CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Dec 2, 2010

ALLAH ENGKAU DEKAT..PENUH KASIH SAYANG..

Allah Engkau dekat..penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Setiap makhluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

Ini adalah nasyid dendangan Opick yang kini sedang mengetuk pintu hati ana. Benar-benar mengetuk. Termuhasabah, asyik dan menyedarkan. Sudah lama menyimpan niat menukarkan lagu tema blog dari Ed-Coustic ke Opick, namun kesibukan bergembira bersama keluarga menghalang niat-niat yang setinggi KLCC itu terus terhalang dan terkubur.

Bukannya tidak ada cerita untuk dikongsikan dengan teman pembaca, namun seperti yang ana nukilkan di atas, ana terpaksa 'berkira' masa emas ana untuk bersama antum demi bersama keluarga!

Namun, kepayahan dan kekecewaan ana berdepan dengan satu situasi memaksa ana untuk menulis di sini seterusnya memasang nasyid Cahaya Hati yang mendamaikan sebagai halwa telinga pembaca.

Hakikatnya, ana sedang melalui fasa kehidupan yang agak sukar dan mencabar. Belajar untuk redha dan sabar.

Ya, redha sebenar-benar redha, dan sabar sepenuh-penuh sabar.

Bukan senang namun sedang belajar untuk membuatkannya senang. HARUS MALAH MESTI!

Pastinya menulis di blog bukanlah medium menyelesaikan masalah yang bergunung jumlahnya pun begitu kerana merasakan ianya satu-satunya cara ana boleh menulis sesuka hati & meluahkan apa yang terpendam, jari jemari menari demi menyampaikan apa yang sedang ditangisi.

WHAT'S GOING ON NONY IMTIYAZ?

Biar ana jelaskan, bagaimana & kenapa ana katakan..ujian itu berganda-ganda.

Mendapat surat tawaran pada saat-saat akhir ( Selasa ) sebelum ianya membuatkan ana & teman agak kelam kabut membuat beberapa persiapan menghadiri pendaftaran pengajian peringkat Ijazah Sarjana pada hari Isnin seterusnya. Mujur abang & kakak ipar menemani ana menyelesaikan satu-persatu. Alhamdulillah.

Sedangkan sebulan sebelum surat itu diterbangkan, ana mendapat panggilan bahawa surat ana akan diposkan dengan kadar segera, sedangkan teman-teman lain tidak mendapat panggilan tersebut.

Bersemangat pada hari Isnin, 29 November untuk menempatkan diri di kalangan mereka yang cemerlang, ( ameen ) ana hadir ke UIA bersama sahabat baik ana, Aribah untuk sesi pendaftaran.

Mendahului Aribah memasuki kaunter pertama, segalanya nampak lancar. Alhamdulillah. Pun begitu, di saat urusan ana hampir selesai, tiba-tiba sister yang meneliti dokumen ana meminta 'attachment' yang entah apa-apa.

Masalahnya...what attachment sister? I sent all the necessary attachments already. I hate dis kind of work!

But, praise be to Allah. Dr.Saad El-Din Mansour Muhammad, pensyarah subjek minor ana dahulu yang berada di sebelah sister tadi terus mencelah, " I know her ". " Oh, ok. Its better when u know her ".

Perlukah begitu?

Selesai. Ana terus ke kaunter 3, memandangkan ana tidak perlu berhenti di checkpoint 2 : DEFERMENT / REJECTION COUNTER.

Kaunter 3 : MATRICULATION. Ana berdoa agar tidak ada lagi masalah yang timbul. Ana tak suka bersesak apatah lagi di kalangan mereka yang tak ana kenali. Menyerahkan form biru ana, terus duduk di kerusi yang tersedia. Malangnya, mereka yang berada di sekitar ana bangun seorang demi seorang memungut form, tandanya selesai dan boleh bergerak ke kaunter sebelah. Termasuklah Aribah yang masuknya hampir setengah jam selepas ana, kini telah selesai ke kaunter lain!

Tinggallah ana bersama seorang encik ini, di tempat menunggu. Beliau yang bakal bergelar graduan doktof falsafah dalam bidang perniagaan itu rupanya menerima nasib yang sama!

Mendengar gosip liar dari teman-teman berkenaan kekosongan bilik di mahallah PostGraduate yang skalanya kian mengecil, ana dihimpit perasaan bimbang. Melangkah kaki menyusun strategi, ana mula ke kaunter MAHALLAH, mohon jasa baik untuk mendaftar kolej lebih awal dari kaunter yang sebelumnya. Namun, ANA DI LARANG KERAS UNTUK BERBUAT DEMIKIAN! Ana hanya khuatir jika ana terpaksa 'merempat' di luar kampus!

Dalam masa yang sama, kenakalan ana bermula apabila ana meminta Aribah beratur panjang untuk 'bahagian' ana di kaunter PIN NUMBER, sementara menanti ana di kaunter MATRICULATION. Aribah sangat sporting & helpful. Alhamdulillah, dia sudi 'meraikan' kenakalan ana kerana urusannya telah selesai!

" SISTER NORAINI MAT DIN..! "

" Ya, saya. "

" Sister, sori lambat, ada technical problem tadi. Ni form sister, sister punya da selesai, and ur pin number pun da setel. So sis x perlu beratur lagi kat kaunter sebelah ye, sis terus ke next counter. "

Gosh..!

Bah..mai sini. Ana punya pin number depa da buat sekali. huhu. Sori..
[ KAUNTER PIN NUMBER MERUPAKAN KAUNTER YANG MENYESAKKAN & MEMBUATKAN RAMAI YANG TERPAKSA BERATUR PANJANG HINGGA KE PINTU HALL! ]

Mohon maaf kerana menyusahkan nt, Bah sayang..TERIMA KASIH.

Alhamdulillah, di kaunter mahallah, urusan ana lancar. RUQAYYAH....HERE I AM =) not at Asiah anymore, its gud for me to have a new environment. Alhamdulillah, ini semua atas kasih sayang Allah.

IIUM Health Centre, Student's Kit, Temporary Matric Card & IIUM Smart Card : 4 ini adalah kaunter-kaunter yang memerlukan komitmen & semangat ana yang tinggi untuk disinggahi.

Registered! Alhamdulillah.

Ke bank, membuat bayaran masuk mahallah, terus mendapat perkhabaran gembira apabila bilik ana & Aribah hanya bersebelahan. Ini penyejuk hati kepada segala keresahan & kebimbangan ana pada ujian-ujian kecil pada permulaan jejak kaki. Penatnya ya Allah. Penat mengeluh. Tak mahu mengeluh lagi, Allah telah memberi segala yang ana perlukan.

Setelah segala barang yang di bawa dari Kedah di angkat naik ke tingkat 4, bermulalah agenda terbesar ana malam itu : MEMINDAHKAN BARANG-BARANG DARI STOR ASIAH KE RUQAYYAH.

Inilah ujian terbesar ana, setelah segala ujian-ujian kecil sementara melewati hari permulaan pengajian baru.

My frens, i juz lost all my belongings which i stored them at usroh room, Mahallah Asiah.

Ya, not some of them, not almost as well, but ALL...MINE!

Pembaca budiman,
Ana tidak tahu, apakah ertinya sebuah ujian?

Apakah ianya sebagai musibah & kaffarah di atas segala kesalahan & dosa?

YA, ADA YANG BERKATA DEMIKIAN. Jika benar itulah maksudnya, alhamdulillah, sekurang-kurangnya ana merasai balasan & azab sejak dari dunia.

Terus, ana harus insaf dan sedar, sementara masih di beri peluang. Kan?

Atau..apakah ianya sebagai tanda Allah menyayangi ana dan ini adalah caranya untuk ditingkatkan iman?

YA, SAHABAT BAIK ANA TAK HENTI-HENTI MEMBISIKKAN PENGERTIAN INI KE TELINGA ANA. benarkah ini ertinya? atau..dia sekadar mahu ana tenang dan menjadi penyejuk hati?

Lalu, sahabat baik ana ini terus membuka cerita itu & ini termasuk kisah wali-wali, bagaimana mereka di uji, dan apakah yang mereka buat setelah di uji. Terus sahabat baik ini meyakinkan ana bahawa ujian yang Allah timpakan berganda-ganda, ibarat perumpamaan "sudah jatuh di timpa tangga" sebagai 'dinaiktarafkan'. Sahabat ana turut berpesan berkali-kali agar tetap senyum dan memuji Allah, tabah & sabar, redha dan jadilah PENYANTUN, kerana ana sedang dinilai untuk menjadi orang yang lebih baik.

Benarkah?

Atau....atau apa lagi sebenarnya? Ana buntu. Apa pun ia, ana yakin, ibarat komen seorang sahabat atas status di laman sosial ana:

Allahu a'alam, mungkin ada lagi ramai insan memerlukannya daripada noni...
Allahu a'alam, mungkin noni mmg berhajat nak yang baru...
Allahu a'alam, barang2 noni tu akan digunakan dgn terlebih baik oleh pemegangnya sekarang...
Allahu a'alam, noni tahan diuji...
Allahu a'alam, dugaan yang DIA beri adalah dalam kemampuan noni.


AMEEN. اللهم اجرني في مصيبتي

Kesemua pakaian & keperluan bilik yang ana tinggalkan tak satu pun yang bersisa!

قدر الله وما شاء فعل
Allah telah mentakdirkan sesuatu dan apa yang diinginkan, maka dilakukan.

Ana harus ke UIA selepas ini, dengan peralatan baru, namun ana tidak mahu lagi keluarga berhabis wang ringgit kerana si bongsu ini!

Antum sahaja katakan pada ana, apakah tandanya segala yang berlaku ini.

MUSIBAH kah ia?
TANDA ANA DISAYANGI DIA kah ia?
PETANDA BAHAWA ANA TIDAK SELAYAKNYA BERADA DI POSISI SEKARANG kah ia?
atau..
KESUSAHAN YANG AKAN MEMBAWA KESENANGAN & KEJAYAAN di belakang hari kah ia?

Namun, hairannya, kesedihan paling besar ini tidak membuatkan ana menangis paling teruk sekiranya dibandingkan sebelum ini.

Apakah maknanya?

SUDAH BESAR kah ana?
SUDAH MATANG kah ana?
SUDAH TIDAK MANJA lagi kah ana?
SEMAKIN PENYABAR kah ana?
atau...
SUDAH TIADA AIR MATA KERANA TERLALU MUDAH MENANGIS SEBELUM INI?

Entah, ana pun tidak tahu. Malah, ana tidak 'menyerang' officer mahallah Asiah yang memberi jaminan BOHONGNYA bahawa barang-barang di dalam stor tidak akan di pindahkan mahupun di buang melainkan barang-barang di dalam MPH ( Multi Purpose Hall ).

Ya, ANDA SANGAT MENEPATI JANJI!

اللهم اغفرلي ذنبي، وأذهب غيظ قلبي

Ya Allah...
إنا لله وإنا إليه راجعون

Kenapakah ana harus mengungkit apabila Allah ingin mengambil kembali segala harta yang telah dipinjamkan?

Malunya...menjadi seorang yang melenting dengan ujian Allah..!

Balik ke Kedah pada hari Rabu, mak bapak, abang kakak memujuk dan berjanji mahu menggantikan dengan yang baru. Ya, ana tahu, pasti begitu kesudahannya.

Ana pada saat-saat getir itu, hanya menangis di dalam solat. Hairannya, di hadapan keluarga & sahabat-sahabat, setitis air mata dek kehilangan kesemua 'harta dunia' ana itu lansung tidak terzahir. Pelik!

Kenapa?

Hikmah terbesar yang ana fahami & pelajari, di sebalik kehilangan ini.

Khamis malam, seperti kelaziman bersama keluarga ke masjid, mendengar kuliah agama. Tersentuhnya ana apabila penceramah pada malam itu menyentuh isu 'kehilangan'.

Bagaimana Nabi SAW yang kehilangan ibunda & ayahanda ketika masih kecil. Kehilangan datuk & bapa saudara di saat Baginda memerlukan.

Ustaz juga menyentuh sikap Baginda yang amat bersedih apabila mengenangkan umatnya serta hari pembalasan, berbanding MANUSIA YANG LEBIH BERSEDIH MEMIKRKAN KESUSAHAN DUNIA & KEHILANGAN HARTA!

Nah...Nony...serve ur rite!

Inilah tandanya, Allah sayang Nony =) Ustaz juga mengingatkan semua, jangan lupa memuji Allah di kala senang & susah!

الحمدلله

......................

Selepas memberi salam, usai solat sunat, isteri tok imam memegang bahu, dan menyapa : " Cik, mai sat, cuba tengok, tu ka Quran yang cik dok cari hari tu? "

Mak yang baru selesai solat sunat membontoti isteri tok imam, memandangkan ana perlu mengeringkan air mata yang mencucuri rumah Allah itu setelah mendengar tazkirah yang mengena batang hidung tadi!

Antum tahu...betapa Allah mencintai ana?

Itulah Quran kesayangan ana, yang menjadi teman ana ke mana-mana.
Itulah Quran milik ana, yang secara tidak sengaja ditinggalkan pada suatu malam Ramadhan lepas, namun gagal ditemui semula pada malam berikutnya..

Sehingga ana menjumpainya kembali, pada malam ini, selepas ana kehilangan segala harta benda ana, sebagai ganti.

SUNGGUH, FIZIKALNYA KECIL NAMUN SUMBANGANNYA BESAR. KALAM ALLAH SEBAGAI GANTI, bukankah ini yang lebih ana perlukan dari segala benda yang hanya menjadi kehendak?

Duhai Allah..
Terima kasih kerana menyintaiku..
Walaupun kadangkala...
Hamba ini alpa dalam merencakan cintaku kepada-Mu..

Benarlah katamu Opick :

Allah Engkau dekat..Penuh kasih sayang..
Takkan pernah Engkau biarkan hamba-Mu menangis..

TERIMA KASIH WAHAI TUHAN, SEMUANYA DI BERIKAN PERCUMA..

Oct 30, 2010

CONVOCATION IIUM : 3rd OCT 2010



سلام الله عليكم

Kali ini rasa tidak mahu menulis cerita dengan patah perkataan. Tapi lebih merancang untuk memenuhi tajuk di atas dengan beberapa keping gambar.

Biar gambar-gambar tersebut yang menjadi 'lisan' ana untuk kali ini. Lagipun, tak banyak benda untuk dititipkan. [ ye ke? ]

Sesungguhnya, hari yang ana kira BESAR itu adalah kerana berkongsi perasaan gembira, bangga dan terharu dengan ramai orang, terutamanya mak bapak, mak ayah sahabat-sahabat terbaik, sahabat-sahabat tercinta serta semua yang pernah menambah pelbagai perisa dalam perjuangan ana.

Ia bukan hari untuk bermegah dengan pakaian, apatah lagi dengan kebijaksanaan melalui keputusan. Kerana, ada juga golongan bijak pandai membuat ibunya koma, terlantar di hospital gara-gara tumbukan 'lelaki'nya. Ada yang grad dengan keputusan cemerlang melayan bapanya seperti kucing kurap. Dan ada antara mereka yang berkedudukan tinggi dan berkehidupan mewah jadi anak yang lupa daratan [ نعوذ بالله من ذلك ].

Jadi, kebijaksanaan bukanlah penanda aras bahawa dia orang yang benar-benar CEMERLANG. bukankah begitu?! [ stoppp Noni! ]

Alhamdulillah, walaupun tidak cemerlang tetapi masih percaya keputusan ini sesuai dengan usaha yang tidak seberapa. Sekurang-kurangnya mak bapak juga mampu berbangga, dan ternyata orang kampung juga boleh dapat a very good education and being an educated. Hihi. Usaha lagi Noni, cayyok!

Ok. Lets see d pics together la, hihi =)


Melambai sahabat yang menjadi photographer ~ whereisme. Sedang berjalan untuk memasuki dewan. Panik setelah motaboard jatuh beberapa kali sebelum benar-benar lekat di kepala!


BACHELOR OF HUMAN SCIENCES ( ARABIC LANGUAGE AND LITERATURE )( HONOURS )
: NORAINI MAT DIN


Saat yang sama, ketika ana di dalam CAC ( dewan utama UIA, Gombak ) menerima ijazah, abang & kakak ipar sahabat ana merakamkan gambar ini dari skrin yang di paparkan di Main Audi ( menonton video secara lintas lansung! )Terima kasih K.Pinaz & A.Ashraf =)


Keluar dari CAC, tangan mak di cium. Pasti mak juga membalasnya di pipi! Terima kasih, mak.


Tak ketinggalan bapak yang menjadi ketua disiplin ana. Terima kasih, bapak.


Disambut juga oleh dua anak saudara yang berada di KL ketika itu, Mohd Syafiq Farhan ( Pit, 23 ) & Atiqah Farhana ( Anje, 16 )dengan sejambak bunga rose hidup berwarna pink..dan bear yang cute! Thanx, i like ~ Juga, teman baik Pit yang juga junior sekolah rendah ana, Abd Rahman Syafiq yang turut serta memeriahkan hari kegembiraan itu.

Upss, bukan mak bapak & anak-anak saudara ja yang datang [ menyedihkan sebenarnya apabila kakak-kakak & abang-abang tak dapat join, huhu ]tapi ana mampu senyum hingga ke telinga apabila turut berkumpul bersama keluarga sahabat-sahabat baik ana.


Mak jumpa 'geng' ~ mak sweetheart ana, Farahani


Ni momen yang paling best outside the hall ~ gathering 3 families and our respected Deputy Director A&R, Dr. Shamsul Jamili.

Ustaz yang pernah menjadi guru dalam kelas juga penasihat & pemberi motivasi di luar kelas. Ustaz yang mahu turun padang memberi ucapan tahniah kepada ana dan sahabat-sahabat serta bertemu mata bersama family. Terima kasih, ustaz.


Sempat juga menerima sekuntum mawar merah daripada adik kembar ana, Azizah & Azizan. TQ adik2 k.noni!

Bersurai. Sekarang, aktiviti bergambar bersama famili masing-masing. Yeah!


Mak - CeQ - Bapak


Anak manja mak! Hihi. Luv u mak, sangaaat!


Anak bapak ~ 95 % fizikal & sikap menyerupai bapak, hihi. Luv u bapak, amaaat!


Bersama mak ayah Siti Nurbaya ~ luv m.cik & p.cik!


Zatil Arifah, Vice President 3 SRC 0910 turut memberi pelukan tahniah, thanx yang!

Itulah kenangan manis di waktu pagi. Jam 2 petang, mak bapak serta anak-anak saudara pulang. Mak & bapak sudah penat, ya, mana pernah dalam sejarah bergambar banyak2! Dengan aksi yang pelbagai, letih mak bapak melayan si bongsu ini. Segera pulang untuk berehat di Shah Alam sebelum pulang ke Kedah pada malam yang sama. TQ Air Asia! Tolong bawa flight dengan sopan, ya encik pilot!

Jam tepat 5 petang, upss, kami [ ana - Farah - Bah - Baya ] ada temujanji! Dengan Miss Anis, si teman photographer kami yang sporting. Hehe. Apalagi, kami pun mula menyusun plan, 1st...ke..river side!


Tengok apa tu? Ada resit ja kat dalam tu cik kak, haha


Husband & Wife ~ lamaran kali ke.....erkk. ntah!


Next ~ in front of Azman Hashim's Complex, with Farahani my loyal girlfren ~


My best best friends : EVER! Rabi'atul Aribah & Siti Nurbaya. Malangnya, hari itu kami tak lengkap berempat. Nurul Izzatie : gambar ini dedikasi buatmu yang jauh di bumi anbiya'. Semoga terus tabah!


Bersama Bb [ panggilan ana untuk Husna ] & husbandnya yang juga Along Adik Beradik 10 ana [ AB 10 ], Sofiyussalam


Pilih mana yang antum suka!


Garden CAC, bersesak-sesak dengan students LAW yang baru keluar dewan ~ sesi petang


Sesi yang memerlukan praktis, penat baling motaboard! Asyik x jadi ja, haha


Ni besfren pertama di Maahad, kenal dari form 1 terus 'berchenta'!


Dari garden depan CAC, berpindah ke..tangga besar. Antum akan nampak tangga ini sebaik sahaja masuk ke UIAM Gombak. Silala datang =)


Masuk dalam bangunan pulak. Penat nak tunjuk gigi, now we are showing you our robe & motaboard ~


Move to centre, besides SHAS Mosque ~ poyo kan? haha


Owh, i really like dis pic ~ itam putih. Kami di atas [ level 2 ] & anis dari bawah. Bah got jealous tapi apa nak buat, u talk & walk here and there!


Keesokan harinya, 4 Oktober. Jalan-jalan melihat kemeriahan pesta konvokesyen UIAM yang ke 26. Toing! Dapat hadiah & bunga lagi dari adik-adik, thanx!

Yup, begitulah ceritanya.

CORETAN ISTIMEWA :

1 - Sehari sebelum ke KL [ 1 Oktober ], ana sempat 'meraikan' permintaan abang kakak yang tidak berpeluang hadir ke hari konvokesyen ana untuk merakamkan beberapa keping gambar kenangan di rumah. Hasilnya....


with my sister, Normala and her children : Nur Izzati Syaimaa', Mohd Ghazali Iqbal, Nur Izzah Syamimi & Nur Izzatul Husna [ bro-in-law : Anuar Abd Rahman x dpt join ]


My respected brother ~ Muhammad Radhi and his family : K.Adabiah, Majdah Fakhriah, Nu'man Basyir, Mu'adzah Fakhriah & Mawaddah Fakhriah


Mohd Ghazali Iqbal is trying the motaboard. I hope he is aiming and feeling 'something' when wearing it. He is gud but quite lazy. Ish2!

2 - Abang sulung [ Muhammad Noor, 47 ] tak dapat hadir kerana terpaksa bekerja pun begitu menghantar sms yang telah membuatkan ana menangis di hari itu! Kakak ipar yang terpaksa menjaga anak kedua mereka, Mohd Nasrul Farhan, 18 yang kurang sihat membuat kek batik kegemaran ana sempena my graduation! How sweet ~ Terima kasih Abg Noq & K.Mah.

3 - Abang kedua [ Muhammad Radhi, 45 ] memudahkan perjalanan kami dengan 'bantuan' Air Asia, pergi & balik. Disebabkan malam kepulangan bapak & mak pada 3 Oktober, Abg D ada game di Alor Star, jadi K.Adabiah amik mak bapak di airport. Terima kasih Abg D & Kak.

4 - Kak Noma [ Normala, 43 ]& abang ipar juga berbuat amal yang bukan calang-calang. Rahsia! Hihi. Terima kasih K.Noma & abang.

5 - Abg Bai [ Muhammad Nazar, 40 ] juga pada asalnya beria benar mahu ke KL memandu ALZA barunya namun kondisi kesihatan kakak ipar yang kurang baik membuatkan abg bai terpaksa membatalkan perancangannya itu. Terus, jutaan kali pesanan dihantar agak semua gambar di tag di dalam facebook! Haha

6 - Kami lima beradik. Abang kak tak seorang pun melanjutkan pelajaran selepas peperiksaan SPM. Justeru sebagai orang pertama dan terakhir dalam 5 beradik yang berjaya ke menara gading, ana sentiasa diberi motivasi dan harapan menggunung untuk fokus dalam pelajaran.

7 - Mak bapak tidak menghadiahkan 'bunga' konvo seperti adat meraikan graduan. Marah? Sedih? Tidak, tentu sekali. Ini pengalaman pertama mak bapak menjadi tetamu majlis konvokesyen. Pasti kaget dan tidak tahu apa yang harus di buat. Kan? Kehadiran mereka sudah cukup membuatkan hati ana 'terbang'.

8 - Mendapat banyak bunga & hadiah sempena hari graduasi. Terima kasih kepada semua, tak mampu menulis satu persatu. Tapi..hadiah paling best adalah sebuah buku terjemahan bertajuk : FIQH KERAHSIAAN WANITA tulisan asal : DR. SAADUDIN MUS'AD HILALI.

9 - Pulang seminggu selepas konvo [ kerana menghabiskan masa bersama sahabat-sahabat di KL ] bersama gambar-gambar konvo. Terus bapak membeli frame, memasukkan gambar menerima skrol di dalamnya dan di gantung dengan segera! Bapak sangat gembira dan sentiasa berpesan kepada cucu-cucu : " tengok cik. kena pulun ngaji macam cik. nanti jadi macam cik. " SEDIH. TERHARU.

10 - Bapak sekarang berkira-kira di mana mahu menggantungkan gambar ana menerima skrol apabila tamat MASTER & PHD! Semoga Allah memanjangkan usia bapak dan mak, ameen.

Semoga Allah memberkati kehidupan abang kakak yang banyak berkorban dan membantu.

Semoga Allah memudahkan segala urusan sahabat-sahabat yang sentiasa bersama ana di waktu susah dan senang.

Semoga Allah menyayangi adik-adik yang sentiasa menyayangi k.noni.

Terima kasih..Doakan pengajian ana untuk peringkat seterusnya ya!

NONY IMTIYAZ DI MANA-MANA =)

Sidang pembaca, salam pembuka bicara ~

Apa khabar semua? Ya, tentunya bukan ana sedang menulis di sebuah ruangan pembaca mana-mana akhbar atau majalah. Juga bukanlah ana sedang menulis sepucuk surat tidak rasmi versi peperiksaan di zaman persekolahan dahulu.

Namun, ana tak punya idea bernas bagaimana mahu bertanya khabar sahabat2 sekalian terus itu saja uslubnya! Mengalami masalah kerinduan yang membuak-buak untuk mengupdate blog ini tapi dihalang oleh beberapa ‘devider’ membuatkan perasaan tidak keruan apabila akal tetap cuba meyakinkan, I AM UPDATING MY BLOG NOW!

Maafkan ana. Maafkan. Maafkan. Kerana lama benar tidak menulis sesuatu untuk dikongsi. Pastinya semakin lama blog tidak di update, semakin banyak pula cerita yang hendak di update! Upss, hipotesis yang agak melampau [ benarkah ini formula hipotesis? Sains..sains..sains.. ]

Sorry ya kepada sahabat-sahabat yg rajin benar menziarahi blog ana. Adakalanya meninggalkan mutiara kata, ada juga yang terus ke inbox henfon ana, juga mereka yang terus menerus menjadi silent reader & follower! Terima kasih!

Mahu berkongsi kegembiraan dengan beberapa foto konvokesyen. Namun, masih ada yang lebih penting bila difikirkan untuk dinukilkan. Ayuh!

Satu ketika sekitar 3 minggu lepas. Waktu itu, ana bersama 3 orang sahabat baru selesai mengambil jubah konvo terserempak dengan beberapa junior di pertengahan jalan. Sapaan mereka kami sambut dengan penuh keterujaan memandangkan semenjak grad, agak lama tidak bersua muka. Mereka bertiga namun seorang daripadanya tidak kami kenali. Lantas, rukun pertama pembinaan usroh terus dilaksanakan tanpa lengah!

Apabila kedua-dua adik memperkenalkan “ ni k.noni ” kepada si adik tahun pertama ini, terus dia menyoal, : “ K.Noni? K.Nony Imtiyaz eh? Ohh, ni la K.Nony Imtiyaz..”

Ana terdiam. Terkejut. Hmm..mana dia kenal nama ni eh? Mana dia amik, mana dia dengar, mana dia cedok? Hoho. Ana tergagap, tak terus menjawab. Tengah fikir..dan, fikir! Sahabat-sahabat serta 2 junior lain juga ikut terkejut. [ sememangnya nama ini agak sinonim ditelinga mereka yang hidup di sekitar ana hatta pernah disebut ketika mengangkat telefon : “ assalamu’alaikum, bleh ckp dgn Nony Imtiyaz? ” namun tak pula merasakan ianya sinonim dengan mereka yang tak pernah berjumpa malah mengenali ana! ]

Soalan di balas soalan. “ hah, K.Nony Imtiyaz? Mana kamu tau nama ni? Blog ka? Facebook ka? ”

“Dia xdak facebook k.noni, walaupun dia budak ICT, ” celah junior yang sorang lagi.

AJAIB. Sah blog ni sumbernya! Tapi..btul ke? Erkk. Mustahil budak baru ni baca blog ni, tak da pengisian, lagi pulak tak pernah kenal. Haishh. Nak kata sebab glemer, tidak. Sebab jadi SRC? Itu pengalaman setahun lepas, itupun si adik tahun 1 ni masih di matrik.

Sahabat-sahabat dan 2 junior menyibuk : “ Sapa x kenal Nony Imtiyaz..” Ana membulatkan mata, ala-ala arahan agar diam, tidak menyampuk dan tidak menyindir! Huh.

Dia pun tak terus menjawab namun memberi sebuah senyuman.. “ Adalaaa, tapi betul la ni kan K.Nony Imtiyaz? ”

Tiada pilihan maka terus saja membuat pengakuan lisan, “ya, ini dia, tapi kamu baca blog k.noni kah? ” Membalas terus adik tadi, “ ada la kak ” dengan sebuah lagi senyuman.

Jika ana merasakan diri ini tidak dikenali, ana kini perlu mengubah persepsi. Agar menjaga budi bicara, perlakuan, akhlak dan..juga akademik!

Kerana ada yang mengenali lebih awal dari kita mengenalinya..
Kerana ada yang memerhati sungguhpun ana tidak pernah memerhati..
Kerana ada yang membaca di sini biarpun ana tidak pernah menyangka..

Bukanlah ana bermaksud untuk mengubah segalanya hanyasanya kerana mahu membentuk pandangan manusia ke atas diri yang dho’if ini. TIDAK SAMA SEKALI. Lebih selesa untuk ana terus menjadi diri seperti sekarang dengan syarat meletakkan prioriti harian untuk pengislahan diri.

On paper, mungkin ia lebih dikecam seolah-olah tengah bersistem dengan hipokrasi, munafiq ataupun retorik namun apa yang lebih penting pengakhiran yang baik. Allah mengetahui tindak tandukmu dan kali ini, Allah mahu memberitahumu bahawa mereka di sekelilingmu juga memerhatimu. Beradablah dalam perlakuan dan perkataan! Titik.

Beberapa hari lepas, ana berpeluang ke Kolej Universiti Insaniah, menghadiri diskusi kitab FIQH KERAHSIAAN WANITA terjemahan Ustaz Fauwaz Fadzil. Tamat kuliah, ana ke gerai-gerai berhampiran dewan sementara menunggu abang yang bermain futsal. Kebetulan di sapa adik-adik junior Maktab Mahmud, ana join mereka duduk dan minum di situ.

1 lagi pengakuan yang umpamanya membuatkan jantung terhenti! “ Saya selalu follow blog k.noni. Silent reader laa..” [ kamu sedang membaca, kah? Terima kasih adikku, yang baru saja grad dari UNIMAS, tahniah! ]

Terkejut. Tapi bersyukur, sekurang-kurangnya pengakuan ini membulatkan tekad ana untuk terus menulis dan memperbaharui jenis tulisan ~ selepas ini, kena hidang yang lebih nilai ‘intelektualisme’nya sesuai dengan usia 24 ya!

Terus berbual dengan adik-adik lain, seorang daripadanya fresh graduate dari Jordan, bidang Syariah [ sesungguhnya ana amat berhajat untuk menunutut ilmu di sana! ]. Mengakui kehebatannya yang baru saja pulang dari tanah arab itu, ana yang teruja juga cemburu berkata, “Hebatnya, alhamdulillah. Mesti mesyi arab sangat-sangat ni. Jelesnya! ”

Pun begitu, junior ana dengan sebuah ‘sedeqah’ menampakkan barisan gigi putihnya cuba memberi respon, “Tapi takla hebat macam k.noni yang masuk Suara Siswa..”

Erkkk. Terkejut lagi..dan lagi! Banyakkah yang mereka tahu? Monolog dan terus monolog!

Sudahlah untuk penat memikirkan bagaimana mereka tahu, noni..
Cukuplah untuk terus hairan. Terimalah hakikat, mereka tahu dan anda perlu berubah untuk jadi yang lebih baik!

Mungkin inilah nasihat secara ‘balaghah’nya. Noni, teruskan usaha untuk jadi lebih baik!
Terima kasih kepada mereka yang turut terlibat dalam episod “NONY IMTIYAZ DI MANA-MANA”.

Berbangga punya kalian yang prihatin sungguhpun tulisan kosong di ruangan ini tak membantu anda memantapkan potensi!

TERIMA KASIH. Dan teruskan melafazkan Nony Imtiyaz.. kerana ana mencintai doa kalian untuk ana menjadi cemerlang dan sentiasa bersama kecemerlangan!

Ana – tidak – kisah – jika – ana – tidak – menjadi – orang – yang – paling – cemerlang – tetapi – ana – amat – kisah – jika – ana – tidak – tergolong – dalam – golongan – mereka – yang – cemerlang - !

Sep 13, 2010

CERITERA 'IDUL FITRI 1431H / 2010M

Belasan kali ana cuba mencari masa untuk mengupdate blog kesayangan ni, namun gagal. Upss, sebenarnya jika tekad itu kuat, boleh saja mencuri masa untuk meneruskan cita-cita, tapi malangnya tiada kekuatan dan kerajinan. Itu sebenarnya, hmm. Mahu bercerita tentang apa ya?

SEDERHANA DAN MERIAH!

Mungkin itulah perkataan paling tepat untuk ana gambarkan cara sambutan 'idulfitri ana sekeluarga pada tahun ini. Perabot, dekorasi rumah, penyediaan makanan malah pemakaian tidaklah membazir sangat. Sekadar memenuhi keperluan ahli keluarga dan tetamu yang bakal bertandang. Alhamdulillah.

Sangat bersyukur kerana tahun ini, Ramadhan sebulan diamal sedayanya bersama keluarga di kampung. Untung juga grad pada Jun lepas, memang benar-benar berpeluang menemani hari tua mak bapak di rumah. Juga dapat menolong mak mengemas rumah terus membuat operasi besar-besaran dari depan hingga ke belakang teratak kami! Tidaklah sempurna hingga sekarang namun sekurang-kurangnya keserabutan yang selalu mak bebelkan gara-gara cetusan anak-anak sedara berjaya disusun atur kembali. Alhamdulillah.

Syawal kali ini tidaklah jauh istimewa berbanding syawal2 sebelumnya, tetapi pasti ada juga kelainannya! Amalan biasa keluarga ana, hanya abang ke-4 yang punya 'turn' setiap kali raya. Berbeza dengan 2 lagi abang & kakak, semuanya pasti berkumpul di rumah ana dulu. HURU HARA jadinya bila semua berkumpul selepas solat sunat di masjid! Manakan tidak, jumlah 'terkumpul' cucu Hj. Mat Din & Hjh. Rahmah sudah meningkat ke angka 14.

Seperti biasa abang ke-4 harus akur pada janji untuk beraya di rumah mertua, disamping abang sulung ana sekeluarga turut beraya di Kota Metropolitan atas urusan peribadi. Benar2 berbeza. Apa lagi, saat kami menjamu juadah selepas semuanya berkumpul, mak yang menjawab panggilan abang sulung sekeluarga tak henti-henti menangis. Sedih. Maklumlah, abang sulung sudah berpuluh tahun beraya di Pokok Sena, bersama-sama 3 beradik lain, [ kecuali abang ke-4 ], luar biasa jadinya.

Setelah kekenyangan, kami semua [ bilangan yang tepat : 15 orang termasuk mak & bapak ] membuat rombongan 'Che Kiah' ke rumah jiran sebelah kanan. Siapa?

Rumah abang kedua ana, En.Muhammad Radhi & Pn.Adabiah. Disebabkan 1 Syawal jatuh pada hari jumaat, maka bapak & abang-abang sibuk nak berehat sebelum menunaikan kewajipan seterusnya. Maka kami yang perempuan-perempuan ini [ sebenarnya mak, kakak & kak ipar saja, hihi ] berpakat memasak beramai-ramai di rumah mereka dan.....makan tengahari besar selepas Solat Jumaat!

Settle! KENYANG banget! TQ kak. Lunch yang best, layanan macam restoran 5 stars! Lagi best bila abang ke-4 sekeluarga balik join kami lunch tu. Huh, bila kami semua gather, mak bapak pun pening! RIUH sangat!

Pastu, semua tersungkur, makan banyak sangat. Tapi, Pn.Normala & En.Anuar balik awal, nak prepare kononnya untuk sambut kami ke rumah mereka. Haha! Tahu kenapa? Sebab ana dah buat satu kisah. Episod BREAKFAST di rumah ana [ baca : rumah mak bapak ], klimaks ~ episod LUNCH di umah abang kedua [ sebelah umah ana ja ], then ending punya episod ~ HI-TEA kat umah dia la [ depan rumah ana ].

Best x? Apa lagi, lepas asar, semua serbu umah dia. Menggelabahla mereka sekeluarga yang beranak empat itu. Abang sulung ana yang rumahnya hanya di sebelah kiri rumah ana, disebabkan tak pulang beraya di kampung, maka xde la episod DINNER kami. Penempatan kami sangatlah dekat antara satu sama lain, cuma abang ke-4 saja rumahnya di Kulim dan ana ~ UIA. Yang lain, semuanya keliling mak bapak. Sangatlah beruntung, alhamdulillah.

Kelainan Syawal kali ni juga, kami sekeluarga di uji dengan kesihatan kak ipar [ abang ke-4 ] yang kurang stabil. Penyakit yang tiba-tiba menyerang bermula di tapak kaki kemudian merebak ke sebahagian badan memaksa kakak tak dapat sediakan kuih raya ~ hand made. Dulu, masa kak masih sihat, walaupun sibuk dengan kerjayanya, kak tetap pastikan kuih raya dibuat sendiri serta dibahagikan untuk keluarganya sendiri [ di Kubur Panjang ] serta keluarga mertua [ Pokok Sena ].

Disebabkan penyakit kak yang masih gagal dikenalpasti sepenuhnya, kak hanya mampu terlantar di atas katil, dan hanya mampu bangun berjalan dengan bantuan dan kawalan abang. Maka, raya kali ni, kak kurang keterujaannya. Kak memilih untuk menghabiskan cuti di rumah keluarganya. Dan..kami kembali memeriahkan cuti kak di rumah keluarganya pada suatu malam!

Pada hari raya kedua, kami semua bersetuju menziarahi kak dan keluarganya sambil beraya, sungguhpun pada hari raya itu, abang kak lain semua ke rumah mertua mereka! Ana bersama mak & bapak bertolak dari rumah selepas isyak, abg D dari Tandop, A.Star [ rumah keluarga k.Adabiah ] dan kak dari Sungai Petani [ ziarah kubur arwah mak & ayah abg ipar ]. 3 biji kereta semuanya.

Yang bestnya, selepas ana sampai sekitar 15 minit di sana, abg D pun sampai diikuti kak. Hmm. Penatlah En.Muhammad Nazar menyambut kedatangan keluarganya di rumah mertuanya. Pn.Nafizah yang terlantar pun bangun dengan hepinya. Riuh..riuh.

Itu belum ada En.Muhammad Noor & Pn.Noorasmah serta anak-anaknya yang 3. Haha.

Balik dari rumah besan mak bapak, kami berhenti di sebuah restoran. Dinner belum amik, ok. So kena la amik. Tabiat yang harus dihormati ~ makan nasi secukupnya setiap hari. Jam 1 pagi, pulang ke rumah dan....SLEEP!

Gambar bersama keluarga, xdapat nak di upload. Penting untuk di'sulit'kan. Hihi.

Berikutnya, pada hari raya ketiga, ana bersama beberapa sahabat menyertai Ijtima' 'Idulfitri MB bersama Mahasiswa di Dewan Seri Mentaloon. Best! Lepas tu? Beraya ke rumah sahabat lain. Jalan sungguh!

D next day, raya keempat. Hm. Syawal ke-4 ni antara yang menjadi lipatan sejarah. Tahu kenapa? Menghabiskan masa seharian dengan berhari raya bersama sahabat-sahabat. Paginya, ke rumah pendidik-pendidik kami dahulu [ Maktab Mahmud Puteri ]. Jom tengok kemeriahan kami [ Siti Nurbaya, Nadzirah, Ramiza, Amiratul Awatif, Nor Syahidah & ana ] berpesta syawal ~


Ni destinasi pertama ~ Rumah Cikgu Kenanga [ merupakan cikgu Matematik & Sains di MMAS merangkap Warden Asrama Darulhana ]

Destinasi kedua? Rumah Cikgu Zainab ~ cikgu Sejarah & Geografi juga mantan warden Asdahana, tempat kami berteduh suatu masa dahulu. Gambar? X tahu macam mana boleh lupa, huhu.


Bersama Ustazah Nor Afriza di rumahnya, ini destinasi ketiga.


Asdahanian [ ex ] bersama Ustazah Fatmawati ~ salah seorang bekas warden kami [ HARI ZIARAH WARDEN SEDUNIA! ]

Alhamdulillah. Memang best ziarah ni. Sedar x sedar, dah 6 tahun kami tinggalkan MMAS & Asdahana. RINDU benar! Semoga kami istiqamah dengan tarbiyah yang pernah diterima. Ameen.

Kemudian, ekspidisi raya sakan diteruskan. Ke mana? Explore the pictures, first. Come!


Kat sini lah kami berhenti sejurus selepas solat zohor. Alhamdulillah.


Antara puteri yang hadir. Putera-puteranya mana? Mereka bergambar di tempat lain.

Sekian untuk 4 Syawal. Rehat di rumah untuk seketika.

Kembali ke Alor Star pada 15 September bersamaan 6 Syawal, ana ditemani Siti Nurbaya, men'culik' sahabat kami, Rabi'atul Aribah dan mem'prank'nya untuk sambutan hari jadinya yang ke 42, upss, sori uda, 24 ~ my bad. kuikui. Jom tengok apa yang kami sediakan untuk Bah yang kami cinta ~


KFC & Secret Recipe =)


Kami bertiga di saat-saat kekenyangan yang amat sangat ~ Alhamdulillah!

Keluar dari KFC, kami mengatur plan terbaik demi memanfaatkan peluang masa. Bergegas ke Ayer Hitam, beraya di rumah Teacher Munirah, singgah sebentar di Seri Menanti di rumah seorang junior kami yang sarat mengandung, terus ke rumah Ustazah Nasriyah / Ustaz Mansor di Derga. Benar-benar gembira meskipun amat letih untuk menjamah!

Foto-fotonya juga tidak tersedia. Huh!

8 Syawal adalah hari terakhir kami bertiga [ Baya, Bah & ana ] meluangkan masa bersama-sama. Kerana selepas itu, Baya harus kembali ke Penang, bekerja. Ana & Bah? Bekerja sebagai suri rumah. Haha!

Berpagi-pagian di atas highway, kami bermusafir ke rumah sahabat kami, Nor Farahani di Machang Bubok, Kulim. Lihat kami di rumah mewahnya ~


Farah [ kanan sekali ] bersama co-pilot ana, hihi


Kami berTIGA. Farah & Baya ~ sahabat dunia akhirat ana.

"ADA CERITA TENTANG AKU DAN DIA..
DAN KITA BERSAMA SAAT DULU KALA..
ADA CERITA TENTANG MASA YANG INDAH..
SAAT KITA BERDUKA..SAAT KITA TERTAWA..
"
~ peterpan / semua tentang kita ~

Berkongsi kecintaan kami yang sentiasa bersama, bertiga, ini antara lainnya ~


Best x kami bertiga? Hihi. BEST...!

Dah habis cerita raya sakan ana [ dan mereka! ]. Sangat bahagia rasanya. Maklum saja, cuti raya sebelum ini tidak sepanjang dan selapang ini. Maka, memanfaatkannya oleh ana dengan sebaiknya.

Ramadhan & Syawal kali ini mengganti kembali Ramadhan & Syawal ana 2 tahun lepas. Ketika ana menyambutnya di Mesir, meninggalkan keluarga untuk menuntut ilmu di perantauan, ana kembali menyambutnya sepenuh hari di kampung bersama keluarga tahun ini. Ana yakin, ini semua perancangan Allah yang terbaik.

Moga segalanya dikira ibadah. Ameen. Maaf Zahir Batin buat semua sahabat pembaca. terima kasih kerana menziarahi blog ana.

SELAMAT HARI RAYA. تقبل الله منا ومنكم. كل عام وأنتم بخير. من العائدين والفائزين والمقبولين. Jumpa lagi, salam =)

Aug 11, 2010

MUSAFIR SEORANG KEKASIH

Menulis di pagi hari 9 Ramadhan sememangnya merasai kedinginan udara. Bagaimanapun rasanya lebih dingin perasaan ana untuk menukilkan sesuatu yang tepat dengan tajuk di atas.

Mengenalinya sebagai seorang teman biasa dalam Badan Pengawas Dan Tatatertib Maktab Mahmud Puteri ketika berada di tingkatan 3, 9 tahun lepas merupakan satu titik tolak menukar status kami sebagai sahabat malah mungkin lebih dari itu.

Ketika sama-sama di lantik, ana tidak berminat mengenalinya dengan lebih dekat. Maklumlah, kami berasingan kelas dan masing-masing ada 'geng' tersendiri.

Kebetulan ana tidak berminat menyertai Badan Dakwah dan Kebajikan di mana ketika itu dia antara orang kuat BDK sungguhpun ana diletakkan di bawah 'usroh unit' [ usroh yang dikira sebagai persediaan untuk menjadi naqibah usroh adik-adik ]. Ana lebih selesa menjadi ahli BDK disamping menjawat beberapa jawatan penting dalam kelab-kelab lain.

Kerana, minat dan kecenderungan kami berbeza. Karakter berbeza. Lantas ana tidak pernah punya cita-cita untuk mendampingi seseorang yang sedemikian rupa.

Ya, benar. Allah lebih tahu apa yang kita perlu dari apa yang kita hendak. Setahun kemudian, kami sama-sama diberikan taklifan yang memerlukan kerjasama yang erat antara kami selain diletakkan sekelas, kami mula mencari titik pertemuan untuk mewujudkan persefahaman.

Ana seorang yang tegas dan keras tidak mungkin mengalah. Dia yang lembut dan penuh berhemah menggunakan pelbagai cara untuk mendekati ana. Dan yang paling mengingatkan ana, pasti ada saja surat yang dilayangkan dengan pengisian tazkirah dan gelaran.." dari Motty untuk Monny.." hampir setiap hari. Aneh bukan?

Terima kasih Nurul Izzatie Aziz, kental sungguh jiwamu sebagai seorang da'ie.

Ketika di tingkatan 5, ana sekali lagi ditaklifkan memegang antara jawatan tertinggi selain dia sebagai ketua. Dalam masa yang sama, ana sebagai Pengerusi Badan Kebudayaan dan Kesenian Puteri berminat untuk mewujudkan kerjasama dengan BPTMM demi menjayakan konsert amal. Saban hari, kami harus bersama demi menjalankan taklifan yang ana kira, bukan calang-calang.

Dan mungkin dengan segala pahit manis bekerja dalam satu lapangan membuatkan ukhwah kami benar-benar terikat.

Siapa dia sebenarnya?

I juz feeling like uploading d pictures...


Gambar ini diambil ketika menghadiri usroh anak negeri [ kebetulan kami berdua berbaju ungu =) ]


Ketika kami bertiga sama-sama meluangkan masa ke PWTC, Pesta Buku Antarabangsa


Bersama beberapa lagi sahabat dalam Majlis Wada' KAMI [ dianjur khas buat sahabat-sahabat yang bakal grad pada November 2009 ]

Masih ingat ketika dia tetap meniupkan kata semangat, serta memberi sepenuh kepercayaan ketika ana menghadapi beberapa kegetiran semasa menjalankan taklifan dalam masa yang sama terlibat dengan pertandingan - pertandingan untuk mewakili sekolah.

Ya, dia bersama ketika ana dalam kegentingan. Kesusahan. Tangisan apatah lagi kegembiraan.

Ditaqdirkan, Allah memberi lorong yang sama untuk ke menara gading. Bakal menyarungkan jubah hijau di majlis konvokesyen UIAM 3 Oktober ini, insyaAllah, kami ditawarkan jurusan yang sama 6 tahun lalu.

Alhamdulillah, dalam episod Kisah Kasih kami, sebenarnya kami tidak berdua malah bertiga.

Rabi'atul Aribah Mohd Isa, kami berdua mencintai kamu juga!


Gambar ketika sama-sama bekerja untuk Alumni SPM 03 MM [ aribah, izzatie n ana ]


Ini plak gambar ketika mereka bertandang ke rumah ana, raya 2007.

Bukan sekadar kami bertiga mengenali sesama sendiri malah keluarga kami turut mencintai kami masing-masing seperti ahli keluarga sendiri.

Untung benar ya punya kekasih hati begini!

Jika mahu bercerita segalanya tentula kisah kasih kami ini tidak mampu ditulis hanya dalam sehari. Pun begitu suka untuk ana kongsikan betapa Izzatie dan Aribah sememangnya menjadi kekasih yang benar-benar membantu.

Kami tidak mampu duduk diam jika tidak berhubung daam sehari bahkan dalam sehari tidak mampu diingati berapa kali kami berbalas sms!

Namun, ramai juga yang mengutarakan soalan, bagaimana kami mampu bertahan sebagai sahabat kerana kebiasaannya kami tidak sekepala dalam gerak kerja! Kami sukar mencari titik persefahaman dalam idea dan cadangan. Kami tidak sebulu dalam kebanyakan perkara.

Terutamanya ana dengan Izzatie! Antara isu terbesar yang pernah membuatkan kami dicabang perdebatan adalah isu Pilihanraya Kampus UIAM 2010. Sebagai mantan, ana merasai sedikit sebanyak kesusahan serta putus asa dengan janji manusia. Oleh itu ana enggan untuk mempertaruhkan adik-adik ana demi memenangi peperangan politik kampus itu.

Ana tidak tampil berhujah atas kepentingan diri malah ana turut disokong oleh ramai teman yang mahu 'kami' berundur seketika demi merancang strategi untuk tahun seterusnya.

Namun ternyata gagasan idea kami tidak cukup matang untuk disokong oleh keseluruhan teman. Antara yang tidak bersetuju ialah..Izzatie.

Itu hanya contoh. Banyak lagi yang buat ana selalu berdebat dengannya! Tetapi, siapa pun pemenangnya, kami tetap akan pastikan sekurang-kurangnya makan malam kami bertiga semeja setiap hari! =)

Istimewa bukan?

Dan, setiap keperluan akan kami perolehi sama rata sungguhpun bukan dalam masa yang sama. Sebagai contoh, di awal pengajian ana di UIA Gombak, bapak terus menghadiahi ana sebuah motosikal bagi memudahkan perjalanan ana ke kelas.

Bukanlah ana ini berketurunan berada, namun sebagai anak bongsu, keperluan ana dicukupkan alhamdulillah. Tidak lama kemudian, Aribah yang mesranya disapa Bah pula mendapat sebuah motosikal.

Hampir setahun kemudian pula Izzatie dihadiahkan ayahnya sebuah motosikal baru.

Juga komputer riba yang telah ana dapat ketika di tahun kedua pusat matrikulasi UIA. Ketika laptop itu telah meningkat usianya, Bah pula dibelikan laptop oleh abangnya, dan selepas beberapa lama menanti dengan penuh sabar, Tie juga diberikan sebuah laptop oleh ayahnya!

Dari sini, Bah cuba menulis sebuah sifir mudah. Formula setiap perkiraan, adalah : ANA AKAN MENGETUAI SETIAP PERKARA. [ baca : mendapat setiap benda ]. Ibaratnya, ana memegang turn no 1, Bah mengikuti seterusnya dengan no 2 dan Tie akan menjadi penutup kepada setiap benda yang diperolehi kami berdua.

Lantas dari sifir ini, Bah n Tie turut membuat teori bahawa ana akan ke jinjang pelamin dahulu. Tentunya ana mahu mengalah dan ana katakan, dalam soal ini, turn itu mesti di baca dari no belakang!

Tie, Bah n Noni ~ Kita nak sambut di Dewan Besar Maktab Mahmud kan?

Dan..dari sifir ini juga, permusafiran ana ke Mesir 2 tahun lepas diikuti ibadah umrah Bah di Haramain dan kini..sungguhpun telah lama menanti..

kekasih kami pula telah bermusafir ke Syria sebagai khadimul 'ilm!

Rabbi, sememangnya Jannah-Mu itu benar, setiap janji-Mu benar dan kami yakin dengan segala perancangan-Mu!

14 Ogos 2010, berangkatlah sahabat kami ke bumi anbiya' itu. Sungguh, sedih itu ada. Rindu itu ada. Risau, gembira semuanya ada, namun apa yang lebih penting, SAHABAT KAMI BERBANGGA DENGANMU!

Merantau mencari ilmu. Belajar berdikari. Terus kenangan 6 bulan ana hidup sebagai seorang pendatang baru di Mesir dahulu mengimbau kembali.

Di sini juga, mahu ana coretkan sesuatu. Tie minta ana berikan satu wasiat bertulis sebelum bergerak meninggalkan bumi Malaysia, namun sengaja ana melambatkan permintaan itu.

Tie, hari ini ana memenuhi permintaan nt. Walaupun bukan sebagai bacaan peribadi nt, namun ana mahu nt terus berdiri dengan wasiat yang nt pinta. Ana pasti ini bukanlah wasiat seperti yang nt harapkan. Tapi sedayanya ana menulis dengan sebuah harapan, ianya bemanfaat untuk nt, ana dan Bah.

Tie,

Cukuplah dengan segala cerita dari pengalaman ana sebagai sebuah peringatan untuk nt. Bertunjangkan keikhlasan untuk menimba ilmu demi pengislahan kepada amalan, ana yakin semua hadaf kita boleh tercapai. Biiznillah.

Jangan malu bercakap dalam Bahasa Syurga ~ kebanggaan kita. Malu dalam belajar itu salah, bukan? Bonus besar jika mempraktikkan muhadathah dalam bi'ahnya.

Manfaatkan masa untuk belajar dan terus belajar. Jika dengan berjalan seorang diri [ selagi aman dari bahaya ] lebih memberi peluang untuk menggilap potensi, kenapa tidak, bukan?

Jangan menangis kerana jauh dari keluarga kerana..ALLAH menemani kita di mana-mana!

Teruskan perjuangan nt. Ana n Bah nantikan kepulangan nt dengan harapan : KITA AKAN TERUS BERLUMBA UNTUK MENGUASAI BAHASA SYURGA DAN MEMAHAMI AL-QURAN.

Semoga musafirmu, kekasih hati kami berdua, dalam perlindungan dan keberkatan Allah. Janji kita ~ BERCINTA SAMPAI KE SYURGA.

Jul 31, 2010

ILMU YANG BERMANFAAT

بسم الله الحمن الرحيم

Apakah yang dimaksudkan dengan ILMU YANG BERMANFAAT?

1 - yang menambah perasaan takut kita kepada Allah
2 - yang menambah sedar dan penglihatan kita terhadap aib sendiri
3 - yang menambah pengetahuan kita dalam soal ibadat
4 - yang mengurangkan kecintaan kita terhadap dunia lantas menambah kecintaan kita terhadap akhirat
5 - yang membuka mata dan hati untuk mengenali pelbagai penyakit dalam amalan kita terus dapat dihindari
6 - yang menambah pengetahuan kita terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya

Na'uzubillah. Sangat takut jika hamba ini tergolong dalam golongan ulama' su'. Apa yang boleh ana gambarkan, ulama' su' ialah golongan yang menjual agama untuk membeli dunia. Menjadikan ilmu sebagai alat untuk mencari pangkat dan kedudukan di hati manusia. Membuncitkan perut mereka dan keluarga, mungkin.

Sepanjang hari, golongan ini berusaha menunjukkan segala kebolehan, kepetahan serta kefasihan dalam berdebat, berbincang malah berbicara dengan sesiapa sahaja di khalayak. Mereka sanggup menunjukkan segala kelebihan demi harta dan nama.

Natijahnya, mereka menjadi sasaran kemurkaan Allah dan kemarahanNya.

[ sumber : Bidayatul Hidayah oleh Al-Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali r.a ]

Semoga apa yang ana tulis menjadi pendorong terbesar untuk ana terus menuntut ilmu yang bermanfaat. Bukan meletakkan harta dan nama sebagai matlamat utama.

Juga, mungkin sebagai peringatan buat antum sungguhpun secara ringkas.

Terus mahu bercinta dengan ilmu sehingga ke syurga, AMEEN.

Jul 21, 2010

Diari Terbaru

Kembali ke Pokok Sena beberapa hari lepas, setelah beberapa hari merantau ke merata tempat. Ehem..

Hampir seminggu di KL, melawat sanak saudara bersama keluarga dari kampung. Apabila keluarga pulang, ana memanjangkan 'percutian' ke bumi yang menjadi pusat 'tumbesaran' ana di hari remaja, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Berjumpa teman-teman dan kebanyakkannya mereka adalah adik-adik, serta Adik Beradik Sepuluh ana [ AB 10 ] merupakan antara perkara teristimewa dalam diari hidup.

Kami punya gelaran berkeluarga, sebenarnya. Kami mula rapat setelah mengenali satu sama lain ketika sama-sama menjalankan tugas sebagai exco Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008 / 2009.

Along Sofiy, K.Long Mashitah, Angah Azwan @ Where, K.Ngah Zatil, Alang Kamarul, K.Lang Ummu Kulthum, Teh Mukhlis, Njang Zaim, Cu Firwan dan ana sendiri sebagai Cik Noni.

CUKUP UNTUK ANA KATAKAN BAHAWA MEREKA ISTIMEWA =)

Pun begitu, kami sudah punya 2 AB ipar, dengan kedatangan Husna yang telah mendapat gelaran K.Ling setelah menerima Along kami sebagai 'soulmate'nya serta Fatimah yang telah diakadkan dengan Njang kami. Kami bahagia dengan kebahagiaan mereka.

Bertemu mereka di UIA, makan-makan bersama, berkongsi ceritera serta beberapa aktiviti lain sekitarnya membuatkan kami semakin rapat. Itu sememangnya hakikat.

Setelah lelap ana tersinggah beberapa malam di bilik K.ngah Zatil kononnya atas urusan clearance namun tidak juga berjaya menyelesaikannya, ana kembali ke negeri kelahiran stelah didesak entah berapa kali dengan panggilan telefon mak bapak bertanyakan tarikh kepulangan. Menemani Zatil menghadiri Suara Siswa, memenuhi jemputan sebagai panel sedangkan ana sekadar teman di sisi sudah cukup untuk dirakam kemas dalam ingatan. Ada gambar kenangan, jom tengok =)


Antara teman-teman yang hadir memberi sokongan dan semangat untuk Zatil

Ana turut dijemput ke rumah sewa teman-teman haraki ana, di Sungai Cincin. Bersama mereka menggerakkan diri ke Usroh Nisa' Gombak, makan beramai-ramai serta berdiskusi ilmiah, ana hanya mampu sujud syukur kerana tiada lagi perkataan yang mampu menggambarkan keterujaan ana terhadap apa yang telah Allah hadiahkan! Hamdan Lillah.

Berat hati mahu melangkah pulang, namun apakan daya, sementara menjejakkan kaki semula ke Garden of Knowledge and Virtue November ini, negeri kelahiran tempat berbudi dan berbakti. Harus pulang segera.

Jumaat pagi itu, buat pertama kali ana ke Hentian Duta menaiki teksi dek tak mahu menyusahkan junior yang kerapkali menghantar dan menjemput ana di sana. Dalam teksi, pak cik yang ramah itu bercerita itu dan ini.

Pun begitu, ana ter'sangkut' pada beberapa peringatan yang diberi. Pak Cik berbicara soal jodoh, menceritakan pengalamannya yang pernah berjanji dengan seorang graduan Universiti Al-Azhar.

Namun, janji tak kesampaian. Cantiknya, pak cik membuat satu perumpamaan yang begitu menarik, " buah rambutan yang dah dalam mulut pun boleh jatuh ke tanah, apatah lagi buah rambutan yang belum dikupas. Orang yang dah berkahwin pun boleh bercerai.."

Terima kasih pak cik. Jodoh itu di tangan Tuhan, itu antara bait yang sentiasa dilontarkan awam. Mungkin belajar dari pengalaman pak cik mahu menasihati ana.

Isu ini sememangnya menjadi topik perbualan akhir-akhir ini. Kerana usia 24 tahun kah? Ha3. Tapi syarat yang harus dipatuhi, selagi mahu belajar, ana tidak boleh memberi komitmen terhadap baitul muslim, mungkin bapak mahu ana menumpukan kepada pengajian lantas bapak tidak mahu hati ana terusik, mak jugak tahu bahawa tidak elok untuk terus membiarkan hati dibuai perasan yang entah apa-apa selagi belum diakadkan, oleh sebab itu tiada siapa yang mahu menyebut bahawa sudah tiba masanya untuk ana ke gerbang walimah. Alhamdulillah, keep moving forward!

Semua nasihat ini disusun Allah secara berperingkat. Maka kesimpulannya belum tiba masanya untuk melibatkan diri dalam medan ini. Berundurlah dari terjatuh ke lubang bahaya.

Memohon 'cuti' dari mak untuk singgah di rumah abang di Padang Serai, Kulim, kedatangan disambut ceria oleh abang seisi keluarga. Bermalam selama 3 malam di Taman Serai Setia, ana juga belajar dari keadaan sekeliling.

Paling terkesima apabila mendengar Nabil meminta izin kak ipar ana untuk menggunakan blender. Dia mahu mencuba resipi ice blended. Berusia 11 tahun, Nabil matang memainkan peranannya sebagai anak sulung. Ana admire dengan kesopanannya serta adab yang ditunjukkan. Begitu juga tatkala Nabil, Najmi dan Nawal mahu beransur ke bilik tidur, disalamnya umi dan abah mereka dan memohon maaf.

Sempat juga meluangkan masa berjumpa kekasih hati yang telah sekian lama tidak ketemu, Nor Farahani Saad yang kini telah berkhidmat di KOMTAR sebagai Pegawai Tadbir Diplomat. Dibawanya melintasi ke seberang laut, menaiki feri. Teruja! Sebaik Myvi metaliknya dibenarkan turun dari feri gergasi itu, kami terus ke Medan Padang Kota, makan tengahari di sana terus...bercerita segala cerita!

Bukan sedikit wanita berkerjaya itu membelanjakan wang ringgitnya setelah hampir seharian bersama ana! Thanx dear =) Siti Nurbaya Ramli, jangan cemburu ya!

Isnin pagi, bergerak ke Sungai Petani, di jemput kakak terus di bawa ke Tanjung Dawai. Makan di sana dan..menaiki bot ke Pantai Merdeka! Hanya pergi dan balik di atas bot, namun itu sudah cukup buat ana merasakan ini kejutan terhebat yang pernah kakak ana hadiahkan! Sungguh gembira dan tidak terfikir kakak akan melayan keinginan ana. Sememangnya menyelusuri air yang membiru pada petang itu benar-benar mencarik perasaan ana mengingatkan kembali kenangan jalan-jalan ana di waktu senja 2 tahun lepas bersama beberapa teman.

Senja yang ana maksudkan berbumbungkan langit dan berlantaikan bumi di tanah Nabi Musa! Ketika itu teman-teman membawa ana menaiki bot menghirup udara segar di sekitar Sungai Nil! Merindui Mesir sesungguhnya!

Bermalam di Maktab Mahmud Merbok, menemani kakak di tempat kerjanya, ana berkesempatan menjejaki Ustazah Latifah, ustazah subjek Sorf ana ketika berada di tingkatan 4. Menjawab beberapa persoalan juga mengutarakan beberapa pertanyaan, ana rasa lengkap apabila ustazah yang pernah menghadiahi ana sepasang telekung memeluk dan mengucapkan kata-kata semangat untuk terus belajar!

Lengkap dengan kasih sayang dan doa ustazah. Terima kasih ustazah.

Lebih memeranjatkan, ustazah bertanya, " noni bila nak menulis buku? tulislah buku motivasi ka, apa-apa la, kamu kan pandai menulis.. "

Terdetik dalam hati, " bila pulak ustazah kenai dengan menulis ni? " namun, demi menghormati harapan serta DOA ustazah, soalan ustazah tadi dijawab dengan jawapan standard seorang MUSLIM, " insyaAllah ustazah, nanti noni tulis, kalau ada bakat dan rezeki. sekarang buat blog dulu. ustazah doakan noni.."

Ustazah membalas : " ok takpa. lani bagi talk dulu. nanti ustazah panggil bagi motivasi sikit kat adik2 sini na.. "

Haruskan ana menolak? Kepercayaan tidak harus dipersiakan. Suatu hari pasti doa dan harapan ustazah akan cuba noni buktikan. Ameen.

Beberapa hari 'keluar' kampung, ana tahu bahawa Allah sedang membahagiakan ana sebagai galang ganti atas kesedihan dan kemalangan. Ana juga sedar Allah sedang mentarbiyah ana dengan pelbagai metod bersama kepelbagaian situasi.

Bertapak kembali ke rumah ayahbonda, ana pasti gembira melayan keletah anak-anak saudara yang sentiasa mencemaskan keadaan!

Menghitung hari menanti Ramadhan menjengah, ana kini mengisi masa menelaah kitab Tafseer Al-Muneer karangan Dr.Wahbah Az-Zuhaili sebagai persediaan awal melanjutkan pengajian dalam bidang Al-Quran November nanti!

Sungguh tidak sabar!

Juga buku-buku lain sebagai bahan bacaan kerana amat merindui diri yang dulunya sibuk memburu pahala di majlis perhimpunan malaikat!

Doakan ana istiqamah sebagai penuntut ilmu ya, sehingga bertemu lagi, salam kasih buat kalian teman pembaca =)

Diari Terbaru Noni Si Ceria,
Pokok Sena.

Jun 19, 2010

Jip Tua Bapak

Terkesima ana beberapa hari lepas, apabila melihat iklan di tv, tentatif rancangan tv sepanjang minggu ini, bersempena hari bapa. Ouch, father's day?! Bila? Terlupa dek kesibukan berpencak di medan jihad ilmu.

Aah, ana x suka LUPA! tapi, dikatakan kalimah " manusia " itu berasal dari perkataan " nasia " yang bermakna " lupa " so sifat ini akan melazimi makhluk yang bernama " manusia ". Redha? Hm, perlu!

Tapi, adakah ianya benar2 bertarikh khusus? Jika ya, memang ana kecewa. Kerana kelambatan ana untuk mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada dia, yang selayaknya menyambut ucapan itu.

Namun jika tidak bertarikh tepat, maka ana masih punya peluang untuk menceriakan bapak dengan ucapan itu! Bahagianya! Yeay!

Ucap atau tidak, ingat atau tidak, d fact is everyday is father's day. Ya, mother's day as well. Teacher's day too! So, jangan berlagak taat dan baik cuma pada hari itu.

Soleh itu perlu, pada setiap ketika. Kasih, hormat dan mendoakan mereka yang terhebat dalam sejarah hidup, tentunya harus dilakukan setiap hari malah WAJIB!

Hm. ana tidak punya 2, 3 mahupun 4 bapak, dalam kehidupan ini. Kerana hanya dia, yang satu, Hj Mat Din bin Hussain merupakan bapak yang terpaksa mengerah tenaga membesarkan ana. Ya, bapak tiada pilihan. Bapak harus berbuat demikian apabila sudah mengikat janji dengan mak, perlu malah wajib mendidik 'anugerah' dan 'tanggunjawab' ini dari Allah!

Bapak, tegas dalam mendidik ana. Kata abang sulung, bapak sudah hilang 'taring'nya sejak kelahiran ana, 16 tahun selepas abang keempat mem'bongsu'. Namun, bagi ana yang baru 24 tahun mengenali bapak, berbanding abang-abang dan kakak yang telah mengenali insan ini sekitar 40 tahun, bapak masih 'berbisa!'

Masih ana ingat bagaimana bapak membuat kehidupan ana seperti dalam 'diarinya'. Menulis dengan mudah, maka men'decide' dengan lebih mudah untuk ana. Ya, kekadang ana memprotes namun ana ingat, bapak telah berbuat banyak jasa, ana hanya diam dan ikut.

Bapak tidak berharta, namun bapak mencukupkan segala keperluan mak, ana dan adik-beradik lain. Alhamdulillah, terima kasih bapak. Dan, bapak punya kecintaan yang luar biasa pada jip hijau tua yang menjadi kenderaan ana ke sekolah!

Ketika darjah 2, ana sangat berminat mengikuti rombongan sekolah ke Perak. Bapak pada asalnya membantah. Namun, lelehan air mata serta keterujaan ana berjaya melembutkan hati bapak. Esoknya ana tahu, bahawa bapak berjumpa guru kelas, membayar duit tiket mak. Maknanya mak terlibat dalam rombongan itu. Ah!!!

Masih ana ingat, bagaimana bapak menghalang ana berpidato gara-gara ana mendapat no 14 dalam peperiksaan penggal pertama ketika berusia 10 tahun. Sungguhpun ana harus mewakili sekolah ke peringkat seterusnya.

Cikgu datang memujuk bapak di rumah lantas menjamin, ana akan kembali ke track asal ~ top 10 dalam setiap exam. Bapak tidak cerewet jika dibandingkan dengan mak untuk ana melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum. Ana boleh join seberapa banyak pertandingan, kelab n aktiviti yang ana suka selagi mana prestasi akademik cemerlang.

Ana pernah ingat, bahawa duit kupang tidak pernah menjadi masalah dalam kehidupan ana masa lalu, khususnya sebelum bapak bersara dari kerja rasminya sebagai Penyelia Risda ketika ana darjah 5.

Apa sahaja yang ana mahu, ana minta, ana minat, cuma sebut dan bapak akan bagi duit dengan mudah.

Ana juga ingat bagaimana mewahnya ana ketika hari-hari 'nakal' ana di sekolah rendah. Dibekalkan ana nasi lemak lauk ayam serta sebotol air coca-cola kegemaran ana setiap hari sebelum ke sekolah. Bapak sudah menempahnya, cuma ambil dan masuk sekolah.

Mewahnya ana apabila duit poket ana yang dibawa berjumlah RM1.50 ke kelas pagi, dan RM1.50 ke kelas KAFA. Mewahnya ana apabila bapak juga membekalkan duit 'spare', RM1.50 di poket kanan beg sekolah dan RM1.50 dalam poket kiri.

Masih terngiang-ngiang hingga ke hari ini, dialog bapak bersama kakaknya [ ibu saudara ana ] : " kasut sekolah cik? bukan baru beli ka? ni beli lagi? " bapak lantas menjawab : " kasut dia koyak. beli baru la. boleh gilir dengan satu lagi, takut basah. dia ja sorang, bongsu, xdak sapa dah.."

Ana diam. Air mata? Pasti bergenang!

Juga masih teringat bagaimana ana tidak sebebas rakan-rakan mengikuti rombongan-rombongan anjuran sekolah, rendah mahupun menengah dek kerisauan terhadap keselamatan si bongsu ini. Natijahnya? Ana menangis dan bapak memujuk : " nanti kita p ramai-ramai dengan abang kak.."

Sebenarnya ana punya minat yang sama dengan bapak ~ menonton perlawanan bola sepak, di stadium mahupun di rumah, juga..menonton cerita P.Ramlee! Dan bapak memenuhi permintaan ana untuk merakamkan setiap cerita P.Ramlee yang ditayangkan di tv.

Terkenangkan juga kemarahan bapak ketika ana di Maktab Mahmud apabila prestasi akademik ana menurun dalam subjek KBSM terutamanya subjek matematik [ kerana bapak pernah mengajar matematik satu ketika dahulu! ] Namun kerana peningkatan ana yang mendadak dalam subjek silibus azhar membuatkan ana bertukar kelas dari 1 Itqan ( kelas terakhir ) ke 2 Ikhlas ( kelas pertama ) dan kekal di kelas pertama sehingga akhirnya, maka bapak sedikit reda dan gembira.

Bapak pernah bertikam lidah dengan seorang pegawai bank ketika ana di tingkatan 1. Alasan? Bapak berkeras mahu juga membuat kad giro Bank Simpanan Nasional untuk ana sungguhpun pegawai itu menyarankan untuk tidak berbuat demikian kerana ana cuma 13 tahun.

Kenapa ya? Bapak risau jika ana kekurangan duit, memerlukannya dengan kadar segera ketika di asrama Maktab Mahmid Alor Star, sedangkan bapak tidak sempat memandu kenderaan dari Pokok Sena! Jadi, mudahla untuk ana mengeluarkan duit, jika ana terdesak. Akur pegawai bank itu. Dun mess up with my father! Haha

Ketika di tingkatan 6, emak tidak mahu menempah baju sekolah baru, dengan sebab yakin ana akan menerima tawaran ke universiti tempatan lantas berpindah institusi, maka cadangan mak agar hanya menyarungkan baju lama tingkatan 5 untuk sementara. Namun ana yang berkeras mahu menduduki STAM dan terbang ke Mesir, memujuk bapak untuk membelikan baju baru. Konon-kononya nak semangat baru. Hihi

Antum tahu apa yang ana buat? Beli kain dengan duit yang bapak bagi secara senyap-senyap dan bagi pada mak. Apalagi yang hendak dileterkan mak, kain sudah dibeli, jadi mak harus menghantar kain itu untuk dibuat bajunya. (^_~)

Masih ingat jugak, bagaimana bapak menyusun kehidupan ana ketika berusia 18 tahun! Ketika itu, ana tiada pilihan, antara berulang dari rumah mahupun menetap di rumah sewa. Sungguhpun ana memegang lesen memandu motosikal pada awal usia 16 tahun namun bapak membantah permintaan ana untuk berulang dengan motosikal.

Senangnya, bapak memanjat pejabat syarikat bas, membayar sejumlah duit memenuhi total sebulan, n ana hanya naik bas itu tanpa perlu menyediakan syiling! Dan bapak akan renew kad bulanan itu seperti biasa. Bapak juga memaksa ana membawa handphone ke sekolah kerana mahu membuat panggilan demi memastikan turun naik bas dengan selamat :-) Ana yang ketika itu baru 'bersara' sebagai exco pengawas pastinya berkeras tidak mahu kerana bimbang ditangkap namun harus akur :-(

Namun, mak memahami keletihan ana yang harus keluar rumah jam 6.30 pagi dan sampai kembali sekitar jam 7 malam, kerana menghadiri kelas komputer di Alor Star, mak setuju jika ana tinggal di rumah sewa bersama teman-teman. Bapak yang pada asalnya membantah keras dengan alasan tiada warden dan perlu bersusah payah memasak sendiri, sejuk hati dan bersetuju apabila dipujuk mak, abang-abang dan kakak. Yess! Ana gembira.

Pun begitu, ana harus berhati-hati kerana bapak selalu datang mengejut untuk memastikan ana ada di rumah sewa tersebut. Masakan tidak, bapak risau jika ana sosial dan hidup tidak bersistem. Haha! Pernah satu malam, bapak hanya datang melawat ana, sekitar 15 minit dan pulang ke Pokok Sena. Huh, seram! Dan bagi memastikan ana benar-benar di rumah sewa, juga makanan terjaga, boleh dikatakan abang kakak kerap membawa ana keluar makan di luar. X de la merasa sangat dok umah sewa, sebenarnya..

Dan setiap hari khamis, jam 2 petang, bapak akan telefon dan cakap : " arini balik umah. satgi petang sapa-sapa p amik. " point penting : setiap minggu kena balik. Hihi. Dan bapak akan membekalkan barang mentah dapur untuk dimasak di rumah sewa. Bapak jugak minta kakak ipar ana buatkan karipap frozen ~ segera goreng jika lapar. Ok x? Kurangla kutipan tabung duit rumah sewa ketika itu.

Dan, hari ini, sungguhpun bagi sesetengah mereka yang seusia bapak, ana sudah dewasa namun bagi bapak ~ noni si bongsu tetap kecil.

Masih perlukan perhatian, kawalan dan pengawasan.

Tertekan? Ya, kadang-kadang namun apa yang lebih penting adalah, bapak buat semua ini untuk ana kerana kasih sayang, tanggungjawab, amanah, maka kenapa harus ana rajuk dan terus merajuk, kan?

Bapak membeli sebuah motosikal baru, ketika tahun pertama pengajian ana di UIA. Kesian, nak berjalan. Kesian nak bersesak-sesak dengan orang lain naik bas. Terima kasih bapak. Sungguhpun ketika itu abang melarang keras kerana sahabat-sahabat terdekat ana tidak berkenderaan peribadi, namun bapak mak nekad memudahkan perjalanan ana ke kelas.

Bapak tidak pernah mengizinkan ana untuk join konvoi kereta bersama sahabat-sahabat jika mahu pulang ke Kedah atau mahu kembali ke KL. Bapak hanya memberi pilihan ~ flight, keretapi @ bas. Tiada musafir dengan kereta, ke destinasi jauh melainkan dengan bapak @ abang-abang. Bapak akan membuat panggilan telefon setiap 30-45 minit jika ana dalam perjalanan dari KL ke Kedah. Betapa ana dilayan begitu.

Bapak hingga kini mengisi kredit telefon ana. Bapak hingga kini memegang tangan ana ketika melintas. Bapak hingga kini bercerita seperti ana kecil-kecil dahulu. Bapak hingga kini memandu jip hijau tuanya yang sudah tua itu.

Jip hijau tua yang sudah tua itu benar-benar berjasa membantu bapak menjalankan tanggungjawabnya terhadap ana, khususnya. Jip tua itu menghantar dan menjemput ana pulang dari sekolah. Jip tua itu masih sihat, di parking di hadapan rumah ana sekarang. Jip tua itu tidak mahu di jual sampai bila-bila!

Cuma, ana terkedu apabila abang ipar ana membuka cerita : " bapak nak juai jip bapak, nak beli keta kat cik.." beberapa bulan lepas.

Bapak, cukuplah..Ceq x mampu balas semua yang bapak buat untuk ceq.

Bapak, sudahlah..Ceq x mampu bayar balik semua kerugian yang bapak tanggung untuk menguntungkan ceq.

Bapak, ceq dah cukup selesa dengan apa yang ceq ada. ALHAMDULILLAH.

Bapak sayang, tapi jarang nak tunjuk. Mungkin ini cara seorang bapak yang penuh tegas mendidik.

Janganlah protes duhai si bongsu, bapak tahu apa yang dibuatnya. Bapak lebih awal makan garam. Bapak tahu anak perempuan susah hendak dijaga!

Hj. Mat Din bin Hussain,

anak ini mengkagumi caramu mendidik
anak ini mencintai caramu mencintai
anak ini merindui caramu menyayangi
anak ini menghargai segala yang diberi
anak ini mohon sangat usiamu dipanjangkan
anak ini mendoakan semoga semua yang didoakan dimaqbulkan
anak ini memohon agar Allah mengganjari syurga atas keikhlasan

anak ini..
anak ini..
anak ini..
benar-benar mengasihimu..BAPAK. I luv u!

Bapak akan menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke-68, pada tarikh 29 Jun ini. Apa ya hadiah yang paling ideal untuk diberi? Perlu difikirkan lagi.

Kehidupan ana, bolehlah diibaratkan seperti Miasara lakonan Liyana Jasmay dalam filem PAPADOM arahan Afdhlin Shauki.

Tapi, tidaklah seketat itu kawalan dan pengawasannya. Namun, ana bersyukur kerana punya bapak yang mengambil berat dan merancang kehidupan ana. Dan harapan ana, semoga rezeki ana murah sehingga berjaya mengekalkan jip hijau tua itu, tetap menjadi milik bapak.

Inilah bapak ana, yang terlalu istimewa..



Selamat Hari Bapa, bapak.

Juga buat abang-abang ana yang mengetuai keluarga mereka ~ alhamdulillah.

Mohd Noor, bapak yang tegas kepada 3 anaknya,
Mohd Radhi, abah yang penyayang kepada 4 amanahnya
Mohd Nazar, abah yang mendisiplinkan 3 jundinya

dan, Anuar Abd Rahman yang memenuhi semua permintaan 4 permata hatinya,

kalian d best fathers in da world!