergi dan datang.

Kerana ALLAH di sini, di sana,
di mana-mana,
untuk sesiapa sahaja :)

Dan hari ini, ana sujud yang berganda. ALHAMDULILLAH.

11.40pm
PG B Mahallah Ruqayyah












May 31, 2012

.J.O.D.O.H.


Bismillah.

Hari ini, hati ini terjentik untuk menulis sesuatu yang berkenaan dengan hati. Perasaan. Kehidupan 'beramai-ramai' untuk jangka masa yang panjang. Kehidupan yang tidak boleh lagi bersikap penting diri.

Kehidupan bersama, yang dengan 'dia' ana akan berpimpin tangan ke syurga, atau menghitung langkah ke neraka.
Kehidupan yang segalanya menjawab tentang jodoh.


Sesungguhnya, ana tidak suka berbicara tentang ini secara terbuka.
Ia terlalu rahsia.
Malah ia sangat sulit.
Malu juga ada.
Maka sebenarnya ana mengharapkan, tiada yang membaca tulisan ana kali ini!

Ana cuba menulis dengan penuh kesedaran, kewarasan, tanpa imaginasi yang haram, tanpa khayalan yang menambah dosa. Ana cuma mahu menulis, berkongsi sesuatu, bercerita dan mungkin jika ada yang membaca, ana berlapang dada untuk menerima sebarang teguran dan kritikan. Ana cuba berdiri secara matang dan realistik.

Kerana, ana menulis dari kaca mata & pengalaman. Manusia, sana sini penuh cacat cela. Buruk jahat merata-rata.

Telah ada teman yang sedikit sinis berkata, " u ni mesti nak cari yang famous kan? Yang glamour. Yang di kenali ramai "

Dan ada juga teman yang melemparkan soalan, " u ni nak cari calon yang dah ada title 'Dr.' ka? Ka nak yang tengah sambung PhD? "

Tak kurang juga yang terus menghentam, " nt ni nak cari husband yang perform akademik ja. Nt ingat semua yang perform akademik tu, akan perform jugak ke dalam kehidupan? Mentang-mentang nt perform, nak pun yang perform. "

Dan ada juga yang tidak segan silu menghantar mesej di kotak facebook mahupun terus ke henfon, bertanya tentang 'status' dan sebagainya. Bagaimana ciri lelaki idaman dan bagai.

Ohh. Kenapa wujudnya manusia yang sebegini rupa?

Rupanya, apabila kita mula menolak yang itu, yang ini, yang di sana dan di sini, bukannya mereka datang, menepuk bahu dan berkata, " Tidak mengapa. Jodoh adalah rahsia ALLAH. Makhluq yang misteri dan ajaib. Semoga ini keputusan yang terbaik. "

Bukan juga mahu datang sambil berkata, " Tidak mengapa. Saya yakin kamu menolak dengan baik, dengan alasan yang baik. Saya yakin dengan istikharah kamu. Semoga kamu dalam kasih sayang ALLAH "

atau mungkin, pujukan, kata semangat dan sokongan yang beginilah sepatutnya.

Tetapi apabila ana mula membuat keputusan yang negatif, menuju mana-mana muslimin yang ada kaitan dengan mana-mana teman, kata nista, sinis malah ada yang emosinya lebih over dari ana.

KENAPA?

Tidak kurang juga, apabila yang di tolak tidak dapat menerima keputusan dengan matang. Tidak mampu menjadi seimbang. ALLAH. Bunga dalam taman bukan sekuntum. Malah kuntuman di luar sana lebih banyak yang lebih segar dan menyerlah cantiknya !

Ana sejujurnya, tidak banyak membaca penulisan berkenaan jodoh, bayt muslim dan seumpamanya. Ana rasa, selagi belum dekat 'masanya', selagi itu ana tidak perlu membaca. Masih banyak benda yang harus ana baca, berikan perhatian dan fokus, fikirkan & letakkan prioriti. Kerana ana tidak pernah meletakkan target dalam soal ini, berbanding target khusus dalam akademik.

Tetapi kebelakangan ini ana mula menitikberatkan soal ini.
Ia adalah kerana, nyanyian abang kakak mula berkumandang, " setamat MASter, MASkahwin dahulu ! baru sambung PhD ! "
Dan ana sebenarnya agak stress memikirkan soal ini.

Bak kata seorang teman ana, " marriage is only a part from sooo many parts of life. " Ana sedang cuba menterjemahkan dalam bahasa ibunda kerana bait asal adalah dalam bahasa arab. Hentamla kalau salah pun.

Kembali kepada sinisan sahabat handai yang pernah menghujani ana dan masih, sebenarnya, beginilah ana katakan.

Kadang-kadang orang di luar lebih 'pandai' menilai kita, dari kita yang sebenar.
Ana tidak pernah meletakkan kriteria yang segila itu untuk mencari 'dia'.

Tidak perlulah yang di kenali ramai.
Tidak semestinya juga yang sudah ada 'Dr.'.
Tidak semestinya juga yang sedang berPhD.
Tidak seharusnya juga yang superb punya score sampai 3.8 dalam akademik.

Sebab berapa ramai yang glemer dengan baik, macho tetapi sebenarnya hipokrit.
Ramai jugak yang sudah ada Dr., tetapi timbul di dada akhbar, punya masalah akhlak dan etika.
Juga yang sedang berPhD, tetapi punya masalah & krisis yang berjuta.
Ada juga yang score tinggi menggunung tetapi hanya fokus akademik tetapi melupakan ummah.

Dan jangan cuba menilai, yang memilih itu sedang menanti orang kaya datang.
Atau mungkin menunggu orang hensem datang.

Kaya, hensem itu semuanya BONUS hanya jika benda asas kepada seorang muslim soleh ( juga boleh di aplikasi kepada muslimah solehah ) sudah lengkap.

Dan benda asas itu banyak.
Dan ia well known.
Tidak perlu di gariskan.

Jodoh, bukan hanya mencari seorang muslim untuk di jadikan seorang zauj.
Tetapi skop yang ana kira, membuatkan pertimbangan seorang muslimah lebih lama, memerlukan lebih masa,
adalah,
ia juga melibatkan proses mencari seorang baba kepada banin banat yang bakal di corakkan bersama-sama :)


Ia tanggungjawab. Ia adalah amanah.

Tanggungjawab dan amanah untuk MENJADI seorang muslimah yang solehah.
dan,
Tanggungjawab dan amanah untuk MENCARI seorang muslim yang soleh.
terus,
Tanggungjawab dan amanah untuk mematangkan sebuah institusi MEMBENTUK solehah soleh yang bakal lahir.

Ana cuba memudahkan & mengecilkan kriteria yang sangat ramai tolong buatkan ianya jadi susah & nampak besar.

Simple.

Yang mahu tolong pakaikan stokin apabila zaujah rasa malas nak pakai.
Yang remind zaujah, tak bagus marah-marah bila dia naik angin.
Yang mahu pujuk zaujah solat berjemaah bila rasa berat.
Yang tolong lipat baju bila zaujah dah basuh dan sidai.
Yang mahu sama-sama buat tazkirah subuh.
Yang sama-sama nak berpuasa sunat.
Yang macam-macam la lagi.

Simple.
Simple.
Simple.

Banyak benda simple. Yang ini, tak pulak nak nampak.
Yang tolong letakkan kriteria entah apa-apa untuk ana, terlalu over la ana rasa.
Haha

Kadang-kadang, percayalah bahawa, kita tidak perlu meletakkan apa-apa kriteria pun !


When the right person comes, he will come with his full package, in his outlook. Dia datang dalam keadaan yang cukup. Just nice. Tak lebih dan tak kurang. Itu yang mahalnya.

Mana ada manusia yang perfect, kan. Tapi, dia cuba membuat kita rasa perfect. Dan kita mampu cuba untuk memperfectkan keadaan juga. Ana rasa begitulah.



So, ana tak rasa dengan meletakkan kita sooo demanding, so high taste, so and so, akan memudahkan kehidupan ke hadapan. But then, it will brings us to so many chaos. Itu pandangan. Sebab demand banyak, so akan expect banyak. Sakit kalau jatuh dari tempat tinggi ! :(

Dan yang penting, bagaimana ana harus menyantuni segala cabaran & kedatangan semua ini dengan layanan Istikharah.

Saat ana getir berhadapan dengan segala macam ujian ini, seorang sahabat baik ana menghadiahkan ana sebuah buku berkenaan Istikharah.


Dan ana mula membacanya dengan fokus dan teratur.

[ Istikharah bukan hanya untuk urusan berkaitan jodoh. Itu semua harus tahu ! ]

Istikharah, semampu yang ana katakan, adalah pasakan kita dengan ALLAH. Solat, berdoa, mohon ALLAH tunjukan 'dia' yang tepat. Siapa yang baik untuk di terima. Tetapi tidak bermakna yang di tolak, tidak baik. Tetapi mungkin, tidak sesuai.

Warna hijau, contonhnya, cantik dan menarik. Cuma sangat tidak sesuai untuk di padankan dengan warna ungu. Analogi, sekadar.
Ia tidak bermakna ungu tidak cantik, tetapi kerana apabila digandingkan dengan hijau, ia nampak kelat. Nampak pahit. Rosak. Tidak sesuai ! Maka, hijau lebih sesuai dengan kuning, dan ungu akan nampak lebih menarik apabila digabungkan dengan warna pink ( wallahua'lam ) !

Dan, begitulah. ALLAH is the ALL-KNOWLEDGEABLE. ALL-WISE. Pemilik segala kebijaksanaan. Segala Kepandaian. Mana mungkin ALLAH mengatur sesuatu untuk kerosakan, bukan kah begitu?


Maka, jika ALLAH Maha Tahu, dan kita realize benda tu, jadi, ana harus bertanya ALLAH :)

Dan, sebagai yang masih kurang makan garam dalam dunia ni, ana juga harus ada usaha Istisyarah, iaitu ber'mesyuarat' dengan keluarga dan mereka yang 'patut'. Ini ana klasifikasikan sebagai pasakan ana kepada orang sekeliling.

Berbincang. Berdiskusi. Bertanya.
Kerana tidak rugi langsung kalau menghimpunkan idea dari banyak minda ! :)
Ramai penunjuk jalan adalah bagus, kerana tersesat adalah lebih berisiko!

Begitulah sedikit sebanyak yang mahu ana sisipkan hari ini.

Ana tidak mahu membuat konklusi dari apa yang telah ana nukilkan.
Cuma, ana rasa,

THE RIGHT PERSON WILL COMES
WITH THE RIGHT PURPOSE
AT THE RIGHT TIME
IN THE RIGHT WAY

to

THE RIGHT ONE (^_^)


Ana harap ana tak jiwang karat.
Ana harap ana tak berimaginasi melampaui batas.
Ana juga harap ana tak berkhayal yang bukan-bukan.

Ana cuma menulis, kerana ana suka menulis.

Lastly, ini ..... ! Jom strive to be a good muslimah :) and finally, insyaALLAH we deserve to be with a good muslim. Dari dunia, SAMPAI SYURGA, itu matlamat penting. Itu matlamat paling penting !


Ketemu lagi, salam jumaat !
1 Jun 2012 / 4.45 am
MAHALLAH RUQAYYAH


Apr 14, 2012

Sebuah Penghargaan

BISMILLAH.

Ana cuma mahu mendedikasi sebuah penghargaan di sini.

Sebuah penghargaan untuk menghargai yang berharga.

Terima kasih kerana menjadi seorang penyabar.
Terima kasih kerana menjadi seorang pemaaf.
Malah, terima kasih kerana tidak bakhil meminta maaf.



Terima kasih kerana menjadi seorang yang baik.
Seorang yang berbudi.
Seorang yang pemurah.
Sangat memahami.
Sangat menyokong.
Malah sangat berterima kasih kerana menjadi seorang yang sentiasa bertoleransi.



Terima kasih kerana menjadi seorang yang amat tulus dan telus.
Terima kasih kerana berkomunikasi dengan matang dan tenang.
Malah terima kasih yang amat banyak kerana menjadi seorang yang sungguh berakhlaq.



Semoga dengan akhlaq mulia anda itu memperindahkan akhlaq ana yang masih buruk ini.



Penghargaan ini untuk anda,
yang datang dalam hidup ana,
yang menemani ana mencari dewasa,
dan,
yang membuat ana rasa selesa.

Terima kasih !



MAHALLAH RUQAYYAH, UIAM
15 April 2012, 420 am

Mar 11, 2012

Cepat-cepatlah jemput saya pula ke sana menjadi tetamu..

Bismillah. Rupanya ana masih belum menulis satu entri pun pada tahun ini. MasyaALLAH.

Ia mungkin petanda kesibukan yang melampau, atau mungkin juga sebagai petanda aras kepada sebuah kemalasan yang berganda.

Sebenarnya, setiap hari berusaha mencari masa untuk menulis dan mengupdate blog. Tetapi sungguh ia sebuah percubaan yang sia-sia. Terlalu ke sini ke sana menunaikan tugas sehingga perancangan masih tetap menjadi perancangan.

Tetapi malam ini, sepertinya mahu sangat menulis. Bukan mahu membuka pekung di dada, tetapi sungguh jiwa ini sebak melihat hidayah ALLAH yang tanpa mengira masa dan siapa.

UMRAH

Tatkala ana diberi peluang ALLAH menjadi tetamu istimewaNya, ana masih kecil. Kerdil. Masih tidak baligh dan sungguh jahil. Ia pengalaman paling manis 14 tahun lepas. Hadiah dari seorang abang kerana adik bongsu ini mendapat 4A 1B dalam UPSR.

Alhamdulillah. Tetapi masih mampu ana katakan bahawa, jahilnya ana ketika menunaikan umrah pada 1998 masih tidak 'melampau' tahapnya. Jahil sebagai kanak-kanak, apala sangat...

Esok, kazen ana, bersama suami dan satu-satunya anak perempuannya akan berlepas ke Tanah Haram. Untung, di jemput ALLAH menjadi tetamu. Ada yang tidak mampu tapi berkeinginan. Ada yang mampu tapi tidak berperasaan.

Sebenarnya, yang membuatkan ana terlalu sebak dan sujud syukur, pilihan, keputusan dan pemergian mereka sungguh buat ana sekeluarga dan kerabat agak terkejut dan terkesima.

Mereka yang pernah bermukim di kota London suatu masa dahulu, hingga pulang menetap di Malaysia tidak pernah mengubah cara hidup. Cara hidup yang sepatutnya sebagai Muslim. Ya, sebagai muslim.

Sungguhpun kazen ana bertudung, dan menunaikan solat, tetapi ia tidak mampu menjadi satu tarikan kepada ahli keluarganya. Dan, sudah tentulah, cara berhijab yang dikenakan juga tidak lengkap.

Sejak suaminya jatuh sakit, mereka ibaratnya baru mengenali agama yang telah mereka pinggirkan. Semakin kerap bertandang ke surau. Semakin kerap menjemput ustaz mengajar mereka belajar membaca Al-Quran. Semakin sedar dan semakin insaf.

Kalau dahulu, ana kerapkali mencari alasan untuk tidak pulang menghabiskan masa bersama mereka di hujung minggu, dek kerana tidak selesa dan kurang gemar. Ana tidak mampu menjadi teladan yang baik malah ana juga risau ana bertambah lalai.

Namun kebelakangan ini, ana semakin lembut hati untuk pulang menjenguk. Malah rasa dekat walaupun Shah Alam memang jauh dari Gombak!

KEAZAMAN

Ketahuilah bahawa, ALLAH berhak memilih sesiapa sahaja untuk menjadi tetamuNya. Berhak memilih sesiapa sahaja untuk ditemukan 'jalan pulang'. Berhak memilih sesiapa sahaja untuk berjalan dengan putaran kehidupan yang serba baru.

Kazen ana semakin melabuhkan hijab. Suaminya walaupun sakit dan terpaksa berulang alik membuat rawatan, tetap tekad dan semangat untuk menunaikan umrah. Walaupun harus solat dalam keadaan duduk. Walaupun tidak mampu bergerak seperti orang yang sihat dan sempurna.

Dan, anak perempuan yang terlalu jauh dari gelaran 'muslimah' turut beria! Sudah mula mengenali hijab. Sudah mula kenal ruku' sujud. Dan azam mahu faham Al-Quran sepulang dari Mekah dengan belajar Bahasa Arab!

Bukankah hidayah itu milik ALLAH?

Maka ana amat tidak layak untuk terkejut.
Untuk terkesima.
Untuk kaget.

Malah sepatutnya ana tumpang gembira.
Tumpang berbangga.
Tumpang berdoa, semoga perubahan ini berkekalan dan permulaan kepada sebuah pengakhiran kehidupan yang serba cantik! :)

Setibanya azan maghrib berkumandang tadi, kazen ana bersegera bertanya ana, " Cik boleh solat? Jom solat jemaah dengan bapak ( bapak ana ). "

Sungguh, untaian air mata menjawab segala nikmat, syukur ya ALLAH!

Tersembunyi cemburu di hati, ALLAH..cepat-cepatlah jemput saya pula ke sana menjadi tetamu..

RINDU...



لبيك اللهم لبيك
لبيك لا شريك لك لبيك
إن الحمد والنعمة لك والملك
لا شريك لك


Shah Alam 1117pm

Dec 14, 2011

Kerana ana tidak tahu sedangkan ALLAH Maha Tahu

Akhirnya ana menjumpai barang yang hilang. Iaitu MASA.

Sungguh, masa yang ALLAH beri, sama bilangan jamnya pada seluruh umat manusia. Pun begitu, bukanlah bererti ana tak punya masa, tetapi to make it short and precise, I am looking for my right time to blog. Mencari masa yang paling sesuai dan praktikal untuk menulis.

Telah lama ana rasa mahu berkongsi cerita ini. Ia tersimpan hampir sebulan. Ya, hampir sebulan.

Merasai di tarbiyah ALLAH secara lansung, memang membuatkan ana tertunduk malu. Forgive me dear ALLAH, when I whine. When I ask for many things. When I feel bad and sad. When I act juz like I dun believe in You.
ASTAGHFIRULLAH.

Semasa cuti pertengahan sem, baru-baru ini, [ seminggu bertepatan Raya ‘Aidiladha ], laptop ana sakit tenat. Macam2 perangai yang dia buat. Mungkin lama sangat tak makan antibiotic. Ups, mungkin sebab dah lama x buat medical check up.

Di saat ia meraung, ana benar2 memerlukan laptop, kerana workloads yang banyak memerlukan keberadaan ia di sisi. Selepas berjumpa dengan Dr. pakarnya, ana di nasihatkan untuk menghantar ke hospital ASUS, dan sungguhpun ana di maklumkan bahawa masa yang di ambil sekitar 2 minggu, tiada pilihan melainkan ana bersetuju.

Maka, sebelum balik bercuti seminggu, ana menghantarnya, dengan penuh harapan : PULIHLAH SEGERA. Demi menunaikan hajat ana yang banyaknya berjuta, masih berbaki dan bersisa!

Hampir setiap hari, pasti ada saja mesej yang ana hantar, bertanya khabar dan keadaannya. Maka seminggu di rumah, ternyatalah tidak mampu membuat walaupun sehelai muka surat dari kerja sekolah yang berlambak itu. Satu, segan nak pinjam laptop kakak ipar. Dua, laptop abang ipar tak ada tulisan arab. Tiga, MALAS nak tunjuk kesibukan depan mak bapak. *nanti mak bapak rasa kasihan terus tak nak susahkan ana buat apa2 lansung!*


*** Cuti seminggu TAMAT. Pulang ke UIA dengan 1001 ketakutan : Homeworks satu pun tak siap! ***


D UIA, hidup tidak pernah aman. Nak pinjam laptop sahabat ana a.k.a jiran sebelah, dia pun masa tu tengah busy buat assignments. Memang musim. Lagi sorang sahabat, tak ada tulisan arab. Aiseh.

M.a.c.a.m.m.a.n.a.n.i.i.i?.?.?

Idea : sedeqah duit kat CC. So, kenalah berjimat duit poket minggu ni semata-mata nak menaip di CC. Nak pegi lab UIA yang free, kena tengok time pulak. Ada juga beberapa hari terpaksa bergilir dengan sahabat yang berjiran, di kala tidurnya dia, maka ana berjaga mengatur huruf. Susah sebenarnya!

Strategi baru : buat muka tak malu pada adik2 yang very close dengan ana, Tanya possible tak k.noni nk pinjam laptop? Since, diorang at that time adalah musim midterm. If x guna la. Maka, seorang junior berkata, “ Boleh. Saya ada dua laptop. Mai la amik, guna ja sampai k.n dapat laptop k.n. ”

GEMBIRA TAK TERKATA. ALHAMDULILLAH!

Ambil, guna tapi..TET. Mati. Harap maaf. Dia Cuma bagi laptop, tapi tak ada charger. Sebab charger tu ada di Kedah. So, demi menjaga hati owner, ana cakap tak apa, ana cuba cari siapa yang guna ACER, nak pinjam charger.

Mendapat seorang junior yang sudi meminjamkan charger ACER. Rezeqi!
Tapi, setiap kali ana mahu bertandang ke bilik, untuk meminjam, beralasanlah dia bahawa sedang di kelas mahupun di mesyuarat. Adoiii. Susah pulak kawan dengan orang busy ni.

Rezeqi datang lagi. Cerita sedih ana tak punya laptop untuk menyelesaikan assignment yang harus di submit pada minggu depan, sampai ke telinga seorang kakak senior, classmate ana.

Maka, kakak ini pun mengoffer laptop COMPAQ kakaknya, kerana dia sudah punya laptop. Memanjatlah ana ke biliknya, teruja, meminjam dan pulang ke bilik, terus bersegera on untuk menaip.

Hmmmmmmmmmmm. Terima kasih! Laptop ini tak punya tulisan arab! Mungkin kakak ini terlalu semangat untuk meminjamkan ana, terus terlupa sebenarnya laptop kakaknya tidak bertulisan arab sedangkan ana harus menaip assignment yang sama kelas dengannya dalam bahasa arab!

Alhamdulillah. Dah 2 biji laptop kat bilik, tapi tiada sebarang fungsi. Memenuhkan locker..dan menambahkan amanah ana untuk menjaga barang-barang orang. MasyaALLAH.
Bayangkan perasaan ana pada ketika itu. Rasa sesak dada yang amat. Rasa melarat. Rasa penat.

Macam nak p beli laptop baru.
Macam nak sewa laptop orang.
Macam nak tido kat lab @ ITD.
Macam nak JERIT!

Sedih, serabut, tension yang maha dahsyat. Alhamdulillah. ALLAH uji, untuk ajar sabar, Noni. Tolonglah bersabar.



Tiba-tiba, tiba-tiba, TIBA-TIBA, mendapat mesej dari Dr. pakar laptop ana.
“ Salam, Noni. Laptop dah siap. Boleh amik esok selepas Zohor. ”

HAMDAN LILLAH. WA SYUKRI LILLAH.

Kepuasan, kegembiraan, kebahagiaan yang mampu menghilangkan segala kegentingan. SubhanALLAH.

ALLAH bagi laptop, sebab ana minta laptop. Tapi, laptop 2 biji yang akhirnya hanya tersimpan dan tak boleh dimanfaatkan.

Cuba la mintak yang terbaik dalam hidup, Noni. See, ALLAH kembalikan laptop ana, itu yang paling terbaik dalam hidup ana, pada masa itu, sungguhpun pada awalnya dijanjikan mengambil masa 2 minggu lebih.

Paling terbaik pada masa itu, adalah bersabar. Melihat sisi positif, masa itu bolehlah digunakan untuk membuat revision walaupun tak la boleh focus sangat sebab assignments belum siap!

Paling terbaik pada masa itu juga, adalah ana merasai perasaan teman-teman ana yang tak punya laptop. Ya ALLAH, susahnya! Rupanya macam ni diorang rasa teruk. U juz lost ur laptop for a week, Noni! Macam dah nak mati! Astaghfirullah.

Wallahi, ana malu dengan diri sendiri. Dan, tentunya dengan ALLAH. Ana minta apa yang ana hendak. Apa yang ana mahu. Dan ana banyak mengeluh.

Sesungguhnya hanya ALLAH lah yang lebih mengetahui hikmah ana di uji, dan Maha Tahu apa yang ana perlu melebihi apa yang ana hendak.

Wallahi, rezeqi bukanlah sesuatu yang kita suka. Mungkin kita tak suka, tetapi ia memanfaatkan.

Rezeqi, bukanlah material semata, tetapi juga inspirasi yang menumbuhkan keimanan yang lebih subur dalam hati.

Rezeqi, bukan sahaja didefinisikan apabila ia bertepatan dengan apa yang kita minta dan berjaya diperolehi, malah jauh dari itu adalah, apa yang lebih berhak dan lebih bagus dimiliki.

Percayalah bahawa, semua yang ALLAH taqdirkan adalah yang paling terbaik, dan ia adalah rezeqi :)


Ana percaya ini.

Kerana, ana tidak tahu sedangkan ALLAH Maha Tahu.

Oct 3, 2011

Nak stori mori la sikit ~

Lama x menulis. Rasa rindu, indeed!

Minggu keempat di semester kedua, ternyata ianya sebuah landasan baru dalam perjuangan menuju kemenangan.

Semangat yang diselit perasaan tertekan, adakalanya, membuat diri kadang2 akhirnya mengakui, “ Letih! “

Bukan mahu menyerah. Bukan. Sama sekali bukan. Kerana ana bukan bercinta dengan medan ini untuk sebuah keduniaan yang mungkin boleh di beli dengan segulung sijil. Cuma, stress yang bertimpa dek inferior yang melampau dengan classmates. Argghhh!

Cinta medan ini, penuh dengan PASSION. Ghairah.
Doakan ana istiqamah.

Nak stori mori la sikit ~

Alhamdulillah, tajuk thesis yang telah ana propose pada cuti semester lepas, telah pun di approve. Maka, menjadilah ana anak angkat kepada Dr. Noor Mohammad Osmani, berasal dari Bangladesh yang fasih berbahasa Arab & English. SubhanAllah. Memang ana suka Dr. itu! (-_-)

Pun begitu, kata Dr. pada pertemuan sulung kami 2 minggu lepas, tajuk ana harus di revise memandangkan cadangan ana untuk memfokuskan penulisan terhadap kitab tafseer Mafateeh Al-Ghaib also known as At-Tafseer Al-Kabeer tulisan Imam Fakhruddin Ar-Razi agak RUMIT. Maka, masa yang di ambil untuk membuat research berkaitan itu, mengambil masa yang agak lama. Ohh. X nak extend sem, Na’uzubillah!

Ana tahu, tafseer itu agak sukar di fahami, tapi apakan daya, ana suka! So now, I need to choose whether mengedit sedikit tajuk itu dengan tidak memberi fokus pada 1 kitab tafseer atau.. memilih tajuk lain. Masih ada masa. Cadangan Dr.

*thinking*

Mengharapkan curahan idea2 dari langit & bumi ciptaan ALLAH. Semoga datangnya seperti lebatnya hujan yang turun. Ameen Ya Rabb.

Dan kini, di samping tajuk thesis, ana telah mula mengatur langkah mencari maklumat penting untuk assignment yang bercambah2.

1 assignment Studies in the Methodology of Qur’anic Tafseer @ دراسة في مناهج المفسرين: Prof. Dr. Sohirin Solihin, dari Indonesia.

2 assignments Analytical Studies in Sciences of the Qur’an @ دراسة تحليلية في علوم القرآن: Dr. Radhwan Jamal Al-Athrasy, dari Palestin.

2 assignments Research Methodology @ مناهج البحث : Dr. Bachir Soulhi, dari Algeria.

Berapa semuanya? 5 kan? Plus, nak kena gali sumber2, fikrah2 n everythings related to my thesis. So please remind me to work hard on those things.

Kerana orang yang malas, tidak akan berjaya, maka ana tiada pilihan melainkan wajib menjadi seorang yang rajin lagi bersungguh2!

Doakan ana…….!

Mak bapak, redhai perjalanan ceq. Doakan perjuangan ceq. Kerana keredhaan mak bapak menjadi jaminan ceq mendapat redha ALLAH.

Got to go, bye guys! Sehingga bertemu lagi, biiznillah.

PG 4.4 B
Mahallah Ruqayyah
IIUM
1.04 am