CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jul 31, 2010

ILMU YANG BERMANFAAT

بسم الله الحمن الرحيم

Apakah yang dimaksudkan dengan ILMU YANG BERMANFAAT?

1 - yang menambah perasaan takut kita kepada Allah
2 - yang menambah sedar dan penglihatan kita terhadap aib sendiri
3 - yang menambah pengetahuan kita dalam soal ibadat
4 - yang mengurangkan kecintaan kita terhadap dunia lantas menambah kecintaan kita terhadap akhirat
5 - yang membuka mata dan hati untuk mengenali pelbagai penyakit dalam amalan kita terus dapat dihindari
6 - yang menambah pengetahuan kita terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya

Na'uzubillah. Sangat takut jika hamba ini tergolong dalam golongan ulama' su'. Apa yang boleh ana gambarkan, ulama' su' ialah golongan yang menjual agama untuk membeli dunia. Menjadikan ilmu sebagai alat untuk mencari pangkat dan kedudukan di hati manusia. Membuncitkan perut mereka dan keluarga, mungkin.

Sepanjang hari, golongan ini berusaha menunjukkan segala kebolehan, kepetahan serta kefasihan dalam berdebat, berbincang malah berbicara dengan sesiapa sahaja di khalayak. Mereka sanggup menunjukkan segala kelebihan demi harta dan nama.

Natijahnya, mereka menjadi sasaran kemurkaan Allah dan kemarahanNya.

[ sumber : Bidayatul Hidayah oleh Al-Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali r.a ]

Semoga apa yang ana tulis menjadi pendorong terbesar untuk ana terus menuntut ilmu yang bermanfaat. Bukan meletakkan harta dan nama sebagai matlamat utama.

Juga, mungkin sebagai peringatan buat antum sungguhpun secara ringkas.

Terus mahu bercinta dengan ilmu sehingga ke syurga, AMEEN.

1 comments:

Unknown said...

insyaAllah...bila niat ikhlas,Allah akan bimbing kita..

bittaufiq wannajah ya ukhti!=)