CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

May 14, 2010

Selamat Hari Guru buat insan-insan mulia

Suatu ketika, pernah ana mendeklamasikan sajak di bawah ini, ketika berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ), memenuhi sebuah jemputan..:

Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Juga ana pernah membaca sajak ini :

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur ...kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Ini pula antara bait yang pernah ana masukkan sebagai sebahagian dari teks pidato ketika mewakili Maktab Mahmud ke pertandingan pidato :

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Begitu juga antara tulisan Usman Awang ( 1979 ) :

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURUKU : Hari ini, Noraini Mat Din menjadi seorang dewasa. 24 tahun, mungkin pernah mencipta sejarah namun itu semua di mulakan oleh seorang guru biasa. Yang mengajar dengan sabar, bagaimana harus diri yang jahil ini menulis dan membaca.

Awal 4 tahun ke PASTI berdekatan rumah, ana mula bijak mengira. ALhamdulillah, terima kasih cikgu.

Di Sekolah Wan Abdul Samad, 6 tahun di sana, pasti ramai benar guru yang mengukir nama dalam buku kehidupan ana, kerana tanpa kalian ana tidak akan terus mencipta kecemerlangan.

Bagaimana seorang budak yang hyperaktif ini, kerap mengangkat tangan bertanya. Sibuk memanggil cikgu ke tempat duduk. Tidak sabar menunjukkan hasil kerja rumah. Maafkan saya cikgu. Sakit kepala rasanya cikgu dengan budak kampung ini.

Darjah 1, terus dipilih Penolong Ketua Kelas. Masih ingat guru kelas ketika itu di 1 Biru ( kelas ketiga ) bernama Cikgu Norma. Mengajar BM, cikgu pernah memuji karangan bergambar ana ketika itu, " pandai Noraini, nanti cikgu bagi masuk 1 Putih ( kelas pertama )nak tak? " ana jawab sambil tersenyum, " nak ", cikgu cakap, " ok, kalau nak, kena ngaji rajin-rajin."

Selepas peperiksaan penggal pertama, ana dapat no 2 dan terus dipindahkan ke kelas 1 Putih, di mana ketika itu Cikgu Halimah menjadi guru kelas. Dan ana mendapat no 7 pada peperiksaan akhir. Mak bapak seronok. Ini hasil usaha cikgu-cikgu, mengajar ana. Terima kasih cikgu.

Ketika darjah 2, ana mula dilatih untuk pertandingan nyanyian. Hihi. Sangat best! Masih mendapat top 10, alhamdulillah, no 5 dan no 7. Cuma masih ingat satu ketika pernah diarahkan berdiri di atas kerusi kerana tidak tahu menjawab soalan Bahasa Inggeris. Teacher Noraiza, kini sungguhpun saya tidak mahir berbahasa inggeris namun sekurang-kurangnya saya boleh menggunakannya ketika amat perlu ~ broken english. Thank you teacher.

Ana ingat, bagaimana sayangnya Cikgu Rohayati ketika ana berusia 9 tahun. Macam bercinta! Hihi. Noni amat sayang cikgu! Selepas terpilih menjadi Pengawas pada ketika itu, ana jarang berpeluang berjumpa cikgu. Maka, alternatif yang cikgu ada ~ tulis surat dan kirimkan pada mana-mana pengawas untuk diberikan pada ana. Kadang-kadang disusuli kad dan hadiah. Malah cikgu selalu ke rumah melawat mak bapak. Terima kasih cikgu. Tahun itu juga, ana mula mewakili sekolah ke pertandingan nyanyian ~ english solo singing. Teacher Rasyidah, i thank you so much.

Pun begitu, ana masih cemerlang dalam akademik, mendapat tempat ke 7 pada penggal pertama seterusnya no 1 di penggal akhir, ana tahu ana tak bijak bersendirian.

Masih ingat, bagaimana ana selalu komit dengan semua subjek kecuali lukisan ketika darjah 4. Akibatnya, Cikgu Liza mencubit perut sebagai denda..soalnya cikgu, saya tak pandai melukis. Kalau pun melukis, saya hanya akan lukis benda yang sama. Jadi, jangan tanya kenapa tidak mahu menjadi arkitek? :-)

Tahun yang sama, ana sekali lagi ke pertandingan nyanyian ( rupanya ada bakat juga, ye )~ english group singing. Teacher Mazliza, juga melatih ana yang turut terlibat ke pertandingan koir lagu-lagu patriotik. Teacher dan Sir Zaki juga melatih ana bermain keyboard sambil menyanyi. Ya, hasilnya ana boleh menyanyi, bermain keyboard dengan kedua belah tangan dalam masa yang sama. Sangat berterima kasih.

Juga, Cikgu Zuraini melamar ana menjadi wakil sekolah ke pertandingan pidato. Terima kasih cikgu. Besar jasa cikgu dalam hidup saya, kerana pidato kian menjadi darah daging saya.

Dan tahun yang sama, ana juga menyertai pertandingan nasyid seterusnya bercerita sehingga darjah 6.

Masih ingat, Cikgu Zulkifli yang memberi 100 latihan Matematik setiap hari. Cikgu Azlina yang merupakan orang pertama mengeja nama ana dengan " NONY ". Ustazah Suriani, yang mengajar ana Pendidikan Islam. Cikgu Normadiah dan Cikgu Khadri, yang terus melatih ana sehingga bergelar JOHAN pertandingan pidato. Cikgu Kamarulan yang memandu Badan Pengawas dan Tatatertib ketika ana menjadi Ketua Pengawas. Juga, semua guru di SKWAS 1992-1998, jutaan terima kasih buat kalian.

Sepanjang kehidupan di Maktab Mahmud Alor Star, Cikgu Shahrani, Cikgu Masriah dan Cikgu Norlia terus menggilap bakat berpidato ana. Terus menyertai pertandingan demi mengharumkan nama sekolah selama 5 tahun di sana.

Awal kemasukan, ana ditempatkan di kelas 1 Itqan ( kelas terakhir ). Masih ingat bagaimana ana yang tiada lansung basic bahasa arab, menangis di malam peperiksaan penggal pertama, takut! Ketika itu, kakak-kakak di asrama memujuk dan terus mengajar ana. Hasilnya, ana mendapat no 2 dan statik pada no yang sama ketika peperiksaan akhir, kemudiannya ana dipindahkan ke kelas 2 Ikhlas dan kekal sehingga tingkatan 5. Alhamdulillah.

Masih ingat, bagaimana ana buka mata dengan bahasa arab. Ustazah Faisalizah, suaranya memenuhi setiap ruang kelas, meminta perhatian kami. Ustazah Afriza, yang rapatnya dengan ana sehingga sekarang. Ustazah Husna yang membetulkan bacaan Quran ana. Ustazah Miah, yang sering benar buat ana takut dengan subjek Sirah. Ustazah 'Adilah ( arwah ) yang akan minta ana baca setiap kali kelas المطالعة. Ustazah Basyirah yang sentiasa mahu ana cemerlang dalam لغة الضاد ini, Ustazah Rokiah yang akan mencubit perut setiap kali ana salah i'rab dalam kelas القواعد. Ustaz Mansor dan Ustazah Nasriyah yang sentiasa memberi semangat. Ustaz Yusuf dan Ustazah Nawal yang sentiasa menelefon ana dan bercakap dalam Bahasa Arab. Ustaz Shauqi yang sentiasa membaca tasrif dengan pantas. Ustaz Shafie dan Ustaz Zaini yang menjadi bapa ana. Ustazah Rushita yang memberi markah 100 untuk subjek Balaghah.

Teacher Munirah dan Teacher Fathiyah ~ terima kasih teacher. Cikgu Jamilah, Cikgu Zamri dan Cikgu Rafidah yang membuat ana minat dan pandai mengira. Ustazah Fatmawati, Cikgu Kenanga dan Cikgu Zainab yang menjadi ibu ketika ana di asrama. Semua tenaga pengajar di Maktab Mahmud 1999-2004, Noraini Mat Din sudah menjadi seseorang. Sungguhpun masih belum cukup cemerlang, doa kalian Noni harapkan agar mampu diteruskan perjuangan!

Hari ini, rasa sedih. Kerana semakin dibilang hari, semakin menyedari bahawa ana kian sampai ke penghujung pengajian di peringkat ijazah, di UIAM. Dr. Shamsul Jamili dan Dr.Abdul Rahman Chik yang sudi menjadi referee ana untuk permohonan masters. Dr.Noor Muhammad Osmani, Dr. Radhwan Jamal, Dr Majdi Ibrahim dan Dr.Saad Eldin Mansour Muhammad yang sering mendoakan ana meneruskan pengajian sehingga cemerlang, ana akan teruskan kerana ana yakin doa kalian menemani ana!

Dr.Mogtaba yang menyangka ana seorang misriyah. Dr.Nadwah yang sporting. Dr.Shehu yang melarang ana berkawan dengan orang melayu sepulangnya ana dari Mesir. Dr.Shayuthy yang membuatkan ana sangat minat pada subjek تخريج الحديث juga semua doktor yang pernah merawat kejahilan ana sepanjang ana di Garden of Knowledge and Virtue 2004-2010 ( InsyaAllah ), أشكركم جميعا شكرا جزيلا.

Ana bersemangat untuk terus menjadi خادم العلم bukan kerana segulung ijazah semata-mata namun kerana doa dan sokongan kalian!

Kerana kalian tidak pernah ketawa pada kesalahan saya..
Kerana kalian tidak pernah jemu menjawab soalan saya..
Kerana kalian tidak pernak lokek ilmu pada saya..
Kerana kalian tidak pernah marah setiap kali saya bertandang ke bilik kalian..
Kalian benar-benar sayangkan potensi saya, ya Allah kasihilah mereka! Ameen.

Buat kalian ~ guru-guruku, TERIMA KASIH KERANA MEMBUAT SAYA PANDAI. Kalian dalam doa saya, sentiasa.

Guru, bagi ana bukan sekadar mereka yang mengajar ana di sekolah @ universiti, malah guru pada hemat ana adalah sesiapa sahaja yang mengajar ana, apa sahaja jenis ilmu yang bermanfaat, di mana sahaja sungguhpun hanya dengan 1 kalimah. Maka terima kasih juga pada semua yang pernah menyumbang ilmu dalam kehidupan ana! :-)

Selamat Hari Guru buat mak, yang sentiasa mengajar ana menjadi anak yang solehah, buat bapak yang membentuk ana menjadi seorang yang berani, abang kakak yang mengajar ana menjadi adik yang baik, dan sahabat-sahabat yang mengajar ana erti sabar.

Jauh di sudut hati,mahu juga mengucap عيد المعلم kepada Ustazah Huda, guru kelas ana ketika di Markaz Nil, Mesir. Terharu juga apabila pada hari terakhir peperiksaan di sana, selepas ana berjaya menjawab soalan syafawi, Ustazah Syaimaa' memegang tangan ana, dan berpesan, : " Aini, bahasa arab ini seperti air sungai yang terus mengalir. jika kamu tidak mengambilnya, maka ia akan terus mengalir meninggalkan kamu. maka, ambillah air itu, dan isikan di dalam bekas. agar tersimpan dan kamu terus memanfaatkannya. aini, kamu sangat bijak ( اللهم آمين ). saya mahu lihat kamu menjadi seseorang di Malaysia. yang mahir dan pakar dalam bahasa arab. saya sangat sayangkan kamu. saya harap kamu berkahwin dengan seseorang yang juga mahir berbahasa arab seperti kamu. saya sangat doakan, anak-anak saya nanti sebijak kamu.."

Ana menangis ketika itu. Kenangan 2 tahun lepas, ana harap ianya akan berulang.

Ya, pendidik-pendidik ana sangat mulia. Ya Allah, ana mohon mereka semua diganjari jannah. Ameen.

Selamat Hari Guru buat insan-insan mulia.

0 comments: