CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jul 29, 2009

Ana yang mencintai mereka!

Salam penuh kasih sayang.

Penat betul tangan menyapu sampah di sekeliling ruang maya yang usang ini. Itu belum kira debu serta sarang labah-labah yang mesti dibersihkan dengan teliti. Kasihan blog ni. Penulisnya masih belum mati tapi ia ditinggalkan seolah-olah penulis sudah dikapankan.

Sangat bersimpati.

Terima kasih yang tidak terkira. Ramai yang sudah penat mengingatkan ana agar dijenguk blog ini. Namun masa yang ada, 24 jam bagai 24 minit. Kenapa ya? Ini baru minggu ketiga kuliah bermula. Masih belum sarat ana kira.

Sudah ada banyak kerja. Sudah bertimbun kitab yang mahu dibelek. Sudah jadi panel jemputan ( haha ). Juga..sudah masuk meeting di kementerian bersama pihak SENADA. Itu yang sudah. Mahu dihitung yang masih belum, sukar.

Idea datang. Pelbagai topik mahu dikongsi. Namun apabila penat bertandang, idea itu kadangnya hilang. Cuma kali ini mahu bercerita. Perasaan ana yang amat menghargai sebuah persahabatan. Menyayangi sahabat-sahabat disekeliling. Sekadar sebuah diari.

Sedari usia 7 tahun, ana dihadiahkan Nadzirah & Ramiza. Sungguhpun kami berlainan kampus namun hubungan kami sehingga kini masih akrab. Sekelas sehingga darjah 6. Sebumbung di Asdahana sehingga tingkatan 5. Bohonglah kalau tiada genting antara kami namun paling penting, kami mengasihi. Janji kami, sehidup semati.

Apabila ana diberi Aribah & Izzatie, jiwa ana amat tenteram. Mereka penyejuk hati. Mereka pemberi inspirasi. Mereka peniup semangat. Mereka segalanya bagi ana. Kami sangat rapat. Mahu kembali ke Dewan Maktab Mahmud bersama-sama. Kami merasai kekurangan apabila dalam sehari tidak berjumpa. Jika sekarang, kebebasan ana bergantung kepada mereka. Bapak hanya mengizinkan ana ke mana-mana jika mereka bersama.

Kami bahagia apabila dapat makan bersama-sama. Peluk dan berbual. Bercerita suka dan duka. Sms akan berakhir dengan “ ana cayang nt ”. Perjuangan kami indah sungguhpun susah. Kami mahu sentiasa bersama.

Kenapa bukan Azhar? Selalu ana fikir. Akhirnya ana tahu hikmahnya. Ana kenal Farahani di bumi matrikulasi. Seorang yang sangat baik hati. Seorang sahabat yang tidak pernah berkira. Tidak lokek. Suka membantu. Farahani terlalu istimewa, tiada tandingan, tiada tolok bandingan. Dan kami berdua tidak sunyi dengan tawa ceria Baya. Kami bertiga jika bertemu, rasa dunia kami yang punya. Ana mampu ketawa, sungguhpun di saat getir. Baya pendorong ana, dulu, kini dan selamanya. Kasih kami bukan dibuat-buat, kasih kami mahu di bawa ke negeri abadi.

Hidup ana juga, ada Ekin. Yang akan membantu study ana jika ketinggalan. Ekin bising jika Ninja ana ( KBX 7562 ) tidak dipedulikan. Ekin prihatin. Pulang lewat dari meeting dalam keadaan lapar, Chot setia menemani ana. Sungguhpun sekadar roti bakar dan air teh, namun masa & tenaga yang Chot infaqkan ana doakan moga ianya dinilai sebagai ibadah. Ameen.

Ana ada Ain, yang sentiasa mengingatkan ana bahawa kami sama-sama pelajar kelas tahfiz. Mahu jadi hamlatul Quran. Ameen. Ana ada Bb, yang sangat sayangkan ana. Bibot yang suka membantu kerja-kerja SRC. Juga ana punyai Nurul, srikandi harakah yang amat ana hormati. Ana menangis apabila dia khabarkan dia akan bernikah!

Hakikatnya, ana ada ramai sahabat. Yang tidak minta sesen pun apabila mereka ringan tulang membantu. Yang tidak mahu di gelar Personal Assistant kerana mereka adalah SAHABAT. Mereka ‘nyawa’ dalam perjuangan ana. Mereka bersama ana dikala susah dan senang.

“ Teman-teman karib pada hari itu ( Qiamat ) saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa ” 43 : 67

Ana sentiasa berdoa..semoga kami digolongkan dalam golongan yang beriman, beramal soleh & bertaqwa..agar kami menjadi keluarga di dunia dan di syurga.
Kerana..
Kami saling mencintai dan menyayangi.
Sungguhpun yang ternukil hari ini..di sini..hanyalah sedikit..
Namun..ana berdoa dan berharap agar, ana berjaya membukukan sebuah apresiasi buat sahabat-sahabat terpenting dalam kehidupan ana ini sebelum ana menutup mata, kembali dalam hisab-Nya..

“ Andainya alam ini mampu berkata-kata..pastila pujian buat dirimu..di waktu itu akulah yang bertuah punya sahabat sepertimu…”

Pembaca budiman,
Ayuh kita amati bicara EM Forster, seorang novelis Inggeris, “ Jika saya dipaksa untuk memilih di antara belot kepada negara dan sahabat, saya berharap saya mempunyai kekuatan untuk belot kepada negara ”

Duhai teman, Terima Kasih kerana menemani noni mencari dewasa!

4 comments:

me said...

'terkenang sebuah memori lalu...kisah PERSAHABATAN kita bersama..di dalam satu pengajian,menuntut ilmu dan pengalaman..mengingatkan pengorbananmu, terpahat padu di kalbuku..'

renung2kan dan selamat beramal..:)

Everlasting Eternity said...

huhu...rindu gak zaman maahad...
wuuu~
hakikatnya dunia di luar maahad smkin mncabar...
ana n sohibah2 len pon pon syng kak noni...
suma berkat tnjuk ajar n ketegasan kak noni gak dlu byk mndidik kami...=)

siraj said...

salam,
cik..
barakaLLAHUfik..
ana pun sayang nt..
kerana Allah.
Perjalanan kehidupan kita sangat indah..
Jd, teruskan bersyukur dan redha dengan segalanya..

siraj said...

salam,
cik..
barakaLLAHUfik..
ana pun sayang nt..
kerana Allah.
Perjalanan kehidupan kita sangat indah..
Jd, teruskan bersyukur dan redha dengan segalanya..