CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Dec 14, 2011

Kerana ana tidak tahu sedangkan ALLAH Maha Tahu

Akhirnya ana menjumpai barang yang hilang. Iaitu MASA.

Sungguh, masa yang ALLAH beri, sama bilangan jamnya pada seluruh umat manusia. Pun begitu, bukanlah bererti ana tak punya masa, tetapi to make it short and precise, I am looking for my right time to blog. Mencari masa yang paling sesuai dan praktikal untuk menulis.

Telah lama ana rasa mahu berkongsi cerita ini. Ia tersimpan hampir sebulan. Ya, hampir sebulan.

Merasai di tarbiyah ALLAH secara lansung, memang membuatkan ana tertunduk malu. Forgive me dear ALLAH, when I whine. When I ask for many things. When I feel bad and sad. When I act juz like I dun believe in You.
ASTAGHFIRULLAH.

Semasa cuti pertengahan sem, baru-baru ini, [ seminggu bertepatan Raya ‘Aidiladha ], laptop ana sakit tenat. Macam2 perangai yang dia buat. Mungkin lama sangat tak makan antibiotic. Ups, mungkin sebab dah lama x buat medical check up.

Di saat ia meraung, ana benar2 memerlukan laptop, kerana workloads yang banyak memerlukan keberadaan ia di sisi. Selepas berjumpa dengan Dr. pakarnya, ana di nasihatkan untuk menghantar ke hospital ASUS, dan sungguhpun ana di maklumkan bahawa masa yang di ambil sekitar 2 minggu, tiada pilihan melainkan ana bersetuju.

Maka, sebelum balik bercuti seminggu, ana menghantarnya, dengan penuh harapan : PULIHLAH SEGERA. Demi menunaikan hajat ana yang banyaknya berjuta, masih berbaki dan bersisa!

Hampir setiap hari, pasti ada saja mesej yang ana hantar, bertanya khabar dan keadaannya. Maka seminggu di rumah, ternyatalah tidak mampu membuat walaupun sehelai muka surat dari kerja sekolah yang berlambak itu. Satu, segan nak pinjam laptop kakak ipar. Dua, laptop abang ipar tak ada tulisan arab. Tiga, MALAS nak tunjuk kesibukan depan mak bapak. *nanti mak bapak rasa kasihan terus tak nak susahkan ana buat apa2 lansung!*


*** Cuti seminggu TAMAT. Pulang ke UIA dengan 1001 ketakutan : Homeworks satu pun tak siap! ***


D UIA, hidup tidak pernah aman. Nak pinjam laptop sahabat ana a.k.a jiran sebelah, dia pun masa tu tengah busy buat assignments. Memang musim. Lagi sorang sahabat, tak ada tulisan arab. Aiseh.

M.a.c.a.m.m.a.n.a.n.i.i.i?.?.?

Idea : sedeqah duit kat CC. So, kenalah berjimat duit poket minggu ni semata-mata nak menaip di CC. Nak pegi lab UIA yang free, kena tengok time pulak. Ada juga beberapa hari terpaksa bergilir dengan sahabat yang berjiran, di kala tidurnya dia, maka ana berjaga mengatur huruf. Susah sebenarnya!

Strategi baru : buat muka tak malu pada adik2 yang very close dengan ana, Tanya possible tak k.noni nk pinjam laptop? Since, diorang at that time adalah musim midterm. If x guna la. Maka, seorang junior berkata, “ Boleh. Saya ada dua laptop. Mai la amik, guna ja sampai k.n dapat laptop k.n. ”

GEMBIRA TAK TERKATA. ALHAMDULILLAH!

Ambil, guna tapi..TET. Mati. Harap maaf. Dia Cuma bagi laptop, tapi tak ada charger. Sebab charger tu ada di Kedah. So, demi menjaga hati owner, ana cakap tak apa, ana cuba cari siapa yang guna ACER, nak pinjam charger.

Mendapat seorang junior yang sudi meminjamkan charger ACER. Rezeqi!
Tapi, setiap kali ana mahu bertandang ke bilik, untuk meminjam, beralasanlah dia bahawa sedang di kelas mahupun di mesyuarat. Adoiii. Susah pulak kawan dengan orang busy ni.

Rezeqi datang lagi. Cerita sedih ana tak punya laptop untuk menyelesaikan assignment yang harus di submit pada minggu depan, sampai ke telinga seorang kakak senior, classmate ana.

Maka, kakak ini pun mengoffer laptop COMPAQ kakaknya, kerana dia sudah punya laptop. Memanjatlah ana ke biliknya, teruja, meminjam dan pulang ke bilik, terus bersegera on untuk menaip.

Hmmmmmmmmmmm. Terima kasih! Laptop ini tak punya tulisan arab! Mungkin kakak ini terlalu semangat untuk meminjamkan ana, terus terlupa sebenarnya laptop kakaknya tidak bertulisan arab sedangkan ana harus menaip assignment yang sama kelas dengannya dalam bahasa arab!

Alhamdulillah. Dah 2 biji laptop kat bilik, tapi tiada sebarang fungsi. Memenuhkan locker..dan menambahkan amanah ana untuk menjaga barang-barang orang. MasyaALLAH.
Bayangkan perasaan ana pada ketika itu. Rasa sesak dada yang amat. Rasa melarat. Rasa penat.

Macam nak p beli laptop baru.
Macam nak sewa laptop orang.
Macam nak tido kat lab @ ITD.
Macam nak JERIT!

Sedih, serabut, tension yang maha dahsyat. Alhamdulillah. ALLAH uji, untuk ajar sabar, Noni. Tolonglah bersabar.



Tiba-tiba, tiba-tiba, TIBA-TIBA, mendapat mesej dari Dr. pakar laptop ana.
“ Salam, Noni. Laptop dah siap. Boleh amik esok selepas Zohor. ”

HAMDAN LILLAH. WA SYUKRI LILLAH.

Kepuasan, kegembiraan, kebahagiaan yang mampu menghilangkan segala kegentingan. SubhanALLAH.

ALLAH bagi laptop, sebab ana minta laptop. Tapi, laptop 2 biji yang akhirnya hanya tersimpan dan tak boleh dimanfaatkan.

Cuba la mintak yang terbaik dalam hidup, Noni. See, ALLAH kembalikan laptop ana, itu yang paling terbaik dalam hidup ana, pada masa itu, sungguhpun pada awalnya dijanjikan mengambil masa 2 minggu lebih.

Paling terbaik pada masa itu, adalah bersabar. Melihat sisi positif, masa itu bolehlah digunakan untuk membuat revision walaupun tak la boleh focus sangat sebab assignments belum siap!

Paling terbaik pada masa itu juga, adalah ana merasai perasaan teman-teman ana yang tak punya laptop. Ya ALLAH, susahnya! Rupanya macam ni diorang rasa teruk. U juz lost ur laptop for a week, Noni! Macam dah nak mati! Astaghfirullah.

Wallahi, ana malu dengan diri sendiri. Dan, tentunya dengan ALLAH. Ana minta apa yang ana hendak. Apa yang ana mahu. Dan ana banyak mengeluh.

Sesungguhnya hanya ALLAH lah yang lebih mengetahui hikmah ana di uji, dan Maha Tahu apa yang ana perlu melebihi apa yang ana hendak.

Wallahi, rezeqi bukanlah sesuatu yang kita suka. Mungkin kita tak suka, tetapi ia memanfaatkan.

Rezeqi, bukanlah material semata, tetapi juga inspirasi yang menumbuhkan keimanan yang lebih subur dalam hati.

Rezeqi, bukan sahaja didefinisikan apabila ia bertepatan dengan apa yang kita minta dan berjaya diperolehi, malah jauh dari itu adalah, apa yang lebih berhak dan lebih bagus dimiliki.

Percayalah bahawa, semua yang ALLAH taqdirkan adalah yang paling terbaik, dan ia adalah rezeqi :)


Ana percaya ini.

Kerana, ana tidak tahu sedangkan ALLAH Maha Tahu.

Oct 3, 2011

Nak stori mori la sikit ~

Lama x menulis. Rasa rindu, indeed!

Minggu keempat di semester kedua, ternyata ianya sebuah landasan baru dalam perjuangan menuju kemenangan.

Semangat yang diselit perasaan tertekan, adakalanya, membuat diri kadang2 akhirnya mengakui, “ Letih! “

Bukan mahu menyerah. Bukan. Sama sekali bukan. Kerana ana bukan bercinta dengan medan ini untuk sebuah keduniaan yang mungkin boleh di beli dengan segulung sijil. Cuma, stress yang bertimpa dek inferior yang melampau dengan classmates. Argghhh!

Cinta medan ini, penuh dengan PASSION. Ghairah.
Doakan ana istiqamah.

Nak stori mori la sikit ~

Alhamdulillah, tajuk thesis yang telah ana propose pada cuti semester lepas, telah pun di approve. Maka, menjadilah ana anak angkat kepada Dr. Noor Mohammad Osmani, berasal dari Bangladesh yang fasih berbahasa Arab & English. SubhanAllah. Memang ana suka Dr. itu! (-_-)

Pun begitu, kata Dr. pada pertemuan sulung kami 2 minggu lepas, tajuk ana harus di revise memandangkan cadangan ana untuk memfokuskan penulisan terhadap kitab tafseer Mafateeh Al-Ghaib also known as At-Tafseer Al-Kabeer tulisan Imam Fakhruddin Ar-Razi agak RUMIT. Maka, masa yang di ambil untuk membuat research berkaitan itu, mengambil masa yang agak lama. Ohh. X nak extend sem, Na’uzubillah!

Ana tahu, tafseer itu agak sukar di fahami, tapi apakan daya, ana suka! So now, I need to choose whether mengedit sedikit tajuk itu dengan tidak memberi fokus pada 1 kitab tafseer atau.. memilih tajuk lain. Masih ada masa. Cadangan Dr.

*thinking*

Mengharapkan curahan idea2 dari langit & bumi ciptaan ALLAH. Semoga datangnya seperti lebatnya hujan yang turun. Ameen Ya Rabb.

Dan kini, di samping tajuk thesis, ana telah mula mengatur langkah mencari maklumat penting untuk assignment yang bercambah2.

1 assignment Studies in the Methodology of Qur’anic Tafseer @ دراسة في مناهج المفسرين: Prof. Dr. Sohirin Solihin, dari Indonesia.

2 assignments Analytical Studies in Sciences of the Qur’an @ دراسة تحليلية في علوم القرآن: Dr. Radhwan Jamal Al-Athrasy, dari Palestin.

2 assignments Research Methodology @ مناهج البحث : Dr. Bachir Soulhi, dari Algeria.

Berapa semuanya? 5 kan? Plus, nak kena gali sumber2, fikrah2 n everythings related to my thesis. So please remind me to work hard on those things.

Kerana orang yang malas, tidak akan berjaya, maka ana tiada pilihan melainkan wajib menjadi seorang yang rajin lagi bersungguh2!

Doakan ana…….!

Mak bapak, redhai perjalanan ceq. Doakan perjuangan ceq. Kerana keredhaan mak bapak menjadi jaminan ceq mendapat redha ALLAH.

Got to go, bye guys! Sehingga bertemu lagi, biiznillah.

PG 4.4 B
Mahallah Ruqayyah
IIUM
1.04 am

Apr 12, 2011

ANA MAHU TERUS BERGELAR MAHASISWA

Bismillah wa Alhamdulillah.

Lama benar x menjenguk. Kalau pun ada, pastinya bukan mengambil masa yang lama. Akademik mempunyai prioriti paling atas dan tertinggi apabila jasad di Taman Ilmu & Budi ini.

Ish, macam x percaya pun ada. Rasa macam baru semalam takut-takut masuk ke kelas. Risau bagai nak mati. Ada hati nak berpaling arah dari couse Quran Sunnah, masuk kembali ke bidang lama. Dada sesak. Otak serabut. Jiwa kacau.

Macam-macam la perasan. Mix feelings. I even cant tell u how was it. Sebab setiap hari balik kelas, mesti ada rasa down. Nak menangis. Sebab x faham belajar apa la tu. Classmates pulak majoriti foreigner. Cakap arab berdebu! Cakap english cayaq [ upss, loghat kedah ]

Pastu, x ramai kawan. Huhu. Ini indikator penting jugak sebenarnya. Sebab orang yang jenis bergantung & x pandai berdikari macam budak ini, mesti mahu peneman jati. Ada..bukannya x kenai lansung tapi yela, ramainya x rapat la!

Sedih. Hopeless!

Tapi bila kongsi dengan 3 orang adik kesayangan ana ~ Faezah, Azizah & Azizan, ana rasa semua benda negatif itu hilang.......! BAHAGIA ;) alhamdulillah.

Diorang ni la peneman jati ana, dulu [ d masa degree kelas minor skali ] sekarang n insyaAllah cik bertiga, akak harap SELAMANYA! (^_^) walaupun seorang dah kawen, sedang sarat menanti kelahiran baby sulungnya, seorang sedang muntah-muntah melayan nature of the law ~ loya2 ujian untuk the first four months of pregnancy & seorang lagi bakal menamatkan zaman daranya [ upss, which one better? zaman bujang ke? hihi ] awal Julai ini, kitorang still spend our time together ~ Alhamdulillah. Sebab most of our class sama. Memandangkan diorang ini major Sunnnah / Hadith sedangkan ana menurut minat ke bidang Quran, so ada 1 kelas yang berbeza!

Gambar? nantila!

Belajar Tafseer, sangat best, dengan Dr.Ammar Fadzil. Anak kepada Allahyarham Ust Fadzil Noor, bekas presiden PAS [ Al-Fatihah ]. Hm. Fokus surah Al-An'aam dengan pemahaman dari 5 jenis tafseer ; ayat 1-40 dari Tafseer At-Thobari karangan Imam Thobari, 41-75 dari Tafseer Mafateehul Al-Ghaib @ At-Tafseer Al-Kabeer tulisan Imam Fakhruddin Ar-Razi, ayat 76-105 dari tafseer tulisan Imam Zamakhsyari, Tafseer Al-Kasyaf, ayat 106-140 menyusuri nukilan Imam Ibn 'Asyur dalam tafseernya, Tafseer At-Tahreer wa An-Tanweer & akhirnya menghabiskan ayat 141-165 in d light of Tafseer Al-Manar karangan Imam Rasyid Ridha.


Banyak sangat nak kena bacaaaaa....!

Walaupun ana sangat 'sakit' dengan segala jenis tafsiran, pada sesetengahnya yang kerap punya perselisihan pendapat, harus diingati pendapat mana yang telah ditarjihkan, pelbagai jenis Qiraah pada satu kalimah dalam satu ayat, harus juga benar2 menjiwai segala apa yang Imam2 itu sampaikan, dan segalanya yang ana kira sebagai cabaran untuk ana, sebagai pendatang baru dalam bidang yang sangat ana cinta ini, sebuah cabaran untuk berhadapan dengan seorang lecturer yang amat concern tentang prestasi ana, cabaran berhadapan dengan classmates yang bukan calang dan bagai....

ANA TETAP PUAS DENGAN KEHIDUPAN INI dan yang pasti, ANA TETAP CINTA DENGAN SUBJEK INI : Textual Studies from The Books of Tafseer.

Sungguhpun paper ini, telah membuatkan ana menangis teruk kerana tidak berjaya menjawabnya dengan baik dalam final, 6hb lepas, ana berdoa agar : ANA TIDAK AKAN KECEWA DENGAN KEPUTUSAN DUNIA, kerana sedayanya ana mengikhlaskan niat : MENGEXPLORE KALAM ALLAH DR SETIAP SISI untuk akhirat ana. Doakan ana tak pernah putus asa.

Masih teringat, bagaimana presentation ana yang mendapat pelbagai jenis respon, di dalam dan di luar kelas dari classmates. Ada yang memberi cadangan agar handout ana ditambah baikkan. Ada yang memuji cara penyampaian yang bagus dan layak menjadi lecturer ( Ameen! )dan, ada juga yang menyatakan, " Noni cakap cepat! Kami lambat catch up. Hampa x pala bahasa arab berbuih, kami x faham bahasa hampa tinggi! " Upss, semua ana terima dengan baik & berlapang dada ;)

Belajar subjek Fiqh jugak, saaaaangat mengujakan! Owh tidak pernah terbayang, akan ada sebuah peluang untuk ana belajar di luar kotak minat ana. Ya tentu, ana tahu kepentingan Fiqh & Usul dalam hidup seorang Muslim tapi apakan daya, minat ana kurang terarah ke situ tambahan ana jarang menjadi scorer dalam lapangan ini. Sungguh mendukacitakan! Tambahan pula Dr. Boughedda Ghalia yang baik hati dan cantik itu hampir2 meranapkan minat ana, apabila cara penyampaian beliau yang amatlah cepat, kebetulan pula classmates yang asyik berdebat tak henti masa, ilmu yang penuh di dada, graduate dari pelbagai universiti hebat seluruh dunia, ANA TERUS MENGELUH : SUBJEK INI SUSAH!

Qadhaya fi Al-Ijtihad wa Al-Ifta' / Studies of Personal Reasoning and Fatwa, subjek 1st ana exam sebagai mahasiswa sarjana. 3 jam, tangan lenguh, penat perah otak, sakit2 badan! Tapi serius, bahagia setelah faham segalanya walaupun hanya dapat berbuat demikian di hujung semester pengajian!

Teringat jugak, bagaimana classmates ana hampir kesemuanya tergelak-gelak ketika presentation ana berkenaan qadhiyah adakah kesemua mujtahid benar ketika berijtihad, ataupun akan ada mujtahid yang salah dan betul dalam stiap ijtihad, dan adakah berdosa apabila mujtahid itu salah dalam berijtihad, ataukah mujtahid itu akan mendapat 1 pahala walaupun salah? Ini isunya.

Hairan & pelik juga, ana di buatnya. Serius x faham kenapa presentation ana ditertawakan.

Mulanya, ana agak berduka. Mungkinkah bahasa ana tidak baik. Mungkinkah research ana kurang tepat hingga jadi bahan ketawa. Mungkinkah tudung ana tidak cukup terbentuk. Atau...apa ya sebenarnya? MALU!

Pun begitu, ana disejukkan dengan beberapa respon yang ana kira cukup untuk membuatkan semangat ana terus marak! Ya, terima kasih kerana memahami setiap inci presentation ana, & meraikan setiap memek muka & bahasa tangan yang ana selitkan, pujian, kritikan mahupun cadangan. Mereka benar2 membuatkan ana B.A.H.A.G.I.A!

Dan tentunya, ana suka untuk bercerita tentang paper final exam yang paling membuatkan ana senyum pada tarikh 8 April : Islamic Critical Thinking! Siapa sangka, satu2nya subjek english sem ini, dan pasti ia paling membuatkan ana hampir menukar group, gara2 tersalah register, untuk beralih ke group bahasa arab akhirnya membuatkan ana paling " berselera " menghadap paper final! Alhamdulillah, bukanlah over confident cumanya jika dibandingkan dengan 3 paper lain, ana berharap sesuatu dari paper ini dalam result slip nanti. (^_^)

Dr.Muhammad Mumtaz Ali : I will miss u! Setiap kali ana bertandang ke bilik Dr., Dr. akan memotivasikan ana : " sister dun ever say that ur english is bad. I can understand what are u talking about. Its means ur english is good " Dan Dr. akan terus memberi resipi2 untuk terus B.A.G.U.S dalam english! Yeay! Amaaat suka! Dr, i will remember ur word : IMPOSSIBLE means : I M POSSIBLE. Bertuah kan ana dapat such a very great lecturer macam Dr.? I love!

Terbayang2 tepukan seorang brother dari India sambil menyatakan : " this is the best presentation we had " selepas ana memberi salam tanda permisi dari presentation ana.

" The Epistemological Tools as elaborated in The Quran " sounds great rite?! Huh. Tergeliat lidah ana cakap english, sakit otak fikir camna la nak present ni. dan seperti biasa, sambutan yang ana terima tiap kali bercakap di hadapan : SENYUM MALAH ADA YANG KETAWA!

Subjek last ana setiap minggu ialah Muslim Scholarship in Comparative Religion, dengan Dr.Anis Malik Thoha, seorang anak jati Indonesia. Juga, subjek terakhir yang ana jumpa dalam fatrah final exam!

Banyak betul soalan ramalan yang telah di buat berdasarkan analisis ke atas soalan2 lepas. Nasib baik ana tak membuta tuli membuat revision berdasarkan soalan2 itu saja! Alhamdulillah. Pun begitu, hati tetap gusar dan gelisah.

Semoga Allah melembutkan hati Dr. Ameen!

15 scholars yang telah menyumbang jasa dalam bidang perbandingan agama, telah ana kenali sepanjang semester 1 ini, Alhamdulillah. Sungguhpun ana langsung tak punya basic dalam bidang ini, dan ini merupakan pengalaman pertama, ana tetap cuba berjiwa besar untuk menuntut ilmu & memanfaatkan ruang ini sebagai sebuah peluang! ;)

Ana masih ingat bagaimana 3 orang brothers cuba membantu ana menjawab soalan Dr. setamatnya ana dari presentation on my assignment : book review : Izhar Al-Haq by Sheikh Rahmatullah Al-Hindi. Gara2 classmates semua diam dan tidak mengajukan sebarang soalan kepada ana [ kurang pasti sebenarnya tak bertanya kerana faham kesemuanya..atau..TAK FAHAM LANGSUNG?! ] seperti kebiasaan kepada lain2 presenter maka Dr. sendiri menguji! Ahhh.

Sakit!

Kelas ini pada asalnya paling ana x suka [ maaf Dr.! ] kerana ana dari azali kurang berminat untuk menghayati sejarah. Apa jua sejarah! Tidak berminat dengan kajian2 ke atas tokoh2. dan pulak...tidak mahir membuat book review! Aaaah!

Seems like semua benda dalam subjek ini benar2 jauh dari interest ana. Haha. Pun begitu, lama-kelamaan, selepas beberapa presenter berjaya menambahkan kefahaman ana melalui presentation mereka yang mantap, bukan sekadar reading session maka ana semakin cuba merapati subjek ini dari jauh. Kerap berjumpa Dr. untuk bertanya sungguhpun ia nampak bodoh!

Dan, akhirnya, ana berjaya mencintai subjek ini walaupun tak sepenuhnya, namun hingga pernah terlintas : NAK BUAT THESIS YANG ADA KAITAN DENGAN COMPARATIVE RELIGION LA! Ambitious!

Satu semester yang tak akan pernah ana lupakan, dan sekiranya ana lupa kerana ana manusia biasa, sekurang2nya ana telah mengabadikan kenangan terindah 4 bulan pertama bergelar sarjana, di sini.

Sungguh, ana suka bercerita hari2 yanga ana lalui dengan penuh keghairahan terhadap ilmu. Hari2 yang mengenalkan ana pada mereka yang sentiasa mahu membantu & memotivasikan ana. Hari2 yang mendatangkan kemanisan hidup sebagai seorang penuntut. Hari2 yang ana lalui dengan kasih sayang Allah dan kasih sayang manusia.

Hari2 yang ana lalui tanpa ana rasa sunyi & berseorangan. Hari2 yang penuh sokongan padu & tiupan semangat dari keluarga dan sahabat2. Hari2 yang ana lalui tanpa pernah menyesal. Hari2 yang ana ingin sekali, mati di dalamnya.

Inilah hari2nya.

Sekalipun ana punya 10 mulut, sekiranya ana punya 40 jari kaki dan tangan, ana tetap tidak mampu menzahirkan bagaimana LAZATnya ana berteman ilmu agama siang dan malam!

STUDY IS FUN! Belajar ini seronok, SEBENARNYA!

Berlalu 1 fasa dalam hidup ana. Dan tentunya ana sedih untuk berpisah dengan hari2 ana bersama Dr.Ammar Fadzil, Dr. Boughedda Ghalia, Dr. Muhammad Mumtaz Ali & Dr.Anis Malik Thoha dan seluruh classmates yang pernah mendownkan semangat ana juga pernah mnenaikkannya kembali!

Ana berharap untuk kembali bersama Dr.2 ini. Ana sangat mencintai mereka!

Ana akan sentiasa membayangkan keadaan ini sepanjang cuti hampir 5 bulan ini :


Bilik hijau yang tersusunnya di sana sini dengan kitab2 (^_^) Mak tengokla anak mak yang rajin ni.. Hehe


Kitab2 yang penuh di rak (^_^) Bapak tengokla anak bapak yang gigih ni, Hehe

Juga..................!

Kitab2 yang di pinjam setinggi Menara Alor Setar demi menyelesaikan segala jenis assignment & esei2 yang setinggi KLCC itu! [ gambar hiasan ~ pinjam dari jiran a.k.a Rabi'atul Aribah (^_^) ]

Dan...

Ummu ~ Humm ~ Bah teman ana study di library sepanjang hari! Terima kasih!

Ana akan terus merindui keadaan2 ini.

Dan..akan sentiasa merindui hari2 itu. Hari2 yang menyesakkan dada namun menghadiahkan senyuman bahagia sepanjang zaman.

Allah..panjangkan usiaku, untuk ilmu-Mu yang luas. kerna..aku terkesan dengan kalam Imam Syafie : "Tiap kali Tuhan menambah ilmu ku, bertambah yakinlah aku bahawa aku ini masih bodoh!"

Allah..aku enggan bertemu-Mu dalam keadaan bodoh & jahil sedangkan aku masih mampu berusaha untuk menghilangkannya.


ANA MAHU TERUS BERGELAR MAHASISWA!

Mar 24, 2011

Update!

Salam. Semoga Allah mengampuni dosa ana, dosa ibu bapa ana, dosa ahli keluarga ana, seluruh guru & sahabat2 ana.

Ya, semoga pagi jumaat ini membersihkan segalanya. Ameen.

Tidak berkesempatan juga menulis panjang kali ini. Namun semangat ini ada apabila kerap saja ada yang menyindir2 ana dengan sinis betapa berdebunya blog ini! Tidaak!

Bahagianya ~ itu tandanya mereka selalu menziarah blog ana. Upss, TERIMA KASIH ya ;)

Ya, pasti kali ini ana hanya akan memberitahu kalian jadual final exam ana. Untuk apa? Untuk memohon jasa baik kalian mendoakan kecemerlangan ana.

Malah JAUH dari itu ~ semoga doa kalian terhadap ana : SEMOGA DIA MAMPU BERAMAL DENGAN ILMUNYA & MEMANFAATKAN UMMAH. Ameen! Bukan gred @ pointer ye Noni untuk dikejar!

Ok. Before schedule, nak tunjuk ni dulu :


Bah ~ ana ~ Tie

Gambar terbaru kami, selepas 6 bulan x bersama. Betapa SAHABAT itu ibarat penjual minyak wangi!

Sahabat ana, Nurul Izzatie baru saja menjejak kaki dari bumi indah Syria. [ oh rindu Mesir jugak! ] Jadi kedatangannya ke UIA benar2 mengujakan dan, yup, it was a memorable moment when we juz slept at 4am after getting some chats and updating the stories! Hehe.

Aribah ~ special dedication utk jiran ana yang baik hati & penyayang ini. " I LOVE U ". hehe

Rindu mereka ini jugak! :-(


Farahani ~ Baya ~ ana [ celebration of my 23rd birthday at Burger King, hehe ]

How I MISS U BOTH, tau x! :-(

Okeh. Memang emo sikit bila keja banyak ni. Tambah2 dah nak exam. Mula la nak down, tension, demotivated, mcam2 la. Huhu

28 MAC : QADHAYA FI AL-IJTIHAD WA AL-IFTA' / STUDIES OF PERSONAL REASONING AND FATWA

6 APRIL : TEXTUAL STUDIES FROM THE BOOKS OF TAFSER

8 APRIL : ISLAMIC CRITICAL THINKING

12 APRIL : MUSLIMS SCHOLARSHIP IN COMPARATIVE RELIGION

Semua exam pagi, jam 9. Minta tolong boleh? Tolong DOAKAN noni!

Sangat banyak benda nak share tapi x sempatla. Menulis untuk menghilangkan kemengantukan yang maha dasyat. Huhu.

Sedang membaca buku Izhar Al-Haq [ Truth Revealed ] karangan Sheikh Rahmatullah Al-Hindi, preparing for my last presentation in Comparative Religion's subject. Akan present tajuk Trinity. I love but its too hard. Positif noni!

Okeh. Tata dulu eh. Maafkan semuanya, hope to see u again, guys! ;)

Salam.

Mar 6, 2011

Salam.

Menulis dalam keadaan yang tidak dirancang. All of a sudden! Hehe.

Sedang melayan kerenah sistem pre-registration subjek untuk sem 1 nanti yang meloyakan. Sangat meloyakan. dan..menyakitkan jiwa raga!

Asyik x boleh log in ja. Apa cerita? Broadband kot, bukannya guna wireless uia pun. Sistem sangat berkura-kura, tidak berarnab mahupun beratlit lumba lari. [ rosak bahasa! ]

Okeh. Sekarang sangat busy di tambah pulak sedang berjinak-jinak dengan dunia terjemahan. Alhamdulillah, rezeki! Di tawarkan menjadi part-time translator di salah sebuah institut, sangat memeranjatkan & mengujakan! Pasti!

Tidak mengejar upah, yang penting dapat belajar banyak benda baru. Bukan sekadar skill menterjemah malah dapat vocab & pengalaman! Alhamdulillah, bahagia untuk ini ;)

Setakat ni, dah translate 2 kali. Susah tapi best. Doakan ana ya! Mak bapak yang x bagi ana kerja sambil study pun ok dengan job ni. Sebab duduk kat bilik je, translate & send balik via emel. Lagipun penting untuk belajar cara menterjemah, kan?

Ok2. Nak stop dulu. Maaf membebel pulak kat sini. Ini dulu untuk sekarang, insyaAllah jumpa lagi..;)

Feb 22, 2011

KESIBUKAN

Assalamu'alaikum w.b.t & salam 1 malaysia!

Oh ya, kembali menulis selepas beberapa bulan tidak menulis. Menjenguk, tapi tak mampu menulis. Busy yang amat sangat, oh sangat tinggi nilainya kehidupan menadah ilmu!

Of course, kali ini juga tidak sempat menulis panjang & bercerita kesemuanya. Tak sempat untuk cover every story yang dah lepas. I'm really sorry.

Thanx dekat semua yang dah sindir-sindir blog noni dah berdebu. Bersawang. Whatever it is, i need more time if i could, but its impossible, rite?

Sekarang ni dilanda sejuta KESIBUKAN. Kerja yang sangatlah berlambak dan banyak! Doakan noni ya. Mengejar ilmu kerana sukakan ilmu, semoga niat terjaga.

Even i can't promise you to update my blog in a short time but i wish i can write down something sooner...very sooner..InsyaAllah. Hehe

Dun wori my dear frens, ana masih sempat makan. Rehat. Tidur. Even kadang x cukup & bukan dalam kuantiti yang sepatutnya. But i really love dis situation of mine. Busy..busy..and busy..

Ok kan busy dengan life yang terisi dengan p sana sini untuk belajar & dapat pahala dari disibukkan syaitan dengan perkara2 lain? IT IS MUCH BETTER!

Serius amat bahagia dengan pengajian sekarang even ianya semakin mencabar & lebih mencabar! PUAS. Alhamdulillah. Bantu ana, Ya Rahman.

Ok, update terakhir before i pen off :

Subjek Tafseer, da present & submit assignment. Waiting 4 my final exam. Haha, seems like dah prepare kan? Tak la. Bukan. Tapi sedang mula revise dah. Sebab suka sangat subjek ni.

Subjek Fiqh ( Ijtihad & Ifta' ): Tengah buat assignment & prepare utk present sabtu depan [ backup class ]. Doakan ya!

Subjek Muslim Scholarship in Comparative Religion : da submit 1 essay. Alhamdulillah. Baki kerja : 1 lagi essay, 1 presentation & 1 assignment. Huh. Tough!

Subjek Islamic Critical Thinking : assignment : done, alhamdulillah. Kena prepare untuk presentation next Tuesday. Huhu. Kalut juga because kena make sure lidah x keluarkan teks in arabic! Doakn!

Ok2. Da nak sambung keja. Doakan urusan dunia ana dipermudahkan ya! Ameen. Let's pray 4 d beatiful world! Ilal liqa ;)

Jan 15, 2011

Dah jadi student balik (^_^)

Salam.

Sorry my beloved blog, i miss to write on u, but i need to settle down macam-macam benda. Hukhuk. I have no choice, so i let u go first. But i'm coming now!

And sorry to everyone, who keep visiting & giving ur support. Appreciate sangat, thanx ya! =)

This time pun, i'm not going to write panjang2. Sekarang, ana sangatlah menghargai masa. Menepati masa [ even sumtimes ada gak x tepati, terlajak 2-3 minutes ] dan mendahulukan masa ana [ semakin selfish! ]

I'm now at Postgraduate Block B ( PG B 4.4 ) Mahallah Ruqayyah. Kat sini ana kembali menyusun plan hidup 5-10 tahun yang akan datang, siapa tahu? Doakan ya.

Why i am here?

Ana kembali dengan rutin lama, hihi, a full-time student. Ya, semakin naik level study, semakin susah la. But i have to go through all the challenges! Tambah2 jadi student bidang lain [ now i am a Qur'anic & Sunnah Studies' student ~ not Arabic student anymore], lagi la lambat nak catch up.

Sem ni, ana amik 4 subjek :

1) TEXTUAL STUDIES FROM THE BOOKS OF TAFSIR with Dr. Ammar Fadzil
2) STUDIES OF PERSONAL REASONING AND FATWA with Dr. Boughedda Ghalia
3) ISLAMIC CRITICAL THINKING with Dr. Muhammad Mumtaz Ali
4) MUSLIM SCHOLARSHIP IN COMPARATIVE RELIGION with Dr. Anis Malik Toha

Semua Doktor2 ana ni baik. Sangatlah baik. Even senior2 pun cakap bleh je nak score A. Haha. Kalo rajin study memang confirm la dpt A. Soalnya bermalas2an itu masih ada, walaupun dah 25 =( However, ana tengah memproses diri to be better nih, so doakn ana ye!

Ninja pun ada, kembalilah merempit.


Ninja masih seperti dulu, cuma kurang 'kecumilan' dah..huhu

So biasanya juz ada di bilik untuk TIDUR. Lain2 masa usually ada kat library, discussions @ usung kitab ke bilik lecturers. Hehe.

Hm. Turn ana untuk kelas Tafsir ~ Dr. Ammar da sampai pun last Monday. Alhamdulillah, present jela & sempat buat handout untuk distribute dekat classmates. Pening jugak because kena bentang surah Al-An'aam, dari ayat 41-45. Menggunakan kitab tafsir Al-Imam Fakhruddin Ar-Razi yang dinamakan sebagai At-Tafseer Al-Kabeer @ Mafateeh Al-Ghaib sangatlah mencabar! Cita panjang, nantila.

Sekarang tengah kalut2 nak submit assignment yang 3 subjek lagi and presentations pun dah very sooner. Tolong2, tolong doakn nony yep!

Okis. Nak pen-off dulu. Nanti kita cita lagi eh.

Tengah mengimprove my arabic & english ni, so kalau salah kat mana2 please let me know na. Doakan!

Mahallah Ruqayyah,
16 Januari 2011, 2.59am