Bismillah wa Alhamdulillah.
Lama benar x menjenguk. Kalau pun ada, pastinya bukan mengambil masa yang lama. Akademik mempunyai prioriti paling atas dan tertinggi apabila jasad di Taman Ilmu & Budi ini.
Ish, macam x percaya pun ada. Rasa macam baru semalam takut-takut masuk ke kelas. Risau bagai nak mati. Ada hati nak berpaling arah dari couse Quran Sunnah, masuk kembali ke bidang lama. Dada sesak. Otak serabut. Jiwa kacau.
Macam-macam la perasan. Mix feelings. I even cant tell u how was it. Sebab setiap hari balik kelas, mesti ada rasa down. Nak menangis. Sebab x faham belajar apa la tu. Classmates pulak majoriti foreigner. Cakap arab berdebu! Cakap english cayaq [ upss, loghat kedah ]
Pastu, x ramai kawan. Huhu. Ini indikator penting jugak sebenarnya. Sebab orang yang jenis bergantung & x pandai berdikari macam budak ini, mesti mahu peneman jati. Ada..bukannya x kenai lansung tapi yela, ramainya x rapat la!
Sedih. Hopeless!
Tapi bila kongsi dengan 3 orang adik kesayangan ana ~ Faezah, Azizah & Azizan, ana rasa semua benda negatif itu hilang.......! BAHAGIA ;) alhamdulillah.
Diorang ni la peneman jati ana, dulu [ d masa degree kelas minor skali ] sekarang n insyaAllah cik bertiga, akak harap SELAMANYA! (^_^) walaupun seorang dah kawen, sedang sarat menanti kelahiran baby sulungnya, seorang sedang muntah-muntah melayan nature of the law ~ loya2 ujian untuk the first four months of pregnancy & seorang lagi bakal menamatkan zaman daranya [ upss, which one better? zaman bujang ke? hihi ] awal Julai ini, kitorang still spend our time together ~ Alhamdulillah. Sebab most of our class sama. Memandangkan diorang ini major Sunnnah / Hadith sedangkan ana menurut minat ke bidang Quran, so ada 1 kelas yang berbeza!
Gambar? nantila!
Belajar Tafseer, sangat best, dengan Dr.Ammar Fadzil. Anak kepada Allahyarham Ust Fadzil Noor, bekas presiden PAS [ Al-Fatihah ]. Hm. Fokus surah Al-An'aam dengan pemahaman dari 5 jenis tafseer ; ayat 1-40 dari Tafseer At-Thobari karangan Imam Thobari, 41-75 dari Tafseer Mafateehul Al-Ghaib @ At-Tafseer Al-Kabeer tulisan Imam Fakhruddin Ar-Razi, ayat 76-105 dari tafseer tulisan Imam Zamakhsyari, Tafseer Al-Kasyaf, ayat 106-140 menyusuri nukilan Imam Ibn 'Asyur dalam tafseernya, Tafseer At-Tahreer wa An-Tanweer & akhirnya menghabiskan ayat 141-165 in d light of Tafseer Al-Manar karangan Imam Rasyid Ridha.
Banyak sangat nak kena bacaaaaa....!
Walaupun ana sangat 'sakit' dengan segala jenis tafsiran, pada sesetengahnya yang kerap punya perselisihan pendapat, harus diingati pendapat mana yang telah ditarjihkan, pelbagai jenis Qiraah pada satu kalimah dalam satu ayat, harus juga benar2 menjiwai segala apa yang Imam2 itu sampaikan, dan segalanya yang ana kira sebagai cabaran untuk ana, sebagai pendatang baru dalam bidang yang sangat ana cinta ini, sebuah cabaran untuk berhadapan dengan seorang lecturer yang amat concern tentang prestasi ana, cabaran berhadapan dengan classmates yang bukan calang dan bagai....
ANA TETAP PUAS DENGAN KEHIDUPAN INI dan yang pasti, ANA TETAP CINTA DENGAN SUBJEK INI : Textual Studies from The Books of Tafseer.
Sungguhpun paper ini, telah membuatkan ana menangis teruk kerana tidak berjaya menjawabnya dengan baik dalam final, 6hb lepas, ana berdoa agar : ANA TIDAK AKAN KECEWA DENGAN KEPUTUSAN DUNIA, kerana sedayanya ana mengikhlaskan niat : MENGEXPLORE KALAM ALLAH DR SETIAP SISI untuk akhirat ana. Doakan ana tak pernah putus asa.
Masih teringat, bagaimana presentation ana yang mendapat pelbagai jenis respon, di dalam dan di luar kelas dari classmates. Ada yang memberi cadangan agar handout ana ditambah baikkan. Ada yang memuji cara penyampaian yang bagus dan layak menjadi lecturer ( Ameen! )dan, ada juga yang menyatakan, " Noni cakap cepat! Kami lambat catch up. Hampa x pala bahasa arab berbuih, kami x faham bahasa hampa tinggi! " Upss, semua ana terima dengan baik & berlapang dada ;)
Belajar subjek Fiqh jugak, saaaaangat mengujakan! Owh tidak pernah terbayang, akan ada sebuah peluang untuk ana belajar di luar kotak minat ana. Ya tentu, ana tahu kepentingan Fiqh & Usul dalam hidup seorang Muslim tapi apakan daya, minat ana kurang terarah ke situ tambahan ana jarang menjadi scorer dalam lapangan ini. Sungguh mendukacitakan! Tambahan pula Dr. Boughedda Ghalia yang baik hati dan cantik itu hampir2 meranapkan minat ana, apabila cara penyampaian beliau yang amatlah cepat, kebetulan pula classmates yang asyik berdebat tak henti masa, ilmu yang penuh di dada, graduate dari pelbagai universiti hebat seluruh dunia, ANA TERUS MENGELUH : SUBJEK INI SUSAH!
Qadhaya fi Al-Ijtihad wa Al-Ifta' / Studies of Personal Reasoning and Fatwa, subjek 1st ana exam sebagai mahasiswa sarjana. 3 jam, tangan lenguh, penat perah otak, sakit2 badan! Tapi serius, bahagia setelah faham segalanya walaupun hanya dapat berbuat demikian di hujung semester pengajian!
Teringat jugak, bagaimana classmates ana hampir kesemuanya tergelak-gelak ketika presentation ana berkenaan qadhiyah adakah kesemua mujtahid benar ketika berijtihad, ataupun akan ada mujtahid yang salah dan betul dalam stiap ijtihad, dan adakah berdosa apabila mujtahid itu salah dalam berijtihad, ataukah mujtahid itu akan mendapat 1 pahala walaupun salah? Ini isunya.
Hairan & pelik juga, ana di buatnya. Serius x faham kenapa presentation ana ditertawakan.
Mulanya, ana agak berduka. Mungkinkah bahasa ana tidak baik. Mungkinkah research ana kurang tepat hingga jadi bahan ketawa. Mungkinkah tudung ana tidak cukup terbentuk. Atau...apa ya sebenarnya? MALU!
Pun begitu, ana disejukkan dengan beberapa respon yang ana kira cukup untuk membuatkan semangat ana terus marak! Ya, terima kasih kerana memahami setiap inci presentation ana, & meraikan setiap memek muka & bahasa tangan yang ana selitkan, pujian, kritikan mahupun cadangan. Mereka benar2 membuatkan ana B.A.H.A.G.I.A!
Dan tentunya, ana suka untuk bercerita tentang paper final exam yang paling membuatkan ana senyum pada tarikh 8 April : Islamic Critical Thinking! Siapa sangka, satu2nya subjek english sem ini, dan pasti ia paling membuatkan ana hampir menukar group, gara2 tersalah register, untuk beralih ke group bahasa arab akhirnya membuatkan ana paling " berselera " menghadap paper final! Alhamdulillah, bukanlah over confident cumanya jika dibandingkan dengan 3 paper lain, ana berharap sesuatu dari paper ini dalam result slip nanti. (^_^)
Dr.Muhammad Mumtaz Ali : I will miss u! Setiap kali ana bertandang ke bilik Dr., Dr. akan memotivasikan ana : " sister dun ever say that ur english is bad. I can understand what are u talking about. Its means ur english is good " Dan Dr. akan terus memberi resipi2 untuk terus B.A.G.U.S dalam english! Yeay! Amaaat suka! Dr, i will remember ur word : IMPOSSIBLE means : I M POSSIBLE. Bertuah kan ana dapat such a very great lecturer macam Dr.? I love!
Terbayang2 tepukan seorang brother dari India sambil menyatakan : " this is the best presentation we had " selepas ana memberi salam tanda permisi dari presentation ana.
" The Epistemological Tools as elaborated in The Quran " sounds great rite?! Huh. Tergeliat lidah ana cakap english, sakit otak fikir camna la nak present ni. dan seperti biasa, sambutan yang ana terima tiap kali bercakap di hadapan : SENYUM MALAH ADA YANG KETAWA!
Subjek last ana setiap minggu ialah Muslim Scholarship in Comparative Religion, dengan Dr.Anis Malik Thoha, seorang anak jati Indonesia. Juga, subjek terakhir yang ana jumpa dalam fatrah final exam!
Banyak betul soalan ramalan yang telah di buat berdasarkan analisis ke atas soalan2 lepas. Nasib baik ana tak membuta tuli membuat revision berdasarkan soalan2 itu saja! Alhamdulillah. Pun begitu, hati tetap gusar dan gelisah.
Semoga Allah melembutkan hati Dr. Ameen!
15 scholars yang telah menyumbang jasa dalam bidang perbandingan agama, telah ana kenali sepanjang semester 1 ini, Alhamdulillah. Sungguhpun ana langsung tak punya basic dalam bidang ini, dan ini merupakan pengalaman pertama, ana tetap cuba berjiwa besar untuk menuntut ilmu & memanfaatkan ruang ini sebagai sebuah peluang! ;)
Ana masih ingat bagaimana 3 orang brothers cuba membantu ana menjawab soalan Dr. setamatnya ana dari presentation on my assignment : book review : Izhar Al-Haq by Sheikh Rahmatullah Al-Hindi. Gara2 classmates semua diam dan tidak mengajukan sebarang soalan kepada ana [ kurang pasti sebenarnya tak bertanya kerana faham kesemuanya..atau..TAK FAHAM LANGSUNG?! ] seperti kebiasaan kepada lain2 presenter maka Dr. sendiri menguji! Ahhh.
Sakit!
Kelas ini pada asalnya paling ana x suka [ maaf Dr.! ] kerana ana dari azali kurang berminat untuk menghayati sejarah. Apa jua sejarah! Tidak berminat dengan kajian2 ke atas tokoh2. dan pulak...tidak mahir membuat book review! Aaaah!
Seems like semua benda dalam subjek ini benar2 jauh dari interest ana. Haha. Pun begitu, lama-kelamaan, selepas beberapa presenter berjaya menambahkan kefahaman ana melalui presentation mereka yang mantap, bukan sekadar reading session maka ana semakin cuba merapati subjek ini dari jauh. Kerap berjumpa Dr. untuk bertanya sungguhpun ia nampak bodoh!
Dan, akhirnya, ana berjaya mencintai subjek ini walaupun tak sepenuhnya, namun hingga pernah terlintas : NAK BUAT THESIS YANG ADA KAITAN DENGAN COMPARATIVE RELIGION LA! Ambitious!
Satu semester yang tak akan pernah ana lupakan, dan sekiranya ana lupa kerana ana manusia biasa, sekurang2nya ana telah mengabadikan kenangan terindah 4 bulan pertama bergelar sarjana, di sini.
Sungguh, ana suka bercerita hari2 yanga ana lalui dengan penuh keghairahan terhadap ilmu. Hari2 yang mengenalkan ana pada mereka yang sentiasa mahu membantu & memotivasikan ana. Hari2 yang mendatangkan kemanisan hidup sebagai seorang penuntut. Hari2 yang ana lalui dengan kasih sayang Allah dan kasih sayang manusia.
Hari2 yang ana lalui tanpa ana rasa sunyi & berseorangan. Hari2 yang penuh sokongan padu & tiupan semangat dari keluarga dan sahabat2. Hari2 yang ana lalui tanpa pernah menyesal. Hari2 yang ana ingin sekali, mati di dalamnya.
Inilah hari2nya.
Sekalipun ana punya 10 mulut, sekiranya ana punya 40 jari kaki dan tangan, ana tetap tidak mampu menzahirkan bagaimana LAZATnya ana berteman ilmu agama siang dan malam!
STUDY IS FUN! Belajar ini seronok, SEBENARNYA!
Berlalu 1 fasa dalam hidup ana. Dan tentunya ana sedih untuk berpisah dengan hari2 ana bersama Dr.Ammar Fadzil, Dr. Boughedda Ghalia, Dr. Muhammad Mumtaz Ali & Dr.Anis Malik Thoha dan seluruh classmates yang pernah mendownkan semangat ana juga pernah mnenaikkannya kembali!
Ana berharap untuk kembali bersama Dr.2 ini. Ana sangat mencintai mereka!
Ana akan sentiasa membayangkan keadaan ini sepanjang cuti hampir 5 bulan ini :
Bilik hijau yang tersusunnya di sana sini dengan kitab2 (^_^) Mak tengokla anak mak yang rajin ni.. Hehe
Kitab2 yang penuh di rak (^_^) Bapak tengokla anak bapak yang gigih ni, Hehe
Juga..................!
Kitab2 yang di pinjam setinggi Menara Alor Setar demi menyelesaikan segala jenis assignment & esei2 yang setinggi KLCC itu! [ gambar hiasan ~ pinjam dari jiran a.k.a Rabi'atul Aribah (^_^) ]
Dan...
Ummu ~ Humm ~ Bah teman ana study di library sepanjang hari! Terima kasih!
Ana akan terus merindui keadaan2 ini.
Dan..akan sentiasa merindui hari2 itu. Hari2 yang menyesakkan dada namun menghadiahkan senyuman bahagia sepanjang zaman.
Allah..panjangkan usiaku, untuk ilmu-Mu yang luas. kerna..aku terkesan dengan kalam Imam Syafie : "Tiap kali Tuhan menambah ilmu ku, bertambah yakinlah aku bahawa aku ini masih bodoh!"
Allah..aku enggan bertemu-Mu dalam keadaan bodoh & jahil sedangkan aku masih mampu berusaha untuk menghilangkannya.
ANA MAHU TERUS BERGELAR MAHASISWA!
Apr 12, 2011
ANA MAHU TERUS BERGELAR MAHASISWA
Posted by Nony Imtiyaz at Tuesday, April 12, 2011 3 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)