CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

May 12, 2010

Apresiasi buat : Hjh Rahmah Hj Hamid

Salam. Lama benar tidak menukilkan sesuatu. Kelas 4 jam sehari sebenarnya tidakla memenatkan. Namun kelas-kelas tambahan, ganti juga beberapa aktiviti lain yang turut mengisi jadual harian ana benar-benar mencuri masa untuk ana menulis.

Tidak mahu mengeluh. Hanya bercerita. 4 jam sehari itu adalah untuk 2 subjek wajib yang berbaki, namun kelas-kelas lain yang dihadiri adalah atas pilihan dan kemahuan diri. Maka perlu berjiwa besar dan tabah!

Bagus juga..sekurang-kurangnya dengan menyibukkan diri yang sudah kehilangan sahabat-sahabat ini merupakan ruang dan peluang terbaik untuk tidak lagi sering murung dan beralasan!

Life must go on. I can’t just sit and get bored. Work and work!

Mungkin terlambat. Tapi tidak mengapa. Bak pepatah inggeris : BETTER LATE THAN NEVER. Ye kan? Ups, sebelum terus membaca, ana mahu memberitahu antum lebih awal. Bahawa ini adalah entri terpanjang yang pernah ana tulis ~ ana kira. Maka jika takut kehilangan masa, antum tidak perlu membaca:-)

Minggu ini merupakan minggu ketiga ana di semester 3, UIA. Hari minggu baru ini, ana pulang ke kampung. Takla homesick sangat, tapi ana rindukan mereka yang sentiasa menjerit-jerit memanggil : “ Cikkkkkkkkk!!! ” Kanak-kanak riang seramai 14 orang itu benar-benar mencarik perasaan ini. Uffff! Ana harus pulang!

Pulang ke kampung, seperti biasa, bapak menjemput di stesen bas Alor Star. Bezanya pagi jumaat itu, mak tak datang bersama. Ya, kerana ana sudah pesan malam sebelumnya, “ mak x yah mai pun x pa, mak p la baca yaasin di masjid ”. Patutla, pagi itu, bapak tidak berteman. Biasanya mak bagai aur dengan tebing dengan bapak. Hihi. Mak termakan pujukan ana.

Kebiasaan, kami akan makan-makan dahulu sebelum pulang ke rumah. Kebetulan pulang bersama anak saudara sulung ana, yang sudah lama benar terpenjara di Kolej Tentera Darat Ulu Tiram, bapak yang teruja menyambut anak dan cucunya, memberhentikan Saga merah menyala itu di depan sebuah kedai. Waa..roti canai yang sedap dan nescafe ais yang pekat! Terima kasih bapak.

Dalam perjalanan, mak telefon. Di mana? Dah makan? “ Ya mak..dah nak sampai..dah makan..mak? ” “ Mak tak makan pun di masjid tadi. Lepas baca yaasin terus balik. Nak makan dengan anak dan cucu laa.. ” Owh, mak, ampunkan ceq! Kami kenyang, mak lapar..Itulah mak ana. Istimewa benar Hjh Rahmah Hj Hamid di hati kami berlima ~ Mohd Noor, Mohd Radhi, Normala, Mohd Nazar dan Noraini. Benar-benar istimewa.

Seistimewa yang bapak rasai, ana kira..Hj Mat Din bin Hussain ketika memilih mak menjadi suri hidupnya.

Dan ana juga dengan yakin, tentu kakak-kakak dan abang ipar turut merasai keistimewaan mak mertua mereka, serta keyakinan ana bertambah dengan merasai perasaan anak-anak saudara ana seramai 14 orang itu dengan keistimewaan nenek yang mulutnya kuat membebel tetapi punya hati yang penyayang!

Mak sebenarnya tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Ya, mak orang biasa. Cuma bapanya merangkap datuk ana dulu pernah dipertanggungjawabkan sebagai Penghulu. Mak anak bongsu dari 4 beradik, yang kesemuanya perempuan. Namun dikurniakan 3 adik tiri lelaki selepas itu, mak lansung menjadi kakak yang baik.

Mak melahirkan ana ketika mak berusia 42 tahun dan bapak berusia 44 tahun. Ketika itu, abang ke-4 berumur 16 tahun. Dan 8 hb Mei lepas, abang ke-4 ini menyambut hari lahirnya yang ke 40 tahun. Epi Besday My Abg Bai :-)

Ana masih ingat bagaimana mak dan bapak menangis ketika mahu meninggalkan ana ketika berusia 3 tahun, demi menyahut seruan Ilahi di Tanah Suci Mekah. Malam berlepas, mak berbuih mulut meninggalkan pesanan kepada abang-abang dan kakak agar keperluan dan kemahuan ana dituruti.

Sekembalinya mak dari Tanah Suci, mak mengalungkan ana seutas rantai di lapangan terbang. Dan sejak itu, mak menghias anggota badan si bongsu ini dengan emas ; subang, gelang, cincin dan rantai.

Sepanjang pengajian ana di Sekolah Wan Abdul Samad, mak menyediakan segelas susu setiap pagi, dalam sebuah gelas khas untuk sarapan ana ~ kartun mickey mouse berwarna putih. Dan disebabkan ana yang hyperaktif ini [ dikatakan bahawa bayi yang dilahirkan ketika ibunya berusia sekitar 40-an berisiko menghidap sindrom down @ menjadi hyperaktif ] sentiasa terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum ~ english solo singing, english group singing, bercerita, pidato, nasyid dan koir, maka mak akan memastikan setiap pertandingan baru malah peringkat baru akan dihadiri ana dengan pakaian dan aksesori baru!

Mak juga setakat termampu akan bertandang ke lokasi pertandingan ana terutamanya pertandingan pidato. Mak mahu melihat potensi ana sendiri malah bak kata abang ana : “ Makla tok bomoh yang paling mujarab ubatnya ” [ baca : doa ]

Dan mak sekali lagi menempah seutas rantai khas buat ana, dengan ukiran “ NONI ”..

Ketika memasuki alam menengah di Maktab Mahmud, ketika ana di tingkatan 1, mak bapak datang setiap hari ke asrama. Bawa lauk ayam dan ambil baju untuk di basuh:-) Mak bapak menghadiahkan telefon bimbit ketika berada di tingkatan 5, sungguhpun abang membantah keras.

Mak pernah jumpa warden asrama untuk meminta izin membelikan mesin basuh dan peti ais untuk diletakkan di asrama, demi kemudahan semua [ sebenarnya mak tentunya hanya menumpukan kemudahan itu untuk ana! ] Namun, warden menolak dengan alasan : BERDIKARI.

Cuma, di tingkatan 6, mak amat berkeras melarang ana melanjutkan pelajaran di Timur Tengah. Sakit demam, sape nk jaga. Jauh, susah nak balik. Yaa..itulah mak ana..sungguhpun mak sentiasa mengikut kemahuan ana namun pada ketika itu, tentangan bukan sekadar dari mak malah abang-abang, maka kemahuan ana pada kali itu, dihalang.

Kini di Gombak, sungguhpun 24 tahun sudah cukup dewasa namun bagi mak ~ ana tetap si bongsu. Kecil.

Mak hanya akan meminta ana memotong sayur jika mahu menolong mak memasak ~ dan mak akan pilihkan pisau yang bersesuaian agar tidak memakan jari.

Mak akan sentiasa memuji ~ “ anak mak yang mithali ” “ anak mak yang solehah ” “ anak mak yag cantik ” “ anak mak yang pandai ”. Mak sangat lawak! Ameen, mak..semoga dikabulkan.

Jika ana memandu berseorangan, mak mahu menjadi teman. Hatta di bekalkan makanan. Walaupun hanya Pokok Sena ke Alor Star.

Mak akan membela ana setiap kali bapak marah. Setiap kali abang membantah.

Mak yang istimewa itu, sentiasa mahu yang terbaik untuk ana. Tak mahu ana kesempitan. Kegentingan. Kesusahan.

Masih ingat lagi, bagaimana pernah satu ketika, bapak memberi RM100 sebagai duit poket, berbeza dengan mak yang terus memasukkan ke bank dengan jumlah RM1000.

Mak bapak bukanla berharta. Kami tak kaya.Namun mungkin kondisi sebagai bongsu membuatkan perhatian dan harapan melebihi yang lain.

Mak akan buat apa sahaja, dan ana tahu semua yang di buat itu tiada lain melainkan kerana sayangkan ana.

Setiap kali balik kampung, mahu sakit perut nak menjamah semua makanan yang mak sediakan. Antaranya ~ Pulut durian, tomyam ayam, ayam masak merah, smbal udang + petai, ikan sweet sour, buah manggis, cucuq tepung, kopi o panas..erkk..

Yang bermusim, ok la. Kalau yang tak bermusim ni, bila-bila balik pun, mak akan ulang buat makanan kegemaran ana ni sampai hari terakhir balik UIA. Mak, sangat terima kasih!

Mak akan baca yaasin sepanjang tempoh ana di dalam dewan peperiksaan! Dan mak akan ulang bacaan baru bagi setiap paper.

20 Oktober setiap tahun menyaksikan peningkatan usia mak. Tahun ini mak sudah berumur 66 tahun. Mak, semoga Allah memanjangkan usia mak. Semoga Allah memberkati usia mak, setiap hari.

Kata kakak ipar ana, hari ibu jatuh pada hari ahad minggu kedua pada bulan Mei. Ada juga pendapat yang mengatakan hari ibu bertarikh khusus iaitu 10 Mei. Pun begitu, bagi ana, Hari Ibu adalah setiap hari dalam kehidupan ana, kerana tanpa mak, ana tidak akan menjadi seseorang, begini.

Maka, nukilan panjang ini adalah sebuah apresiasi khas buat bonda tercinta : Hjh Rahmah Hj Hamid.



Yang sentiasa melayan keletah ana sedari kecil tanpa jemu..

Yang menyayangi ana tanpa pernah membenci..

Yang sentiasa memenuhi kehidupannya dengan doa-doa untuk kecemerlangan ana..

Yang melimpahkan segala kemewahan untuk kesenangan ana..

Yang sentiasa memujuk setiap kali ana merajuk dan menangis..

Mak, sesungguhnya CEQ SANGAT SAYANG MAK !

Buat mak, Selamat Hari Ibu! Ceq doakan mak sentiasa dalam kasih sayang dan pemeliharaan Allah.

Semoga dimurahkan rezeki. Semoga mendapat syurga, sebagai ganjaran segala amalan mak. Ameen.

Juga buat kakak ana ~ Normala yang membesarkan 4 orang anaknya ; Nur Izzati Syaimaa’, Mohd Ghazali Iqbal, Nur Izzah Syamimi dan Nur Izzatul Husna

Dan kakak ipar yang lain :

~ Noorasmah ibu kepada Mohd Syafiq Farhan, Mohd Nasrul Farhan dan Atiqah Farhana

~ Adabiah yang melahirkan Majdah Fakhriah, Nu’man Basyir, Mu’adzah Fakhriah dan Mawaddah Fakhriah

~ Nafizah yang mendidik Mohd Nabil, Mohd Najmi dan Nawal

Selamat Hari Ibu buat kakak-kakak ana yang terbest! Juga selamat hari ibu buat semua yang sudah bergelar ibu. .Kalian manusia termulia.




Semoga ana juga menjadi ibu terbaik, suatu hari nanti, ameen :-)

0 comments: